Monday, November 21, 2011

Tabah..kerana kita kuat~!

Salam ! Wahhh..serious lama ku tidak menulis. Tak tau nape sangat malas ! Tapi yang sangat pelik tu aku terlalu rajin kat FB ! Setiap jam tak pernah lupa nak update. Ada aje cerita yang nak di kongsi. Ada je menda nak sakat kawan² !!

Lately ni aku sendiri pon tak tau nape status kat FB tu bertukar banyak tentang isu rumahtangga. Sampai ada yang tanya "kenapa hebahkan masalah dengan hasben kat wall?"..huhuhuhu, meh la ku terangkan sekali lagi, segala kisah itu tiada kaitan dengan kehidupan aku sekarang. Sangat bahagia dengan apa yang aku lalui sekarang. Status itu banyak yang aku kongsi hasil dari pengalaman kawan² juga dari tulisan² orang lain.


Ada juga yang kawan yang inbox mintak pandangan. Biasanya aku amek kata² itu di letak untuk pengajaran. Ada juga yang bertujuan mintak pandangan since kawan sendiri yang suruh. DAN..satu yang paling aku nyampah, ada yang menyound "tak payah masuk campur!". Your head masuk campur !! Kau kalau dah tak boleh nak menolong baik DIAM !! Orang bukan tak sekolah tak tau beza mana satu nak menolong mana satu masuk campur !!

Terlalu "jaga tepi kain sendiri" tanpa sesekali menolong orang pon tak elok !! Bukan aku suh pegi pot pett pot pet kisah orang tapi takkan nak tunggu menda tu jadi teruk baru la nak rasa kesian !! Dah nasi jadik bubur baru laa "kesiaaannnnya dia!"..your head sekalikk lagik! Orang dah mintak tolong...hulurkan walaupon sikit !!

Pastu lagi satu..time orang bercerita mintak pendapat laju aje guna agama nak hentam orang. Cakap orang bukak pekung kat dada ! Ni nak bagi "your head" lagi ke ??..amek la..Your Headdd!! Tengok situasi, tengok cara dia bercerita, cara dia meluahkan..kalau ye nak menegur, tegur dengan cara yang elok bukan menegur dengan cara yang menambah sedih yang sedia ada ! Aduhhhh...come on laa !! Belajar sikit nak bersimpati..bukan semua orang bernasib baik macam kita ! Tayah nak mendabik dada sangat laaaaaa...huh!

Ehhh...lama tak update, sekali update dah membebel kan ?? hehehehe..okey !okeyy! fulstop !!

Pada kawan² yang sedang di uji itu..tabahla ye ! DIA tahu kita kuat tu pasal DIA bagi ujian macam tu ! Tau hak, tau apa yang harus korang buat insyaallah semua tu mudah je nak tempuh ! Ye ..aku boleh mendengar, hulurkan pandangan tapi still korang sendiri yang kena bangun dari derita tu kan! Cakap macam mana pon tapi kalau bukan korang sendiri yang mulakan langkah nak hentikan derita tu..takde sapa pon yang boleh buat !

Apa aje keputusan yang korang buat...fikir masak² ! Jangan ingat "cerai" tu penutup segala masalah ! Banyak lagi yang korang harus tempuh bila memilih jalan itu ! Tapi kalau masih perlu tempat untuk mengadu..anytime ! Macam biasa inbox aku terbukak luas !! Okeyy..jaga diri ! Akan ada bahagia di kemudian hari nanti !!

Ini aku share status kat wall aku ..heehehehe, pikir sendiri maksud di sebalik itu yer!

☻Cerekarama malam ni "Payung Emas"..Mark Zuckerberg, sampaikan pesan ini pada lelaki itu--> sebelum sempat dia bagi ku payung emas,ku bagi dia dulu "Batu Nesan"!...lallalalalalalla!
☻Syurga di bawah tapak kaki suami !!** Tapi sikap mereka kadang yang mengubah syurga itu menjadi neraka dalam hidup isteri...kan!
☻Ampun maaf kalau status ini menggores hati. Since kita bersahabat ku rasa tak salah utk menegur. " Bila ada sengketa dgn suami JGN la canang kat wall lg. Terang2 sebut sikap suami, malukan suami. Dia kan suami kita, ayah pd anak2 kita..maruah dia pon maruah kita kan? Boleh nak mengadu atau minta pandangan tp jgn BUAT STATUS MENGHINA si suami!"
Daku takdela nak ckp dah sempurna 100%, ada jg kdg bersengketa tp tak tergamak nak GELARkan suami mcm tu. Kalau suami terbaca mesti dia rasa malu kan? Dan jangan salahkan dia andai terjadi "PAYUNG EMAS" sbb kdg sikap kita sendiri yg sgt mendukacitakan.
Oraitssss...andai ada terkasar bahasa, terguris hati dalam berbalas komen selama ni..mintak ampun, mintak maaf yer !! Tiada niat selain niat untuk menasihati..tidak jugak la cakap dah cukup sempurna nak nasihat orang tapi kurangnya apa yang kita tau kita share sama² !

4 comments:

babylove

kadang2... skali skala.. cer kita letakkan diri kita dlm situasi org yg bercerita itu.... ada menda kita boleh telan dan simpan.. ada perkara/mslh kita perlu luahkan... kalo simpan bleh jadi gila!

Anonymous

=), morning kak

syafisyifa'

lama tak komen kat sini.hope akak sehat ye.

Kasih Ibu Arif

Orang hanya boleh menghukum kak, bila mereka berada dlm stuasi tu baru depa tau mcmn keadaan kita, apa pun semoga akak terus tabah! Miss u kak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket