Hurmmm..korang dengar tak Hot FM pagi tadi ?? Tajuk "suami di dera isteri!". Topik yang sangat menarik aku rasa. nak kata aku baik sangat tidakla kann tapi aku rasa wanita yang tergamak memukul suami dengan penyapu dengan kayu sume itu sebagai wanita yang memang tak patut di jadikan wanita !! jadi lah apa pon asalkan bukan seorang yang bergelar isteri!!
Tak perlu la nak banggakan diri sangat ehh!. Segah mana pon kedudukan dia, kerjaya dia tapi dia masih wajib hormatkan sang suami. Cuma kat sini sebenarnya suami juga memainkan peranan dalam rumahtanggakan. Kalau dari awal dah bagi muka, biar je isteri menengking memang laaa..berlemak la isteri tuuu!!
Dulu perkahwinan pertama aku dulu selalu gaduh !! Tapi takde la episod nak memukul plak. Aku sering di biarkan membahasakan dia "B*bi, Har**" & lain² lagi. Dia bukan biar tak bersuara tapi dia jugak panggil aku semula begitu! Hahahaha..kami² sama² panas baran !! Sama² ego & akhirnya ikatan terputus di tengah jalan !!
Dan yang sekarang ni..mula kawin dulu bila bergaduh baru je nak sebut Baa..dia tanya "Ba apa sayang?? Kalau baba tau hormat sayang sebagai isteri baba, tak penah guna kata kasar sayang jangan sesekali buat macam tu!"...Cepat je ku jawab "baba laaa..sape kata nak mencarut!" padahal dalam hati dah menyirap dah tu !huhuhuhu,10 tahun kawen itu jugak la tempoh ku tak penah mencarut Bab* kat suami !So kat sini sebenarnya terletak jugak kat suami tu kan. Betul didikan dia betul la si isteri!!
So kesimpulannya..aku memang tak tau nak level kat mana wanita yang tergamak memukul suami. Macam kat status aku tadi..kalau aku jadi lelaki yang punya isteri begitu dia pasti perlu mencari CINA BUTA untuk mendapatkan aku semula !! (beruntung wahai wanitaaaa..aku bkn lelaki~!hehhehehe)
Ehh..korang nak tau, entry ni di taip dari tengahri tadi tapi tak post² ! Asyik melayan status tentang kecurangan !! Aku sangat suka status ini..yang spontan keluar dari benak fikiran aku time kitaorg duk berbalas komen itu : :
pompuan yg jd kekasih gelap pada lelaki beristeri juga ku rumuskan sbg pompuan yg tak ada maruah diri ..bkn semata² krn tindakan dia tpi kerana hadirnya terpaksa sorok² !! kalau benar lelaki itu cintakan dia cabar lelaki tu pegi bgtau isteri dia. suh lelaki itu buktikan tanggungjawab dia juga kejantanan beliau..bukan setakat jantan buat anak aje !! ** komen pada status bwh!! di naikkan kat wall sbb wall duk tnye "WHATS ON YOUR MIND"
Lelaki memang takde istilah curangkannn..tapi dengan syarat dia ingin mengakhiri hubungan gelap itu dengan perkahwinan bukan setakat menyimpan sampai ke tua !! Jangan salahkan isteri pertama pulak andai perpisahan yang di minta kerana biasanya isteri tau tahap mana kemampuan seorang suami. Kalau getah spender pon dah longgar tak mampu nak ganti lain..APA GILA nak bagi izin kawen lain !! Ye Dop ??
3 comments:
tak mampu nak dera suami kak oii...hehehe kena 'dera' ada laa...;)
pjngnya entry. Penat den baca. Hihihi
tak baik mencarut...
hm...
( pandai nasihat org... aku pun same... hm.. )
Post a Comment