Thursday, September 29, 2011

TERGAMAK KANNN !! SETAKAT ITU JE LA JODOH KITA!!

Caner ehh nak mulakan cerita ?? Okeylaa..straight to the point !! Sebelum ni aku kan pakai Samsung Galaxy Ace, tak sampai 5 bulan kottt aku tukar pakai HTC Desire HD . Tepon idaman aku tu ..so plannya nak la jual samsung tu tapi sebab sayang aku desak husband guna. Sebelum ni dia guna 33sekupang ..dia bukan suka tukar² henpon ni. Last sekali dia amek tapi masalahnya bila sampai tangan dia internet tak boleyy guna.

Mula tak kisah la kann tapi sejak husband gilakan Angry Bird Rio tu terpaksala dia hantar tepon tu ke servis center . Semata² sebab angry bird uolsss!! Bila dah okey dia pass la kat tangan aku semula sebelum mendowload applikasi Burung tu !! Sebelum mulakan aktiviti mengdownload tu aku cehck la balance ..ada RM63.27 . Hah !!nak bagitau dulu..kelam kabut aku cari caner nak tukar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Omputih !! Serious mak tak paham "paparan, tanda kekunci"..hhehee, dah biasa kan setting omputih ! So..continue citer kita !!

Aku dail la *100#..pilih no 7 pastu keluar la "not successful "..berkali² keluar gitu . So dah fade up punya pasal aku stop la kejap tapi dalam masa yang sama aku gatal jugak tekan "Market" tu. Dia mintak aku masukkan password gmail aku pon masukkan la semua tu. Tak sampai 5 minit tiba² dia hang. Bila aku check balik balance TINGGAL RM0.07 sen !! Gilaaa!! RM63 abes begitu aje. Takut punye pasal aku buat² la terkejut..ckp kat husband balance dia tak cukup nak guna internet. Dia mula pelik gak tapi nasib baik dia memang tak ingat balance yang ada ! Fuhhh selamat !!

Tapi dendam aku sangat membara kat Maxis nih !! 5 minit je ko macam siput sedut kannnn menyedut duit dalam tu so hari ni dengan penuh tekad aku akan baling simkad tu masuk Sg Klang & g beli Umobile . RM28 aje sebulan untuk internet bagai. Lagipon husband cuma nak main angry bird aje kannn !! Memang kecik hati gila ngn maxis ni. TERGAMAK KANNNN!! SETAKAT ITU JE LA JODOH KITA !! Plak tu lepas ni kalau guna umobile aku ngan husband boleh call setiap 3 minit setengah..free kannnnnn! (",)

Hurmmmm..nak tanya nih ! Sadis tak citer ni ??? Sadis kannnnn! ...**penat nokk mak menaip nih!!


Monday, September 26, 2011

ISTERI..ANDAI ITU TERGAMAK DI LAKUKAN!!

Assallammualaikum !! Weeeeeehehhehe...dah makan ?? Nak tau tadi sebenarnya kita posa tau tapi tengahari tadi elok je g makan maruku !! Sebalang pulak tu..siap sendawa pastu baru teringat !! Cikedisss!!

Hurmmm..korang dengar tak Hot FM pagi tadi ?? Tajuk "suami di dera isteri!". Topik yang sangat menarik aku rasa. nak kata aku baik sangat tidakla kann tapi aku rasa wanita yang tergamak memukul suami dengan penyapu dengan kayu sume itu sebagai wanita yang memang tak patut di jadikan wanita !! jadi lah apa pon asalkan bukan seorang yang bergelar isteri!!

Tak perlu la nak banggakan diri sangat ehh!. Segah mana pon kedudukan dia, kerjaya dia tapi dia masih wajib hormatkan sang suami. Cuma kat sini sebenarnya suami juga memainkan peranan dalam rumahtanggakan. Kalau dari awal dah bagi muka, biar je isteri menengking memang laaa..berlemak la isteri tuuu!!

Dulu perkahwinan pertama aku dulu selalu gaduh !! Tapi takde la episod nak memukul plak. Aku sering di biarkan membahasakan dia "B*bi, Har**" & lain² lagi. Dia bukan biar tak bersuara tapi dia jugak panggil aku semula begitu! Hahahaha..kami² sama² panas baran !! Sama² ego & akhirnya ikatan terputus di tengah jalan !!

Dan yang sekarang ni..mula kawin dulu bila bergaduh baru je nak sebut Baa..dia tanya "Ba apa sayang?? Kalau baba tau hormat sayang sebagai isteri baba, tak penah guna kata kasar sayang jangan sesekali buat macam tu!"...Cepat je ku jawab "baba laaa..sape kata nak mencarut!" padahal dalam hati dah menyirap dah tu !huhuhuhu,10 tahun kawen itu jugak la tempoh ku tak penah mencarut Bab* kat suami !So kat sini sebenarnya terletak jugak kat suami tu kan. Betul didikan dia betul la si isteri!!

So kesimpulannya..aku memang tak tau nak level kat mana wanita yang tergamak memukul suami. Macam kat status aku tadi..kalau aku jadi lelaki yang punya isteri begitu dia pasti perlu mencari CINA BUTA untuk mendapatkan aku semula !! (beruntung wahai wanitaaaa..aku bkn lelaki~!hehhehehe)

Ehh..korang nak tau, entry ni di taip dari tengahri tadi tapi tak post² ! Asyik melayan status tentang kecurangan !! Aku sangat suka status ini..yang spontan keluar dari benak fikiran aku time kitaorg duk berbalas komen itu : :
pompuan yg jd kekasih gelap pada lelaki beristeri juga ku rumuskan sbg pompuan yg tak ada maruah diri ..bkn semata² krn tindakan dia tpi kerana hadirnya terpaksa sorok² !! kalau benar lelaki itu cintakan dia cabar lelaki tu pegi bgtau isteri dia. suh lelaki itu buktikan tanggungjawab dia juga kejantanan beliau..bukan setakat jantan buat anak aje !! ** komen pada status bwh!! di naikkan kat wall sbb wall duk tnye "WHATS ON YOUR MIND"

Lelaki memang takde istilah curangkannn..tapi dengan syarat dia ingin mengakhiri hubungan gelap itu dengan perkahwinan bukan setakat menyimpan sampai ke tua !! Jangan salahkan isteri pertama pulak andai perpisahan yang di minta kerana biasanya isteri tau tahap mana kemampuan seorang suami. Kalau getah spender pon dah longgar tak mampu nak ganti lain..APA GILA nak bagi izin kawen lain !! Ye Dop ??





Friday, September 23, 2011

SABAR SAHABAT !!

Tak tau mana nak mulakan kata . Aku harap apa yang aku cuba sampaikan dapat jawab pada beberapa orang tanya kat aku selama ini. Untuk pengetahuan aku ada dapat beberapa inbox yang bertanya "KENAPA & BAGAIMANA" untuk menerima apa yang telah di takdirkan dalam hidup mereka.

Sebelum apa² biar aku jelaskan secara jujurnya AKU TIDAK SEKUAT MANA ketika di uji !! Ye..macam orang lain sebaik saja lafaz "Yanti Yushilla Binti Firdaus..aku ceraikan dikau dengan talak satu!" airmata mengalir laju . Mana ada orang yang ingin segalanya hancur di tengah jalan kan ?? takde sorang pon ingin gelaran JANDA tapi percayalah..apa yang berlaku ada hikmahnya . Ada sebab kenapa dia jadikan semua itu dalam hidup kita.

Tapi cuba tanya pada diri "Andai bukan aku yang bangkit untuk membahagiakan diri..siapa lagi?" . Sebelum meratap menangis pandang dulu ke depan "Kalau meratap menangis adakah dia akan kembali menjadi hak aku?" ..kalau ye , meratap lah..menangislah sepuas hati tapi kalau jawapannya tidak...BANGKITLAH !! Memang perit nak terima semua yang di duga tapi kita sudah tentu tak berjaya memaksa orang menyayangi kita kan ?? Untuk permulaan semua orang yang melalui akan merasa kekosongan. Bagai terputus nyawa tapi apakan daya kita nak lawan apa yang telah di takdirkan dalan hidup itu kan ??

Cumaa...jangan sesekali mengalah sebelum berusaha. Pertahankan & percayalah sejauh mana dia melangkah pergi dia pasti akan kembali andai dia memang telah di ciptakan untuk kita !! Masa nak selesaikan tu sebagai seorang wanita jangan gunakan kekerasan. Jangan jerit² jangan mengamuk sebab percayalah pihak satu lagi akan cuba menjadi selembut mungkin dalam hidup dia.

Ermmmm...sebak bila tengok ada kawan yang SEDANG melalui . Doa aku..moga kalian akan jumpa jalan penyelesaian terbaik . Pandang wajah si anak..peluk dia seerat mungkin. Ye mungkin dia akan kehilangan salah seorang dari kalian tapi ingat satu aje...penceraian hanya memisahkan hubungan kita suami isteri bukan hubungan si anak dengan ke dua orang tua mereka !!

CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU :'(


Salam !! Moga ada sinar yang menanti hidup kalian nanti !!



Thursday, September 22, 2011

TIDAK SEMPURNA PAGIKU !!

Pagii...wahhhhhh ! hari ni pepagi dapat mood nak bukak blog !! Aku sering berharap kerakusan hapdet blog akan hadir balik tapi  ntoh la yeoppp...kemalasan sangat melandaaa!! Anyway thanks pada kawan yang masih sudi jengah aku kat sini setiap hari even kadang tadak entry pon aku buat @_@

Hurmmmm...pagi ni sebenarnya aku sangat tak beshhh !! Tadi gara-gara dah terlambat aku lupa nak cium tangan dengan pipi sang suami. Drop dia depan opis dia terus aku tekan minyak..vrooommMMMMM !! So bila hidung ni tak di beri menda yang dia dah biasa dapat macam rasa sangat tak beshhh! Kang terjongkettt hidung macam nak cium nehhhhh ! Hahahaa...susah sangat ku shiyummmm je meja kat opis ni kannnnnn !!

Pagi ni pon banyak menda nak kena settlekan tapi sebelum start sume tu nak update satu status kat facebok satu kat twitter !! Tu pon dah jadi macam satu tanggungjawab dah...TANGGUNGJAWAB SOSIAL !! Hehehehe..sonokkkk giler ada kawan yang ramai tauuu !!

Okeyyylaaaa..babai ! Ishhhh..hidung aku merenyam lagi nak menshiyummmm..meh la sape nak salam tangan ngan nak shiyumm pipi mehhh ...ngeeeeeeeeeeeeeee~!!


Wednesday, September 21, 2011

SAMPAINYA HATI !!

Selama ni selalu aku tanya kat dia..ada apa yang aku lakukan kalau dia tak suka. Selalu cakap kat dia lebih baik dia berterus terang dari biarkan semua tu bersarang kat hati. Aku takut andai di pendam nanti lama lama jadi dendam. Tapi tak pernah sekali pon dia cerita sejujurnya. Habes² dia cakap "Syg jangan mengada !! kalau baba tak suka baba akan cakap depan², baba akan terus terang kalau ada pompuan lain dalam hidup baba!'

So aku terpaksa akur. Dengar aje la dan cuba yakinkan hati yang dia memang takde buat apa² walau hakikatnya hati di selubungi rasa curiga. Tapi akhirnya ..semalam sume terungkai. Persoalan semua terjawab. Yang memeranjatkan aku wanita itu aku sangt kenal. Menangis bila dapat tau telah lama dia menjalinkan perhubungan. Sering bertukar hadiah. Cinta dah tak boleh di pisahkan lagi !!

Aku?? Menangis sebab ku dah anggap dia nyawa hidupku. Tak tau macam mana nak teruskan kehidupan tanpa dia di sisi. Tanpa belaian dari dia yang memang selalu aku dambakan. Ajak dia berbincang..dia cuma terdiam sambil titiskan air mata . Dia mengaku terlalu sayangkan aku tapi dalam masa yang sama menyintai kawan itu ..yang juga merupakan kawan aku sendiri. Dia jugak tunjukkan di sebalik cincin yang dia pakai terukir nama kekasih gelapnya itu !! Owhhhh..dugaan apakah ini ??

Sedang menangis hiba tu tiba² dia tarik kaki aku ke bawah. Erkkkk...nasib baik tak tergolek !!Ku ingat diri dah nak di apa²kan dah ! Ye laaa..suami isteri ni kalau gaduh je mesti nak "bersama".."bersama" je mesti nak gaduh !! Sambil nyalakan lampu bilik dia cakap "bangunlaa sayangggg...dah pukul berapa ni!!karang lambat lagi masuk keje hari ni!!"

OHMAKKAUU...aku bermimpi rupanya!! Moga itu tak kan jadik kenyataan tapi balik keje karang aku nak suh dia tanggalkan cincin dia..nak tengok balik cincin tu terukir tak nama pompuan lain @_@

Monday, September 19, 2011

BILA DAKU MULA BERAYA ♥ !

hehhhe..tanak banyak cakap !! nak tepek gambar ajee !! beraya ngan kawan² facebook yang dah jadik kawan rapat :=)

bersama si Risa g beraya rumah Iza ..thanks dikkk bg layanan yg sgt memuaskan !

ni g Bentong..jumpa adik kesayangan si Ain Roxx ♥♥


dengan Ain Roxx kat umah Leen Nyonya Mansor


hahhh! ini 2 kesayangan daku..susah wesss nak tgk kamera ini dua jelitawanssss!
hehehehhe...puas beraya !! ada lagi aku tak masuk gambar neh!! ni sabtu ahad ada lagi plan nak beraya ngn kawan² lain !! penuh sudah jadual sampai ada yang terpaksa di tolakkk..huhuhu! ada masa lain kali kita jumpa ehhhh !! Yang jemput tu..thanks sangat ehhh! Sayang korang sgt² !


INI NASIHAT DAKU !!

Salam..hehehe !! Agak lama semula tidak hapdet ! Sebenarnya banyak menda nak share tapi tatau la apasal susah sangat nak bukak blog ni !! Ada hantu Bonceng duk bertepek kottt..tu yang malas nak hapdet ! Hari² ku banyak di habiskan mengadap facebook ngan twitter aje! Ehhh..lupa nak bagitau, aku dah aktif twitter plak !! Akaun tu dah setahun sebenarnya tapi sebelum ni takde skill hapdet pendek² kannn..baru belajo katanya!! Korang nak add aku boleh klik sini ehhh ! Nanti boleh kita chit chat beramas mesra di sana !

Okey..sebelum nak sambung citer nak bagitau aku ni bukan nak cakap dah perfect lalui hidup sebagai seorang isteri, ibu & juga sebagai seorang manusia. Tapi maybe kalau ada menda elok yang boleh di share..aku boleh share. Banyak kawan² duk tanya macam mana aku tempuhi episod dulu..hurmmmm! Sebenarnya tak tau nak komen apa cuma maybe boleh di share kat sini komen² yang selalu aku gunakan. yang baik korang boley jadikan teladan, yang buruk amek jadi sempadan ye! Ini nasihat daku untuk kawan yang di duga sebegini oleh DIA !

Kalau masih ada syg bagi peluang dia berubah. Duduk berdua bincang baik2 jgn libatkn org lain. Jgn sesekali MENENGKING suami. Bkn nak tunjuk kita baik tp masa nilah setan duk jlnkn jarum. Suami serabut dtg pompuan tu tlg meredakan. Masa ni andai ada cinta ..tenung mata dia, ingat segala kenangan manis dgn dia..takkan lngsung xde cinta yg bersisa kan. Kalau nk menangis..lepaskan time tu jgk ,lepas tu bangkit. Ini sume nasihat klu ada cinta kat dia.Kita bkn BERCKP je pandai..tp sebnrnya kita jg mlaluinya. Putus napas sbb dia nyawa kita. Kita ckp kat dia elok2..ckp kat dia betapa cinta kita kat dia. Cerita balik kenangan susah payah sblm senang mcm ni. Menangis dia. Senjata wanita cuma kelembutan & air mata. Dia lelaki yg terbaik Di anugerahkn pd kita and ank2 tp dia jg kdg tersasar. Dia jg Di uji. Percaya tidak kdg itulh episod cinta kita dan dia semakin kuat.

Masing² punya jalan hidup yang berbeza . Andai dah tersurat itu perjalanan hidup kita..apa lagi yang boleh kita buat kan ?? Bukan suruh berserah pada takdir tapi berusahalah !! Pertahankan selagi punya peluang, selagi punya daya ! Andai dia masih jodoh kita percayalah SEJAUH MANA PON PERGINYA DIA PASTI AKAN KEMBALI KE PANGKUAN !PERHUBUNGAN UMPAMA BERMAIN LAYANG² .. LEPASKAN DIA BEBAS TERBANG TAPI SESEKALI TARIK TALINYA SUPAYA TIDAK TERUS PUTUS & HILANG DARI PANDANGAN !!

Friday, September 9, 2011

RODA PASTI BERPUTAR !!

Salam !! Dah breakfast ?? hehehe...macam biasa nak update bila mood dtg tetiba neh!!
Karang biar bersawang pulak untuk beberapa hari kannnnn !!
Kat facebook aku tengah kecoh pasal tax 6% kat prepaid tu
Hehehee..malas nak komen byk tp sbg rakyat korang tau la nak buat apa kan !
Pangkah je mana yg korang suka..aku?? 6% takde hal sgt kot..(ye la tu!)
Yang aku takut kalau satu hari nanti gomen istiharkan begini :---->
"TAX AKN DI KENAKAN PD TUBUH BDN RAKYAT..LG BERAT LG TGGI TAX!"
Sumpah menggigil badan aku wehhhhh...hahahahah ! harusss London Wealth kan!

Takpelahhh..suka tak suka kena terima kannn..so bawak bersabar !
Cuma perhatian aku tertumpu kat satu isu neh..ISU CERAI & HAK PENJAGAAN ANAK !!
Aku pelik nape masih ada yang bercerai tapi sanggup jadikan anak mangsa !
Sanggup nafikan hak sebelah pihak & ada yg sanggup tukar bin/binti pakai nama suami baru
Ishhhh..tak takut dosa ke?? Kebal sangat ehhh langsung tak takut ngn undang² ..
Rasanya kena ada satu saluran yang betul utk mana² pihak yg teraniaya mcm ni kan
Macam yg kena kat sedara terapat ni..DUIT mampu mengatasi undang²
Aku tau memang kes ni boleh bawak ke tengah
Tapi bayangkan ehh..sume perlukan duit, takde duit duk diam²
Huhhh..kesian tengok kan, lihat anak membesar dari jauh aje
Lihat curik² sebab tak mampu buat apa² :-(

Entah laaaaa...tak tau nak cakap apa, aku pon boleh tgk rindu yg sarat kat dada dia
Cuma itulah..andai jodoh tak ada dengan pasangan tapi kena ingat
Hubungan dengan si anak tak akan putus..pikir satu je
Tak selamanya hidup boleh menongkat langit
Biarkan anak² kenal sape ibu @ bapa kandung dia yang sebenarnya
Ada hikmah setiap kejadian yang di takdirkan untuk kita
Dia bagi hujan di tengahari sebab nak hadiahkn pelangi kat kita pada ptgnya kan ??


Renung wajah anak ketika dia tidor , buang rasa ego yang menguasai diri
Mungkin anak tak cakap apa² tapi sebagai org tua mereka fahamilah hak mereka
Roda hidup pasti berputar..tak selamanya kita berada kat atas !!!!



Thursday, September 8, 2011

RUMAHKU SYURGA KU!!

Wah !! Raya ke 5 baru ku teringat yang aku ada umah
Tidak semewah mana tapi apartment 3 bilik aje~!
Kalau nak tau dah dekat 2 tahun tak jengah
Gila lama kannn..bukak post box pon berlambak bil api
Nasib baik total cuma RM260++ aje kannnn

Jom layan gambar jommmm....







 


Rumah ni sebenarnya takde plan pon nak beli
Masa tengah hangat bercinta dulu sambil genggam tgn sambil jln² kat pesta perumahan kan
Saje je isi form, loan plak 100 %..tup tup loan lulus
Hamek kawww...tak memasal kena bayar monthly kat bank kan
Tergendala plan nak beli umah teres
Tapi takpelaaaaa..kalau itu je yang termampu takkan nak g merompak kannnn!

So sekarang ni dah plan ngan encik suami
Nak renovate sikit (renovate sampai tembus dinding umah org lain..kekekekeke)
Nak masukkan kabinet dapur, nak completekan brg dalam umah tu
Nanti time² cuti boleyy la lepak kat sini kannnnn (",)
Hehehehe..banyak plan ni..insyaallah akan tercapai kannnn!

Masa kemas tu korang tengok kita jumpa apa (klik gambar utk tumbesar!)


Gaji dia time 1999 ..time tu baru start kenyit mata
Kalau sekarang ni gaji banyak tu..huhhh! rebus daun la aku ngan anak² kannnnn!
Nasib baik dapat laki jenis nak berusaha & alhamdullillah
Tak mewah tapi cukup makan minum anak²
Itu yang penting kannnnnnn.....Moga lepas ni rezeki makin bertambah..insyaallah!!

Oraitssss..bye !! Sekian .Mekaseyyyy!


BILA RINDU ITU BERTAMU !!

Assallammuallaikum !! Fuhhhh..lama rasanya tak hapdet blog kannn!
Selain dari ketandusan idea tapi jgk sbb byk menda nak kena settlekan
Sibuk nak beraya lagi, tambah plak Sarah yang tetiba sakit
Dah lama dia tak kena, last sekali kalau tak silap bulan Mac hari tu
Nyaris beraya dalam hospital tapi merayu jgk nak discharge
Bukan tak sayang kat anak tapi entah laaaa...
Tak duk kat tempat aku maybe ada yg tak paham kan!!

Ini gambar hari Senin lepas..dia ada appointment
Tengokk..tayah suruh dah pandai angkat baju sendiri
Dah tak meronta lagi bila doctor nak checkkk..dia dah tau buat sendiri!!
Tapi agak sedihhh..semalam demam semula
Cepat bawak g spital Selayang..suhu 38.2
Doctor suh tengok dalam 3 4  hari..kalo nmpk nafas laju kena bawak semula
Kena admitted laa kannn tapi harap sgt Sarah kuat..Sarah sihat kannnn!!
Apapon..mama redha je dikk !! Mama akan ada kat sisi adik tak kira apa terjadi !

Hurmm...hari Senin tu gak aku dapat orang baru
Kakak ipar lahirkan sorang lagi baby girl..juga baby prematured
Berat 1.4kg kalo tak silap..hehehhe !! hepi sgt..aku yg over bila setiap jam duk call abg aku
Ye laaa...teringat masa Sarah la kannn !! Ni tak sabar tggu dia kuar wad
Nak kiss banyak²..nak manjakan banyak² !!

Ohmaimaiii..awat ekkk idea cepat beku nih ???
Aku dah tak tau nak menaip apa..keskeskeskes !!
Kena sumpahan boss kot..dia suh buat keje rajin² !
Kata dah bagi bonus kannnn...bonus yg bertahan seminggu je dlm wallet..ish!ish!ish!
Tapi okey la kannnn..korang cer tgk bawah ni aku beli apa..shantek kannn!
Suka sgttt..lagi tambah suka bila tgk mereka² tersenyum gembira !!

jam untuk lelaki kesygannn..adeshhhh! kopak! demand ini org wessss!
jam utk dara kesayangan daku ♥♥ ! 


Anak yang lain ku cuma belikan baju² aje..nak beli brg mahal bukan tau jaga derang tu kan =)
Kesan dari kerakusan berbelanja now tinggal posen² je dalam wallet
Terpaksa buat muka sadis pinjam semula ngan lelaki itu kannnn..hehehehehhehe!!

Oh yeeee...untuk diri sendiri aku hadiahkan menda nih
Murah aje pongggg..tak sampai RM500..huhuhuhuhu

Okeylaaaa..sekian ehhh! ni sume bukan nak menunjuk tau
Saje nak abadikan dalam belog sendiri  ~_^
Byeee..jumpa lagiii ehhhh!! Kalau idea sampai hari ni aku update lagi ekkkk!!

Kejapppppppppp...sape ada petua nak ilangkan ketagihan facebook ??
Aku dah tagih tahap kritikal nehhhh...huhuhuhuhuhu!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket