insyaallah apa yang aku tau aku boleh share..jangan takut nak tanya ehhh ^_*
banyak kali juga di tanya di mana aku perolehi kekuatan untuk bangkit dari kegagalan
rasanya aku pernah share dulu kat sini..tapi takpe, bole di ulang² (ASTRO pon ulang kannn.hehee)
pernah dengar kata² ini ??
"RAWATI KELUKAAN DGN MENCARI PENGGANTI SECEPAT MUNGKIN!"nampak macam main² kan tapi 100% aku setuju dengan ungkapan itu
itu yang aku lakukan ketika gagal dahulu kerana aku wanita yang sebenarnya mudah kalah
kalah andai di pujuk & di beri sebuah janji walaupon hakikatnya itu hanyalah PALSU !!
jangan tipu kalau di katakan aku betul² kuat menerima semua yang datang
jangan kata tiada satupon air mata yang menitis tatkala di ungkapkan " AKU CERAIKAN YANTI YUSHIILA BINTI FIRDAUS DENGAN TALAK SATU"
tapi berpegang dengan kata² itu aku bangkit..aku cari pengganti dia
bukan tanda aku tidak pernah untuk jujur dalam sebuah perhubungan
tapi aku harus meneruskan kehidupan aku dan si anak
untuk apa aku terus meratap menangis sedangkan aku tau ada sinar yang menanti di depan !!
percayalah..setiap yang datang dalam hidup kita punyai sebab tersendiri
ada seribu hikmah yang tersembunyi di sebaliknya
DIA bagi aku hujan di tengahari kerana ingin di hadiahkan pelangi di waktu petangnya
CUBA BANGKIT kerana CINTA TIDAK MUNGKIN BOLEH DI PAKSA
untuk apa teruskan kehidupan bersama kalau tiada langsung persefahaman kann?
mungkin kita masih kuat untuk menerima..tapi bagaimana dengan anak²?
tak banyak sebenarnya yang aku boleh kongsikan
sebab segalanya masih terletak kat tangan kita sendiri
cuma pesan aku lagi..ingat satu ini---> PENCERAIAN HANYA MEMISAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI BUKAN HUBUNGAN DENGAN SI ANAK..BIARKAN ANAK TERUS BAHAGIA WALAUPON KITA TAK MUNGKIN LAGI DAPAT BERSAMA !!!
tapi ingattt..penceraian bukan jalan terbaik untuk selesaikan masalah
andai masih sayang, masih cinta cubalah pertahankan hingga ke akhir nyawa
kerana satu yang korang perlu tahu..walaupon aku tidak pernah sesal menerima gelaran itu
tapi DUGAAN SGT BESAR ketika aku menyandang gelaran yang sebolehnya cuba di elak oleh seorang wanita bergelar isteri!!
**THANKSS pada yang sudi bertanya..yang mintak pendapat ingin aku katakan aku tidaklah terlalu sempurna membuat keputusan tapi mungkin apa yang pernah aku lalu boleh di jadikan pedoman...kannnn!
4 comments:
Allah menguji tandanya Allah sayang pada kite...walaupun ujian itu ke arah kegagalan namun pasti ada hikmah yang berkali ganda untuk hari hadapan....
apapun u mmg ikhlas dan bukan semua orang boleh bercerita atau menceritakan kisah duka pada semua....apapun Allah itu tahu matlamat DIA...dan kita kena tahu tujuan matlamat itu diberi pada kita...
maceh kak..kata2 ini amt sy perlukan..tp sy xde penganti lagi?huhuhu~~~camno tue?
sgt kagum dgn ketabahan dan kekuatan diri kak shiela dlm mengharungi liku2 kehidupan sebgai seorg yg pernah merasa gelaran itu*. walau apa pun semua yg berlaku adalah kehendakNYA dan ada rahmat disebaliknya. sy doakan semoga kak shiela lebih bahagia dan tenang dgn kehidupan yg baru.....insyaAllah sehingga keakhirnya...
semoga akak terus kuat hadapi semua ni..
Post a Comment