Wednesday, April 10, 2013

Selamat Tinggal Sahabat !

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan !

Dari 1999 aku kenal dia sebagai seorang sahabat ! Datang opis ada muka dia ! Tak tau nak cakap macam mana. Sedih kottt...ehh sedih laaa sbb aku kan mudah touching ! Teringat segala kenangan !

Dia hanya satu²nya sahabat yang aku ada time aku susah ! Seingat aku..sedar dari koma lahirkan Sarah pon dia sahabat pertama yang datang. Even bagitau aku masih dalam wad yang pelawat tak boleh dtg pon, dia tetap datang ! Curi² aku keluar dari wad nak jumpa ! Ingat lagi..duk atas kerusi roda masa tu !

Dia juga sahabat yang selalu bagi nasihat ! Yang selalu membebel ! Yang selalu menegur !

Ini hari terakhir dia kat opis ! Dia sudah meletakkan jawatan ! Lepas ni dah takde lagi orang belikan breakfast hari² ! Dah tak ada orang bagi wallet pinjamkan aku duit ! Dah takde orang nak bebel² depan muka ! Dah takde orang nak menggosip !

Huhuhuhu...wehhh aku seyes ni tau ! Kot ko baca jgn dtg tanya apa² ! Kang ada air mata yang mengalir !!

Semoga apa yang ko buat semakin sukses ! Moga kebahagiaan terus mengiringi. Terima kasih atas segala²nya ! Terima kasih jadik salah seorang sahabat yang terbaik kat aku !!

Huwaaaaa..sedih oiii !

3 comments:

:: Mrs.Eady ::

kwnnnnn yg baik!

ieda

sedihnya baca post akak ni.huhu...xpe kak,wpun dh resign, x sm tmpt keje tp cubalah usaha supaya perahabatan tu tak terputus

susah nak dapat sahabat yg btl2 baik

Anonymous

kak zarina tu ye, dah resign, ala2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket