Thursday, July 14, 2011

TUDUNG DAN HATI

Salam...
Pagi tadi otw nak datang keje aku di tanya "apa perasaan bertudung sekarang ye?"
Bila aku beri jawapan dia seperti biasa akan menasihati aku selembut mungkin
Katanya "ubah cara slow²..jangan lagi garang, jangan lagi baran!"
Tambah dia lagi.."jangan sampai ada yang bersuara pakai je tudung tapi peel tak berubah!"
Gulppppp....hatiku sangat tersentuh tapi aku tau dia ikhlas
Dia ingin ratu hati dia menjadi sempurna mungkin
Walau dia juga tau tiada siapa yg sempurna di dunia ini

Aku terima nasihat dia dengan hati yang terbuka
Kerana dia lelaki yang aku sangat hormati segala jawapan ku simpan dalam hati
Bukan kerana aku takut untuk menjawab tapi aku juga ingin menjaga hati dia
Sebab kadang aku ni kalau menjawab memang akan ada hati yang terluka
Kan dia pesan tu.."jangan garang, jangan baran!"..BAIK BABA!!

Cuma sini aku nak bagi pandangan
Aku tak rasa semua wanita bertudung itu benar² baik hati dia
Dan aku berani jamin bukan semua wanita free hair itu jahat
Tapi sebenarnya semua terletak pada diri sendiri kannnn
Ada yang bertudung kerana dari kecik mak bapak dah pakaikan
Ada jugak kerana orang yang dia sayang
Dan tentu ramai kerana Allah kan!!

Erkkkk...terlupa dah nak tulis apa lagiii
Sebab terasa macam nak jadikk ustazah pulak
Cuma doakan aku boleh berubah..walau bukan yang terbaik
Tapi tetap baik untuk siapa sahaja di sekeliling aku
Tak kira kamu , kamu ataupon kamu !!


Sekian. Wasallam !


10 comments:

Hana Mariah

Insyaallah Dear ALLAH suka akan hamba2 nya yg berhijrah ke arah kebaikan...

kemboja

insyAllah mudah2an.. sy sentiasa doakan akak yer.. kipidap bebeh.. hehe

oshin-jamel

sy pon nk jd baek gak..xmo mara²& baran² :)

risa

yang lagi kesian kan kak...sekarang ramai makai tudung sebab fesyen katanya..tak kisah kalau ketat ke sendat ke hape..haishhhh
takpe kak..yg penting niat kite kerana ALLAH dan suami...lagi satu ni menda wajib..insyaallah banyak menda2 baik akan bersama2 akak lepas ni ye....aminnnn

Misz-ella

When i was 20-30 i was also 'baran'. Tapi tiap kejadian hidup membawa pengajaran yang mematangkan dan akhirnya mengubah kakchik menjadi lebih 'cool' dan byk berfikir. Kakchik doakan Shiela pun boleh keluar dari sikap 'baran' itu suatu hari nanti ..

Farah Deeb

Org bertudung ngan org free hair takde bezanya. Yang membezakan manusia yelah IMAN dalam diri masing-masing. Pakailah tudung atas suruhan-Nya dan kerana takutkan azab dari Allah SWT bukan sebab mak suruh/ abang suruh/ fesyen. Barulah automatik perangai tele ngan penampilan insyaallah :)

Unknown

sume bergantung pada hati masing2..yg ptg iklas kak..nak berubah secara mendadak mmg tak mampu kan..slow2..

na dulu pon..mase be4 kawen..sgt la pakai jeans.pakai tdung singkat..pakai tshirt pendek..and after kawen..na kawen lak ngan family yang mmg kuat agama..and mmg na kene ubah la penampilan na secara slow2..dari pakai jeans..tak pakai jeans..dari tudung singkat..ke tudung besar sket..besar sket je laaa...hehhehe..wpon xde la besar sgt..kalau dulu..org laki datang umah pon..na tk pakai tudung pon ..sekarang dah terbiase sbb bile g umah MIL..ramai lelaki..so dah biase pakai tudung..

** yg ptg..kene iklas kak..

aizamia3

slow and steady kak..
tak semua yang bertudung baik dan begitu juga sebaliknya..

yang penting hati kita ikhlas dalam melaksanakan suruhanNYA..

.::: mr IQ :::.

semoga Istiqomah mencari keredhoan Allah. :)
-sebenarnya ada beza antara pakai tudung dan x pakai tudung. (Pendapat sy).Org bertudung, at least dia dah tunaikan sebahagian perintah Allah.

-sebenarnya apa yg didalam menunjukkan apa yg di luar. Jadi jika keimanan itu ada, maka ia akan terpancar pada tingkah laku. (sekadar perkongsian)

-(lebih suka panggil 'tutup aurad' dari 'pakai tudung'. huhu)

teruskan bergerak... kearah kebaikkan. :)

Aina

org bertudung sapatutnya lebih menghormati perhiasan kepala itu dengan menjaga tingkah laku dan amalan.namun hati org siapalah kita dapat mengagaknya.drp perbuatan juga kita menilai sesorang kan?

sikit2 yg berterusan itulah yg terbaik:)all the best kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket