Thursday, March 31, 2011

RESEPI

Bahan-bahannya :

1 laptop/desktop (tak kisah milik sape..milik sendiri ataupon milik opis)
1 kemahiran menggunakan internet
1 akaun facebook
1 hati yang ikhlas & suci murni(ini mesti di masukkan supaya resepi ini sedap)
1 jari yang sgt pemurah untuk like & komen status org

Cara-caranya :

Gaul semua bahan kat atas jadi sebati. muka lawa atau tak itu tak penting, yang penting hati kena baik. biarpon orang tak nampak muka tapi kata² yang terzahir dari jari² buleh menggambarkan SIAPA KITA YG SEBENARNYA!!!

Setelah siap sume gaulan kat atas..gunakan sebaik mungkin. tapi awas jari² korang ekk sebab "hujung jari lagi tajam dari mata pedang" tau. cuba elakkan menda yang negative..insyaallah korang akan hidup bahagia di kelilingi oleh rakan² alam maya... errrr, ada orang tak percaya ke?? terpulang laaaa tapi ai percaya sebab ai dah buat pon.sgt besttttt..punye ramai kawan tak kira time senang mahupon susah....♥♥

ini yang sudah siap di gaul sebati semuanya..alhamdullilah!!
THE END....SELAMAT MENCUBA!!

**owh yeee...resepi ni anda buleh buat ganti makanan anda kalau anda sedang berdiet!! jalan wall kawan², like,komen & enter time takde kerja tu...ai janji lemak tak melekat tapi hubungan persahabatan yang semakin dekat...PEACE!!




ALARM

SILA ABAIKAN KUALITI GAMBAR EH..SBB PIC NI DI AMBIL KETIKA LALINK TGH SIBUK TIDORKAN ANAK & SY PULAK SIBUK DUK MERAKAM BAHAN BUKTI UNTUK ENTRY KALI INI (',)

EHHHH!!..korang jangan salah sangka ehhh!! aku bukan bukak kedai handphone. ini barang bukti nak tunjuk kat korang nih. 5 biji handphone campur dengan 1 Galaxy Tab jadi alarm untuk aku ngan suami bangun setiap pagi. 3 biji tu kita org set pukul 5 am..lagi 2 set pukul 5.15. tapi percaya tak korang kalau aku bagitau kitaorang tak pernah dengar bunyik² alarm dari handphone tu!! tak tau la handphone ni semua pakat berganding bahu tak moh berbunyi atau kita orang berdua jenis telinga pekak badak!!

setiap hari mesti tersedar sendiri pukul 5.45am..hahahah!! setiap hari jugak kelam kabut, dengan nak siapkan anak² nak hantar umah kakak ipar lagi...nak bersolek untuk diri sendiri lagi. itu pasallah setiap kali bila naik keta aku terasa macam naik jet peribadi...suami memang speed tak ingat diri sebab dia masuk keje kul 6.30am kannnn...sian beliau, speed pon masih lambat jugak..apa ingat Selayang ke Petaling Jaya 10 minit ke?? (PADAN MUKA BELIAU!!)

aku rasa penyumbang pada kejadian ni mungkin kerana satu handphone pasang lagu Maher Zain, satu lagi pasang lagu Anuar Zain..lagi 3 aku tak dapat kenal pasti lagu siapa!! lagu² nak mendodoi sebenarnya tu!patutnya kena pasang lagu Ziana Zain kannnn...baru berdesing tinge dengar part chorus tu!!

** errrrr....korang nak tau satu lagi cerita di sebalik alarm nih??? kejadian dengan bekas suami. setiap kali bangun lambat setiap kali tu dia akan hempas alarm ke lantai. nasib dulu memang kitaorg pakai jam loceng..bukan handphone. memang berderai berbiji² kat tangan dia..korang kira darab sendiri laa eh..aku duk sebumbung sekatil dengan dia dalam 2 tahun lebih..so check sendiri berapa hari bekerja...banyak tu la jam loceng hembuskan nafas mereka yang terakhir. JAATkan RAMLI MOHD ZAN tu!! (ahaaaa..nasib dia takde blog..kalau tidak buleh aku backlink!!)


Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, March 30, 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !

ahaaaaa..join segmen ni...Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong ! 

So....SAYA SUDAH CUNKAN BLOG SAYA !  SILA LA SINGGAH KAWAN KAWAN ! (",)

**erkkkk..tulis ini je ke eh?? okeh kot...asal nampak ketul² Encik Ben tu kannnn...hehheehe!! 

 

Tuesday, March 29, 2011

HANDPHONE SAYA!!


sape nak tau??? walaupon handphone ni agak canggih tapi dia tak penah ada kredit melebihi dari RM20 pada satu² masa. setiap kali nak call Arjuna Hati,sy cuma perlu buat missed call atau antar je sms. tak sampai 5 saat dia mesti call semula..kalau dia tak call, mesti sy akan merajuk smpai la sy yang kena marah semula dgn dia!! JAAT kan dia kan!!**(nak MANJA pon kena marah!)

pastu kan..kan..bila Arjuna tanye "apasal syg nie tak nak isi kredit nih, nak tunggu baba je call nih??" sy akan jawab "duit topup nak simpan buat naik Haji!"  <-- sy kedekut sebenarnya!! lagipun kalau bukan sy yg abeskan duit dia..SIAPA lagi kan??

pastu dia selalu jugak ejek sy "takat pakai hp mahal tadek kedit baik pakai hp cam baba nih..tak canggih tapi kredit unlimited okeh!!" arghhh..tadek pic nokia 3100 pulak, korang google la sendiri ek..yang bila nak on tu siap ada gambar tangan bersalam lagik tu!! *_^

so..kesimpulannya prepaid nie lepas nie sy nak tukar pada postpaid. bukan sebab sy tak tahan kena bebel ngan dia tapi sebab sy nak surf internet. kekuatan bateri Galaxy Tab tidak dapat menampung kerakusan sy dalam update status di FB. sy memerlukan backup!!

**pesanan untuk Arjuna : walaupon nombor telah bertukar pada postpaid..sy tetap akan sms @ miss call je kamu!! sila terima sy seadanya!!


Published with Blogger-droid v1.6.7

NORMAL kannn!

korang...nak tumpang tanye nih!!
korang rasa normal ke peel aku nih ye??
aku rasa normal je..orang yg kata tak normal tu yg tak normal...KANNNNN!

citernye cenggini..dari memula aku start bekerja dulu (ehh..masa tempoh percubaan tak kottt!!masa tu aku sgt baekkk!!) aku tak akan buat keje selagi waktu bekerja tak start. walau smpai opis seawal pukul 7am, aku memang tak akan sentuh kerja² aku selagi tak pukul 8.30..waktu opis hour start. pastu kalau waktu lunch pon sama.tu pasal bila ada orang suh buat keje bukan waktu bekerja yang sepatutnya aku mudah sangat nak jadi incredible hulk .tapi hulk yang terkoyak kat hati je laaaa.mana aku berani nak marah boss!!

ehhhh...ada terdengar sore laaaa, macam sore boss tapi bukan kott!! dengar sore yang berkata "a'ahh..memang normal la kalau tunggu waktu keje baru nak buat keje, tapi YANG SANGAT TAK NORMAL bila waktu keje pon u tak moh buat keje!! mengular sawa je koje kannnn!"

arghhhh! tak dengar!tak dengar!...aku sedang TUTUP TELINGA dari terus dengar bisikan yang mengdengki tu..kannnnnnnnnn!!

**errkkk..ni luahan sbb aku tertgk filling yg menimbun² nih!! anyone nak tulung????



CARA WANITA MEMANDU UNDANG BAHAYA

dengar topik kat HOTFM..derang diskuss pasal keratan dari Berita Harian mukasurat 10 "CARA WANITA MEMANDU UNDANG BAHAYA" . nak angguk pale ke tak nih?? kadang rasa ada betul kadang rasa macam tak betul.

tapi serious sepanjang berbelas tahun ada lesen ni ada satu menda yang aku tak berani buat lagi. ehh..penah la sekali, itu pon sebab jalan tersangat jem tak bergerak. aku tak berani update status mahupon bersms ketika memandu. memang tak berani...biasanya kalau kena saman pon sebab aku langgar lampu merah, kena speed trap, tak pakai seat belt dan terguna emergency lane..itu aje!! pasal bersms time drive memang tak pernah. BAIK KAN AKU!!..erkkkkk!!sms je tak pernah tapi kalau berborak kat tepon..itu biasa jugak!

eh..nak share! aku penah update status kat FB rahsia untuk korang nak rasa flash kamera yang bertubi² tanpa perlu menjadi artis. hahaha..jap baca bismillah dulu sebelum sambung citer...mintak² tadek PAK POLIS yang baca ^_^ ok sambung....korang cuba langgar lampu merah time matahari belum terbit atau time malam² tu..tapi make sure la lampu merah tu yang ada kamera eh..takat langgar lampu kat simpang umah aku kat Selayang takde maknanya!!

lepas je langgar lampu merah tu aku jamin otomatik lampu kamera akan bertubi² menghala kat muka korang..nak lagi menarik time lampu kamera tengah menyala korang bukak la tingkap..sengih lebar² kat dia. insyaallah tambah memudahkan polis trafic nanti. pastu korang tunggu laaaa...tak tau berapa lama tapi sure derang akan hantar gambar korang tu..dengan surat saman sekali!!!selamat berjaya okeh...eh!! nak tau macam mana aku buleh dapat rahsia nie??..hehehehhe, diam² okeh..jangan bagitau orang sebab sebenarnya AKU LA YANG BUAT peel gitu tu....diam okeh!! JANJI tau!!


Monday, March 28, 2011

TERIMA KASIH LALINK!!

bila mengadu seluar dh longgar dia kata "bkn syg yg kurus tp getah seluar yg dh lose !"
bila kata seluar dah ketat cepat je dia jawab "memang laa..syg kan dah gemuk !"

huahahah...lalink sangat terbaik. jujur dalam memberi pendapat & kerana itulah kamu sangat² saya sayangi!! DASHUMMMMMMMM!

TERIMA KASIH LALINK!!


NOTABERKAKI:jgn banyak bunyik..arini ari gaji kannnn!! belanja baju barang selai dua pelisss!! 

**eh lupa...kena antar sms kat dia nih, suh baca blog ni, nak cakap direct suh belanja tetiba rasa MALU la pulakkkss!



POLIGAMI BUKAN SATU KESALAHAN....tp adillah!!

terbaca "lelaki boleh adil dlm membahagi cinta pd lebih dr seorg wanita,tapi itu ketika dlm percintaan tidak dlm poligami!" me?? AGAK SETUJU!!
STATUS SEMALAM NEH..BUKAN STATUS SUKA² SEBENARNYA TAPI PUNYA MAKSUD YANG CUKUP DALAM..STATUS YANG LAHIR BILA LIHAT INSAN TERSAYANG TERPAKSA MELALUI SEMUA INI!!
LELAKI selalu tidak adil dalam berpoligami tapi dalam sedar atau tidak ..WANITA juga memainkan peranan dalam ketidak adilan itu!! Lagi sekali..itu bukan alasan kerana LELAKI di kurniakan sembilan akal untuk berfikir berbanding WANITA yang cuma punye satu akal tapi sembilan nafsu!!
INI STATUS PAGI TADI..ENTAH LA NAPE LATELY NI ASYIK TERINGAT MENDA NI...TAK TAU KERANA ADA PETANDA YANG INGIN "DIA" BERIKAN ATAU KERANA SIMPATI KAT KAWAN YANG  TERPAKSA TEMPUHI SEMUA NI DENGAN LINANGAN AIRMATA... SEDIH SEORANG WANITA BERGELAR ISTERI BILA TERPAKSA MENERIMA TAKDIR SEBEGINI. KADANG BILA AMARAH MENGUASAI DIRI..MULA SALAHKAN TAKDIR YANG MENIMPA!!

BAWAH NI LUAHAN HATI AKU YANG KECEWA DENGAN ISTILAH POLIGAMI...NOTA YANG KU KARANG SENDIRI..AKU PUBLISH KAT FB PADA 20 SEPTEMBER 2010 :
punya isteri & anak² yg tersgt ramai..tp dimana mereka bila dlm kesusahan??knp perlu mencari & mengadu kesusahan pd yg ditngglkn??...bkn jd masalah utk berbakti pd ayah kandung tp dia sendiri yg membina tembok besar antara kami....air mata nie menitis bila dikabarkan keadaan dia skrg bkn krn aku simpati pdnya..tp krn teringatkan mami yg menanggung segalanya hingga ke akhir nyawa..gara² seorg lelaki bernama FIRDAUS!!!!!!!!!!

aku mmg derhaka....tidak dpt memaafkan setiap perbuatannya sedangkan masih menggunakan nama dia dihujung nama sendiri..tp luka itu mmg sgt besar!!! bukan duit yg menjadi punca persengketaan ini!! ambik la brp yg dia nak..bkn berjuta pon yg mami tinggalkan!tak rugi ke mana pon menghalalkan sume tu..tp sikap dia!!sikap seorg lelaki yg bergelar ayah & suami!!

masih terbayang..dtg ketika mami nazak seumpama lawatan seorg teman!!hadir ke majlis tahlil hari pertama mami meninggal umpama hadir seorg jemputan!!mana pergi perasaan seorg suami??? sedangkan lafaz tidak pernah diberi..tp seolah² mami telah dijatuhkan cerai talak 3!!

aku mmg tersenyum semasa dihadapannya..tanpa dia ketahui...bermula hari tulah..perasaan benci mula menebal!! lebih baik berdiam dan menjauhkan diri..dari aku berhadapan & mengeluarkan perkataan yg paling kesat utk dia!!

dia patut berterima kasih pada mami..sbb pesanan mami la aku masih bole bertahan utk tidak bersuara. "jgn benci papa..sume yg terjadi antara mami ngan papa!anak² jgn sekali² benci kan papa!!"..mami terlalu tabah menerima keangkuhan seorg suami..tp tidak utk aku!!

tak perlu diceritakan kesengsaraan dia lg pd aku..biar dia tanggung semuanya!! teruskan hidup bertongkat langit!! tiba masanya..kau tetap akan tertunduk..tunduk memandang ke bumi tanpa suara!!!

maafkan aku papa...dulu kau lelaki yg paling aku syg..paling aku perlukan utk mengadu bila dlm kesusahan!! masih belum dpt dilupakan...masa melahirkan ank yg sulung,kau yg ada mengurut belakang,melegakan kesakitan..bukannya suami sendiri!!!tp semuanya hancur kerana nafsu seorg lelaki!!

dgn ank yg ramai hasil dari PERKAHWINAN² kau itu..aku percaya masih ada tgn yg akan menghulurkan bantuan!!masih ada tgn yg menadah mendoakan kesejahteraan seorg ayah..tp bukan dari aku!!

POLIGAMI BUKAN SATU KESALAHAN....tp adillah!!
poligami memang hak seorang lelaki sebenarnya..dan hak seorang wanita adalah untuk menyedarkan dia..supaya di SANA nanti dia tak perlu di persoalkan atas ketidak adilan dia itu!! 

sejujurnya..aku sendiri di hantui dengan kata² "hidup ibu kita banyak mempengaruhi hidup kita sendiri!"...entah!! macam ternanti² pulak sedangkan diri sendiri tak kuat nak terima semua itu..mungkin ingatan ini kerana CINTA aku dan dia pernah di uji. Maaf telah di hulurkan..tapi untuk melupakan TIDAK SAMA SEKALI.


SHARING IS CARING



sharing is caring,mana tau korang tak sempat baca paper tapi sempat baca blog..(",) info dari kosmo 28hb March 2011...huahaha!!good..mana tau lepas ni terhilang pulak kannnnnn!!

**NOTAKAKI : tak tau pasal apa gambar laptop merata² depan mata ai, tgk kat pic atas sebelah kanan tu..susahnya mau ku jelaskan pada suami yang perasaan mengidam nie terlalu teruk menguasai diri!! ..mampu membuat aku terkenang², teringat², tergila bayang..sama feel macam aku jatuh chenta kat dia dulu tauuuuu!! ish!ish!ish! 

Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, March 26, 2011

BAWANG OH BAWANG!!


sungguh ku rasa terguris!! encik suami beli bawang mcm memerli. udah le masak sebulan 4 kali aje, beli bawang mcm nak suh ai sedar diri!!

takpe..think positive!! ai dont mind..kalau bawang2 tu tumbuh daun maknanya kita dah berjaya jadi petani moden!! buleh jual daun bawang pulak lepas ni..kannnn!!

Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, March 25, 2011

Yuyun & Kucing

Yuyun pernah bertanya "Mama..Yun nak bela kucing buleh??"
Dengan muka penuh keibuan ai jawab "BULEH..tapi Yun pilih la salah satu yek, samada Yun yang duk dalam umah ni atau kucing tu!". Dia diam tak jawab apa². Sampai saat ai tulis entry nih ai tak penah nampak pon kucing dalam umah..apasal ek??? 


**Ai selalu amalkan sikap "menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung buleh buat cekodok" dalam apa jua keputusan yang nak di buat dalam hidup (",)

Thursday, March 24, 2011

HILANG



DI CARI
NO REPORT POLIS : SELAYANG/005561/11

**SAPE² TAU MANA TEMPAT YANG BULEH MEMULIHKAN ANAK INI PON BULEH KOMEN KAT ENTRY NI YER..PLAN NAK ANTAR KAT SEKOLAH AGAMA. TAPI MEMANG BUAT MASA SEKARANG MASIH BELUM DI JUMPAI!


Published with Blogger-droid v1.6.7

GAME ANTARA BLOGGER 2

ehehe... berminat ? Pengumpulan url blog selama 1 jam saja ...
Sila buat satu entri ...
  1. Letak banner tu ... DONE!!
  2. Tajuk : GAME ANTARA BLOGGER : 2 dan linkkan ke entri ini ..DONE
**ahaaaaa..lagi seminit nak tutup!!


HANTU KAK LIMAH!!


secara jujurnya aku tak tengok cerita nih
sebab time lalink bukak CD, awal lagi kak limah ni yg tonton aku
aku dah berdengkur dengan irama aku sendiri ^_^

seram sangat ke citer ni ek..
sampai buleh buat anak lelaki aku takut dgr nama dia.
kalau dia tgh melasak tu aku sebut
"haaaa..degil laaa, nnt antu kak limah dtg!"
dia terus terjerit² "kau diam!kau diam!"..
klu kak limah tgk pon sure kak limah sedih tau
sedih sebab anak aku tergamak cakap "kau" kat aku kannnn!!
hahahha...bukan nak takutkan anak
tapi kalau itu je ubat nak suh dia duduk diam²
I HAVE NO CHOICE.... (",)

nak dengar satu pengalaman ngeri aku kat toilet sebelah emergency ward kat Hospital Kuala Lumpur??..kejadian dah berapa tahun yang lepas..tak ingat lawat sape kat Hospital tu ..tapi lebih kurang pukul 11 malam cenggitu. aku ngan adik aku rasa nak terkencing..so kita orang g la masuk toilet tu. toilet tu ada 3 pintu..so aku masuk kat pintu yg first tu, adik aku kat tengah..ujung tu aku nmpk pintu tertutup separuh.

tengah nak terkencing tu aku dengar bunyi macam mengerang ...sekali dengar macam bunyi mengerang kepuasan sebab duk tahan kencing..pastu lelama makin pelik bunyi dia. aku ingat adik aku duk main² sbb dalam masa yang sama dengar dia gelak. aku sound dia "DIRA..ko jgn memain mengerang buleh!", dia jawab "akakkkkkkk.." 

belum sempat dia habis cakap aku dah menjerit bukak pintu terus lari keluar. dengar berdentam dentum pintu bilik kena hempas sebab adik aku pon ikut lari keluar jugak. yang paling tak tahan masa tu aku tak sempat zip seluar tapi dah cover ngan tshirt yang aku pakai..tapi sadis gila kat adik aku sebab dia berlari dengan keadaan spender di ujung kaki..tak sempat naik kat atas pon.

sumpah kalau antu tu nampak pon antu tu akan bantai terkencing tengok dia. aku masa tu??? barai gila gelak..dah tak takut dah bunyi antu tu..dia nak mengerang caner sekali pon aku dah tak heran..memang spender adik aku terbaikkkk!! sampai sekarang aku memang akan gelak bila teringat kisah tu..memang segar kat ingatan caner spender tu tersangkut baik kat bawah kaki dia tu...huahahahahhaha!!

**tapi serious..masa taip citer kat atas tu bulu roma aku meremang!! JANGAN KACAU AKU YE KAK LIMAH!!aku dah maafkan ko ponnn sebab kacau aku nak kencing masa tu (",)



Wednesday, March 23, 2011

AKU (",)

adehhhh...mana sang suami nih, udah la tak sabar nak sampai umah..nak cuba test try baju² kurung & baju melayu yang aku beli kat derang tadi. ntah nape..setiap kali bila beli perasaan teruja tu cukup menguasai diri. biar pon tak mahal mana tapi ke"excited"an dia tu memang mengasyikkan. teruja dapat melihat anak² tersenyum gembira menerima pemberian dari aku. ..tapi jujur aku katakan, aku adalah salah seorang mama yang tak pernah berkira untuk membeli barangan untuk anak², tapi untuk diri sendiri..OHMAIGOD, kedekut gila!! . kadang nak beli tshirt RM29.90 untuk diri sendiri pon aku buleh pikir 29 kali. kadang dah sampai kaunter nak bayar..buleh patah balik,letak balik tshirt tu & bayar untuk baju anak² je. aku tak tau SIFAT MULIA siapa yang aku ikut ni tapi serious..aku bangga punyai perasaan itu. kalau tanya anak aku lagi laaaa..mesti derang bangga kannn (",)

**entry kelam kabut...lalink sudah call!! BYE uols!!


KATA ORG TUA²



aramaksss..imej tak jelas tapi nak bagitau itu duit doplohsen yg ada kat carpet opis nih!! Ingat nak ambik tapi tetiba teringat org tua2 kata kalau kita amek duit yang kita jumpa nanti duit kita pulak ilang sekali ganda dari yg kita jumpa tu...so moral "BIARKAN JE KAT SITU!"

**NOTAKAKI : kalau duit doplohsen itu adalah duit ratus² takkan nak pandang je kannnnn??...sumpah aku AMEKKK!


Published with Blogger-droid v1.6.7

NANTI

NANTI ...
masa kecik dulu kalau mami panggil aku mesti jawab "yee...NANTI jap!"
suruh apa² pon mesti berNANTI²

bila dah kerja pon masih begitu
berNANTI walaupon sekadar nak tunjuk kasih sayang kat dia
macam tu jugak bila dia teringinkan wallet merah...juga ku ungkap ayat itu
dan akhirnya aku terlupa yang ajal tidak boleh NANTI walaupun sesaat
boleh datang bila² tanpa di duga
kerana NANTI lah aku rasa sesal dgn layanan yg aku beri pada mami

sekarang nih sebenarnya ada pula permintaan dari suami yang masih aku berNANTI
nak tunggu masa yang sesuai tapi tak tau bila agaknya
bukan berat sangat permintaan dia..dia cuma berharap supaya aku BERTUDUNG
tapi aku cuma tak nak aku lakukan benda tu kerana dia
aku nak biarlah aku lakukan dengan seikhlas hati

INSYAALLAH aku akan buat..takut nak cakap NANTI ku tukar pulak "TUNGGU" walaupon ku sedar ia membawa maksud yang sama !!!


Tuesday, March 22, 2011

OBESITI

kredit pak google
huh...sy tension!! puas sudah berdiet tapi berat tetap di situ. tatau timbang yang rosak atau lemak melekat sebati di dalam nih. tak makan nasik nih..kalau makan tatau jadik apa pulak!!

**NOTAKAKI : tidak menghina kegemukan & entry ini pon tadek kaitan ngan sesiapa cuma tengah busan nih bila terpandang lebihan yang tak sepatutnya di poyut time duduk di kusi nih. arwah mami dulu ada tanya "ila tau kat mana mami buleh derma lemak peha mami nih?" tapi rugi masa tu tak jawab "tak yah derma mi, ila tetap sayang kat mami..mami tetap cantik kat mata ila!" ..huhuhuhuhu!!


AKU BENCI ROKOK



1. Sila letak banner diatas ni .. yang gambar aku tu haaa... <--DONE

2. Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini ..<---DONE 

3. Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan .. 
takpelah Ben nak pilih ke tak..tak smpai 100 patah pun apasal sy benci Rokok ..--> "kerana sang suami merokoklah salah satu punca kenapa saya lahirkan anak pra matang, setiap hari terpaksa sedut asap berkepul² dari rokok beliau & kerana itu jugak si kecik sy ada problem dgn paru²!!" SADIS kannnn!

4. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok ! 
rokok la banyak²..nanti kesian tokey rokok tak laku kannn...spital pon bakal kurang pesakit!!
5. Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini .. 
busukkkkkk!!
 **ahaksss..mekaseh BEN Ashaari...join sebab geram neh!!

APASAL EK??

apasal ek??
dari tadi buat keje sume salah
tulis cheque kali ke 3 baru betul
pastu date masih guna 2010
tatau pasal apa..nak kata pasal tak dpt NETBOOK ..TAK MUNGKIN!!
sebab aku belum gunakan kepakaran memujuk sehabis²nya nih

hahhhh!!mungkin sebab mimpi semalam
fuyohhh..gila punya gile buleh mimpi macam tu
korang nak tau mimpi apa???
malam karang nak tidor datang la mimpi aku yekkk..bagi SALAM dulu :-p


HAPPY BIRTHDAY TO U SAYANG!!


♫ ♪ HAPPY BIRTHDAY TO U, HAPPY BIRTHDAY TO U ♫ ♪
♫ ♪ HAPPY BIRTHDAY TO ABANG ZAFRY..HAPPY BIRTHDAY TO U ♫ ♪

 
selamat harijadi abang..moga abang jadi anak mama yang baik. belajar pandai²..dah besar nanti jaga mama,baba,kakak dengan adik sarah yer. mama sayang abang sangat² walaupon masa tanya abang "sayang mama tak" abang selalu je jawab "tak..abg sayang baba!" GRRRR.. moga abang jadi anak kebanggan semua nanti yer. mama dan baba doakan yang terbaik untuk abang...ZAFRY IMRAN JEFRY.

NAH..ni hadiah mama ngan baba belikan semalam. sila guna keta remote ni bebaik yer..sebab sebahagian duit netbook yang mama pujuk baba dah di salurkan untuk membeli menda nih (",)




Monday, March 21, 2011

AKHIRNYA!!

credit pak google lagik!!

AKHIRNYAAAA...aku tak dapat!!
encik suami dah buat keputusan muktamad
dia say NO!!
dah puas ku suh dia guna talian hayat
puas ku pujuk dia pikir masak²
dia cakap "tayah membazir, kat umah dah ada laptop"
sambung dia lagi "dalam handbag ada TAB"
pastu aku sambung plak " kat opis ada desktop lagik"

HUH!! takpe..tak nak bagi ai usaha sendiri
jangan tegur ai, jangan mintak manja²
ai nak MOGOK!!
MOGOK sampai u ubah pikiran.

.....GRRRRRRRRRRRRRR!!


MUHAMMAD ZAFRY IMRAN JEFRY

hari pertama dia dilahirkan 22 Mac 2008 dgn berat 3.8kg
Ketika berusia seminggu
baru nak cecah setahun

tika berusia setahun lebih
ehh!! yg ni pon belum setahun rasanya..mama lupa la syg!
ahaaa..ni gambar masih baru jgk..baru beberapa bulan yg lepas

ahaaaaa..entry ni sepatutnya di publish besok~!! tapi ai dah tak sabar untuk luahkan rasa hati ini..tak sabar untuk bagitau semua perasaan sayang pada si hero ni sangat membuak². satu²nya hero kesayangan..yang selalu membuat ai terduduk tak terkata dengan gelagatnya.

terimbas kembali saat dia merampas tongkat dari atuk tua yang tidak di kenali sampai menggigil atuk tu di buatnya. teringat bila dia dengan muka selamba masuk ke dalam khemah orang ketika ada gathering dengan kawan² di tepi pantai (tuan khemah di paksa duk luar khemah okehhh!)sedangkan ketika itu ai hampir menangis mencarinya. teringat semalam dia tanye kat ai "mama..bekas air ni dah pecah laaa, bape inggit ni ma?"..hahahahhah!macam la dia dah ada duit nak mengganti!! teringat jugak time dia punye syok menonton TV..pelik nape dia senyap je menonton, sangkakan seronok pasal citer tu tapi rupanya seronok sambil nonton sambil bagi ibu jari kaki kat Sarah hisap....uwaaaaaa, memang sadis!! tapi sungguh bahagia kerana dia hadir sebagai salah seorang permata hidup ai.

esok 22 Mac 2011..harijadi dia yang ke 3. HAPPY BIRTHDAY SAYANG. Moga abang membesar sihat, jadi anak kebanggaan semua. Moga abang dapat menjaga keluarga sendiri sebaik mungkin. Doa mama & baba sentiasa untuk anak² sayang!! Belajar pandai²..esok² buleh jadi doktor, rawat mama ngan baba okeh!!

ahaaaa..time ni dia tgh bersusah payah nak cangkuk baju tu, sampai sudah tak berjaya!!

***Abang jangan risau..esok ada lagi entry untuk abang..special untuk abang tau!! kiss mama untuk abang..sayang abang sangat²~!!




WANITA & DAPUR

bila jari tidak ada di FB ataupon di BLOG..tinge aku mudah mencurik dengar perbualan org lain. bukan kepochi tapi sebab suara yang berborak tu volume ala² nak pecah gegendang belah kiri. sedang duduk² (lokasi dirahsiakan demi keselamatan aku sendiri sebab orang yang akan di jadikan bahan umpatan ada dalam list follower nih) terdengar perbualan anak beranak nih. si anak, ibu dan beberapa orang lagi yang menjadi ahli mesyuarat tingkap. macam² derang borakkan..biasalahhh, WANITA kannnn. sedang mereka pot pet pot pet tu terbukak pasal topik pekerjaan. diam terpaku bila ada yang bersuara "PEREMPUAN BUAT APA BELAJAR PANDAI²..KAT DAPUR JUGAK TEMPAT DIA!". aku pandang kalendar yang tergantung..sah aku duk kat tahun 2011..bukan tahun 1911.

credit to pak google
WTH?? yang bercakap tu pulak si anak dara yang masih bersekolah..yang belum berkahwin!! bila timbul topik camtu rasa nak menyampuk je...dalam hati bersyukur kerana DIA BUKAN ANAKKU!! ringan je nak bersuara "kalau dah tahu macam tu baik la ko berenti sekolah..mengabiskan duit mak bapak je!" tapi tu laaa..sume bermain kat ujung mulut tak terkeluar. bukan aku tak berani nak bersuara tapi kalau kita dah tahu duk kat dalam kelompok yang suka menegakkan benang yang basah "BERDIAM ADALAH LEBIH BAIK!"

kesiannnn...pemikiran masih di takuk lama. mungkin dia tak sedar lelaki sekarang juga mementingkan kualiti. bukan takat punya rupa yang cantik, IQ pon dah jadi pilihan dalam mereka memilih suri hati mereka. aku tau dia cakap macam tu bermaksudkan bila dah kawin memang kena duk rumah jaga rumahtangga tapi SEDAR tak dia bila di takdirkan jodoh tak panjang,tak kira samada kerana ajal atau pon samada si dia beralih arah?? kalau tak punya pelajaran macam mana nak teruskan kehidupan yek?? aku juga tau "ulat dalam batu jugak buleh hidup" tapi kita bukan ULAT!!bukan buleh hidup ngan makan rumput rampai je setiap hari!

sangat kesian bila si ibu juga mengiyakan kata si anak...itu pasal la sekarang aku lebih suka mengadap TAB dari duk berkumpul begitu. memang elok bergaul tapi kadang macam ni lah jadinya...aku di paksa jadik "TUA SEBELUM WAKTUNYA". kadang lalink pon penah sound "SYG NI SUKA TAK NAK BERGAUL..NANTI KALAU SAKIT TAKDE SAPA NAK PEDULI!". aku cakap kat dia "SAPE CAKAP?? TIME SARAH SAKIT HARI TU RAMAI YANG AMEK PEDULI..RAMAI YANG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN WALAUPON SEKADAR KAT FB TAU"...hahahha, alasan yang susah untuk beliau tepis..agaknya dalam hati beliau pon cakap "BERDIAM ADALAH LEBIH BAIK!!!"


Wanita Tempatan Lebih Suka Lelaki Asing???

huahaha..me penah dapat surat cinta dari lelaki asing..lelaki Bangla lagik!! Masa keje kat KFC kan banyak lelaki² dari negara itu..huahaha, baru bukak je dah berterabur bedak terkeluar. kertas warna pink lagi..aku bukan nak mengejek atau menghina dia..tapi belum sempat aku baca lagi aku dah flash masuk dalam toilet bersama bahan terbuang. Cessss,,tidak menghormati status aku yang masih bergelar isteri dan juga kekasih pada seseorang ketika itu.


**NOTAKAKI : walaupon muka macam Shah Rukh Khan...haishhhhh!! TAK BERANIIII!

Sunday, March 20, 2011

inilah puncanya!!



Hah!! Inilah puncanya aku jarang update blog lagi nih!! Artikel dari Mingguan Malaysia ari ni..nasib baik ada penjelasan kalau tidak bakal ku BAKAR je laptop ku ini!!

**NOTAKAKI :Aku wanita biasa, yang kadang " MARAHKAN BROADBAND, LAPTOP DI BAKAR".

Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, March 19, 2011

HELP ME pelissssss!!



Tader ke orang yang buat bisnes jual MESIN LIPAT KAIN yer?? Aduhhhhh..malas giler nak bermula. Serious suh cat satu bangunan pon ai tak bape nak kisah..nak lipat kain je memang tak penah nak rajin!! GILA PEMALAS!!

Tapi jangan tak tau..even ai pemalas nak lipat baju, dalam lemari ai memang kemas tersusun tauuu!! Bukan sebab apa..sebab sedar yang diri dah la pemalas, so bila dah lipat tu haruslah kena menghargai susah payah itu. Tu pasal bila ai dah lipat & anak menyepah..jeritan akan bergema macam mama tarzan memanggil anak2 beliau makan!!

Cuma yang best bila melipat nih..dalam poket seluar lalink selalu ada Ringgit Malaysia yang tertinggal. Hahaha..memang best la tapi heran jugak, lately ni jarang nak jumpa. Menyesal bagitau dia ada jumpa wang dalam poket tu..mesti sekarang ni bila nak letak seluar dalam basket kain tu..dia seluk2 namblas kali kan. Nak pastikan tadek seposen pon yang tertinggal. Memang dasar HAJI BAKHIL!!!

Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, March 18, 2011

CER CITER~ CER CITER~


Bukan dapat duit..bukan dapat apa pon tapi seriously bila di SINI saya rasa heppi. 
Punye sahabat yang bukan hanya hadir tika saya bergembira
Juga hadir ketika saya di landa kesedihan

Terima kasih semua..terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai kawan. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik walau hingga kini ada yang tidak pernah pon bersua muka. Dan kerana itu saya tidak pernah bersetuju bila ada yang berkata laman sosial adalah punca pada segala masalah sosial yang terjadi. Tepuk dada tanye selera..semua terletak di tangan kita. Ingin bahagia di sayangi atau derita di musuhi. Dan saya sangat percaya..kalau diri dah memang suka bergaduh, suka berkelahi..takde facebook pon dia akan tetap suka mencari pasal dengan orang lain....SETUJU?? korang buleh tekan Like kat bawah (",)

**ehem!ehem! korang tau tak nape ai letak gambar facebook ai kat situ..korang tengok pic kat sebelah kanan tu..petang semalam dari kul 2 sampai la nak balik Mark Zuckerberg gi tepek pic macam tu kat wall ai..udah la semalam sejuk ujan, tambah plak kamis malam jemaat...GATAIII la Mark nih kan!!


Thursday, March 17, 2011

FOLLOW ME FOLLOW ME NOT (",)

entry ni bukan nak menagih simpati
bukan jugak nak memintak korang follow blog ini
huahaha..me maybe baru ngan blog
tapi dah lama melalut kat FB tu..setiap hari akan ada paling kurang 5 status
dah tak kisah org nak tanye "tak penah kering idea ke?"

tapi seriously sejak jadi blogger nie ternampak satu isu yang kerap di mainkan
FOLLOW..mula me memang tak kisah
sebab bukan tak suka kalau tgk follower bertambah..suka sangat²
cuma tak berminat untuk memaksa org follow
bagi ai senang..kalau u suka u boleh follow
yang penting kepuasan ai dalam bercerita..yg lain² tolak ke tepi!!
nuffnang pon dah lama tak tengok..(a'ahh laaa, karang tengok lah!!)


cuma ini pendapat ai -->apasalahnya untuk follow setiap blog yang kita pegi tu kannnn?
takyah la mainkan isu "sape yg mintak di follow tu mcm blogger murahan"
follow bkn kena bayar pn,bkn jgk bermakna mmg kena baca entry dia setiap hari kann??
kurang² bagi semangat sesama sendiri (aisehhh...mcm ai dah ada juta² follower pulak!! tapi tak kisah..nak cakap jugak!!)

tapi yang sangat menyedihkan bila pasal FOLLOW ni pon buleh bertelagah
buleh merajuk² bila kawan tak follow semula
aisehmannnnnn...tujuan berblog sudah lari...pitching sudah ke laut!!
sedih tengok memasing kejang urat leher pasal isu nih
memasing cuba untuk menegakkan pandangan
yang kadang terlupa ada hati kawan yg terluka!!

** ini pandangan seposen dari ai...tak memaksa sape pon terima. lagipon sape tinggalkan jejak kat shoutbox tu..kalau dia tak follow ai pon insyaallah ai akan follow balik..ngan syarat internet pon tengah laju laaaa. nak jelaskan lagi sekali..."TAK PAYAH LA KITA SESAMA SENDIRI NAK BERGADUH SEMATA² PASAL FOLLOW ME FOLLOW ME NOT" nih. jom kita sama-sama bercerita, jom kita sama-sama terus menulis. takyah malu-malu..sebab selalunya masa menulis ni ai anggap ai tgh conteng dinding toilet opis..conteng sorang-sorang takde sapa pon nak baca (",)


NOTICE !!

 
MAAF..BLOG di tutup untuk sementara waktu
tuan punye blog sedang asyik melayan Facebook
layan comment ngan like status orang
almaklumlaaaa..kan Mark Zuckerberg dah bagi enter je setiap kali komen
tayah susah² tekan button "comment" lagik...
**NOTAKAKI : BOSS..jangan tertipu kalau tengok Shiela Firdaus duk dendiam di kerusi beliau, jengok² sebab takut dia duk komen & enter status kawan² dia!!!!

Wednesday, March 16, 2011

MY LOVELY PRINCESS SARAH

abaikan org yg berada di sekeliling..hehehe


Alhamdullillah dia dah berjalan,terkedek2 mendapatkan aku. walau agak lambat, di usia setahun lapan bulan baru nak menapak..aku sungguh gembira. syukur pada DIA...DIA yang sentiasa mendengar doa² dari mereka² yang menyayangi anak ini. hilang segala kesakitan melahirkan, hilang segala gundah melihat penderitaan dia selama ni.moga dia akan terus sihat sampai bila²..moga dia akan membesar menjadi seorang anak yang dapat membanggakan family dia sendiri.

anak ini berjaya membuatkan aku menjadi seorang ibu yang sungguh bangga bila sanggup menggadaikan nyawa melahirkan dia. sanggup menolak saranan doktor supaya gugurkan kandungan di awal kehamilan. doktor yang menyatakan nyawa aku lagi penting dari nyawa si anak. anak yang terakhir aku lahirkan bilamana rahim turut pecah bersama kelahirannya.

huhuhuhu....di saat DIA bagitau sarah ada dalam perut ,sepenuh kasih syg telah tumpah pada sarah. alhamdullillah biar kerap bergaduh dgn baba..keputusan ini sgt tepat. baba bukan tak sayang..tapi mama tau baba takut. ketakutan yang terpaksa mama yakinkan..kalau dah sampai ajal, tak melahirkan sarah pon mama akan pergi...pergi tinggalkan semua yang ada. dan kini..ini ganjaran dariNYA..syukur sangat²!!

Qaisarah Irdina..mama,baba,kakak & abang love u so muchhhhhhhhh.


Published with Blogger-droid v1.6.7

FAKTA..untuk di renungi bersama. <--info dari paper ok!

setiap pagi sambil drive aku memang akan bukak HOTFM..tak akan bukak channel lain. bukan sebab aku memang peminat HOTFM tapi sebab malas nak menukar channel. (huahhh...dasat pemalas aku nih..takat nak tekan button channel pon malas!) . tapi serious laaa..aku jarang nak bosan walau kadang lagu² kat HOTFM tu sehari boleh berulang² duablas kali...ehem!ehem! ini sebenarnya bukti aku seorang yang setia..tak kira dalam apa pon yang aku buat. ERKKK..lalut apakah ini???

pastu dengar la fakta yang diaorg baca dari paper tadi..kalau tak silap dari paper berita harian. korang g google sendri yer. fakta ""berhati² simpan hp di poket kerana risiko kerosakan sperma & mati pucuk". fakta yang menarik tapi boleh menjadi bahan gelak para lelaki di luar sana. korang tengok kat sekeliling korang sendiri..berapa banyak lelaki yang letak hp kat poket tapi masih punya anak lebih dari seorang. aku tengok muka lalink aku je laaaa...hah!6 orang lagi. tapi aku dah pesan kat dia..jgn nak bangga cakap fakta tu salah sebab sebenarnya kalau dia sorang dia tak hebat mana pon..kannnnnnn! kena la bagi kredit kat aku jugak!


tapi takpe laaaa..kalau menda tu betul apa salahnya berhati². gantung je hp kat leher ke, kat poket baju ke..lepas ni keluar lak fakta "berhati² sapa yang letak hp kat poket baju depan kerana di khuatiri mungkin kekurangan susu!" fakta untuk kaum wanita pulak...uwaaaaaaa, apasal pagi ni nak melucah je ni??? aku makan apa breakfast tadi yek????..errr!!sila jangan saman yer...bukan menafikan fakta ..saje bagi pandangan seposen nih.

sama gak untuk perokok..amaran yang sama di keluarkan. takut mati pucuk jugak..pon jadi gelak kat lalink aku. alasan yang sama...hisap dua kotak sehari tapi masih punye anak yang ramai. penat je kerajaan letak gambar gerun² kat kotak rokok tu..bila dia beli je dia amek marker pen g padam gambar tu. clever kan anak cik peah nih! tapi itu dulu..sekarang alhamdullillah dia dah berenti merokok..bukan pasal takut mati pucuk tapi bila aku sound & menakutkan dia punca aku lahirkan sarah yang pre matured tu sebab aku terpaksa hidu asap rokok dia hari². mungkin dia rasa bersalah kottt...tu pasal dengan kadar segera sebaik lahirkan sarah dia berenti menghisap.


tapi semua fakta ni sebenarnya banyak kebaikan..orang lain tak dapat apa pon kalau kita still buat. rugi tidak untung pon tidak. semuanya untuk kesihatan diri sendiri..kalau korang terutama kawan lelaki sayang diri korang...berhati²lah!! pasal hp tu aku takleh nak komen byk sangat sebab kalau betul pon sperma korang sendiri yang rosak, bukan aku punye . tapi pasal merokok tu..sebab bukan takat korang je penat kembang kempis hembus asap  tu..tapi orang sekeliling korang pon penat memakai perfume wangi², habis busuk melekat bau asap , lagi² kalau dari rokok gudang garam, eeeiiiiiyuckkkkk...tak buleh tahan tau!!

**panjang lebar dah ni.. moral of the story amek yang positif tau...KESIHATAN~!!

 

Tuesday, March 15, 2011

TEPON BERBUNYI...ring!ring!ring!

sapa marah kalau aku cakap orang yang tak angkat tepon dari no yang dia tak kenali sebab dia banyak utang?? hahahaha..jangan marah yeee...itu yang selalu aku cakap kat kawan² aku yang memang tak akan angkat tepon kalau no tu dia memang tak kenal. GURAU je pon...(",) tapi serious..sape pon call aku akan angkat, tak kira dari mana no tu datang tapi bila aku mula tak menyenangi perbualan tu aku ada cara untuk mematikan tepon tu.

memula nak mintak ampun kat opis lama aku dulu. setiap kali ada customer yang call meroyan tak tentu hala membising..time dia tengah cakap tu aku buat² line tetiba terganggu. konon "hello,hello,hello.." hahahah, malas nak layan. yang aku plak masa tu terangkat tepon berbunyi..padan la muka kena sembur kannnnnn! lepas tu kalau dia dail semula...huhuhu, aku dah ada kat toilet, buat pelaburan saham :-))

tadi pon sama..time tengah bersemangat waja shopping kat Sogo..buleh pulak customer service dari Maxis call nak tanye apasal aku potong line broadband. lagi sekali..sedang syiok dia memujuk tu aku buat² mcm talian terganggu..pastu terus letak. memotong stim orang bershopping...tak pasal² dapat 5 helai je baju tadik. kalau tak..mesti banyak sikit kannnnnn!!

sama jugak kalau time tengah berjalan kat shopping complex..pandai plak selalunya derang akan tarik tangan husband aku untuk offer produk derang. apasal..muka aku muka tidak berWANG kah??? macam paham husband aku jenis tak sampai hati menolak kannnn..so tengah² dia citer produk yang harga beribu² tu, produk yang memerlukan buat pinjaman wang..kat tengah² mesti aku nyampuk "alaa dik..abang ni bangkrap la, mana buleh buat loan!"..hahahahha lagik!!  sambil sapu dahi sambil buat muka ketat...ketat sebab penat bercerita tapi tak berjaya jual. yang husband sound "sayang ni memandaikan cakap baba bankrap!" ye laaa..kalau tak di potong perbualan tu maunya lima jam setengah pon tak cukup. dah la aku jenis nak beli baju masuk 10 kedai baru beli sepasang!!

hahahah..so itu la cara aku nak ngelak call atau pon nak ngelakkan dari terus tersangkut kat orang yang offer barangan dia nih. tapi entry aku nih sebenarnya tuju kat kawan aku sorang nih..dari tadi duk call dia "APASAL TAK ANGKAT WEHHHHH!..AKU BUKAN NAK JUAL BARANG PON!"


INI YG SEBENARNYA

hurmmmm..rasanya kalau simpan makin sesak nafas memikirkannya.bukan niat nak malukan sesiapa..mana tau dalam ramai² kawan yang ada mungkin ada yang dapat membantu sy dan dia menyelesaikan semua masalah ini. dah habis ikhtiar dah kami berdua lakukan, tetap tak ada jalan. minggu lepas siap amek cuti, siap amek MC nak uruskan masalah yang anak perempuan dia bawak ni..tetap tak ada kesudahan. ada smpai 3.30am baru smpai umah..kul 5 nak kena bangun semula nak pegi keje. tetap dia tak hargai..tetap dia anggap remeh.

huh..susah nak explainkan anak tiriku ni. susah nak membentuk dia..tapi sy rasa kesusahan ni masih boleh di atasi, masih boleh sy bertahan. cuma YANG PALING SY TAK TAHAN bila hampir semua orang akan berkata "penceraian punca anak itu begitu!". serious..sy tak boleh terima. cuba duduk kat tempat sy, senang je mulut² itu berkata begitu. sy tenung mata si suami..kesian dia. redup matanya seolah menggambarkan kelukaan hati yang sangat parah. sy??..lagi laaa. seolah² kehadiran sy yang punca segalanya. semacam sy mementingkan diri..kerana cinta dia pada sy anak jadi begitu.

dari tempat kaunseling sekolah, pergi ke balai polis juga orang di Jabatan Kebajikan..juga mengeluarkan pendapat yang sama. si anak tersenyum..seolah lepas dari tanggungjawab. seolah bangga apa saja yang dia buat sy dan babanya yang perlu menanggung.

sungguh..turutkan kata hati sy memang nak lepas tangan. memang nak buat tak tau sebab bagi sy ini hasil dari didikan ibu kandungnya sendiri. masa kecil di ajar untuk melawan dan tidak menghormati sy. nahh..skrg bila dah besar dgn dia sendiri si anak tidak peduli. sungguh..sy boleh menggunakan CINTA sy untuk menghasut sang suami. sy tau sy mampu membuatkan dia mengikut kata sy..tapi untuk apa?? sungguhpon si anak tidak pernah menganggap sy seperti ibunya sikit sebanyak sy masih punya rasa tanggungjawab. sy juga bertanggungjawab untuk melihat suami sy bahagia. sy ingin berada di sisi dia tak kira apa pon yang terjadi. 

berapa kali airmata lelaki dia jatuh..berapa kali hati seorang ayah di hancurkan sebegitu. sungguh sy tak paham kenapa si anak begitu tega melakukan. bukan pinta banyak..cukup menjaga maruah diri dan tahu tanggungjawab seorang anak. dah sy jelaskan padanya..ya mungkin sy paham yang dia tidak berapa pandai dalam pelajaran, tapi dia perlu tahu maruah seorang perempuan itu sangat penting...lagi² dia baru berumur 14 tahun. sayang..wajah yang sangat cantik tidak di jaga dengan baik.

hari ni...setelah puas di bagi nasihat, dia masih begitu. keluar ke sana ke mari. sekolah pon dalam tempoh 45 hari..cuma 9 hari je dia pergi. selebihnya tak tau ke mana hala tujunya.

ibunya??? juga senang je berkata pada suami "awak kan ayah dia..tanggungjawab awak la nak uruskan. sy dah tak nak dia lagi!"...huhuhu, ibukah itu???? anak dah teruk begitu boleh pulak melepaskan tanggungjawab sebegitu mudah??? sudahlah hak penjagaan di tangan dia, macam tu pulak cara nak melepaskan diri...entahlah!!

ku renung wajah anak² sendiri, alhamdullillah mereka sangat² menghargai aku. sangat menyayangi aku. syukur padaNYA yang anak² aku sendiri masih tau menghormati aku. masih tau samada teguran aku teguran kerana sayang atau tidak pada mereka. syukur juga kerana hingga ke hari ni anak²ku sendiri tak pernah lupa untuk mencium pipi ibu mereka ini.

entah bila tanggapan orang yang "PENCERAIAN" punca segala masalah yang terjadi dapat di hapuskan aku sendiri pon tak tau. letih nak cakap anak sulungku juga mangsa penceraian..tapi boleh membawa diri. mungkin masih jauh untuk bagitau dia sangat baik..tapi insyaallah, smpai saat ini dia cukup membanggakan.

jalan terakhir..kami mungkin akan menghantar dia ke pusat pemulihan. sebelum dia rosak biarlah di ambil tindakan sebegini. dari kami menangis kemudian hari melihat dia terus begitu..biar je dia yang menangis di hantar ke situ. satu harapan..bila dia besar nanti moga dia boleh berfikir kenapa babanya sanggup meletakkan dia di tempat itu. 

pada suami...insyaallah syg sentiasa ada untuk baba. tabahkan hati..mungkin baba sedang di uji untuk melihat sejauh mana cinta baba pada syg dan anak². cuma pesan syg hanya satu..baba masih punya anak² yang lain, jgn kerana dia seorang,lima yang lain tu terabai. apa pon jadi...syg cintakan baba!! insyaallah syg akan bantu apa saja..selagi syg terdaya dan termampu melakukannya. dan syg nak baba tau..sekelumit pon tak pernah timbul perasaan menyesal memilih baba menjadi lelaki kesayangan dlm hidup syg.syg cintakan baba..cinta sungguh²!!


SALAHKAH MENJADI ORANG KE 3??

huh..topik kat radio yang berjaya membuat aku makan begitu berselera sekali. biasalaaaa..aku ni kalau sakit hati ke, marah ke, bengang ke makan mesti semakin berselera. siap mintak paru lebih lagi masuk kueytiaw aku tadik.

takde kesempatan nak call...eh!bukan takde kesempatan tapi malas nak call takut semakin glemer! tapi tu laaaaa...kalau tanya kat aku soklan cenggitu, jawapannya "SALAH KALAU ORG YANG PERTAMA DAN KEDUA ADALAH AKU DAN SUAMIKU!"

tapi rasanya aku boleh terima lagi kalau seorang suami berlaku curang. kecurangan yang boleh di sudahi dengan ikatan perkahwinan. yang boleh di halalkan dengan satu akad. yang aku tak buleh nak terima bila kecurangan dari seorang wanita yang bergelar isteri.

pernah mengalami peristiwa di mana seorang isteri menelefon aku merayu² mintak di izinkan untuk berkawan dgn suamiku sendiri. ramai kawan yang cakap aku gila sebab tak bertindak apa pon. yang aku bagitau kat pompuan tu "kenapa merayu kat akak??"..jawapan suamiku cukup ringkas. "tak sangka baba jumpa perempuan gila!" hah!! lelaki kannn..apa pon pasti meletakkan kesalahan kat orang lain. aku tau mungkin kesilapan suamiku bilamana dia cepat mesra. cepat membuatkan orang jatuh hati. aku pulak bukan nak menyerah kalah bila aku tak buat apa pon tapi bagi aku sangat senang. aku cuma tangani semua masalah tu dengan perasaan cinta yang ada. tak perlu mengamuk, tak perlu histeria..guna cara yang paling lembut untuk selesaikan masalah, insyaallah kalau dia dah memang jodoh kita..dia tetap milik kita.

perempuan tu???..dengar cerita dah ada hubungan dengan suami orang lain. sungguh aku rasa seorang isteri yang curang ni RUGI besar. mana taknya..lelaki tu dapat buat apa yang suami sendiri boleh buat. bebas memegang kat mana saja tanpa perlu bersusah payah bersalam ngan tok kadi. karang bila dah puas..boleh berlalu pergi begitu saja! ..huhuhu, insyaallah aku masih tahu menjaga apa yang sepatutnya dan insyaallah kasih sayang yang ada memang hanya untuk dia..dia lelaki yang bergelar suami pada aku sejak 10 tahun yang lalu.


Monday, March 14, 2011

KALAULAH....



hehehe..kalaulah boss ada dia mesti banggakan tengok tahap kerajinan sy!! Sy pon kurang pasti apasal bila kerajinan tu datang..boss plak bercuti!! rasanya memang sifat semulajadi staff yang "berwibiawak" kotttt!!

tapi kannn..tapi kannnn..sebab dia cuti jugak sy punye tahap pemalas tak ilang²~!! tu fail kat atas tu patutnya dari tadi dah siap..hahahah, mungkin sebab rindu kat boss kot!!

NOTAKAKI lagi:-ini blog saya. kadang ada entry yang cuma bergurau²..gurau² kadang boleh menambah bahagiakan..so sila jangan amek serious dengan mana² menda yang tak berapa nak serious. bukan apa..kadang sy terasa dengan comment yang ikut sedap mulut. paling ketara bila kat FB..wah!wah!wah! kita baik ngan dia tapi dia komen macam  sy takde perasaan!! macam hati di perbuat dari batu bata je!

HURMMMM..SY SENDIRI TAK TAU APA KAITAN CITER PALING AWAL DI ATAS NGAN NOTA KAKI ITU..kalau korang tak paham korang boleh abaikan sebab saya pon SUMPAH tak bape nak paham!! ini mungkin kerana tragedi MONDAY BLUES...IM SORI (",)
 
Published with Blogger-droid v1.6.7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket