Monday, November 16, 2015

Akhirnya Tiba Masa Itu !

Huhuhuhu ...dah nak hujung tahun 2015. Rasanya ini entry ke 2 kan ? Phewwwww ...orang berblog, dia pon nak berblog tapi last sekali sawang mawang terus ...hahahahaha .

Kekangan masa sebenarnya. 24jam pon tak cukup. Mana kan kerja opis, bisnes on9, keje² rumah lagik. Yang sempat hadap FB aje laaa. Hadap sampai lebam ...hehehehehe !

Ni masuk kejap, sebab nak abadikan kisah ini. Huhuhu...lepas ni boleh baca la kot² teringat kann. Nak baca kat FB tu haruu laaa sebab sehari berapa status di update kan kan kannn :p

1/8/2006 --hari pertama saya lapor diri kat Ofis ni ! Kira dah 9 tahun lebih kann. Lama dah kiranya tu. Bak kata kawan saya "dah patut berenti Shilla, bagi peluang kat fresh graduate plak keje situ, ni interview je mesti gagal sbb takde experience "...hahahaha, kau mmg cilako kawan !

9tahun, selain rumah, sinilah tempat saya. Tak banyak sangat nak abadikan sbb takde apa pon. Keje keje keje sampai satu part , terjebak diri dengan bisnes online. Tahun pertama, kedua bisnes takde rasa apa sgt. Boleh je nak bahagi masa dgn elok. Report yang patut submit, mmg ikut dateline . Dan sampai la tahun ni laaaa...saya mula hilang fokus pada kerja opis. Tak tau apa yang saya buat. Sekali boss ketuk, sekali saya jalan. Lain ke lauttt ! 100% pada bisnes. Seronok laa. Duit banyak dari keje kan tapi kenapa hati saya tak tenang ?? Setiap pagi nak keje , mesti rasa gelisah. Huhuhuhu ...feeling ini sgt la tak best nyaaaaa :/

Awal dulu ada cubaan nak berhenti keje tapi takde keyakinan. Risau kalau semua tak menjadi. Mana pulak nak cekau segala nanti..huhuhuhuhu. Dan hasrat itu terus terhenti bila Jeff eksiden. MC 6 bulan tapi cuma 2 bulan je berbayar. Nasib baik duit bisnes dapat tampung. Pastu dapat rawatan pon kat private hospital sbb ada medikal kad dari kampeni. Best kannnn..semua tersedia ! Makin terus la nak bertahan keje sambil bisnes dan sampai la satu partttt.....Dtg serentak dalam seminggu. HOD bagitau nak resign. Bisnes dan keje saya jadik mudah sbb HOD ni. Kalau takde dia, saya masak sgt² . Pastu anak pon takde orang nak jaga dah. Macam² hal . Niat nak jaga anak sendiri pulak semakin membuak² dan sampai la tanggal 13 November 2015, lepas sebelom tu dah diskas dgn Jeff, dah minta izin dia, dgn berat hati saya serahkan surat perletakan jawatan kat opis  ni. Gila berat ! Sgt berat ! Tapi saya tak boleh tamak. Lagi teringat sorang kawan komen "Ingat satu je, rezeki kita bukan boss bagi, Allah bagi "



Lepas tender tu , hati saya kecamuk sgt. Mcm² rasa ada. Teringat mula² kawen dgn dia dulu. Kalau dulu saya sanggup di bawa duduk kat setinggan, kenapa skrg tidak ? Bukannn ...bukan takut ngn diri sendiri sbb insyaallah, boleh je tapi saya sangat takut kecewakan hati anak². Mesti segalanya bersukat ! Memujuk hati sendiri sampai saya jadi tak menentu. Saya takut pada KEGAGALAN  sampai saya terlupa yang saya sebenarnya banyak bagi semangat pada kawan² lain. Teruk kannn ! Pernah susah la ni, tu macam² pikir ! Bila nak lalu pengalaman baru rasa mcm "Oiii ..boleh ke ni ?" Hahhahaa...dah kenapa kau Shilla ? Kenapa pikir gagal ? Majukan la bisnes yang ada tuuu.....huhhh !

"Takpayah rasa apa² kak ! Akak dah submit resignation letter. Apa pon , akak tetap dah berhenti, so teruskan langkah ke depan" lebih kurang gini ayat yang adik FB bagi kat saya. Oklahh ..tarik napas, lepas ! Shillaaa...pandang straight ke depan please !!

Dan akhirnya saya dapat kekuatan untuk redha dengan keputusan yang saya sendiri buat ini . Bukan ada orang paksa pon. Ko meroyan menda ? hahahahaha... Tengok skrin shoot atas. Cinta dia selalu mendamaikan saya. Saya janji , lepas ini saya akan terus buat yang terbaik untuk semua orang di sekeliling saya.

Mula kawen, pakai kancil, duk rumah setinggan. Smpai tahap ni, sudah selesa dgn apa yang ada. Takde menda perlu di risaukan. Apa pon yang datang nanti, semua atas izin DIA kan. Buat yang terbaik je. Insyaallah. Syukur jugak sebenarnya saya ada group Dropship yang sangat hebat. Wanita² hebat di keliling saya ♥ Terima kasih korang !

Dan satu lagi sebab saya berhenti, biarlah saya terus terang ! Saya tak suka boss baru ...bhahahahahahahhahahahaah ! Salah patut di cakap depan², bukan blkg² ! 



Ok. Sebelom saya babai , nah baca status FB saya tadik ::

Impian nak berhenti kerja sudah tercapai ! Saya dah tak lagi kelam kabut nak urus masa. Semua atas tangan sendiri. Dan saya nak moga impian yang satu ini tercapai juga. Nak bangun pagi 5am setiap hari , nak buat breakfast untuk Jeff pegi keje dan anak² ke sekolah !
Hurmmmm..rasanya impian ini lagik berat dari impian nak berhenti kerja dulu ...hahahhaahhaha !

Ok babai !

Friday, January 9, 2015

Alfatihah Mami



Ya Allah. Duk berulangkali dgr lagu Tanpamu CT tu , tiba² baru saya teringat. 

6tahun yang lalu. 9 Januari juga hari Jumaat :Time ni tgh shopping kat Sogo. Mami ada call pagi tadi. Mami mintak wallet merah . 

"Ila belikan laaa. Nanti mami mati tak sempat merasa " 

"Mengadalah ! Org cakap nak mati ni lagi lama umur dia"

Acuh tak acuh jawab mami call. 

"Anak mami ni mmg mcm ni. Semua pon. Mami call je sibuk taknak layan" 

"Dah mami merepek sape nak layan?"

**airmata mengalir**

Balik dari Sogo 2.45, tgk ada miss call bertalu kat hp. Kawan opis kata "Kak, hp byk kali bunyi. Saya angkat. Mami akak sakit. Tak sedar"

Aikk ..baru tadi borak². Takpelah. Karang balik. Saya boleh lepak² lagi kat opis. Pukul 3 lebih baru saya gerak dari opis, itu pon bila jiran bgtau mami dah di hantar ke hospital.

Smpai hospital, kaki bagai terkaku. Mami tak sedar. Doktor jumpa kami dan bgtau "Mami takde harapan" ....

Eh ! Mami ni dah kenapa. Jgn main². Adik saya dah menangis. Saya terdiam. Tak tau nak cakap mcm mana dan akhirnya saya juga menangis kat situ. Tak lama mami di tolak masuk kat Unit Rapi. Mami bangun ! Tgk..saya tau mami kuat. Mami pandang saya. Saya pandang mata mami. 

"kenapa anak² mami nangis ?" mami tanya. Mami pandang doktor 

"Kenapa dgn I doctor ?" , bila doktor explain, mami pandang dan terus menangis "Mami taknak mati lagi " :'( 

Ya Allah. Sungguh tak boleh lupa raut wajah mami. Wajah mcm mintak di selamatkan sangat². Mami baring dgn keadaan yang cukup rentap hati ini melihat. Sebaik doktor tebuk leher mami , terus mami tak sedar. Saya tgk kaki mami lama² mcm lurus. Tanda org nak pergi kan. Kulit mami pon dah pucat.

"Mami ..jangan tinggal Ila. Sape nak dgr lagi kesedihan Ila nanti ? Sape nak jaga Yuyun nanti. Mami...bangun mi ! Bangun "

Setiap masa tunggu keajaiban. Kami tidor hospital. Taknak tinggalkan mami.Nak tgk mami sedar tapi sebaik doktor suruh panggil semua family dekat ziarah mami, dah suruh baca Yasin semua, saat itu hati hancur. Ptg tu masa tunggu kat pintu hospital, adik saya keluar "Mami dah tak ada" 

"Mamiiiiiiii !"  saya terduduk kat pintu hospital.

"sape nak jaga Ila mi?" menangis tersedu tanpa peduli lagi org sekeliling

"Syg ...Jgn mcm ni. Baba janji baba tak akan abaikan syg. Baba janji akan jaga syg smpai bila². Syg dah takde mami, tapi syg ada mak lagi kan. Baba janji. Pegang cakap baba ni. Smpai mati pon, baba tak akan tinggalkan syg. Bangun. Pegi tgk mami kat dalam. " Jeff memujuk perlahan smbil memapah saya masuk tgk jasad mami terbujur kaku. 

Mami dah tak bergerak. Mami dah tak bersuara. Takde lagi bebelan mami. Takde lagi tangan urut kaki ni bila balik keje lenguh. Takde lagi doa dari seorang ibu pada anak². Kami hilang semua itu.

"Ila..ingat. Ila kena kuat. Apa pon jadi, utamakan anak². Adik beradik jgn pernah berpisah" terngiang pesanan mami masa mami ada.

10 Januari 2015. Cukup 6tahun mami pergi. Tinggalkan segalanya menjadi kerinduan yg cukup sarat .

Alfatihah mami. Damailah mami kat sana. Kami adik beradik tak lagi bergaduh mcm dulu. Kalau mami dapat tgk, mesti mami bangga. Boy pon jaga Ila dgn anak cukup baik, sama mcm janji dia hari pertama mami pergi dulu.

Rindu mami..rindu sgt sgt :'(



Wednesday, October 1, 2014

Tiada Tajuk ~!

Hohohoh ...5bulan sudah blog ini di biar bersawang. Nafsu menghapdet tak sama mcm dulu². Heheheh..dulu² kemain, smpai malam pon nak berblogwalking . Skrg takdo dahhh walking² ..tak cukup masa dah nak membahagi masa antara kerja di opis, kerja sbg seorg isteri, kerja sbg seorang ibu dan di tambah pula dgn kerja sebagai peniaga on9 ...Phewwwww ~!! Taip pon penat , yang tengah hadap ni lagik penat :p

Banyak sangat nak cerita tapi saya sudah lupa nak cerita apa..hahahahahah. Lately ni mmg selalu pelupa. Semua menda nak buat nak kena tulis dalam nota.Sindrom menuju ke hari tua barangkali. ...hurmmm ! tua dah ! Tak lama lagi dah boleh keluar EPF dahhh kannnn....

Oklah. Sbb dah lupa, so entry takat ni aje. Jumpa lagi di lain masa...5 bulan dari skrg naaaaaa...hehhhe.

Bye ~!!


Monday, May 19, 2014

Anak² Itu Anugerah

Dah hampir 14tahun kami berpisah dan dah dkt 12 tahun tak berjumpa. Awal² penceraian, dia ada dtg nak jumpa Yuyun . Saya tidak pernah sekali menghalang. Jumpalah kalau nak jumpa. Itu anak dia juga.

12tahun terus sepi. Hilang tanpa khabar berita hinggalah akhir² ini Yuyun rindu pada ayahnya. Dia mintak saya tolong menjejak ayahnya. Hanya perlukan 2 hari saje sebaik saya post status kat wall facebook saya, ada pm yang bagitahu mana si ayah ada. Rasanya dah taknak cerita lagi kat sini, cukuplah tertulis di facebook saya sahaja. Saya taknak terus di persalahkan sedangkan saya di ajar untuk tidak pernah malu dgn apa aje yang terjadi dalam hidup. Ye ..org lain mungkin tak sama cara dgn saya, tak boleh nak halang cara pemikiran masing²..terpulang cuma Insyaallah, saya tahu apa yang saya lakukan :)

Saya tak perlu sebenarnya fikirkan kehidupan mereka tapi saya kena sedar itu darah daging Yuyun. Bahagia Yuyun, bahagia kami sekeluarga. Saat dgr adik² satu bapa dia ada di Rumah Anak Yatim/Miskin, saya bagikan tersentak. Ke mana mereka yang bertanggungjawab ? Air mata menitis perlahan². Saya hubungi Rumah Anak Yatim/Miskin bertanyakan cerita. Ya Allah..kakak baru 9tahun, si adik 6tahun. Sebaya dgn Zafry. Anak sendiri umur macam tu, asik nak berpeluk bermanja tapi mereka ?  :'(

Bila tahu keperitan mereka di Rumah itu, saya berusaha kumpulkan derma dari kawan² utk mereka. Alhamdullillah..dalam masa 2 hari jugak terkumpul RM3,207/= . Saya rancang untuk lawat mereka pada Sabtu. Mlm Jumaat itu, saya dgn Jeff beli barang dapur utk anak² di situ. Ingin saya jelaskan, kutipan bukan utk adik Yun semata², jumlah itu utk kesemua mereka yang ada di situ.

Sabtu bangun pagi, Yuyun dah eksaited nak jumpa. Kami bersiap². Tunggu Jeff balik kerja. Dia yang nak ikut serta.

12 lebih kami gerak dari rumah. Berpandukan arahan Waze kami jejak Rumah Anak Yatim itu. Huhuhu ..waze bawak kami guna jalan dalam. Bersimpang siur..nasib baik smpai.

Turun dari kereta, bagi salam dan di jemput masuk. Baru nak masuk terpandang wajah bekas kakak ipar. Allah...menangis berpelukan. Lama sungguh tak jumpa. Dan sebaik di kenalkan dgn adik² Yun, air mata terus tak tertahan. Suci sungguh muka. Anak² kecik yang belom mengerti apa sebenarnya yang terjadi.



Yuyun tersenyum gembira. Jeff tgh kusyuk mendengar cerita dari Kak Ela, pengasas Rumah Anak Yatim/Miskin itu. Saya sedang tersenyum melihat Yuyun yang tersenyum bahagia. 



Tengoklah wajah tiga beradik ni. Seiraskan. Sama cantik. Sama manis senyuman mereka. Sama ayah berlainan ibu dan membesar dgn cara yang berbeza. Tgk gambar ini berulang kali, mmg bertakung air mata.

Jeff ada suarakan hasrat nak jaga tapi entahlah, mereka masih punya waris. Ada bermcm proses yang kami perlu lalu. Biarlah ..mungkin kami boleh menjenguk mereka selalu nanti kan. Tapi hari tu, kami mintak izin dari Kak Ella untuk bawak mereka pulang. Nak belikan baju². Bila tnya, gembira muka tanda nak ikut.

Masuk kereta, Jeff tanya "Sape nak makan ". Laju je yang kecik "Nak makan KFC " ..huhuhu..kesiankan. Eh lupa..yg kecik nama Amani, si kakak Raihan. Terus Jeff cari KFC berdekatan . Nak masuk KFC, Amani pimpin tangan Jeff. Dah macam anak sendiri. Sarah ngn Zafry dah laju ke depan.


Sedih tgk saat ini. Amani sungguh² menikmati. 2 ketol dia habiskan ayam tu. Saya perhati penuh sayu. Tak tau nak gambarkan rasa hati ini tapi saat itu saya rasa bahagia kerana dapat gembirakan hati mereka walau hakikat mereka bukan anak² saya.

Balik dari makan, hantar Sarah Zafry Qistina ke rumah mak. Nak bawak semua takut tak terkawal. Rancang nak beli pakaian untuk Amani dan Raihan. Nak pergi jauh² dah malam masa tu. Terus bawak pegi Tesco dkt Selayang.


Apa yang terlintas kat pikiran saat pandang gambar ini ? Jefry lagi tiada kena mengena dgn anak² ini. Ini anak pada bekas suami saya tapi tgk cara dia melayan. Di anggap sama mcm anak sendiri. Sungguh, saat ini saya menangis lagi. Betapa beruntung saya di temukan dgn dia. Lelaki yang sgt² memahami. Dia tidak mewahkan saya dan anak² dgn wang ringgit tapi dia bagi kasih sayang yang melimpah ruah. Setiap apa yang saya buat, dia bagi sokongan. Di beri semangat. "Anak² tak salah kan syg" saat saya tnya dia cara dia melayan Amani dan Raihan. Moga Jeff terus di beri kesihatan yang baik dan di limpahi rezeki untuk terus menjaga semua yang menjadi amanah pada dia.


Ini gambar sebelom shopping tadi. Yang follow saya kat facebook mesti tahu kan, betapa ghairah saya nak dapatkan kereta Exora. Allah perkenankan. Dan bila dapat, rupanya kami nak bagi keselesaan kat semua anak² termasuk adik² Yun ni. Lena derang di blkg.


Heeeeee..ni plak pic Amani dgn Sarah. Next day nih. Nak bawak g swimming pool sbb Amani mintak nak mandi kolam. Nasib baik kat Selayang ada Kolam Sri Siantan nih...hehehehhe



Sarah yang takut² nak main air. Amani tersenyum simpul kat sebelah. Puas tengok derang gembira. Masa ni Jeff tak ikut. Dia kerja tapi dia janji nak balik awal jugak.Nak hantar anak² tu pulang ke Rumah mereka.


Tgk tu..Amani tgh leka dgn jam baru dia. Ni tgh shopping baju untuk dia dua beradik. Kejap² datang peluk saya. Lama dah barangkali tak berpeluang jalan² mcm tu kan. Pic kanan kat kedai makan. Heheheh..Amani ajak makan KFC lagi tapi "Ala sayang..mama nak makan nasik la, lain kali plak yer. Semlm kan dah mkn KFC "...huhuhu..daku udah pening dgn KFC. Seminggu hampir 3 4 kali anak² ajak makan.

"Yuyun ..Ini aje yang termampu mama lakukan untuk kegembiraan Yuyun dan adik² Yuyun. Ingat pesan mama, belajar pandai², kerja bagus dan nanti jaga semua adik² Yun . Kalau mama dgn baba dah tak ada, Yuyun je mama harapkan jaga semua..Qistina, Zafry, Sarah, Raihan dan Amani. Ingat pesan mama juga, apa pon pandangan org pada Yun pasal ayah Yun, jgn pernah bersedih. Jgn pernah rasa malu. Semua org pernah buat silap Yun. Ayah Yun juga tak terlepas. Doakan nanti kalau ayah di bebaskan. dia boleh berubah mejadi ayah terbaik untuk Yun dan adik²"

Dan untuk lelaki itu " Ini sahaja yang termampu saya tolong. Gembirakan anak² Abg sementara abg jauh dari mereka. Nanti bila semua dah kembali pulih, saya mohon satu. Berubahlah. Bawa pulang Raihan dan Amani. Jaga mereka. Jgn nafikan hak mereka untuk dapat kebahagiaan dari ayah kandung mereka sendiri. Saya doakan yang baik² utk abg dan anak² "

--Terima Kasih Allah memberi bahagia tidak bertepi seperti ini. Memberi peluang untuk berbuat baik pada sesiapa sahaja tak kira orang yang pernah tinggalkan cerita pahit untuk di telan. Yang berlaku bkn utk di kesali tapi di jadikan satu pengajaran untuk menjadi lebih baik --

JEFRY ....Syg sayangkan Baba sgt² ! Seluruh hidup ini untuk baba dan anak². Terima kasih atas segalanya.




Monday, April 28, 2014

Ini Cerita Saya ♥

Huhuhu..setelah sekian lama blog ini sepi terbiar . Bukan sengaja tapi seriously tak punya masa yang cukup. Sibuk dengan macam² hal smpai ada masa terasa nak lebih dari 24jam sehari ..heheheheehhe. Tapi hari ni saya nak bercerita dan abadikan kisah ini kat blog saya.

28 April 2014 ..pagi yang sangat² gembirakan hati saya. Sudah berkali² saya cuba untuk tunaikan hasrat anak² untuk tukar kereta yang lebih besar tapi tak pernah berjaya tapi pagi tadi dapat call "Shilla ..loan kereta u lulus kat Maybank "

Kecik di mata orang kann. Apalah sangat dapat tukar kereta tapi kalau sape² yang pernah ikuti kisah saya di blog ini sebelum² ini ataupon coretan pendek di facebook, mesti paham nape saya sebegini eksaited ~

Segalanya menjadi sukar bila nama saya blacklisted pada hutang hampir 36ribu gara² menjadi penjamin kepada bekas suami sendiri. Mujur saya sempat miliki satu Apartment kecik sebelom apa pon lepas tu saya tak boleh buat. Segala jenis loan pon tak lepas. Nak kumpul harta pon tak dapat. ..hahahaha, bahagia dia barangkali sbb dia penah lafazkan pada saya sebaik kami bercerai dulu " Abg akan buat kamu susah sbb kamu tinggalkan abg "

Takpe...hidup kita bukan atas tangan org lain. Saya bermula betul² dari bawah. Bergelar ibu tunggal masa masih kerja di restoran makanan segera. Dah punya Yuyun untuk di jaga dan di besarkan dengan sempurna. Saya beralih kerja pula di pusat beli belah. Jaga cashier. Hati jeles tengok wanita² yang berpakaian pejabat datang shopping lepas habes kerja. Saya berangan² yang saya juga ingin jadi seperti mereka. Bergaya ke pejabat dengan baju yang cantik dan kasut yang tinggi..heheheheh...kemain ~!!

Anganan saya selalunya saya cuba buat. Saya pergi kelas komputer dan habis kursus, saya try apply di semua syarikat yang ada jawatan kosong. Akhirnya rezeki saya dapat kat satu company yang gah di mata saya ketika itu. Bangga sangat. Bila org tnya keje mana,  "Keje Hong Leong Unit Trust "..kemain senyum² jawab padahal gaji cuma RM750 aje masa tu. Hahahahaha....poyo sungguh.

Rasa RM750 tu boleh beli apa dgn dah ada sorang tanggungan yang ayah dia sendiri abaikan ??? Tercekik ! Segala bersukat tapi dari RM750 tu saya kena carik jalan untuk teruskan kehidupan. Pantang boss suruh overtime, saya buat. Dtg Sabtu Ahad pon takpe. Yuyun saya tinggalkan penuh tawakal di rumah sorg² padahal dia baru berusia 6y ketika itu. Redha. Kalau saya takut dgn kemungkinan, mcm mana saya nak besarkan dia ? Nak harapkan keluarga, masing² ada tanggungjawab sendiri. Dan hasilnya, setiap tahun saya naik gred, setiap tahun saya naik gaji dan saya dengar sendiri boss kagum dengan kebolehan saya bekerja walau sekadar berbekalkan sijil SPM. Awalnya siang kerja opis, mlm saya masih kerja di mall. Bila lama² dah kerap ada overtime kat opis, saya berenti kerja mall. Hampir 7 tahun di situ, bermula dengan pangkat kerani Gred 3 smpai lah naik jadik supervisor , saya berenti sbb dapat offer yang lagi bagus.

Masa kerja HLG tu la, saya kenal Jeff. Hahaha..hensem giler di mata saya. Lama jugak dah kenal, akhirnya dia luahkan ingin berkawan. Mungkin serik untuk kawen, saya uji dia macam². Smpai satu tahap saya tak rasa ada org yang akan bertahan dgn peel giler saya , tapi dia kekal di situ berjanji untuk terus mendapatkan cinta dari saya dan menyayangi andai di beri peluang. Lelama terbukak hati . Akhirnya setelah 6bulan bercinta, kami kawen. hahahah...kejap je kan bercinta. Malas aihhh lelama, kang banyak plak jadiknya ....ngeeeeeee ~~

Awal kawen, semuanya bersukat. nak itu nak ini ? Harapan ! Tapi saya tak pernah mintak lebih dari kemampuan dia sbb saya sygkan dia sepenuh hati. Bersyukur dgn apa yang ada. 

Tahun ke tahun, rezeki semakin memihak. Dia tak pernah culas untuk tunaikan tanggungjawab. Cukuplah apa yang ada untuk kami anak beranak. Berangan jugak nak itu nak ini tapi takpe...apa yang ada dah memadai.

Sampailah satu saat, Allah buka rezeki saya di facebook. Saya dah tak ingat bagaimana saya bermula . Yg saya ingat saya bermodalkan RM200. Dari takde langsung saving di akaun, berkat meniaga on9 saya dah ada sikit menjadi tabungan. Saya niat dalam hati, andai rezeki saya ada dgn bisnes ni, saya nak senangkan family sendiri. Saya nak settlekan hutang yang ada dan alhamdullillah, selepas hampir 2tahun, saya berjaya untuk selesaikan apa yang patut dan hari ni kemuncak dia, berjaya apply loan kereta gunakan deposit dari duit berniaga .....

Huhuhu..hidup kita sebenarnya kena ada matlamat. Matlamat yang perlu di sertakan dengan kesungguhan untuk dapatkan. Dan hidup jangan sombong. Kena mengalah, kena beralah lelagi mcm saya yang buat bisnes ni. Kdg ada masa temper naik tapi saya tabahkan hati untuk terus bersabar...hehehehhehe..kesabaran kadang membuahkan hasil yang sgt membahagiakan.

Jgn lupa juga, bila usaha kita membuahkan hasil, akan ada mcm² ujian dari sekeliling. Ada yang membenci tanpa sebab yang jelas. Ada yang menjauhi tiba² dan dalam keadaan ini, saya amalkan diam. Tengok aje Siti Nurhaliza, penah dia jawab segala tohmahan pada dia selama ni ? Takkan...dan tgk hidup dia caner. Semakin hari semakin berjaya. Even saya tak smpai jutawan pon, cukuplah sederhana dalam segala hal dan bahagia di sayangi oleh family sendiri :)

Moga Allah terus bagi saya rezeki, untuk saya besarkan anak² dgn sempurna. Dan moga saya terus mendapat cinta dari lelaki kesygan saya itu smpai bila² pon...insyaallah ! Doakan saya yer.

Oklah..babai ~!! Sekian saje cerita dari saya !

Tuesday, February 18, 2014

Ke Tepi Ke Tepi...Kenderaan Berat Sebelah Kiri !!

Perghhhh ! Oct Nov Dec Jan Feb..dah hampir 5 bulan takde entry kat blog nih. Lagi 4 bulan insyaallah nak Ramadhan dah pon...hahahhahaha ! Dulu bukan main...kejap kejap update ! Kemain ghairah dia dan skrg akhirnya ke lautttt !

Huhuhuhu...sayang sebenarnya blog nih. Ye laaa..tempat mencoret, tempat bermulanya persahabatan , tempat putus kawan jugak...kehkehkeh :p

Sape² yang follow facebook aku sebenarnya tau la kannnn. Aku lately ni sibuk buat bisnes.

"Kakk..ko bisnes apa?" . 
"Ntah..semua jual, kalau orang boleh jual, aku jual ko dulu !"

Hahahha..yang tu memang betol. Apa aje yang boleh mendatangkan duit, aku akan jual. Tak kisah apa..asalkan aku berkenan walau org tak berkenan pon aku jual...kikikiki. Dan skrg dah ada kawan² yang buat dropship, so keBusyan itu semakin berganda. Dgn kerja lagi, dgn urusan rumahtangga lagi..mmg super duper busy ! 

Sampai satu tahap rasa .....


Tapi takpe...penat itu membuahkan hasil. Penat itu menggembirakan. Bak kata si dia hari tu "Penat tgk sayang nih tapi baba tau sayang happy kan ?" . Mau tak happy..angka dalam bank bukan lagik kosong kosong, ada nombor depan dan belakang baru kosong kosong...hahahahah.

Ehhh okeylahhh ...Boss panggil pulak ! Kita jumpa lagi kat next entry ..maybe lepas Raya 2014 nanti..hahahhaha !

Kalau nak carik aku, nak lepas rindu..search aje Shilla Firdaus kat facebook tu yer ! Bye !

Yang tajuk Ke Tepi Ke Tepi...Kenderaan Berat Sebelah Kiri  tu saje je...takde kaitan. Berkait pon maybe berat badan yang semakin bertambah ini :p



Monday, October 7, 2013

Ini Syurga Kami ♥

Ngeeeeee...terasa nak abadikan gambar kat blog ini. Gambar RUMAH KECIL TIANG SERIBU kami. Tidak mewah mcm rumah orang lain tapi cukup selesa dan membahagiakan ♥♥

Rumah ni asalnya owner nak jual. Tapi aku dapat sewa dgn harga cuma RM250 . Dah 9 tahun rasanya kami di sini. Sewa tak pernah naik..syukur dapat owner yang boleh lebih kurang :)

Asalnya duk sini sebab Sarah. Dia kan baby pre matured , so perlukan perhatian lebih. Aku seyes tak caya org lain boleh jaga. So mintak kak ipar yang jaga. Sebelah rumah aje.

**Aku agak kompius ngn Sarah ..dia sayangkan kak ipar yg di panggil Mak ni lelebih. Kalau Mak dia keluar , sambil cebik² sedih "Mama..tepon mak suh dia balik cekalang !"...Owhhh..abes apa fungsi mama? **

Hahahaha..back to the story mory yg asal.


Ini ruang tamu secotet namanya . Jujurnya dulu income cukup² makan je la. Korang penah dengar kata "RM3K miskin bandar"? hahaha..kalau betol maknanya mmg kami miskin bandar.

Aku start tukar perabut dan hias rumah bila start buat bisnes on9. Rezeki meniaga memang tak boleh sangkal. Syukur sgt²..usaha lebih dan hasil lebih ♥ 


Ini dapur. Lihat betapa KECIK nya ruang itu kan. Kiranya kalau dia tgk TV aku still tak bole main mata dgn dia sebab dia tgk TV dalam bilik..hahahahah. Kalau duk kat depan, mmg kami boleh blink² kenyit mengenyit ~

Tunggulah..anak² dah besar baru aku berani pindah . Ni pakat kecik lagi..payah nak hantar ke oram lain menjaganya.

Orang lain punye rumah besar tersergam indah kan. Yg kecik ni pon aku nak tayang. Tapi ...RUMAH AKU, sukahati lewwww ~ Hahahahah


Haaaaa..ni umah sendiri :) Kat Rawang. Sangat lama dah tak balik. Tengah plan nak hias cecantik jugak. Kasik meriah kasik sgt cool. Bole buat rumah cuti²..ada masa boleh balik kat sini..kannnn . Pon kecik jugak tapi besar sikit dari rumah yg duduk skrg :)

Okbai. Sekian cerita pasal rumah. Rumah di huni oleh aku, chenta hati dan permata² hati kamikk !


Friday, September 20, 2013

Setelah Sekian Lama (',)

** fuhhh fuhh ..tiup habuk kat blog ** Hahahaha..Morning ! Dah lama gile tak update blog. Dulu kemain kann setiap jam ada entry. Setiap jam ada cerita. Setiap jam ada post. Skrg ? Non hado !! Tapi kann ..jgn salahkan aku. Salahkan opis yg block facebook. So bila derang block facebook aku malas nak tulis blog . Kaitan ?? hahahah..kalau tulis blog nanti bole share kat facebook. Skrg takde tmpt nak share..ntah² takde org pon sedar aku tulis entry nih ...kikikiki..boleh bagi alasan begitu ??

Erkkkk ..nak tulis apa eh ? Takde cerita pon nak share since semua aku dah tulis kat wall facebook. Owh yee..aku baru tau nape aku lebih suka catatkan cerita kat wall facebook. Kat sana mcm lebih dkt dgn kawan². Diaorg datang like, datang komen..lebih mudah kot compare ngn blog . Tapi tu laaa..kesian kat kawan², status yg tulis mesti panjang berjela . Jarang sekali kann status takde "Continue Reading"

Ok..nak cerita apa ni ehh ? hahaha..masih tak tau nak cerita apa. Ni pon curi² menaip. Malas nak layan auditor. Itu mintak ini mintak !**erkkk panjang umur..baru ckp dah dtg tu dtg tu..minimize skrin sat **


Kesian kan jadi auditor ? Dpt staff timbangrasa dapat la kerjasama yg sgt baik . Dpt staff mcm aku, siapkan file then derang kena photostat sendiri ..hehehehe .

Ok ...rasanya ramai dah tahu kot aku skrg aktif meniaga kat facebook. Mcm² di jual. Yg paling banyak brg² baby. Aku kan suka baby. So dari head to toe la duk jual . Ada banyak gak menda² lain. Tgk laaa..mana yg menarik dan bole di jual mmg aku jual. Ni yg latest aku duk jual :


Bantal utk leher baby. Guna bantal ni so takde la kepala baby nak lentok ke kiri ke kanan kann :) Selesa je tidor kekdahnyaaa ~

Then kannnn ...aku tengah diskas ngn kakak ipar a.k.a kakak Jeff. Macam menarik .

Hari tu laaaa. Pegi umah kak ipar a.k.a isteri abang aku. Kemas² umah dia then terpikir kalau vakum cleaner kat rumah aku tu buat duit kan bagus. Skrg kan ramai mak² yg bekerja takde masa nak ngemas. So nak buat servis kemas rumah hujung minggu. Kalau jadik pon maybe area yg dekat² ngn KL je laaa. Kang org Ganu mintak kemas, habis plak duit tol ngn minyak kang..kikikiki.

Tgh nak rancang rapi² . Dah survey charge yg org lain kenakan. So ..tggulah ! Berangan dulu...nanti insyaallah boleh buat :)

Oklah. Itu je cerita kali nih. Jumpa lagi dalam entry lain 8 bulan akan datang..hahahahahah 


Wednesday, April 10, 2013

Selamat Tinggal Sahabat !

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan !

Dari 1999 aku kenal dia sebagai seorang sahabat ! Datang opis ada muka dia ! Tak tau nak cakap macam mana. Sedih kottt...ehh sedih laaa sbb aku kan mudah touching ! Teringat segala kenangan !

Dia hanya satu²nya sahabat yang aku ada time aku susah ! Seingat aku..sedar dari koma lahirkan Sarah pon dia sahabat pertama yang datang. Even bagitau aku masih dalam wad yang pelawat tak boleh dtg pon, dia tetap datang ! Curi² aku keluar dari wad nak jumpa ! Ingat lagi..duk atas kerusi roda masa tu !

Dia juga sahabat yang selalu bagi nasihat ! Yang selalu membebel ! Yang selalu menegur !

Ini hari terakhir dia kat opis ! Dia sudah meletakkan jawatan ! Lepas ni dah takde lagi orang belikan breakfast hari² ! Dah tak ada orang bagi wallet pinjamkan aku duit ! Dah takde orang nak bebel² depan muka ! Dah takde orang nak menggosip !

Huhuhuhu...wehhh aku seyes ni tau ! Kot ko baca jgn dtg tanya apa² ! Kang ada air mata yang mengalir !!

Semoga apa yang ko buat semakin sukses ! Moga kebahagiaan terus mengiringi. Terima kasih atas segala²nya ! Terima kasih jadik salah seorang sahabat yang terbaik kat aku !!

Huwaaaaa..sedih oiii !

Thursday, February 28, 2013

Salam Khamis !

Uishhh.. berapa lama takde update kat blog ni ?
Hohoho..takdak masa langsung walau tetap kat ingatan
Seyesly bz sangat² ..bz kerja ngn bz bisnes 0n9 !

Hehehehe..sape yang follow aku kat facebook tau la apa yg aku bzkan tu kannn

Nanti ada masa yg tak tau bila aku update lagi
Apa² pon TQ very much sbb korang sudi singgah blog nih !

Eh jappp..nak tepek satu menda yg aku tgh jual skrg !
Ni salah satunya ..cantik kannn !
Harga pon sgt cantik..harga kawan²



Nak tau detail pm je kat FB deh.. OKBye !!


Wednesday, January 23, 2013

ZAFRY

Ahaaaaaaa...dah masuk 4 minggu kottt
Dah basi nak cerita
Tapi takpee..aku panaskan semula

Rasanya kawan² facebbok aku tahu kan
Zafry dah masuk tadika
Ni gambar dia masa pegi register dgn ukur baju

EHHH..GAMBAR MASA G REGISTER ILANG !hehehehehhe

Heheheheh..seyesly mmg tak sabar !
Dah besar anak sorang ini
Terbayang caner la peel dia nanti kan bila hidup dah start kena study


Ni gambar hari pertama
Semangat..sekali kejut dah bangun
Hensem kannn..tengok la baba dia pulak...hehheehe


Ni plak...tengok tengok tengokkkkk
Pegi punye hensem
Balik jadik apa ??
Huhuhu..nasib baik la sekolah dia bukan jenis ada padang bagai
Kalau tak lagi haru ni
Hahaha...takpe takpe ..dia dalam proses pembesaran kan !

Ok itu je nak cerita pasal dia dgn sekolah dia
Tapi ada menda aku nak cerita lagi
Tengok gambar ni...

Kecik je pon kesan cubitan tu
Tapi cuba korang cubit telinga korang sendiri smpai berbekas mcm tu
Rasa tak nak lempang muka sendiri lepas tu?
Sakit tu der ? Tak tau la kalau org dah biasa kena bantai kan

Ni pon Zafry tak mengadu
Aku terperasan bila dia baring kat riba
Baru 2 3 hari kat sekolah kottt
Bila dia cakap teacher yang buat..dada berombak tahan nak marah
Tak sabar tunggu keesokkan harinya nak telepon
And last bila dah call dah tanya itu ini dah komplen itu ini
Teacher mintak maaf , pastu janji takkan berulang lagi
Huhuhuhu..kalau ulang lagi...tau la nasib kannnn !

Cuma satu je la pasal Zafry ni, time org bercerita anak menangis nak pegi sekolah, anak manja itu ini aku mmg teringat kat dia. Seolah² pandai berdikari. Tgk laaaa..teacher buat mcm tu takde nak mengadu pon. Peha lebam kiri kanan kena cubit dgn org² berkenaan pon dia diam. Seolah memahami yg mama keluar kerja, mama bukan sengaja nak bagi dia sakit so menda yang boleh dia tahan..dia akan bertahan. Skrg ni nak pegi sekolah pon...kakak dia cakap senang sgt kejutkan dia. Dia tak banyak hal ! Rasa bersalah bila hari² kena keluar kerja tinggalkan anak². Membesar tanpa aku di sisi. Aku dah rasa sedih dulu bila mami selalu takde tapi ...takde pilihan lain. Kena keluar. Kena kerja demi mencari rezeki kan.

Moga anak² paham semua tu. Moga mereka semua akan membesar dgn baik. Moga mereka akan jadi orang yang berguna pada semua org di sekeliling ! Moga mereka tahu..mama cintakan derang semua seluruh hidup mama ini !


Tuesday, January 22, 2013

REMOVE

Kejap !
Korang tau kan kat opis aku dah kena block internet² yg tak berkaitan ni
Youtube laaa, facebook laaaa..tau kannn ?
Sure la tak tau..bukangg duk satu opis ngn aku pom kannnn..hahahaha

Elehhh..takde hal laaa..block laaaa
Aku ada tab 10.1, ada tab 7, ada note, ada iphone
Hahahahah..gila gadjet kannnn !
Laki aku dah berbuih mulut mcm org kena sawan melarang beli gadjet nih
Tapi biasa laaa...kalau tak degil bukan Shilla namanya !

Ok..berbalik pada tujuan utama aku tulis entry ni
Korang still boleh dengar ehh lagu² jiwang terbaring kat sini ??
Aku dah tentula tak boleh dgr lagi
Mcm dah bisu ajeee sejak semua di block nih !
So rasanya lepas ni korang akan berkongsi bisu dgn aku
Nak remove lagu tu..tak payah ada lagu lagi senang
Lagipon sure boring kan asik berulang je lagu tu
Aku nak buat yg baru pon tak boleh
Kalau korang still nak lagu aku ada cara lain
Time nak jengah wall aku bukak radio
So kan ada lagu kannn kann kaannnnn...hehehhehee

Ok itu aje kali nih
Bye !

Monday, January 21, 2013

Sarah Irdina ♥

Salam,
Huhuhuhu..sihat keww ?
Aku dah nak masuk 3 minggu On Off demam dan batuk
Rasa mcm nak amek cuti tanpa gaji (kalau boleh bergaji la kann) sebulan duk kat umah
Nak golek² malas, nak bangun lambat
Nak duk umah laaa..duk ngn cenonet² kat umah tuuuu

Dah cakap kat kwn tadi
Dia reply "Boleh..nanti resign terus"
Haiyooooo..nggak sporting dongggg !

Duk umah 2hari seminggu, Sabtu Ahad macam tak cukup
Kejap je berlalu..gila pantas
Tahu² dah malam Ahad

Aku tambah seronok skrg sbb layan Sarah yg dah bercakap tanpa pelat lagik
Kadang² saje je cari gaduh ngn dia
Kadang² saje buat dia sakit hati
Nak tengok apa reaksi spontan dia..heheheh

Ni ...gambar terbaru
Banyak gila pot pet pot pet dia
Saling tak tumpah mcm baba mama dia
Skrg ni asik nyanyi lagu Jang oh Jang
Aku pening dengar
Pastu kalau tak suka apa yg org buat dia akan jeling setajam²nya
Bajet kitaorg takut la tu kannn...hahhahaa

Satu je peel dia yang betol² menaikkan darah
Dia kalau nak..maksudnya nak masa tu jugak
Contoh nak susu..kadang air panas takde, suruh dia tggu kejap
Takde nyaaaa...dia boleh nanges mcm kena pukul
Then kalau nak mandikan dia..kalau dia kata dia nak mandi ngn kak Yun
Jangan harap Qistina boleh sentuh mandikan dia
Semua ikut taste sendiri nehhh..
Huhuhuhu..ini seyes tak tau ikut sape

Tengok gambar dia masa lahir dulu


Alhamdullillah skrg dia dah sihat

Tapi...hahhh !yg ni mmg aku mengsirap
Umur dah masuk 4tahun
Still nak pakai pampers
Bila cakap tayah pakai dia jawab "Nanti geliiii laaa !"
Ater..ntah menda yang geli
Cuma nak buang air besar je dia akan bukak pampers pegi toilet

Dulu bkn tak pernah try ajar dia
Setiap 10minit aku tnya nak kencing ke tak
Dekat 10kali tanya dia kata dia taknak kencing
Kali ke11 belom sempat tanya dah tabur atas tilam
Sarah ! Sarah !
Tunggulah dapat cuti sebulan tanpa gaji tu mama ajar yer !
Boleh simpan duit..simpan kat Sogo...hehehehhe

Oklah bye ! Sekian lalutan kali nih !


Thursday, January 17, 2013

Apa Ada Pada Nama ??

Semalam aku ada tulis status ini kat wall aku :

Ingat letak nama anak Qistina Batrisya tu dah cukup glemer takkan kena ejek, rupa²nya baru nak duduk dia dah merengek " Mama pegi la sekolah. Bdk tu suka ejek nama adik jadi Christiano Ronaldo"

Miahahaha..malas layan la dik. Setakat ejek bukan luak pon. Pastu dia sambung 'Nama baba jadi Tom & Jerry"..hahahaha..sedap nama laki aku Jefry ko pegi tukar Tom & Jerry ye budak !

Bagi aku itu bukan satu isu yag serious sampai buat aku tak lalu makan ke, tak lalu nak buat kerja ke..ok je sbb aku penah kecik. Penah jugak lalui menda² macam tu. Kenakalan anak² selagi tak memudaratkan boleh aje tolak ansur ! Proses pembesaran budak² kannn. Maybe nmpak tak elok di setengah orang..tapi takkan nak aku pegi sekolah sound budak tu ? Dah nampak aku plak budak²nya ! Unless la cikgu² kat sekolah buat satu peraturan baru "DI LARANG MENGEJEK NAMA KAWAN² DGN NAMA YANG BUKAN²...SIAPA YG MELAKUKAN AKAN DI DENDA KETOK KETAMPI NAMBLAS RIBU KALI !"..maybe mujarab !!..hahahahaha

Pastu kannn...esok 18hb kat sekolah parents kena datang collect duit RM100 yang government bagi tu. Huhuhu..ini je la satu²nya bantuan yang aku layak. Yang lain layak tengok aje..hohohoho ! Pastu aku tiba² teringat kat kawan Qistina ni. Kalau dia tengok mama Qistina ni..korang rasa esok² dia ejek apa kat Qistina ? Cer tgk gambar Ninja ni :


Tuuu..tgkk tanda hitam kat dahi tuuu ? Rasa derang akan panggil apa ? Kalau berbelas tahun yang dulu kat sekolah memang kawan² sekolah panggil "Nanded". Makan hati ?? Dulu masa kecik ye makan hati tapi bila dah meningkat dewasa bertukar menjadi bangga sebab tanda seolah² sgt istemewa. Pegi mana² ramai yang masih mengingati. Sbb tanda ni aku selalu jadi perhatian. Dan maybe sebab tanda ni mulanya dia jatuh cinta dan melamar aku jadi isterinya..kannnn ? jap yg ni aku kena kompom ngn dia dulu then aku bagitau ehh..hahahahahahha!

Tapi aku dah buat keputusan..demi ketenangan hati Qistina yang masih kecik dan tanak dia jadi bahan tertawa..biarla baba dia aje yang pegi amekkan ! Aku pon malas la nak cuti takat nak amek duit RM100 tu ..tak pon kalau baba pon malas, mintak tolong kakak ipar aje ! Semalam dah ckp dah. dia jawab "Boleh..pastu aku lesapkan terus 100 tu"..cehhhhhh !

Okbye..panjang plak lalutan kali nih !!

Tuesday, January 15, 2013

Insyaallah Satu Hari Nanti

Sungguh...
Aku serabut lately ni tapi tak tau apa yang di serabutkan
Otak asik ingatkan mami,ingatkan anak², ingatkan suami
Terbayang apa akan jadi pada mereka yang menyayangi
Kalau suatu hari nanti aku pergi tak kembali

Moga di buka hati untuk benar² berubah
Berubah atas nama perubahan yang sebenar-benarnya

Menunggu saat dan ketika yang entah bila akan tiba
Rasanya aku sendiri yang perlu mengorak langkah terlebih dahulu



Hati
Kuatlah untuk melakukannya
Kuatlah untuk memulakannya
Kerana hidup bukan hanya nafsu semata²
Dan hidup bukan menongkat langit untuk selama²nya

Insyaallah !

Monday, January 14, 2013

Cerita Tentang Aku Lagi (",)

Hohohoho... hahh ! Dah macam Santa Claus ! Bukan reti nak bagi salam kannnn ! Heheheh..ulang semula ! Assallammuallaikum !! Lamanya tak berUpdate ! Seyesly takde mood nak berblog ! Lagi sejak ceburkan diri dalam bisnes kecik²lan kat on9 ni kan. Pantang ada masa mesti sibuk ke hulu ke hilir mencari stok ! Korang bayangkan ehhhh...tempat amek stok tu jauh bak Utara ke Selatan, so mana tak penatnya ! Seronok memang seronok ! Dapat ramai kawan ! Rezeki pon mencurah masuk tapi itulah...setelah hampir 2 bulan akhirnya terus demam !! Demam tak boleh bangun. Demam sampai nanges ! Demam tengok muka laki lagi nak mengada...hehehehehehhe

Aku pon dah tak reti nak menulis menda kat sini. Hahhaha... Fuh fuh fuhhhhh..tiup sawang dulu ! Eh japp..henpon berbunyik !!

Perghhh.."Saya call dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia"..terus aku potong cakap dia "I tgh ada discussion dengan boss !"...miahahahahaha ! Org nak update blog , masa tu la dia nak menyibuk plak !

Sambung... Hari ni dah 14 haribulan. Maknanya dah 14 hari dalam 2013 kita tempuh. Tahun ni Zafry dah start Tadika kat Smart Reader. Aku bayangkan dia akan menangis kat sekolah. Meraung² nak ikut balik ! Aku bayangkan teacher akan hantuk pale kat dinding nak layan karenah dia. Tapi...hahahah , ternyata meleset !! Zafry sgt cool ! Sikit pon tak nanges. Muka dia agak cuak sikit je bila time dia tengok ada kawan yang meraung² pegang kaki mak ayah derang ! Hahahaha..pegang kuat tak nak lepas ! Dah lepas mak ayah pon jalan terdengkot² !! Sakit punya pasal ! Lepas tu masa aku cakap nak balik tu, dia siap lambai lagikkk ...wahahahahah ! anak mama yg hensem dan bijak ni mmg bestkan !

Then aku try pujuk Sarah masuk tadika tu jugak..dia jawab "Takpayah..kakak kecik lagi !"..kannnn ! kecik lagi katanya ! Time aku nak suap makanan dia boleh plak cakap "Takpayah ..kakak dah becar, kakak cuap cendili !"...Kakak katanya ! Nak adikkah ???

Qistina plak dah masuk darjah 5. Dah anak dara dah ! Yang paling bagus..tahun ni pakai baju sekolah boleh 2 hari baru tukar baru. Kalau tak sebelum² ni, pegi sekolah putih bersih balik macam orang keje kebun pisang ! Berpasir hitam baju ! Kasut jgn cakap...sampai dah takde daya nak tolong basuh ngn tangan..aku masukkan je dalam washing machine. Siap bunyi "gedgung gedegang gedegunggg" kasut berlaga² ! Hahahah..masa buat tu make sure baba kerja..kalau tak kena bebel ! So tahun ni dah nampak okey !Dah pandai bersih ! Suka melawa la katakan ! Nak pegi kedai pon bukan main ikat rambut semua !

Kak Yun plak, semetara tggu SPM ni sebulan je kerjanya ! Alasan takde transport ! Malas nak kacau acik dia asik suruh acik dia hantar ngn jemput dia balik kerja ! Kannn..masa kerja tu, dia bangun pukul 5.30am mcm tu sbb nak tumpang aku pegi umah uwan dia. Masuk kerja pukul 8 balik pukul 5pm. Balik aje tidor macam orang kena tembak !! haaaaaaa..baru dia tau penatnya nak cari rezeki kannnnn ! Now dah duk rumah, besarkan badan. Dia jadik tukang masak, tukang kemas rumah semua. Takpelahhh...kurang²nya ada org nak buat semua kerja tu kannn !

Pastu kannn...hehehehehe ! Bukan nak menunjuk tapi ini untuk kenangan aku nanti ! Tengok gambar kat bawah . Adeiiii..publish guna Note, tak boleh nak tukar kedudukan dah ! Rantai ni aku belikan untuk diri aku sendiri. Guna duit buat bisnes ! Kurang²nya ada hasil dari penat lelah selama ini kannn ! Kecik je kannnn tapi rege dia ..huhuhuhu, boleh cekik cekik cekik leher ! Tapi takpelah..dari duit habis macam tu aje..ada la menda yang kita nampak hasil dari penat lelah selama ini ..ye dop ?

Oklahh ! Bye ! Jumpe lagi tak tahu bila tahunnya !

Tuesday, December 11, 2012

Iklan Tidak Berbayar !

 ** klik untuk tujuan PEMBESARAN okey **
Ok ..dah lama tak hapdet blog, sekali hapdet terus ajek korang shopping yer ! Hahaha..aku busy skrg, mmg tak sempat dah nak menulis. Idea ada byk dah ni..nanti ada masa kita story-mory lagi eh !

Ni nak bgtau ..brg² kat atas tu salah satu punca nape aku agak busy skrg ni ! Alhamdullillah rezeki tak putus ! Ni meh nak cerita detail :

Smart Tab - Ni kamera depan blkg . Waranti setahun. Adroid 4.0 . Skrin smooth mcm tab mahal².

Perfume EL7 - Ni seyes wangi ! Murah aje . Aku dah jual berbotol² dan ramai yg repeat order . Sgt² wangi tauu..RM43 je, tak rugi korang cuba !

Yoobao Power Bank 11200mAh -  Ni kita dah try charge henpon Samsung note kita..boleh 4 kali charge .

Yoobao Power Bank 13000mAh - Ni lagi best ! Body lebih solid !

So boleh booking dulu yer ! Nanti dapat gaji next week boleh buat payment terus okey ! ..ngehngehngeh..minggu dpn gomen bonus kan :p


Thursday, November 29, 2012

CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU

Pagi tu seperti biasa jam loceng berbunyi. Segera dia bangkit dari tidor. Risau lambat sebab lelaki itu sudah berpesan ada mesyuarat penting nak kena hadir pagi tu.

"Abang ! Abang..bangun. Dah pukul 5 ni !" di goncang badan suami berkali kali. Lelaki itu menggeliat kemalasan sambil terus tarik selimut menutupi tubuh.

"Bangunlah ! nanti lambat pegi kerja abang jugak yang bising !" ditarik terus selimut sambil capai tuala mandi dan di hulur pada suami.

"Abang mandi dulu la ye..sayang nak gosok baju kejap!" lelaki itu tak menjawab cuma mengangguk tanda akur dengan arahan itu. Sambil melangkah malas menuju ke bilik air sempat di hadiahkan satu ciuman ke pipi isteri kesayangan. Senyum bahagia dia dengan kasih sayang itu.Terasa sungguh bertuah bila dia berjaya menjadi suri dalam hidup lelaki yang baginya sudah cukup untuk melengkapi hidup dia selama ini.

"Ehh berangan je kerja..lambat pulak nanti!" sepantas kilat dia mencapai baju yang ingin di gosok . Di letakkan di penjuru katil sebelum mula mengemas tempat tidur. Tiba-tiba mata terpaku pada beg sandang si suami yang terbuka sikit. Entah kenapa hati meronta ingin melihat isi kandungan. Di jenguk ke arah bilik air .."lambat lagi dia keluar dari bilik mandi kot!".

Perlahan-lahan di buka dan jantung bagai terhenti bila di lihat ada handphone yang dia pasti bukan kepunyaan suami. "Ehh..siapa punya ?" sambil tangan terus menekan ON pada telefon itu. Tak sampai berapa saat di buka terus berbunyi tanda ada sms masuk. "B..u dah tidor ke, nape tak balas sms i ni?". Mata di gosok-gosok bagai tak percaya apa yang di baca. Cuba di buka isi kandungan sms lain dan hampir semuanya kata cinta yang dia yakin kepunyaan sang suami.

Sungguh..tika itu hati dia hancur sehancurnya. Punah segala harapan. Bagai terputus nyawa bila lelaki yang di sayangi sanggup melukakan hati sampai begitu sekali. Pintu bilik air terdengar di buka. Dengan pantas dia terus simpan kembali handphone. Buat-buat tiada apa yang berlaku. Baju tadi tak jadi di gosok. Di capai tuala mandi dan terus melangkah ke bilik air. Tapi mata sempat menjenguk ke bilik sebelah. Ibu sedang lena bersama anaknya. Selesai mandi, dia cuba untuk berlagak biasa. Bersiap menyarung baju kerja walau dalam hati sakit tak terhingga ! Dia juga perasan yang suami dari tadi tak berhenti mencuri pandang. Mungkin dia tahu yang rahsianya telah di ketahui.

"Aku tak kan tanya kalau bukan kau sendiri yang mulakan !"

Sebelum melangkah keluar dari rumah, dia masuk ke bilik tidor ibunya. Di capai tangan untuk bersalam. Tiba tiba ibu bersuara "Sabarlah Ina. Dari tadi ibu tak tidor. Ibu tahu dan nampak apa yang Ina nampak tadi. Ingat satu..hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki ! Tak akan gagal !". Sebaik ibu habis bersuara air mata tak mampu lagi di bendung. Di peluk ibu sambil berkata "Ibu tak payah risau. Ina tau untuk hadapi semua dugaan ini. Memang Ina sayangkan abang tapi kalau ini takdirnya!". Dia cuba mengelap air mata dari terus mengalir. Dia tahu dia kuat untuk di uji sebegini. Dia yakin andai Tuhan kata itu jodoh dia, insyaallah suaminya tetap milik dia hingga akhir nanti . Dia sudah bertekad tidak akan di tanya siapa perempuan itu pada suaminya.

"Ina pergi kerja dulu Ibu..jaga Zharif baik baik ye!" di kucup pipi ibu bertalu-talu. Berat sungguh hati ingin melangkah tapi apakan daya dia masih punya tanggungjawab yang harus di selesaikan. Sebaik saja di toleh ke belakang,terperanjat dia bila di lihat lelaki itu ada berdiri tercegat di tepi pintu.Di sangka lelaki itu sudah menunggu dia di dalam kereta. Lelaki itu terus merenungnya dengan wajah yang sungguh sedih. Ada air jernih bertakung di kelopak mata lelaki itu.

"Ina !!" lelaki itu cuba memeluknya. "Abang jangan risau, Ina tak akan mengamuk. Tak akan buat macam yang Ina selalu cakap kononnya kalau abang ada yang lain Ina nak musnahkan hidup abang! Abang boleh pilih mana yang lebih membahagiakan hidup abang. Betul Ina cintakan abang sepenuh hati tapi itu bukan tiket untuk Ina paksa abang teruskan hidup dengan Ina" bagai ada batu di kerongkong ! Sukarnya untuk menghabiskan kata kata itu.

"Maafkan abang Ina..abang janji. Bagi peluang kat abang. Abang akan buktikan kasih sayang abang untuk Ina seorang" lelaki itu merayu. Merayu sesungguh hati. Memang dia tahu dia bersalah melukakan hati seorang isteri. Dia tak sengaja. Dia terlalai dengan godaan nafsu. Dia terlupa pada janji dia sebaik akad di lafazkan dulu. Dia harus berusaha untuk meyakinkan isteri betapa dia sendiri tak ingin cinta itu musnah begitu sahaja. Bagi dia cinta semestinya memiliki. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali cinta dari isterinya itu.

Dia melangkah kaki masuk dalam kereta. Masing-masing mendiamkan diri. Tapi dia sedar lelaki itu kadangkala mencuri pandang wajahnya.

"Ya allah..kuatkan hati aku !" doanya dalam hati. Dia tak akan sesekali cuba untuk mengeruhkan keadaan kerana dia tahu andai tersilap langkah mungkin hubungan ini semakin kusut. Dia tidak mahu membiarkan ada ruang untuk orang lain mengambil kesempatan atas perkara yang sedang terjadi ini.

Tiba-tiba tangannya di genggam perlahan. Tidak mahu melawan di biarkan lelaki itu terus menggenggam.

"Abang nak ke mana ni ?" di tanya pada si suami bila kereta mula membelok pada jalan lain. Jam sudah menunjukkan pukul 8am, pasti lambat lagi hari ini . Malas pulak dia nak beralasan dengan majikan nanti.

"Kita perlu berbincang. Abang tahu sayang sedih ! Abang tak boleh buat kerja kalau biarkan sayang macam ni!" ujar lelaki itu.

"Tak perlu. Sayang tak mintak apa² tapi abang boleh pikir sendiri! Hantar sayang tempat kerja sekarang!" bantahnya.

"Tak . Kita cuti aje hari ni. Biar abang perjelaskan segalanya !" Kereta terus menuju ke arah tasik. Sebaik sahaja enjin di matikan suasana mula sunyi. Masing-masing diam tidak bersuara. Lemas dengan keadaan itu dia mula bersuara.

"Apa yang nak di jelaskan ? Sms itu cukup membuktikan. Abang dah sia-siakan segala janji abang. Abang balas macam ni lepas sayang korbankan segalanya termasuk melahirkan anak² abang? Abang dah lupa macam mana kita sama-sama tak makan nak cari duit untuk anak² ?" bertalu soalan di ajukan. Ada getaran di hujung suara itu. Biarlah dia luahkan segalanya. Dia percaya pada takdir. Kalau DIA sudah menetapkan lelaki itu juga jodoh untuk wanita lain, apa daya dia untuk menghalang.

"Abang tahu abang silap ! Abang tak maksudkan nak tinggalkan sayang ! Abang sayang kan sayang tapi entah kenapa semua ni jadi. Dia tak silap..dia tak tau abang dah berkahwin !"

"Apa ?? Dia tak tau ? Dia tak tau atau abang menafikan yang sayang ada dalam hidup abang? Apa abang buat ni ? " . Air mata mula deras mengalir di pipi. Ya Allah..pedihnya hati bagai di siat-siat. Sedang dia membawa nama lelaki itu kemana saja dia pergi, mengingati dia di setiap hela nafasnya sendiri..ini balasan yang harus di terima ? Dugaan apakah ini ?

"Maafkan abang sayang ! Maafkan abang ! Kita selesaikan semua ni dengan baik ye!" rayu lelaki itu.

"Abang jujur dengan sayang. Abang cintakan dia ?" sekadar menguji. Dia cukup mengharapkan yang lelaki itu akan menafikan. Akan di beri peluang kali ke dua untuk lelaki itu membetulkan kesilapan.

Tiada jawapan. Di ulang tanya dan nafas bagai terhenti bila lelaki itu menganggukkan kepala sambil mengakui cintakan wanita itu.

"Abang, sayang tak tau nak cakap apa. Jom kita balik. Keputusan kat tangan abang. Tapi andai abang memilih dia , izinkan sayang terus menyintai abang. Bagi masa sayang melupakan abang. Biar dalam senyap ..sayang sanggup jadi perempuan simpanan abang !"tuturnya perlahan. Dia tidak tahu dari mana kekuatan itu datang untuk berkata begitu. Tapi ya..itu datang dari hati dia yang suci mencintai lelaki itu. Mana mungkin dia dapat melupakan sedangkan lelaki itu cukup melengkapi kehidupan dia. Memberi kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk dia hingga terasa dunia ini hanya ada cinta dia berdua sahaja.

"Sayang cakap apa ni ? Kenapa sampai macam tu sekali ?" pipinya di pegang. Terkejut bila isterinya sanggup melukakan hati sendiri hingga ke tahap itu.

"Maafkan sayang. Sayang tak rasa perempuan itu sanggup berkongsi ! Biar sayang yang mengalah. Abang jangan mainkan hati dia. Abang ingat..kita ada Ayu. Bagaimana nanti bila dia besar ada lelaki yang mempermainkan hati dia macam apa yang abang lakukan sekarang? Abang sanggup tengok Ayu menderita nanti ? Hidup ini umpama roda abang ! Satu masa nanti kita akan ke bawah ! Tak selama mana kita boleh berada di atas! Sudahlah, hantar sayang balik !" sambil berlalu menuju dalam kereta. Air mata yang mengalir di kesat. Tidak mahu lagi memikirkan. Biar masa menentukan . Dia tidak akan sesekali memaksa lelaki itu membuat keputusan..tidak akan! Di toleh kebelakang. Lelaki itu masih tidak berganjak ! Masih berdiri di situ sambil tangan meraup muka.

"Sayang cintakan abang ! Cinta abang sangat-sangat" bisiknya perlahan dan dia pasti lelaki itu tidak mendengar bisikannya kali ini.

Telefon tangannya berbunyi. Di lihat skrin. Nombor tidak di kenali. Terasa malas untuk melayan. Di biarkan terus berdering begitu sahaja. Entah..terasa tak berdaya untuk melakukan apa sahaja. Terngiang-ngiang kejadian semalam. Pengakuan lelaki itu yang menyintai wanita lain cukup meragut segala kebahagiaan yang ada. Bagi dia..lelaki itu boleh melakukan apa sahaja, akan ada maaf yang di hulurkan tapi bila melibatkan sebuah kecurangan terasa bagai maruah di pijak-pijak ! Lamunannya tiba-tiba terhenti. Telefon berbunyi lagi dan masih nombor yang sama.

"Ishhh..sapa sajalah nih!" sambil mengambil telefon untuk di jawab.

"Assalammuallaikum Kak ! Maafkan saya kalau ganggu. Boleh saya jumpa akak ?" merdu suara wanita di hujung sana.

"Jumpa ? Siapa ni ?" sungguh dia langsung tidak kenal empunya suara itu.

"Ini Zea kak ! Abang dah cerita kat saya yang akak dah tahu semua cerita ! Akak jangan marah ! Saya berani bersumpah saya memang tak tahu abang dah kahwin. Kalau saya tau saya takkan kacau kak. Saya tau perit dia sebab kakak saya jugak bermadu. Maafkan saya kak!"

"Owhhh..dia cerita pada kamu ? Kamu tak tau dia dah kahwin ? Jumpa untuk apa ? Ada akak bagitau akak marahkan kamu ? Takpe dik ! Akak tak letakkan kesalahan kat bahu kamu ! Akak tak kenal kamu ! "

Sungguh hiba hatinya bila memikirkan yang lelaki itu masih menghubungi wanita itu untuk mengadu kesedihan di hati.

"Akak..kita jumpa ye ! Jangan sebab saya akak dengan abang terpisah !' rayu wanita itu lagi.

"Sebab kamu ? Kalau kami berpisah pon bukan sebab siapa-siapa tapi takdir dah tulis setakat itu saja!" balasnya ! Cuba di tahan dari menagis. Dia tak ingin wanita itu tahu dia sedang bersedih kerana semua ini.

"Akak..tolong kak ! Sekali aje ! Kita jumpa ye !"

"Entahla dik ! Tengok la malam karang. Balik kerja karang memang akak jemput abang. Tunggulah kalau akak ada depan opis dia nanti yer. Asallammuallaikum!" terus di matikan talian.

Tak tertahan menanggung sedih di hati. Mujur semua rakan sekerja dah keluar rehat. Kalau tidak tak tahu bagaimana ingin di sembunyikan kesedihan ini. Seboleh mungkin ingin di jaga maruah lelaki itu dari tercemar. Selama ini di agungkan lelaki itu sungguh-sungguh ! Lelaki itu penyayang, lelaki itu penyabar dan segala yang baik-baik tentang lelaki itu di cerita kan ! Dan mana nak di letakkan muka andai semua sudah tahu siapa lelaki itu sebenarnya ?

Tepat 9 malam dia sampai di depan pejabat lelaki itu. Dari jauh sudah kelihatan lelaki itu menyandar penuh sabar menanti . Darah tiba-tiba terasa menyerbu ke kepala. Ada wanita di sebelahnya ! Mungkinkah ? Kereta di berhentikan betul-betul di sebelah lelaki itu. Segera dia ingin mengalihkan kedudukan ke sebelah penumpang tapi belum sempat apa-apa lelaki itu sudah dekat menghampirinya.

"Sayang, keluar kejap. Zea nak jumpa !" lembut lelaki itu bersuara. Renungan matanya seolah mengharapkan dia bersetuju. Tadi tengahari dia ingat lagi, dia tidak bercerita langsung tentang panggilan dari wanita itu kepada lelaki itu. Malas bercerita. Dan malam ini bila melihat kedua-dua manusia itu dia tahu, mereka saling berhubung lagi. Berat kaki ingin keluar dari kereta. Dia risau akan ada air mata yang mengalir. Teringat lagi kata-kata ibu semalam . "Ingat satu..hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki ! Tak akan gagal !"

"Sayang !" seolah ada arahan untuk dia keluar dari kereta. Tak mahu tunjukkan keras kepala , perlahan dia keluar dari kereta menghampiri wanita tersebut.

"Akak..saya Zea !" dia memperkenalkan diri. Cantik orangnya, manis bertudung . Tapi di lihat senyuman di wajah wanita itu seolah sedang mengejek kegagalan dia menjaga sebuah kesetiaan. Mahu aje dia berpatah semula masuk ke dalam kereta tapi di tahankan demi maruah dia seorang isteri. Tangan di hulur. Seketika suasana sunyi. Lelaki itu juga sudah berdiri di antara mereka berdua.

"Akak..sungguh-sungguh saya mohon kemaafaan akak. Saya tak tau abang dah berkahwin ! Kalau saya tau takkan semua ini jadi ! Akak maafkan abang yer !"

Maaf ! Maaf ! Maaf ! itu saja yang mereka tahu ! Seolah kata maaf cukup membalut luka hati ini. Cukup membuatkan semuanya pulih seperti sediakala ! Andai hati ini dapat di lihat oleh mereka dia yakin mereka juga turut bersedih melihat luka itu ! Dia terus membisu tidak menjawab ! Biarlah wanita itu ingin bersuara. Biar dia jelaskan. Dia tak akan lakukan apa-apa lagi ! Hati dia sudah remuk dari saat dia terbaca sms itu lagi.

"Abang, lepas ni jaga akak yer ! Macam kita bincang tadi..walau abang kata abang sayangkan Zea, abang cintakan Zea..Zea tak nak jadi perampas ! Ni baju abang yang Zea basuhkan dulu ! Maafkan Zea"

Ya Allah ! Makin berdarah hati ini ! Lakonan apa sedang mereka buat ini. Perlu apa wanita itu berkata begitu di depan dia ? Di paling muka lihat wajah lelaki itu yang tertunduk memandang ke bawah ! Dan hati ini bertambah sakit bila melihat wanita itu lembut mencapai tangan lelaki itu untuk mengambil baju yang di hulur !

"Akak tak tau nak cakap apa ! Akak mintak diri dulu yer !" Tak ada jawapan dari wanita itu. Bergegas dia menuju ke kereta. Baru ingin masuk lelaki itu terlebih dahulu mendahului.

"Biar abang drive !" Enjin di hidupkan . Terus dia berlalu tapi dia tahu..lelaki itu menoleh lagi memandang ke belakang ! Hati tak mampu lagi bersabar ! Dia menangis teresak-esak ketika itu juga.

"Sayang ! Jangan macam ni !". Kereta di berhentikan di tepi jalan.

"Abang jangan sentuh sayang !! Sayang geli sayang jijik dengan abang ! Sampai mana hubungan abang hinggakan baju abang pon dia basuh? Sayang ni apa kat rumah tu ? Abang gila ! Abang memang gila ! Abang ceraikan sayang ! Sayang tak ingin tengok muka abang !" meronta menangis dia luahkan ! Biarlah kali ini di lepaskan semua rasa. Terdiam lelaki itu tapi masih tidak melepaskan tangan dia. Ada air mata yang juga menitis dari kelopak matanya!

"Sayang ! Bagi peluang kat abang sekali lagi ! Sekali lagi ! Abang janji abang akan jaga sayang ! Tolong abang sayang !" bersungguh lelaki itu merayu.

"Sayang tak nak ! Sayang benci abang ! Lepaskan sayang kalau abang tak nak tengok anak-anak kita hilang mak dia !" jeritnya.

Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Peritnya masih ada. Sukar untuk melupakan. Setiap masa setiap saat dia terbayang. Hanya zahir yang seolah menunjukkan yang dia sudah redha dengan sikap lelaki itu tapi dia berani bersumpah Dengan Nama ALLAH yang dia tak kan lupakan apa yang telah terjadi.

"Abang !" keluhnya sendiri. Sunyi rumah hari ni. Anak-anak dah ikut ibu pulang ke kampung. Biasanya dia memang tak mengizinkan tapi ibu yang bersungguh meminta. Demi tak ingin menghampakan..di izinkan jua walau berat hati. Lelaki itu pula seawal pagi sudah keluar bekerja. Perlahan-lahan dia menghampiri almari baju. Tiba-tiba dia teringat yang telefon tangan lelaki itu ada di simpan di situ. Telefon yang di gunakan untuk menghubungi wanita itu. Di buka almari. Di alihkan baju dan telefon itu memang masih di situ. Owhhh ..semakin berdarah hati ini.

"Kenapa aku yang Kau pilih Ya Allah ?" ada air mata yang mula menitis. Di ambil telefon itu dan sengaja di hidupkan semula. Dia yang mematikan telefon masa mula-mula membaca sms itu tempohari. Tak sampai beberapa saat ada sms yang masuk. "huhh..ada lagi !"

"Abang..Zea rindu abang. Tak ada siapa lagi kejutkan Zea bangun pagi. Tak ada siapa lagi yang telefon Zea tanya dah makan ke belum. Tiada siapa lagi yang sudi manjakan Zea" Menyirap darah ! Sms itu di baca berulangkali. Di lihat tarikh sms di hantar. Sehari selepas segalanya terbongkar.

Ikutkan hati ingin sahaja di pecahkan telefon itu ketika itu juga tapi akal warasnya masih menghalang ! Dia sendiri tidak tau dari mana kekuatan itu datang. Dia tak tau bagaimana dia mampu bertahan dengan sebuah kecurangan. Malu atas apa yang telah terjadi. Malu kerana gagal menjaga sebuah kesetiaan. Terasa seolah diri tidak berguna bila di permainkan sebegitu rupa ! Sedang melayan kesedihan,terdengar pintu depan di buka. Lelaki itu sudah balik. Terus dia pura-pura tidor. Tak ingin di tunjuk wajah sedihnya lagi pada lelaki itu. Selama seminggu ini dia cuba bersikap biasa. Menyerah semua pada keadaan. Lelaki itu juga tidak jemu memujuk. Bagi dia..biarlah segalanya mengikut arus masa. Pintu bilik di buka.

"Sayang" panggilnya lembut. Saja tidak menyahut. Biarkan lelaki itu fikir yang dia sedang tidor. Tak sampai 5 minit lelaki itu sudah duduk di sebelah. Badannya di tarik mengadap lelaki itu.

"Apa ni ? kenapa sayang simpan lagi telefon ni ? Kenapa tak buang lagi ? Sayang baca lagi sms dalam ni ke ?" bertalu lelaki itu mengaju soalan.

"Kenapa ? Kenapa tak boleh baca?"

"Kan abang cakap abang dah mintak maaf. Sampai bila sayang nak macam ni? Semua orang buat silap sayang..bagilah peluang abang berubah !"

"Memang semua orang buat silap tapi abang kena tahu tak semua perempuan boleh terima kesilapan macam ni ! Sampai sayang mati sayang ingat abang buat apa! Abang dah hancurkan segalanya!"

Banggg ! Berderai telefon di baling ke dinding. Di tenung muka lelaki itu. Jelas ada kemarahan di wajahnya.

"Sekarang sayang nak abang buat apa ? Sayang nak abang buktikan macam mana yang abang betul-betul nak berubah? Bagitau abang sekarang!" keras bahu di pegang.

Air mata mula menitis. Ini saat yang paling dia tak suka. Dia tak suka di herdik sebegitu. Dia tidak suka di marah sedangkan kesilapan bermula dari lelaki itu sendiri.

"Ceraikan sayang ! Sayang tak boleh lupakan semua tu selagi abang tetap ada kat sisi !" Owhhh..dia tak tahu kenapa dia tergamak berkata begitu. Dia yakin dia tak inginkan pada perpisahan itu tetapi ...rasa kecewa sudah membuatkan dia benar-benar hilang arah. Terbayang bagaimana mesranya lelaki itu melayan perempuan lain. Betapa romantisnya lelaki itu memujuk wanita itu. Arghhh...dia yakin wanita itu juga merasa kasih sayang seperti yang dia rasa. Kasih sayang yang akhirnya membuat dia merasa sungguh-sungguh kecewa.

" Kalau betul jodoh kita tak ada lagi..abang redha ! Sekarang abang tak akan lepaskan sayang ! Biar abang keluar dari rumah ini untuk sementara. Kalau ini nanti boleh meredakan hati sayang..abang sanggup berjauhan. Nanti kalau sayang dah boleh terima semua kesilapan abang..sayang telefon abang. Abang nak sayang tahu, abang sentiasa ada untuk sayang ! Abang tak bermaksud melukakan hati sayang. Semua ini tanpa sedar !" menangis lelaki itu menjelaskan. Sedang dia ..luka semakin parah ! Perlahan di lihat lelaki itu menghampiri almari. Di keluarkan baju-baju untuk di masukkan ke dalam bag. Satu persatu di susun kemas.

"Ya Allah...apakah aku akan betul-betul kehilangan ?" 

-- BERSAMBUNG --

Tuesday, November 20, 2012

Untuk Adik Adam !

Salam korang :)
Hari tu aku ada post kat facebook
Maybe belum ada rezeki
Ni kawan kita nak letgo DSLR D3100 dengan harga CUMA RM1,500
Baru sekali di gunakan, condition masih elok
Dan HASIL JUALAN NAK DI SERAHKAN PADA ADIK ADAM yg mengidap Brain Canser


Kawan aku baru lawat adik ni Jumaat lepas
Dia baru selesai Radioterapi yang pertama
Ada 29 sessi lagi untuk dia lalui
Selesai sesi pertama, Adam dah boleh terima susu melalui tiub


Moga Adam akan cepat sembuh
Dan pada siapa² yg berminat nak kamera tu bgtau kita yer

Aku tak amek apa² keuntungan
Just forwardkan info ini
Mana tau ada yang ingin membantu

Cuma satu je yang buat aku terharu
Kawan aku tu..sanggup jual brg peribadi kerana nak menolong kwn sendiri
Moga Allah berikan kamu kebahagiaan yang tak bertepi dan rezeki yg melimpah ruah Noor !
Amin !!!

Monday, November 19, 2012

29 Hari Sudah !

19hb November ! Diam tak diam dah 29 hari Jeff dapat MC ! 29 hari jugak aku balik keje je dia ada, dia ada je aku balik keje ! 29 hari jugak dia tau caner peel dan kenakalan anak² yang tak terkawal ! Kalau aku mengadu dia selalu akan cakap "Biarla ..anak² kan nak membesar ! Tak baik sayang mengeluh macam tu !". Huhh ..bukan mengeluh tapi nak mengadu ! Karang kalau tak bagi mengadu aku bedal ngan rotan je derang nanti..hahahahah !

Last week aku hampir² naik angin ribut dan taufan bila dia duk mengeluh bosan, boring ! Dah sakit habis nak buat caner lagi ! Cakap le kat dia lepas ni dah kerja..kerja la balik 24jam ! Tak kaya siapppp !! Kehkehkeh...dapat bini suka melawan cakap, gitu lew jadinya !!

Ni pagi tadi dia ada appointment lagi dengan doktor ! Aku kat umah kadang usik dia panggil dia si kudung. Hehehehe..saje je nak sakat. Dia cakap doktor kata jari dah nampak okey. Dah boleh kerja ..tu pasal dia nak melompat tak ingat tu ! Pastu tanya la aku dah siap tak peta lakaran tempat dia eksiden hari tu. Tengok ..nak jugak aku buatkan padahal takat nak lukis bangunan ala² lukis orang lidi tu sendiri pon boleh buat ! Tapi takpe..becoz I love U deep deep, aku buat aje la kannn !!

Pastu dia cakap "Baba tak harap sangat pon dapat duit Socso ni ! Kalau ada, ada laaa !" , cepat² aku jawab dengan penuh berhemah " Ye laaaa..tak kisah la ada ke tak ada, tapi kalau ada duit tu semua syg punye ! Baba tak boleh pegang duit² tu !"..miahahahahahah ! Terdiam dia seribu bahasa ! Aku tak tau la dia diam seketika tu sebab nak ketok kepala aku ke apa , tapi kot ye pon borak kat henpon caner nak ketok kannn ? Lepas tu dia sambung " Banyakkkk cantekkkk syg !" ...Ye lahh ! Tak la banyak cantik tapi wajah ni jugak jadi kegilaan baba dulu kan ? Tak cantik pon tapi baba sendiri cakap kan tak boleh takde sayang nih kannnnn?? ..hewhewhewhew !!

Opssss...dah over bercerita pasal laki nih ! Kang dapat lagi inbox cakap rimas ngn entry aku ! Hahahaha...hohohoho...hikhikhik...bengong terlebih ! Ada aku PAKSA baca kewwww ??

Bye ! See u later later, after i got many many free time...zassssssssssssssssss !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket