Monday, October 29, 2012

Tragedi Raya Korban

Pukul 7.15pm 25hb aku masih kat opis !
Baru je siap buat report, fax kat Bernama, upload masuk web
Then henpon berdering, keluar nama "My Lalink"
Erkkkk..macam biasa laju je angkat

"Syg amek baba kat opis"
Aku heran sbb ikutkan minggu ni dia balik naik motor
Minggu seterusnya baru naik keta
Kita org dah setuju untuk gilir² balik
Seminggu motor, seminggu naik keta ngn aku
"Cepat laaa..baba eksiden, ibu jari dah kebas nih !"
Terkejut...terus kelam kabut siapkan semua kerja
Tinggalkan sorang kawan kat opis
Kesian dia tapi ye laaaa..kena dulukan hasben la kan

Masuk kereta tak tunggu enjin panas...vroommmm terus !
Sambil drive call dia lagi sekali
Katanya kat klinik dah tapi doktor tak boleh buat apa
Refer pegi hospital
Aku pelik "Ehhh..jari kebas je kan, nape pulak susah sgt doktor nak bg ubat ?"
Dia jawab "Ibu jari kanan baba putus sikit..darah dah melimpah dah ni !"
"Hahhhhh ? " seyesly terkejut
Suara dia cukup tenang menyampaikan
Aku rasa nak nanges dah

Nasib baik jalan tak jem
Biasanya kalau hujan mmg jem teruk
Tapi macam di permudahkan
Tak smpai 20minit aku dah smpai kat area opis dia
Dia tgh tunggu dalam kereta kawan baik dia

Ingat nak bawak pegi Tawakal je
Check² dalam bag , medical kad tertinggal kat opis
Tanya dia boleh tahan ke tak, dia angguk
So ckp kat dia ke Hospital Selayang aje la
Kalau kena tahan dekat ngn rumah kannn
Muka dia masa tu mmg cool sgt, sekejap² je nmpak berkerut
Sebenarnya dia tanak aku risau tu
Tu yang dia kaber sakit

Smpai hospital, doktor tnya jari yg terputus tu bawak ke tak
Dia jawab "Dah tak jumpa doktor..dlm hujan lebat !"
Tapi sementara tggu masuk bilik doktor, darah dah turun makin byk
Dia pon aku tgk dah mcm nak lemah dahh

Tak lama doktor bagi injection kat lengan 2 kali
Aku dah lupa injection untuk apa
Pastu pegi xray ..alhamdullillah takde kecederaan lain
Sebelum pegi Xray tu dia tanggalkan cincin yg dia pakai
Aku plak terpandang...adoiiiii..isi jari ikut bergerak dgn cincin
Kepala rasa pening, rasa macam nak rebah !
Cepat² aku duk diam kat kerusi tu !
Kesian dia...usap² belakang dia
Tenangkan dia :'(

Dah habis check,kompom takde kecederaan lain
Cuma ibu jari yg terputus sikit, jari lain yang terkoyak
Lutut kanan membengkak, kaki kiri jugak bengkak
Doktor bagi ubat² dan MC 7 hari
Smpai umah mak dia terus terlena..kejutkan pon tak bangun
Kesan ubat kottt
Besok tu terus tak boleh bangun, sakit akibat terhentak di jalan

Aku tnya jugak mcm mana smpai jari boleh putus
Dia cakap masa jatuh tu dia tak lepas handle
So jari tergesel kat jalan
Adoiiii...sakitnyaaaaaa !
Cakap kat dia takpelahh..anggap ini dugaan
Asal dia sihat, ada depan mata dah seribu syukur dah!
Tapi lepas ni dah sihat aku cakap "JANGAN MIMPI NAK NAIK MOTOR LAGI !"
Dia cuma tersenyum sambil angguk² kepala !

Tu makan nak kena suap, mandi pon kena mandikan
Boleh lagi bergurau tu "Besttt apaaa...semua syg kena buatkan !"
Nak tengok gambar ? Aku ada 2 keping aje
Yang dekat dan lebih jelas aku tak berani snap
Even ibu jari dia tu pon aku tak tengok
Aku takut darah kannnnn....huhuhuhu
Tunggulaaa dia dah baik betul nanti kan :)





Moga dia cepat sembuh !
Hari ni aku dah start kerja tinggalkan dia kat umah mak
Dia kena jalan bertongkat lagi sbb bengkak yang belum surut !

Oklahhh...lain kali cerita lagi !
Bye !





Thursday, October 25, 2012

Ho Ho Ho Horlicks !

Sudah 4 hari berlalu episod cinta di saksikan sejuknya Cameron
Huhuhu..sekejap aje kannn..kan best kalau tetiap minggu mcm tu
Berangan laaaa Shilla..anak nak campak mana ? Ha Ha Ha

Ada menda² yang berlaku selama ini buat aku rasa "Hohhh..fade up !"
Ada juga yang buat aku ilang kawalan diri dan mula M E N I N G G I S U A R A ↑ ↑ ↑
Ada juga kata-kata yang aku tau mencabar telinga yang mendengar

Sumpah..bukan sengaja tapi bila kadang emosi tak terkawal
Terbuat la menda² yang tak sepatutnya
Nasib baik ada dia si penyejuk hati
Hadir bagaikan embun pagi yang menitis
Sejuknya mengalahkan salji kat negara omputih sana...huhuhuhuhu

Eh kejap..aku nak tulis entry menda ni ehh ?
Main tulis tapi tak tahu menda apa nak sampaikan
Hahahahah..layan aje lah !
Tengah boring nih..org dah balik kampung beraya
Aku masih kat opis ni..keras bekerja keras (?)

Oklahhh
Tapi jap..nak bagitau
Hari ini aku nak muktamadkan
Aku nak jadi penamak
Aku nak jadik kedekut
Penamak kasih syg dia
Kedekut cinta dia
Semua tentang dia hanya aku dan anak² yang punye
Langkah mayat aku dulu sebelum terpikir untk bukan²

Hahahaha..kannnnn !

Selamat Raya Korban !

Tuesday, October 23, 2012

Mimpi Itu!

Aku rasa aku tak bercerita pon lagi tentang ini
Di pagi anniversary kami yang ke 11 tempohari
Di datangi oleh mimpi yang buat aku menangis
Huhhh..kenapa la kuat bermimpi
Jelas hingga saat ini betapa hancurnya hati dlm mimpi itu

Lihat dia sedang bersiap
Bila tanya nak ke mana
"Ada holiday dgn kwn2 opis!" katanya
Aku membantah
"Kan baru balik..nape plak nak pergi lagi? "
"Yg ni terpaksa pergi la syg! "

Akur tapi tekad untuk mengekori
Tanya dgn kwn2 di pejabat
Semua nafikan holiday yg di kata
Memaksa untuk mengekori langkahnya

Dan air mata mengalir sebaik melihat ada wanita lain yg menghampiri
Begitu manja..lirikan mata dia membalas menyatakan wanita itu cukup istemewa
Aku mendekati
Tak ada riak terkejut
Apatah lagi bersalah
Cuma satu penjelasan
" Ini isteri baba..jgn halang! Baba sygkan dia!"

Tega menghancurkan
Tak peduli lg dgn airmata ini
Tak peduli lg dgn susah payah selama ini
Tak peduli lg segalanya ttg dia dan aku selama ini

Air mata mengalir
Tersedar bila dia mengalihkan badan
Dia sedang lena
Tapi mimpi itu membawa kesedihan hgga ke luar

Aku kadang mcm benci dgn diri sendiri
Terlalu menyintai hgga adakalanya lemas
Cuba utk tidak terlalu
Tapi seringkali gagal
Tetap nama dia yang bermain di fikiran
Tetap bayangan dirinya yang mengekori

Huhhh!

Cerita 19 Oct --> 21 Oct 2012

19 Oct 2012 - Plannya kitaorang nak bertolak ke Cameron seawal pagi. Konon nak menikmati udara nyaman di tepi highway . Nak bfast sama² ngn dia dulu . Tapi tu laa..plan musnah sebab Blackberry dia patah housing kat belakang ! Sebenarnya tangan aku yang punya angkara tapi takut dia marah aku cakap je "ntahh..tetiba patah !". So kitaorang tangguh perjalanan. Pegi kedai henpon tu dulu. Pot pet pot pet , cina tu terus bagi baru ! Aku bisik ngn dia "aikk..senang je kannnn dia tukar baru !" , alaaaaa..beli baru 5 hari je pon kannn ! Kalau dia tak bagi tukar pon aku dah plan nak haruk je kedai tu ! So bila settle pasal BB tu baru senang hati nak gerak !

Kitaorang mulakan perjalanan dalam pukul 11 lebih macam tu ! Baru separuh jalan mata aku dah kuyu sesangat ! Hahahah..biasa la ! Naik keta je nak lelap ! Lelap je naik keta ! pastu dia bosan agaknya, dia cuit aku sambil cakap "Sayang nihh asik nak tidor aje ! baik kita balik !"..hahaha !poyo la nak balik kannnn ! Pastu dia cakap lagi "Tgk la jalan nih..lain kali takde la kata tak tau jalan !"..hahah ! ko tunjuk la jalan mcm mana pon , daku saja tak nak hafal sbb takde niat pon nak pegi sendiri. Mmg akan bersama kamu aje cinta hati !

Tak lama lepas tu ..jeng jenggg ! dah sampai ke persimpangan dia :)


Hehehehe..berbunga hati ! Rasa teruja tu membuak² dalam diri ! Best giler ! Tak sabar nak sampai ! Kami terus borak² sambil dia memandu . Sedang syok tu tetiba kereta buat peel ! Kereta dia pinjam dari kawan ! Konon nak honeymoon cari la kereta best kan ! Aku dah pesan..baik pakai kereta sendiri tapi degil ! Kan dah tak memasal kejap² enjin mati ! Dia pujuk jangan marah. Ehh..aku tak marah tapi yang buat sengsara hati masa tu aku rasa nak terkencing sesangat ! Dah tak tahan !Dia terus jugak perjalanan. Dekat 3 4 kali enjin mati ! Sampai satu jalan tu aku nmpak orang asli jual madu, kat belakang tu ada tulis "toilet" tapi toilet tu even toilet batu tapi dah macam nak runtuh ! Suh jugak dia berenti sbb mmg tak tahan ! dah mintak izin orang tu, dia kata "Lalu ikut semak tuu..tapi takde air yer !" Ya Allah ..tak bernafas aku tgk semak tu ! Seram ! Terbayang anaconda tetiba muncul. Laki aku suh pegi aje. Agaknya tgk muka aku takut, org asli tu suh aku pegi masuk semak ujung sebelah kiri dia ! Mmg ada rumah kosong kat situ..tapi tinggal tiang aje ! Aku dah tak boleh pikir panjang ! Terus berlari ke situ di temani laki ! Dannn..baca kat status nih :

Akhirnya..honeymoon bermula!! Perghh..dugaan betol nk smpai. Kereta 2 3 kali mati enjin. Rasa mcm nak patah semula balik Selayang. Tgh risaukan itu, pundi kencing plak buat peel. Aku rasa last sekali aku kencing dlm semak masa belum dtg peyed lg & hari ni sejarah berulang. Lantakla org asli mana nk tgk !! Hahaha..hasben ckp "Percutian yg sgguh adventure !"

Hahahaha..mengong kannn ! Akhirnya dalam pukul 3 lebih kami smpai kat Brinchang. Tercari² mana hotel yang aku booking tu ! Aku bukan tau jalan pon. Hampir tak jumpa. Cari² akhirnya nampak "Hotel Guan Chin"...ahaaaaa ! Lega ! Hilang penat rasanya ! Masuk bayar balance deposit, amek kucni terus pegi kat bilik ! Phewwwwww...tgk bilik nih :


Cantikkan bilik nih ? Puas hati. RM206 untuk 3 hari 2 malam. Ada Astro, ada wifi ! Ngeeeee ..pandang muka dia, dia pandang muka aku, adegan seterusnya **SENSORED** ..hahahah ! Tapi seyesly puas hati ! Lepas mandi² kitaorg keluar berjalan berdua ! Baru jalan nmpk menda nih pulak ! Mengada kannn..suh dia beli :


Sedap jugak ! Rasa gedik tu yang buat tambah sedap ! Jalan² ngn dia kat pasar tu. Kita orang beli cenderahati untuk family. Habes jugak la beberapa koyan duit yang di bawak ! so..malam tu habiskan dgn honeymoon berdua aje laaa !

20 Oct 2012 -Pegi ladang stoberi ! Takde gambar sbb memori kad aku hilang ! Taktau mana letak ! Aku tak petik sendiri pon buah tu sbb tak berapa minat ! Then kitaorang terus pegi Bharat Teh ! View yang menarik !


Heheheh..lepak sini minum² ! Makan²  ! Sejuk ! Best giler ! Satu hari tu kami berjalan ! Bila petang nak masuk senja dah balik ke hotel ..nak tengok bola ATM ngn Kelantan katanya. Siap ajak aku bertaruh RM50 plak tu. Dia pilih ATM, aku Kelantan , last sekali dia kalah..padangggg muke ! hahahah !

21 Oct 2012 - Kita orang bangun pukul 10. Kemas² barang nak check out terus. Singgah bfast kat kedai kat situ sementara tunggu kedai jual Cik Ted bukak. Heheheh..tengokk , dia belikan Cik Ted untuk aku ! Macam gedik kannn ! Tapi..biarlaaa gedik pon ! Bukan kacau orang kan Cik Ted kan !


Besssttt !! Boleh ganti bantal pelok ! Pastu singgah beli stoberi nak bawak balik . Siap semuanya kitaorang pon bergerak nak balik. Baru 15 minit bergerak, sekali lagi keta rosak !! Aduhaiiii ...kali ni betol² tak boleh start ! Nasib baik dia call kawan dia. Tunggu kawan dia dtg, kita orang tersadai tepi hutan dari pukul 11 mcm tu smpai pukul 5pm ! Ni jap baca status aku tulis nih :

Ohoiii !! Masih kat sini ! Menahan usus yg kejap2 rasa nak terkucil...ku tahan Jebat !! 

Dia bersuara " syg marah ke tak pasal2 tersadai kat sini ?", aku ckp "klu marah then keta bole ok,syg marah. Klu tak..ok je ! Nak buat caner ?" ..hehe, dia senyum smbil genggam tgn ni ! Senyum manis sgt..ba ! jgn manis sgt, tepi kita ni hutan !! Tak sesuai tempat dia...hahahahahaha!! SENGAL SHILLA !!

Sementara tunggu tu macam² kami borak² ! Tengok nih..tgn gedik aku conteng kat cermin ! Dia tersenyum simpul aje memandang :


Hehehehe...banyak lagi cerita honeymoon sempena 11 tahun kami berkahwin. Tak tertaip ! Cuma doa aku ..moga cinta kami berdua kekal hingga ke akhir hayat nanti ! Aku nak dia tahu aku bahagia dengan cinta dan limpahan kasih sayang darinya itu ! Terima kasih Jefry..bangga bila dapat menjadi suri hidup kamu ! Izinkan aku untuk terus menyintai kamu selamanya !











Saturday, October 20, 2012

11 tahun Cinta Ini Milik Kami.

Ehhh..aniberseri kitaorg besok
Aku saje je testing update blog guna Note nih
Heheheh...kitaorg smpai Cameron 19hb..semlm
Sebelum nak smpai mcm2 jadi
Dgn enjin keta yang 2 3 kali mati
Dgn aku yg terpaksa redah semak tak tahan nak kencing
Hahahah..tak penah buat peel mcm tu
Tapi semlm mmg dh tak tahan
Aku berlari masuk kat satu pondok yg tinggal tiang aje
Bukak suar dan....perghhhh lega
Kalau ada org asli intai..aku doakan mata dia kena ketumbit
Ketumbit soploh bulan baru baik...amin! !

Okey laaaa
Takleh taip panjang2
Episod honeymoon belum berakhir
Sementara dia lelap ni boleh laaaa

Japppp..aku try taruk gambar ni
Rasa gambar terbalik nih
Halalkan aje laaaa
Nnt aku betolkan deh
Guna natang note mmg tak reti
Lagipon bkn gambar apa pon

Okbye! !
Moga cinta kami semakin bertambah
Moga aku ngn dia akan bahagia smpai ke akhirnya
Amin ♥♥♥♥♥




Tuesday, October 2, 2012

Cerita Kita..Sudah 11 Tahun Awak !

Awak,

Awak ingat tak kali pertama kita bertentang mata ?Masa tu saya ingat lagi tahun 1997 ..masa tu bila nampak awak saya rasa macam happy sangat. Tak tau sebab apa tapi wajah awak menenangkan hati ! Saya suka sangat tengok mata awak ! Renungan awak memang boleh buat orang cair kan ! hehehe..saya la yang cair tu kannn !

Tapi rasa suka tu saya simpan dalam hati ! Saya tak bagitau sebab saya tau kedudukan awak siapa. Saya tahu batas antara kita berdua dan tak mungkin kita boleh menjalinkan hubungan. Tahun ke tahun ..bila jumpa kita hanya cakap dan bergurau senda macam tu aje kan. tapi saya pon rasa ada sesuatu perasaan yang sukar nak tafsir ! Renungan mata awak juga bercerita tapi saya tak berani nak tanya ! Gila ..mau di pelangkung oleh mereka² yang berkenaan !

Saya ingat lagi saya kerja KFC masa tu. Hahaha..minah KFC yang ranggi ! Pakai skirt pendek atas peha kan wak kan ? Awak ingat tak masa tu awak pon kerja biasa jugak kat Medan Mara jugak ? Setiap kali saya parking kereta, cross jalan sure saya nampak awak berdiri kat tepi bangunan tu. Setiap kali bertentang mata, awak hadiahkan senyuman paling manis untuk saya..Phewwwww ! Pingsan ! Berangan dalam hati " owhhh..bila la putera raja ni boleh ku poluk² " ..lawakkan ! Suka kat awak punya pasal, awak keje jaga bangunan pon saya anggap putera raja ! Hahahah..tapi ye la, saya masih ingat keterbatasan yang ada antara kita !

Awal 2001 saya ingat lagi kisah masalah awak dengan pasangan awak. Entah laaa..saya malas campur. Nanti orang kata amek kesempatan. Hubungan awak dengan dia dah jumpa noktah ! Saya dengar jugak kisah macam² tentang awak dan dia tapi saya tak peduli kerana awak dengan saya tak punya apa pon ikatan kan ? Lepas tu ..segala²nya seperti biasa hinggalah February 2001, kita sama² pergi Pasar Malam kat Jalan Kuching tu. Pergi dengan adik awak yang tika itu jadi sahabat yang paling saya sayang dengan sorang lagi abang awak kan ? Masa tu saya ingat lagi..hujan renyai² ! Dengan gaya machonya awak memayungi saya ! Owhh..bau perfume yang awak pakai buat hati tak keruan ! Senyuman awak tika itu buat saya macam org tak betol ! Gila kannn...teringat sebelum tu awak repair keta Satria saya..hahahahh ! sambil tgk tangan awak duk betul²kan enjin tu saya boleh berangan "bestnya kalau tangan lelaki ini nanti yang memanjakan aku !"...gedik ! gatal ! alaaa...masa tu umur saya baru 20 lebih..memang gatal la kannnn..nak buat caner ..heheheh ! Tapi gatal dan kuat berangan saya macam Ain Hawani dalam Adam Hawa tu tau..suka cakap sorang², simpan sorang² !

Balik dari pasar malam, saya singgah rumah mak awak sekali ! Kita sama² makan dengan family awak kan ? Dah selesai makan saya ke dapur nak basuh tangan. Saya ingat lagi takde siapa kat dapur masa tu. Baru nak toleh tiba² awak kat belakang hadiahkan saya satu ciuman ! Erkkkk...besday saya lambat lagi tapi kenapa saya dapat hadiah tu ?? Suka ? Suka rasanya tapi...TERKEJUT yang lebih ! Saya ingat lagi lepas awak cium pipi saya , awak cakap " Saya nak kawan serious dengan awak ! Terima saya yer !"....perghhhh ! Baru nak kawan dah cium pipi..rasanya gedik awak lebih dari saya ! Saya toleh ke belakang rupanya adik dengan anak buah awak tengah "uikkkkk" tutup mulut saksikan kejadian tadi ! Hahahahah..mati laaa !Mati laaaa kena canang satu kampung ! Nasib baik diaorang sporting !

Saya kaber rasa hati ! Saya ingat saya tak bagi jawapan. Awak renung muka saya harapkan jawapan. Hahaha..malu ! malu ! Terus mintak izin nak balik ! Sampai rumah terus "Mamiiii..ada mamat hensem takel Ila mi ! ". mami tersenyum ! Mungkin dia ingat doa dia supaya saya jumpa lelaki yang mampu menjaga saya dengan baik dah tercapai !

Lepas tu kompom kita jadi pesangan kekasih ! 25 February 2011 dengan rasminya saya chop dahi awak  "Pakwe Shilla !" . Saya penah gagal sebelum tu. Saya ada seorang anak dengan dia. So saya harap pilihan saya kali ni tak silap ! Awak ingat kan..saya uji awak macam² ! Sengaja saya suruh awak bayar duit kereta saya, saya suruh awak bayar duit rumah saya ! Selain memang saya agak mata duitan tapi saya nak tengok awak ada tanggungjawab ke tidak. Perkahwinan saya dulu gagal sebab itu lahhh..sebab lelaki tu taknak sama² bersusah payah dengan saya ! Dan awak saya tengok dengan rela hatinya melakukan ! Saya uji kesetiaan awak dengan berpatah semula menyintai bekas kekasih..awak cool aje ! Menasihatkan saya  !

Akhirnya setelah lebih kurang 6 bulan cinta kita mekar, awak buktikan yang awak serious nak kan saya bila awak melamar saya menjadi isteri yang sah ! ye...masa tu saya gembira sangat² ! 22 Oct 2011 tarikh kita di nikahkan ! Awak ingat lagi tak..tok kadi tersalah sebut nama awak. Dia pegi sebut nama bapak tiri awak..hahahah, tak memasal saya jadik mak tiri awak pulak ! Bermula dari saat itu saya sah menjadi isteri awak !

Bila kita dapat sorang anak, awak ingat tak awak bawak saya pindah rumah setinggan ? Kewangan kita tak berapa nak stabil. Saya turutkan jua padahal tak penah pon duduk rumah macam tu. Takpe..demi cinta pada awak. Awak ingat tak rumah kita tu bila hujan lebat je air masuk dari celah bumbung macam air terjun ?? Kita duduk kat sofa pandang aje kan sambil tunggu hujan berenti sebab awak nak mop lantai ! Tapi betul awak..saya bahagia dengan awak ! Biar saya selalu bergaduh berebut air paip ngn jiran setinggan sebelah..saya tetap bahagia !

Dan awak ingat tak lagi kita pergi kerja bawak berapa ringgit ? Awak 5 ringgit saya pulak 2 ringgit ! Uishhhh...kena bajet betul sebab kita kerja yang tak seberapa ! Saya masa tu kerani cabuk, awak pak guard jaga bangunan !! Tapi kita ada keta kancil kan...keta saya tu ! Tapi awak yang bayar bulanan kan ? Takpe laaaaa..korban je segalanya demi kebahagiaan kita !

Macam² lagi yang kita tempuh bersama ! Sampai saat ini saya dah keje jadi executive, awak plak pegawai kanan. Ekonomi kita walau tak mewah tapi rasanya dah stabil dah. Ada umah sendiri kat Bandar Tasik Puteri nun..ada keta iswara sebiji nak habis bayar, ye la kena pakai tu aje la sbb kita p jadi gerantor org tak bayar loan, dah nama kita berdua blacklist kan ?

Syukur kan awak ! Kita tempuh segalanya berdua bersama anak² ! dan kalau awak tak lupa hari ni 2 Oct 2012..maksudnya lagi 20 hari kita bakal sambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke 11. Saya tak mintak banyak awak,saya tak perlukan hadiah pon. Saya cuma berharap awak sanggup berjanji untuk terus menjaga hanya saya dan anak²..tiada org lain selain kami ! Saya cuma berharap awak sanggup juga berjanji mencintai saya hingga akhir nafas awak ! Andai itu dapat di penuhi..saya rasa saya wanita yang cukup bertuah di lahirkan di dunia ini dan di anugerahkan dengan lelaki seperti awak !Saya cinta awak tapi untuk berebut kasih awak dgn orang lain yang tak sepatutnya hadir dalam hidup kita..SUMPAH saya tak akan lakukan !

Terima kasih awak kerana menjadikan hidup saya sempurna selama ini ! Kasih sayang awak tanpa batasan, cinta awak tanpa had tapi saya tak tau kenapa semua itu masih terjadi ! Cinta kita terlalu manis..saya tanak awak lupa dan kerana itu saya coretkan semua itu di sini. Moga awak tak marah..saya sanggup lakukan apa saja untuk terus kekal di hati awak, uji lah apa saja tapi bukan dengan cara mencurangi saya. Sya harap awak faham :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket