Sunday, August 28, 2011

KASIHNYA AYAH!!

Terharu bila tengok baba memujuk Sarah sedut gas. Tambah terharu bila Sarah seolah faham apa yang baba cakap dan langsung tak menangis.

Sangat berharap esok Sarah bangun dia betul2 sihat untuk balik ke rumah tambah lagi dah nak menjelang raya ni kan.

Oh ye..sebelum terlupa nak ucap terima kasih atas doa yang tak putus2 untuk Sarah. Sungguh terharu..hanya DIA yang mampu membalas.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 27, 2011

CEPAT SEMBUH SARAH!!

Pagi ni bgn penuh semangat. Kuat hati cakap hari ni dpt discharge. Celik mata je ku telek wajah Sarah. Bila terpandang dada dia hati ini tak sedap. Turun naik nafas dia mcm tunjuk ada yg tak kena. Tp nak sedapkan hati aku buang rasa gelisah. Bawak dia pegi mandi, buatkan susu, pakaikan baju lawa2! Ye laaa. .kan nak balik, jumpa abg zafry, jumpa kak yun.

Lepas siap nak suap dia breakfast tp dia tanak. So turunkan dari katil biar dia main2 kat bawah. Tak smpai sejam dia cakap nak naik katil " mamaa..nayikkk!!tidorrr" sambil tunjuk arah katil. Dukung je naik katil tak sampai 5 minit terus tidor. So aku duk pandang dada..masih laju. Huh!! di hati terasa dia mmg belum sembuh.

Tggu doctor dtg check. Smpai je doctor terus tnya " ibu, knp Qaisarah mcm penat sgt ni!" Aku terdiam tak jawap! Mana aku tau..kalau aku tau dah tentu aku tak akan biarkan anak aku jadi mcm tu. Bila dia check terus dia ckp " paru2 semakin kuat bunyi la ibu, mcm kena jangkitan baru, sy tak bole bg dia balik!" Air mata bagai nak menitis tapi aku tahan. Terbayang terus muka Zafry yg jgk demam rindukan aku di rumah. Hampir 4 hari aku tinggalkan dia, tak dpt manjakan dia.

Ntahlah..sepatutnya aku mmg harus utamakan Sarah. Korbankan yang lain dulu tapi sungguh rasa sayu. Terasa seolah tak berguna bila anak di timpa kesakitan. Kenapa bkn aku je yg terus sakit? Biarkan anak2 aku terus sihat, terus gembira meniti hidup! Tapi aku tau DIA menguji aku di saat ini kerana dia tau aku kuat. Aku sendiri sebnrnya tau aku mmg kuat utk anak2! Hatta suruh aku korbankan nyawa utk mereka pon aku sanggup!!

Ya Allah, bagilah kesihatan utk anak2 aku. Aku tau dugaan ini sebenarnya sgt kecil nak banding dgn dugaan org lain tp adakalanya aku juga tidak mampu kawal diri. Entry ini juga sebenarnya ku taip dgn iringan air mata! Air mata seorang ibu utk anaknya!!

Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, August 26, 2011

MASIH DI SINI!!


Salam..mlm ni mlm ke 3 Sarah admitted kat Selayang Hospital. Doktor ckp athma dah kurang tp infection still ada :(

Demam pon dah takde cuma batuk ngn selsema yg masih tak elok2! Entry ni pon mama taip dgn tgn sebelah kanan,tgn kiri duk tepuk montot dia bg lena tidor. Tapi tu la duk srotttt srettttt idung dia tersumbat! Kesian tgk keadaan tak selesa dia tu kannnn.. :'(

Tadi dpt call dari kakak ipar, abg Zafry jgk demam kat umah. Uishhhh..mesti demam rindukan mama. Dah nk masuk 4 hari tu tinggalkan dia. Kesian dia kann..perhatian lebih kat Sarah smpai terpaksa biarkan dia dgn org lain. Maafkan mama abg..hopefully abg faham kan!

Owhh lupa nk bgtau, doktor cakap klu xde apa2 esok Sarah boleh balik. Weeeeeee..tak sabar nih!! Sampai umah je nak peluk cium abg puas2! Nak lepaskan rindu sesgt kat abg!!

Ermmm..apa lg nk ckp ehh! Byk benda nk cerita sebnrnya tp masih tak biasa dgn HTC ni kan. Terkial2 nak menaip. Tapi satu je..HTC ni memang superb!! Best giler pakai dia.

Okeylaaa..ehh kejap! Nak bgtau raya ni sungguh bermakna bila dapat bonus tauuu! Ku jangka cuma sebulan tp bila tgk ribu riban dlm akaun mmg teruja gila. Menda pertama ku korbankan RM1K utk lelaki kesygan itu. Belikan dia jam jenama Police sempena besday dia yg jatuh raya ke 2 a.k.a hari merdeka nanti. Yg lain2 belum pikir sbb sibuk jg Sarah kat spital ni. Tapi klu confirm esok Sarah kuar mmg Ahad nnti nak buat pesta..pesta ngabiskan duit kat soping kompleks!! Sapa nak ikotttt???
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 24, 2011

SEKALI LAGI UNTUK KESEKIAN KALINYA :'(

Sarah demam since hari Ahad. Dah berapa kali doktor pesan kat mama jangan amek ubat macam tu aje kat klinik. Dah berapa kali doktor bagitau kalau Sarah demam walaupon sikit bawak dtg hospital. Tapi mama cuai!! Mama selalu beranggapan mama yang melahirkan Sarah so mama yang lebih tau macam mana dan apa yang harus di buat kalau Sarah demam!!

Tapi dikk..bukan mama sengaja nak tengok adik sakit. Cuma sebelum ni mama sudah benar2 yakin adik dah kuat. Kalaupon demam mama percaya adik akan segera sembuh. Maafkan mama ye dik! Mama janji lepas ni kalau adik demam mama tak bawak lagi ke klinik. Mama janji mama akan terus bawak adik datang hospital. Mama janji jugak yg mama tak akan lupa nasihat doktor itu ye.

Menitis air mata dengar adik menangis kesakitan tadi. Mama keluar dari bilik tu bkn sbb sengaja tak nak pujuk adik tapi sebab mama dah tak sanggup tgk habis tangan kiri dan kanan adik di cucuk. Ikutkan hati nak je mama marah nurse, nak suh dia stop sakitkan adik. Tapi demi nak tgk adik sihat mama terpaksa mengalah. Adik tahan ye..sikit aje tu. Sume pon nak tgk adik cepat sembuh kan sayangggg!

Adik janji ngn mama ye..cepat sembuh. Kita nak raya ni kan. Nanti adik pakai baju kurung cantik yang mama beli tu ye. Lepas tu boleh salam tangan mama, baba, kakak ngn abg kan!! Promise ehhh..cepat sembuh sayangggg!! :'(
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, August 16, 2011

RINDU SANGAT !!

Salam korang...selamat pagi !!hurmmm..dah berapa hari tak update ek??
Hehehehe..dah terasa macam HOT HOT CHICKEN SHIT dah aku ni
Berkobar kobar masa memula pastu drop terus di pertengahan jalan
Jangan tak tau..Galaxy Tab aku pon duk terperuk je dalam handbag ni
Buat tukun..kang bila anak nak pinjam tak kasi pulakkk
Laju je aku cakap "NO..PI MAIN LAPTOP!"

Hurmmm..selain dari malas sebenarnya aku jugak dah kekeringan idea
Kalau ikutkan banyak jugak menda yang nak share..tapi yang NEGATIVE!
Tapi prinsip aku sebenarnya agak mudah kalau orang paham
Aku sangat tau ini blog aku & aku sepatutnya bebas untuk berkata apa pon kannnnn..
Tapi selagi aku bole bertahan & bole kawal keadaan
Aku tak rasa aku perlu luahkan kat blog ini kan
Lelagi aku tau aku dah punya pembaca setia yang tak jemu masuk kat sini <---THANKS !
Jangan tak tau "CARA KITA MENULIS MENCERMIN PERIBADI"
Juga sikit sebanyak "CERMIN PERIBADI PASANGAN KITA"
So..aku rasa aku perlu jaga maruah aku sendiri juga maruah pasangan aku

Itulahhhh..aku kurang paham orang yang suka memaki hamun mencarut menggelar macam²
Sume kata di luah kat dalam blog padahal kadang takde kena mengena pon dgn dia
Cuma jadi kawan pada kawan dia yang sedang menghadapi sengketa
PALING SADIS...nak tunjuk heroin punya pasal, tak selidik apa menda terus MEROYAN
Aisehman..klu jd Manager aku X bole bayang brp org staff sbrnya kena tekanan perasaan kan!!
Relax relax sudahhhh...banyak menda berfaedah bole di buat laaaa
Lagipon malu nanti bila anak dah besar & bila baca blog mak pak ada tulisan sebegitu..ishhhh!

Erkkkk...entry aku dah lari dari tajuk laaaa..hehhehehhee
Aku sebenarnya nak cerita tentang kerinduan aku pada arwah mami
Dah 16 Ramadhan kan..biasanya kalau mami ada masa ni dia paling sibuk
Sibuk duk kemas umah, duk pasang lampu kelip kelip..duk call anak² nk pastikan beraya ngn dia
Rindu nak makan ikan singgang dia tengahari raya tu..hehehe, pelik kan!
Orang beraya nak rendang aku nak makan menda tu (",)

Semalam pon masa jalan kat Bazar Ramadhan bila ternampak lampu kelip kelip tu
Aduhaiii..sayunya hati ! lagi lagi lagu raya dah berkumandang
Teringat segalanya tentang dia.. :'(
Moga mami aman kat Sana ....ALFATIHAH MAMI !!!

Untuk korang semua..ampun maaf andai aku ada buat kesalahan kat korang ekkkkk!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari aku sekeluarga !!!


ASSALLAMMUALAIKUM !


Friday, August 12, 2011

110811 --->120811

Salam Jumaat..Penghulu Segala Hari !!!
12 Ramadhan dah kita kan..lagi 17 hari nak raya
Nak tengok anak² pakai baju raya nak tengok derang sume gembira
Lagik² baba derang tahun ni cuti jugak..kalo tidak tahun ni kena keje tu
Merajuk merengek barang 15 1/2 das baru dia try apply cuti & approved jugak ♥♥

Cakap gak kat dia kannn..setahun sekali je raya
Dah hari² pon sibuk bekerja apasalahnya time raya amek cuti
Time ni la anak² nak hepi kannnnn :=)

Semalam masa duk jenjalan kat facebook (FB pon bole jenjalan kan) terjumpa status ni
Tergelak aku membaca..mmg kredit pada orang yang buat status nih
Nak baca..nih kat bawah, amek la sempena kita duk berpuasa ni -->

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput

hahhahaaa..sangat kreatif kan orang ini !!
aku bayangkan dia buat status neh sambil tekan perut
tekan sebab kelaparan..paling tak menahan "kuih penyakit lelaki kronik=Batang Buruk"
syabas ehhh..ampun kan aku amek copy paste menda ni taruk sini..hehehhehe!

Pastu apa lagi ekk jadik on 11 August 2011 ??
Oh yea..tetiba inbox aku di hujani dari kawan² yg sebenarnya menyayangi aku
Erkkk..nak citer ke ekk??? Kawan² nasihat kat aku jgn balas
Derang cakap biarkan "ANJING MENYALAK BUKIT" jangan aku terikut sama
Tapi sangat simpati wehhh..simpati sebab ada kawan yang penah cakap kat aku
Orang tu memang begitu sbb masa melahirkan dulu dia pernah kena "meroyan"
Owhhhh....simpati! simpati sangat !!! Doakan segera sembuh ekkk!
Moga takde lagi orang terpalit dengan sifat celaka dia tu...opssssssss!!

Utk semua kawan²..aku sebenarnya sangat okey !!
Thanks atas sokongan dan semangat yang korang bagi...♥♥♥ uols!
Sikit pon takde heran dgn orang yang cuba menarik perhatian org lain mcm tu
Yang cuba mencari traffic krn sedar entry dia selama ni bak kata kwn² aku "MCM SAMPAH!"
Aku punya beribu kawan kat FB & hanya dia sorang buat onar
berbeza dgn dia punya tak sampai berapa ratus tapi punya musuh di sekeliling..ITU MENYEDIHKAN!

Ehhh..okeylahhh! tak mau cerita panjang nanti ada lagi meroyan tiba..susah² je nanti kan!
Sebelum nak tutup entry ni jom baca kat blog adik aku nih si Qaseh Nilamsari
Nasihat yang sangat berguna dari Risa .. thanks Risa
Hanya org yg membaca dengan mata hati aje bole menerima nasihat itu dgn baik

Sekian. Wasalam. Opssss..lagi satu.. "SIAPA KITA UNTUK MEMPERTIKAIKAN CIPTAAN ALLAH?"


Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS TENGAHARI WEDNESDAY !!!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





HURMMMMM

Sekian !! Jom Aminkan Bersama-sama !!


TAHNIAH WAHAI SAHABAT !!

Morning koranggggsss..hehehe! hari ni mood update sampai awal
Ada banyak menda yang menggembirakan hati sebenarnya
Dapat apa yang di hajati (??..biarlah rahsia!) ♫ ♪
Pastu dengar pulak berita gembira dari 2 sahabat blogger ini !
Hehehehe...tumpang gembira untuk derang berdua yang bakal bergelar ibu & ayah !


mula² untuk adik kesayangan ini..si Qaseh Nilamsari ! uwaaaa..sedey bila ingat dia ini !! persahabatan kami pernah di calarkan dgn persengketaan tau !! tapi takpe..semua itu dah berlalu. sekarang dia tengah pregnant anak ke 5. Doakan kamu selamat hingga di saat melahirkan. Insyaallah kamu di kurniakan baby yang sihat, comel dan sudah tentunya cantik macam kamu kan Risa ! Sayang kamu....sayang sesangat tauuuuu!



Ni lagi sorang..semalam tengah duk blogwalking masuk blog dia. Ternampak entry Perasaanku ketika mengetahui isteriku mengandung..  hahahahha! kalau tidak tak perasan pon entry nih ! tapi saje nak tengok bloglist dia mana tau ada nama aku kat situ kannn (PERASAN) .  Untuk Ben ...tahniah ! Jaga isteri bebaikkk..belajar bukak buku resepi tau, mana tau wife tak bole bau masakan kat dapur kena la masak sendiri kannn! Doa juga moga semua selamat ekk Ben !!

Hurmmmm..aku sebenarnya tumpang bahagia dengan kebahgiaan kawan² !! Teringin lagi untuk mengusap perut ketika si kecil menendang dari dalam tapi apakan daya..itu dah jadi perkara ke 8 ajaib di dunia kan! So ...tahniah lagi sekali ehhhhhh!

Tak lupa untuk kwan FB yang juga sedang menanti kelahiran ---> Haryani Wan Ahmad , Qisha Qhairulnizam & yang lain².. doakan jugak korang selamat melahirkan ehhh ! Love uols ketat² !!


Tuesday, August 9, 2011

TAK TAU NAK TARUK TITLE APA!

buzzzzzzz !! yawwwww..apasal ehhh aku malas sangat lately neh??
idea pon dah macam tersumbat..tak tau dah nak mengarang macam mana!
tu pasal title pon jadi begitu..memang jammed gila paler ini!
kesian kat kawan² yang setia duk baca blog ini kannn... :-(
takpeee..tak jumpa kat blog carik je aku kat facebook
situ insyaallah...memang akan ada update ^_* memang sangat rajin!

okeyyy..nak cerita tentang aktiviti aku weekend lepas
kalau weekend biasanya memang lepak umah la kalau si lalink keje
banyak la aktiviti yang aku kena buat..kemas, masak & mcm² lagi lah!
tapi minggu yang baru lepas ni cuma sabtu je aku masak
cincai..goreng sayur, ayam masak lemak cili api dgn telur goreng
tapi magiknya bila time nak bukak posa tu penuh hidangan atas tikar
hehehe..kitaorang memang makan atas tikar..lagi beshhh weh!

hari Ahad pulak lalink ajak bukak posa kat umah mak dia
kannnnn...macam orang mengantuk di sorong bantal
laju gila cakap setuju..keskeskes..orang malas masak kannnnnn!
kebetulan mak buat karipap..so apa lagi
aku amek tepung tu & dengan penuh kesungguhan aku try mengelimnya
tak ada experience pon tapi masa kecik dulu selalu main ngn tanah liat
bole tahan laaaaa..korang cuba tengok gambar bawah ni

hehehehehhe..tengok ! karipap ke atau tangan aku yang gebu (",)
comel kannnn...hehehehe ! bangga tau dapat mengelim karipap itu
mak buat pon tak secantik aku buat ...(ampon mak! GURAU jer!)

aku ada update gambar ni kat facebook
pastu ada kawan jugak yang mengidam nak uli karipap
korang nak tengok hasil kawan a.k.a adik Ena Manjalara aku nih??
hehehehe..cer tengok ---->


hahahaa..karipap dia ni di namakan "karipap beranak di bulan puasa"
yang paling atas bapak karipap, no 2  mak karipap pastu baru anak² dia
kalau aku jadi laki dia sah aku tenyeh pale dia 5 das
kat dapur pon memain ehhhhh ..heheheheh

so itulah kisah ku..kesimpulan dari cerita bole tukar entry ni jadi tajuk "KISAH AKU DAN KARIPAP² ITU!"

sekian. mekaseyyyyyyyy!! jumpa lagi bila blog dah nak start bersawang!!



Friday, August 5, 2011

MEMBELI SAMBIL BERAMAL !!

pssstttt !! korangggg...sihat?? puasa tak hari neh?
aku alhamdullillah masih bertahan ..kuat kannnn ^_*
hehehe...susah betul nak dapat mood nak hapdet blog skrg
memang sangat² malas !layan status FB je la kannnnn (",)

ni haaaa nak share ngan korang
sapa nak oder coklat untuk buat raya neh??
setiap dari jualan yang di jual RM1 tu owner dia akan buat derma
so means korang bole membeli sambil beramal kannnn!

ni tengok sample gambar cekelat dia neh!


nutty fruity choc tart...special for hari raya
rm26 30pcs....
ada almond nibs, kismis dan diatasnye dark choc berperisa orange....(bkn choc masakan ye)

itu aku copy paste dari facebook dia
rasa ceklat dia korang dont wori
aku ngan ramai lagi kawan dah cuba
sangat sedap..sangat best !!!
kalau nak cuba korang bole direct kat inbox dia kat SINI ehhh!

so..jom !! kita pakat oder ngan dia ehhhh!
time kasih in advance ehhh!! 

Wednesday, August 3, 2011

HARI KE 3 RAMADHAN

SALAM KORANGGGGG!!
ayohhhhh....ada sawang sikit la kat beloggg nih!
bukan sengaja tak moh update tapi masa sungguh tak mengizinkan
kat facebook pon sempat update status pastu sambung buat keje
nak like komen orang macam selalu pon tak sempat
lagipon tak moh la update blog 2 3 baris je entry kannnn
lebey baikk la update status sajeewwwwww! heheehee

Hari pertama sahur aku masak rendang..eh silap!! panaskan rendang mak bagi
hari kedua sahur dengan tomyam yang aku masak untuk berbuka hari tu
nasib baik family aku jenis tak berkira pasal makanan kann
lagipon tak sempat laaaa...hari Senin ngan Rabu je aku balik kul 4.30
lain lain hari kena balik paling awal kul 7.30 :(

Hari ni plan nak masak sayur campur, udang goreng kunyit ngan ikan sambal
cukup la kannn..kadang anak ni bila kita ada di sisi pon derang dah hepi
makan telur goreng pon derang tak kisah kannnn...(erkkkk! try la karang..kekekkeek!)

Oklahhh...entry  ni ku taip tak sampai 5 minit
nak cepat sebab aku balik tumpang kawan
dah nama kita menumpang dia takkan dia nak kena tunggu kannnnn.... ^_*
so byee ! jaga diri hiasi peribadi..selamat beramal !!

assallammualaikum!!




Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA !! SELAMAT SEMUANYA !


Salam 1 Ramadhan korang !! warghhhh..caner perut??? aku dah ada sayup sayup muzikk kedengaran neh tapi sebab aku kan memang jarang makan tengahari so insyaallah boleh bertahan. tapi biasa laaaa..bila time puasa la perut nie lain macam sikit kannnn!!

Pagi tadi aku tak masakk !! Mader in law bekalkan rendang ayam !! Yo yo aku memanaskan 3 bungkus rendang yang mak bagi tu pagi tadi , bila dah masuk dalam pinggan baru perasan ketiga-tiga rendang itu sama rasa, sama kuali, sama  resepi..semua samalah!!! Caner tak perasan pon tak tau..lagipon semalam kat umah mak masak rendang ayam, kari daging..pastu org yang sewa belakang umah mak pon buat rendang ayam jugak. So aku ingat mak bagi 3 lauk tu laaaa !! huhuhu...dah kena gelak kat anak pagi tadi !!

Lepas panaskan rendang tu siapkan telor separuh masak untuk anak² !! Aku tak tau menjadi ke tidak tapi bagi telur separuh masak ni makcik aku dulu yang ajar. Anak² dia semua tahan puasa sebab dia memang bagi telor !! Aku pulak cuma amek 3 keping roti ngan sebotol yogurt + teh o panas !!( nak pakai kebaya raya ni wehhh!).Hopefully si Qistina tu tahan la puasa kali ni kannn.

Teringat pulak time aku kecik² dulu..sambil mandi sambil aku teguk puas² air kolah tu!! kadang² bila berkumur pon aku telan air tu!! hahahah...banyak mengelat masa kecik dulu ! tapi aku tau mami tau peel anak dia ni..ye la setiap kali mandi je perut buncit semacam kannnn ^_* .Pastu bila time orang nak berbuka time tu jugak aku yang paling depan duk bersila !! Kitaorang dulu bila makan bersila je ramai² kat atas tikar..memang meriah !!Kadang lauk dia cuma ikan singgang ngan ikan goreng aje ..fuhhhh!! jilat jari..mami kan yang masak !!

Tapi bila turn mami keje petang memang aku la yang kena kann !! Eh kejappp..tingat pulak kes dengan abang aku dulu. Dia ni kuat memerintah..kalau nak air minum dia petik je nama adik² dia tau !! Kadang baru balik sekolah je dia dah jerit suh masak sampai ada satu hari aku plan nak taruk racun tikus dalam nasik dia !! Nasib kau Rizal mami tadek simpan stok racun tikus..kalau tidokkk dah arwah ko sekarang makan lauk aku masak!! ...hahahahha! kenangan !!

Petang ni tatau nak masak apa lagi. Hari ni dapat balik kul 4.30 pm. lauk sume dah siap bersihkan dalam fridge ..tinggal nak masak je karang !! Malas nak pikir sekarang..karang kalau dah susah sangat aku beli je kat pasar ramadhan depan umah tu kannn !!

Tapi serious..sediakan makanan kat family yang berpuasa sebenarnya macam satu kepuasan kan !! Cuma tu la...aku agak pelik kepuasan itu masa bulan puasa je, tak bulan puasa aku sangatlah malas..tahap maksimum !! Tahap kedai makan boleh buat untung hari² tau!!

Okk..panjang dah ni !! lepas geram blog dah berhari tak update. Aku sudahi dengan "Jangan Puasa Yanggg Yanggg Yokkk, Pegi Dapur Bukak Periuk !" okeyyyyy! Bye..salam!!

**Baju raya warna apa??? aku cekelat !! (hehehe..sempat lagi!)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket