Thursday, April 19, 2012

Cinta Semestinya Memiliki IV

**Bahagian III di sini *

Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Peritnya masih ada. Sukar untuk melupakan. Setiap masa setiap saat dia terbayang. Hanya zahir yang seolah menunjukkan yang dia sudah redha dengan sikap lelaki itu tapi dia berani bersumpah Dengan Nama ALLAH yang dia tak kan lupakan apa yang telah terjadi.

"Abang !" keluhnya sendiri.

Sunyi rumah dia hari ni. Anak-anak dah ikut ibu pulang ke kampung. Biasanya dia memang tak mengizinkan tapi ibu yang bersungguh meminta. Demi tak ingin menghampakan..di izinkan jua walau berat hati. Lelaki itu pula seawal pagi sudah keluar bekerja.

Perlahan-lahan dia menghampiri almari baju. Tiba-tiba dia teringat yang telefon tangan lelaki itu ada di simpan di situ. Telefon yang di gunakan untuk menghubungi wanita itu.

Di buka almari. Di alihkan baju dan telefon itu memang masih di situ. Owhhh ..semakin berdarah hati ini. 

"Kenapa aku yang Kau pilih Ya Allah ?" ada air mata yang mula menitis.

Di ambil telefon itu dan sengaja di hidupkan semula. Dia yang mematikan telefon masa mula-mula membaca sms itu tempohari. Tak sampai beberapa saat ada sms yang masuk.

"huhh..ada lagi !"

"Abang..Zea rindu abang. Tak ada siapa lagi kejutkan Zea bangun pagi. Tak ada siapa lagi yang telefon Zea tanya dah makan ke belum. Tiada siapa lagi yang sudi manjakan Zea"

Menyirap darah ! Sms itu di baca berulangkali. Di lihat tarikh sms di hantar. Sehari selepas segalanya terbongkar. Ikutkan hati ingin sahaja di pecahkan telefon itu ketika itu juga tapi akal warasnya masih menghalang ! Dia sendiri tidak tau dari mana kekuatan itu datang. Dia tak tau bagaimana dia mampu bertahan dengan sebuah kecurangan.

Malu atas apa yang telah terjadi. Malu kerana gagal menjaga sebuah kesetiaan. Terasa seolah diri tidak berguna bila di permainkan sebegitu rupa !

Sedang melayan kesedihan,terdengar pintu depan di buka. Lelaki itu sudah balik. Terus dia pura-pura tidor. Tak ingin di tunjuk wajah sedihnya lagi pada lelaki itu. Selama seminggu ini dia cuba bersikap biasa. Menyerah semua pada keadaan. Lelaki itu juga tidak jemu memujuk. Bagi dia..biarlah segalanya mengikut arus masa.

Pintu bilik di buka.

"Sayang" panggilnya lembut.

Saja tidak menyahut. Biarkan lelaki itu fikir yang dia sedang tidor.

Tak sampai 5 minit lelaki itu sudah duduk di sebelah. Badannya di tarik mengadap lelaki itu.

"Apa ni ? kenapa sayang simpan lagi telefon ni ? Kenapa tak buang lagi ? Sayang baca lagi sms dalam ni ke ?" bertalu lelaki itu mengaju soalan.

"Kenapa ? Kenapa tak boleh baca?"

"Kan abang cakap abang dah mintak maaf. Sampai bila sayang nak macam ni? Semua orang buat silap sayang..bagilah peluang abang berubah !" 

"Memang semua orang buat silap tapi abang kena tahu tak semua perempuan boleh terima kesilapan macam ni ! Sampai sayang mati sayang ingat abang buat apa! Abang dah hancurkan segalanya!"

Banggg ! Berderai telefon di baling ke dinding. Di tenung muka lelaki itu. Jelas ada kemarahan di wajahnya.

"Sekarang sayang nak abang buat apa ? Sayang nak abang buktikan macam mana yang abang betul-betul nak berubah? Bagitau abang sekarang!" keras bahu di pegang.

Air mata mula menitis. Ini saat yang paling dia tak suka. Dia tak suka di herdik sebegitu. Dia tidak suka di marah sedangkan kesilapan bermula dari lelaki itu sendiri.

"Ceraikan sayang ! Sayang tak boleh lupakan semua tu selagi abang tetap ada kat sisi !" Owhhh..dia tak tahu kenapa dia tergamak berkata begitu. Dia yakin dia tak inginkan pada perpisahan itu tetapi ...rasa kecewa sudah membuatkan dia benar-benar hilang arah.

Terbayang bagaimana mesranya lelaki itu melayan perempuan lain. Betapa romantisnya lelaki itu memujuk wanita itu. Arghhh...dia yakin wanita itu juga merasa kasih sayang seperti yang dia rasa. Kasih sayang yang akhirnya membuat dia merasa sungguh-sungguh kecewa.

" Kalau betul jodoh kita tak ada lagi..abang redha ! Sekarang abang tak akan lepaskan sayang ! Biar abang keluar dari rumah ini untuk sementara. Kalau ini nanti boleh meredakan hati sayang..abang sanggup berjauhan. Nanti kalau sayang dah boleh terima semua kesilapan abang..sayang telefon abang. Abang nak sayang tahu, abang sentiasa ada untuk sayang ! Abang tak bermaksud melukakan hati sayang. Semua ini tanpa sedar !" menangis lelaki itu menjelaskan. Sedang dia ..luka semakin parah !

Perlahan di lihat lelaki itu menghampiri almari. Di keluarkan baju-baju untuk di masukkan ke dalam bag. Satu persatu di susun kemas.

"Ya Allah...apakah aku akan betul-betul kehilangan ?"

BERSAMBUNG





Hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki !

Psssttt !! SELAMAT TENGAHARI !!
Hehehehe..mood update dah turun balik ke paras bawah laut !!
Ni pon tak tau nak update ape !
Jom ..baca apa status baru ku kat FB ! Baru aje update !
Ok !Ini nasihat pd dia td !"Sy bercinta dgn suami org, apa nak buat kak ?".Pegi jmpa kekasih itu & bagitau dia "U terus terang pd wife u yg I ada dlm hidup U !" Klu lelaki itu berani berterus-terang maksudnya dia lelaki yg bertggungjawab & bkn hnya utk suka² ! Tapi klau dia punya 1000 alasan, eh! tak pyah 1000, klu dia sebut "belum bersedia", sbg seorang wanita kita ada maruah yg perlu di jaga...pandang ke depan & lupakan lelaki itu !

Klau benar dia cintakan kita dia tak akan sorok ! Dia akan bangga dgn kehadiran kita ! Dia cuba cari jln utk menghalalkan perhubungan ! Wanita yg membenarkan diri menjadi perempuan simpanan itu RUGI ! Rugi bila kehadirannya hnya sorok² dlm hidup lelaki itu ! Yg untung lelaki itu..kan ? Dgn isteri "dapat" dgn perempuan simpanan "mendapat" !!!


Dia kata tak bahagia dgn isteri ?Jgn percaya pada pembohongan dari lelaki jenis itu ! Kalau tak bahagia kenapa simpan ?? Mahkamah syariah kan ada ?? Daku bkn menggalakkan memusnahkan kehidupan wanita lain tapi mana lebih elok ? Terus melakukan maksiat menghimpun dosa yg tidak berkesudahan @ bernikah dgn sah ?Tepuk dada tnya hati dik !POLIGAMI PON TAK SALAH ASAL DIA MAMPU ..mampu bkn hanya nafkah batin tapi dari segala segi !
!
Ada banyak komen di terima, ada yang menbuat diri terkedu
Derita hati seorang wanita untuk memiliki bahagia !

Bila baca komen tu semua ku teringat arwah mami
Mami pergi tak tinggalkan harta yang banyak utk anak² dia
Mami tinggalkan kata² ini buat azimat :
"Ingat satu..hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki ! Tak akan gagal ! Jangan sesekali serang wanita lain kerana berebutkan seorang lelaki !"
Dan alhamdullillah ketika ujian itu datang menimpa
Ku berjaya melepasinya dan hingga saat ini
Dia sungguh membahagiakan & cukup melengkapi !!

Pada yang sedang di uji..SABARLAH !
Andai sudah tersurat jodoh kita juga jodoh orang lain
Redha lahh..walau pon perit tapi insyaallah kita boleh tabah !

Ku tidak sesekali menghalang sebuah poligami
Asal buat dgn cara betul & mereka mmg di takdirkan bersama..insyaallah ku bagi !
Sedangkan mami kuat utk tempuh semua itu..insyaallah juga ku boleh !!



Wednesday, April 18, 2012

Cinta Semestinya Memiliki III

**Bahagian II di sini **

Telefon tangannya berbunyi. Di lihat skrin. Nombor tidak di kenali. Terasa malas untuk melayan. Di biarkan terus berdering begitu sahaja. Entah..terasa tak berdaya untuk melakukan apa sahaja. Terngiang-ngiang kejadian semalam. Pengakuan lelaki itu yang menyintai wanita lain cukup meragut segala kebahagiaan yang ada. Bagi dia..lelaki itu boleh melakukan apa sahaja, akan ada maaf yang di hulurkan tapi bila melibatkan sebuah kecurangan terasa bagai maruah di pijak-pijak !

Lamunannya tiba-tiba terhenti. Telefon berbunyi lagi dan masih nombor yang sama. 

"Ishhh..sapa sajalah nih!" sambil mengambil telefon untuk di jawab.

"Assalammuallaikum Kak ! Maafkan saya kalau ganggu. Boleh saya jumpa akak ?" merdu suara wanita di hujung sana. 

"Jumpa ? Siapa ni ?" sungguh dia langsung tidak kenal empunya suara itu.

"Ini Zea kak ! Abang dah cerita kat saya yang akak dah tahu semua cerita ! Akak jangan marah ! Saya berani bersumpah saya memang tak tahu abang dah kahwin. Kalau saya tau saya takkan kacau kak. Saya tau perit dia sebab kakak saya jugak bermadu. Maafkan saya kak!"

"Owhhh..dia cerita pada kamu ? Kamu tak tau dia dah kahwin ? Jumpa untuk apa ? Ada akak bagitau akak marahkan kamu ? Takpe dik ! Akak tak letakkan kesalahan kat bahu kamu ! Akak tak kenal kamu ! " hiba ! Sungguh hiba hatinya bila memikirkan yang lelaki itu masih menghubungi wanita itu untuk mengadu kesedihan di hati.

"Akak..kita jumpa ye ! Jangan sebab saya akak dengan abang terpisah !' rayu wanita itu lagi.

"Sebab kamu ? Kalau kami berpisah pon bukan sebab siapa-siapa tapi takdir dah tulis setakat itu saja!" balasnya ! Cuba di tahan dari menagis. Dia tak ingin wanita itu tahu dia sedang bersedih kerana semua ini.

"Akak..tolong kak ! Sekali aje ! Kita jumpa ye !"

"Entahla dik ! Tengok la malam karang. Balik kerja karang memang akak jemput abang. Tunggulah kalau akak ada depan opis dia nanti yer. Asallammuallaikum!" terus di matikan talian.

Tak tertahan menanggung sedih di hati. Mujur semua rakan sekerja dah keluar rehat. Kalau tidak tak tahu bagaimana ingin di sembunyikan kesedihan ini. Seboleh mungkin ingin di jaga maruah lelaki itu dari tercemar. Selama ini di agungkan lelaki itu sungguh-sungguh ! Lelaki itu penyayang, lelaki itu penyabar dan segala yang baik-baik tentang lelaki itu di cerita kan ! Dan mana nak di letakkan muka andai semua sudah tahu siapa lelaki itu sebenarnya ?

Tepat 9 malam dia sampai di depan pejabat lelaki itu. Dari jauh sudah kelihatan lelaki itu menyandar penuh sabar menanti . Darah tiba-tiba terasa menyerbu ke kepala. Ada wanita di sebelahnya ! Mungkinkah ?

Kereta di berhentikan betul-betul di sebelah lelaki itu. Segera dia ingin mengalihkan kedudukan ke sebelah penumpang tapi belum sempat apa-apa lelaki itu sudah dekat menghampirinya.

"Sayang, keluar kejap. Zea nak jumpa !" lembut lelaki itu bersuara. Renungan matanya seolah mengharapkan dia bersetuju.

Tadi tengahari dia ingat lagi, dia tidak bercerita langsung tentang panggilan dari wanita itu kepada lelaki itu. Malas bercerita. Dan malam ini bila melihat kedua-dua manusia itu dia tahu, mereka saling berhubung lagi.

Berat kaki ingin keluar dari kereta. Dia risau akan ada air mata yang mengalir. Teringat lagi kata-kata ibu semalam . "Ingat satu..hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki ! Tak akan gagal !"

"Sayang !" seolah ada arahan untuk dia keluar dari kereta.
Tak mahu tunjukkan keras kepala , perlahan dia keluar dari kereta menghampiri wanita tersebut.

"Akak..saya Zea !" dia memperkenalkan diri.

Cantik orangnya, manis bertudung . Tapi di lihat senyuman di wajah wanita itu seolah sedang mengejek kegagalan dia menjaga sebuah kesetiaan. Mahu aje dia berpatah semula masuk ke dalam kereta tapi di tahankan demi maruah dia seorang isteri.

Tangan di hulur. Seketika suasana sunyi. Lelaki itu juga sudah berdiri di antara mereka berdua.

"Akak..sungguh-sungguh saya mohon kemaafaan akak. Saya tak tau abang dah berkahwin ! Kalau saya tau takkan semua ini jadi ! Akak maafkan abang yer !" 

Maaf ! Maaf ! Maaf ! itu saja yang mereka tahu ! Seolah kata maaf cukup membalut luka hati ini. Cukup membuatkan semuanya pulih seperti sediakala ! Andai hati ini dapat di lihat oleh mereka dia yakin mereka juga turut bersedih melihat luka itu !

Dia terus membisu tidak menjawab ! Biarlah wanita itu ingin bersuara. Biar dia jelaskan. Dia tak akan lakukan apa-apa lagi ! Hati dia sudah remuk dari saat dia terbaca sms itu lagi.

"Abang, lepas ni jaga akak yer ! Macam kita bincang tadi..walau abang kata abang sayangkan Zea, abang cintakan Zea..Zea tak nak jadi perampas ! Ni baju abang yang Zea basuhkan dulu ! Maafkan Zea" 

Ya Allah ! Makin berdarah hati ini ! Lakonan apa sedang mereka buat ini. Perlu apa wanita itu berkata begitu di depan dia ? Di paling muka lihat wajah lelaki itu yang tertunduk memandang ke bawah ! Dan hati ini bertambah sakit bila melihat wanita itu lembut mencapai tangan lelaki itu untuk mengambil baju yang di hulur !

"Akak tak tau nak cakap apa ! Akak mintak diri dulu yer !"

Tak ada jawapan dari wanita itu. Bergegas dia menuju ke kereta. Baru ingin masuk lelaki itu terlebih dahulu mendahului. 

"Biar abang drive !"

Enjin di hidupkan . Terus dia berlalu tapi dia tahu..lelaki itu menoleh lagi memandang ke belakang !

Hati tak mampu lagi bersabar ! Dia menangis teresak-esak ketika itu juga.

"Sayang ! Jangan macam ni !". Kereta di berhentikan di tepi jalan.

"Abang jangan sentuh sayang !! Sayang geli sayang jijik dengan abang ! Sampai mana hubungan abang hinggakan baju abang pon dia basuh? Sayang ni apa kat rumah tu ? Abang gila ! Abang memang gila ! Abang ceraikan sayang ! Sayang tak ingin tengok muka abang !" meronta menangis dia luahkan ! Biarlah kali ini di lepaskan semua rasa. 

Terdiam lelaki itu tapi masih tidak melepaskan tangan dia. Ada air mata yang juga menitis dari kelopak matanya!

"Sayang ! Bagi peluang kat abang sekali lagi ! Sekali lagi ! Abang janji abang akan jaga sayang ! Tolong abang sayang !" bersungguh lelaki itu merayu.

"Sayang tak nak ! Sayang benci abang ! Lepaskan sayang kalau abang tak nak tengok anak-anak kita hilang mak dia !" jeritnya.

**BERSAMBUNG






Selamat Pagi !

Ecehhh ! Dah lama tak ucap selamat pagi good morning kat korang kan !
Hehehe ...dah breakfast ?? Daku sudah..laksam tambah daging !
Ngehngehngeh..dah dua hari tak amek breakfast
Hari ini sgt kelaparan !!

Hari ni banyak menda nak buat
Nak settlekan filling yang 2 bulan dah tertunggak
Tertunggak tak tau pasal apa !
Pastu nak post oder kawan²
Hahh..jangan tatau daku dah menceburi nih bisnes on9
Tapi kecik² aje..saja aje suka² !

Ehhh okeylahhhh !
Nanti jumpa lagi ! Maybe ada cerpen bahagian ke 3 pulak nanti kan !
Itu memang kena tunggu idea lebat datang..so sape² yg mintak cepat sambung tu
Tunggu ehhhhh..kita slow & steady !

Ku sudahi entry ini dengan petikan status daku kat FB hari itu !
Ada menda yang tersirat sampaikan terlahirnya status sebegini
Moga di fahami apa yang cuba ku sampaikan
Mewakili orang² yang pernah melaluinya !!
 
Sy nak tnya ! Nak jwb jgn smpai melukakan hati org yer ! Kwn² sy dlm list ni masih ramai yg bergelar ibu tunggal & masih belum temui kebahagiaan selepas duka itu ! Sy ada baca org komen pasal isu penceraian : " Betulkan niat utk berkahwin dah tentu takkan ada penceraian!" & bla bla lagi lah !

Pilu jgk membaca ! Semua org yg ingin berkahwin mengharapkan kebahagiaan berpanjangan Takde sapa pon pas
ang niat "Yehaaa..aku kawin, dpt main!" . AJAL, MAUT , JODOH ini Allah dh tetapkn !Rasanya tak patut dia keluarkan komen begitu ! Nmpk sgt kami yg pernah bercerai ni NIAT TAK BETUL ! Tahu ke mcm mana rasa kecewa bila apa yg di rancang punah tgh jln ? Tau tak betapa peritnya bila di awal penceraian si anak bertnya "Ayah mana..knp tak balik lg bwk mknan ni ?"

Tak duduk kat keadaan begitu mmg mudah nak cakap ! Nak bagi pendapat boleh tp gunakan cara yg baik ! Mmg wall FB wall kita ..kita bebas keluarkan pendapat tapi jgn lupa kita masih terikat dgn undang²..undang² dunia & undang² akhirat !

**DIA bagi hujan di tghari krn ingin hadiahkan kami pelangi di kemudiannya**

Okbai !

Tuesday, April 17, 2012

Cinta Semestinya Memiliki II

**Bahagian pertama DI SINI**

Dia melangkah kaki masuk dalam kereta. Masing-masing mendiamkan diri. Tapi dia sedar lelaki itu kadangkala mencuri pandang wajahnya. 

"Ya allah..kuatkan hati aku !" doanya dalam hati.

Dia tak akan sesekali cuba untuk mengeruhkan keadaan kerana dia tahu andai tersilap langkah mungkin hubungan ini semakin kusut. Dia tidak mahu membiarkan ada ruang untuk orang lain mengambil kesempatan atas perkara yang sedang terjadi ini.

Tiba-tiba tangannya di genggam perlahan. Tidak mahu melawan di biarkan lelaki itu terus menggenggam.

"Abang nak ke mana ni ?" di tanya pada si suami bila kereta mula membelok pada jalan lain. Jam sudah menunjukkan pukul 8am, pasti lambat lagi hari ini . Malas pulak dia nak  beralasan dengan majikan nanti.

"Kita perlu berbincang. Abang tahu sayang sedih ! Abang tak boleh buat kerja kalau biarkan sayang macam ni!" ujar lelaki itu.

"Tak perlu. Sayang tak mintak apa² tapi abang boleh pikir sendiri! Hantar sayang tempat kerja sekarang!" bantahnya.

"Tak . Kita cuti aje hari ni. Biar abang perjelaskan segalanya !"

Kereta terus menuju ke arah tasik. Sebaik sahaja enjin di matikan suasana mula sunyi. Masing-masing diam tidak bersuara. Lemas dengan keadaan itu dia mula bersuara.

"Apa yang nak di jelaskan ? Sms itu cukup membuktikan. Abang dah sia-siakan segala janji abang. Abang balas macam ni lepas sayang korbankan segalanya termasuk melahirkan anak² abang? Abang dah lupa macam mana kita sama-sama tak makan nak cari duit untuk anak² ?" bertalu soalan di ajukan. Ada getaran di hujung suara itu.

Biarlah dia luahkan segalanya. Dia percaya pada takdir. Kalau DIA sudah menetapkan lelaki itu juga jodoh untuk wanita lain, apa daya dia untuk menghalang.

"Abang tahu abang silap ! Abang tak maksudkan nak tinggalkan sayang ! Abang sayang kan sayang tapi entah kenapa semua ni jadi. Dia tak silap..dia tak tau abang dah berkahwin !" 

"Apa ?? Dia tak tau ? Dia tak tau atau abang menafikan yang sayang ada dalam hidup abang? Apa abang buat ni ? " . Air mata mula deras mengalir di pipi.

Ya Allah..pedihnya hati bagai di siat-siat. Sedang dia membawa nama lelaki itu kemana saja dia pergi, mengingati dia di setiap hela nafasnya sendiri..ini balasan yang harus di terima ? Dugaan apakah ini ?

"Maafkan abang sayang ! Maafkan abang ! Kita selesaikan menda ni dengan baik ye!" rayu lelaki itu.

"Abang jujur dengan sayang. Abang cintakan dia ?" sekadar menguji. Dia cukup mengharapkan yang lelaki itu akan menafikan. Akan di beri peluang kali ke dua untuk lelaki itu membetulkan kesilapan.

Tiada jawapan. Di ulang tanya dan nafas bagai terhenti bila lelaki itu menganggukkan kepala sambil mengakui cintakan wanita itu. 

"Abang, sayang tak tau nak cakap apa. Jom kita balik. Keputusan kat tangan abang. Tapi andai abang memilih dia , izinkan sayang terus menyintai abang. Bagi masa sayang melupakan abang. Biar dalam senyap ..sayang sanggup jadi perempuan simpanan abang !"tuturnya perlahan. 

Dia tidak tahu dari mana kekuatan itu datang untuk berkata begitu. Tapi ya..itu datang dari hati dia yang suci mencintai lelaki itu. Mana mungkin dia dapat melupakan sedangkan lelaki itu cukup melengkapi kehidupan dia. Memberi kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk dia hingga terasa dunia ini hanya ada cinta dia berdua sahaja.

"Sayang cakap apa ni ? Kenapa sampai macam tu sekali ?" pipinya di pegang. Terkejut bila isterinya sanggup melukakan hati sendiri hingga ke tahap itu.

"Maafkan sayang. Sayang tak rasa perempuan itu sanggup berkongsi ! Biar sayang yang mengalah. Abang jangan mainkan hati dia. Abang ingat..kita ada Ayu. Bagaimana nanti bila dia besar ada lelaki yang mempermainkan hati dia macam apa yang abang lakukan sekarang? Abang sanggup tengok Ayu menderita nanti ? Hidup ini umpama roda abang ! Satu masa nanti kita akan ke bawah ! Tak selama mana kita boleh berada di atas! Sudahlah, hantar sayang balik !" sambil berlalu menuju dalam kereta. Air mata yang mengalir di kesat. Tidak mahu lagi memikirkan. Biar masa menentukan . Dia tidak akan sesekali memaksa lelaki itu membuat keputusan..tidak akan!

Di toleh kebelakang. Lelaki itu masih tidak berganjak ! Masih berdiri di situ sambil tangan meraup muka. 

"Sayang cintakan abang ! Cinta abang sangat-sangat" bisiknya perlahan dan dia pasti lelaki itu tidak mendengar bisikannya kali ini.

BERSAMBUNG.


Monday, April 16, 2012

Moga Kamu Bahagia Sayang !

Dulu mama ingat lagi tika umur kamu baru masuk 3 tahun lebih
Hari pertama ayah tak balik kamu bertanya
"Mana ayah tak balik ni..tak bawak makanan lgi nih!"
Huhuhu..mama tak lupa tika itu air mata menitis
Biarpon penceraian itu mama yang pinta tapi rasa macam terharu
Terharu sbb gagal membahagiakan hati seorang anak !!

Bermula saat itu kita berdua teruskan kehidupan kan ?
Dari umur 6 tahun lagi kamu sudah cukup membahagiakan
Duduk rumah sorg² tika tu bila mama pergi kerja
Rumah siap di kemas ..sume kamu buat sorang² !

Bukan saja nak biarkan keseorangan
Tapi lagi sakit hati bila kamu mengadu macam² pengasuh buat kan ?
So mama ajar duk sendiri ...tawakal ! Mama keluar kerja !
Nak hantar kat nanny macam masa kecik dulu..nanny pon kerja
Alhamdullillah takde menda buruk yang berlaku !

Masa tu baru umur 6tahun dah pandai baca kan ?
Bangga..biar takde nafkah dari ayah
Kamu membesar dengan baik..cukup makan minum !
Smpai la bila mama bertemu jodoh semula dgn baba
Mula nmpak liat kamu nak berbaik tapi baba ayah yang baik
Even dia ayah tiri bila org tanya tak pernah sekali pon dia cakap "Anak tiri ni!"..
Dia selalu bercerita dgn org lain kamu juga anak kandung dia kan ?

Sekarang kamu dah 17 tahun anak !
Dah besar bagi kamu tapi ingatkan apa mama pernah pesan ?
Kamu tetap anak²..selagi kamu belum berkahwin kamu tak bebas melakukan apa saja !
Kalau dah kerja pon mama nak kamu tinggal sekali
Keluar & pindah rumah hanya bila berkahwin
Ingat tak ??

Mama tak tau nak cakap mcm mana sebenarnya
Tapi mama nak bagitau "menerima kenyataan anak yang kita kandung, yang di jaga dari kecik mula menyintai org lain adalah perkara yang agak sukar utk di lakukan ! ;("

Mama tak mintak banyak dari anak mama
Mama tau kalau kita berdepan tak mungkin mama mampu meluahkan
Kat sini aje mama tau kamu boleh membaca isi hati ini
Pinta mama satu..mama tak mtak kamu byar segala apa yg dah mama keluarkan dgn wang rggit 
Mama cuma mintak kamu pandai menjaga diri !
Takkan sekali mama halang apa yang kamu ingin lakukan
Tapi ingat anak..semua itu masih punya had !
Belajar dulu ..capai cita² & tunaikan janji yang kamu ingin berjaya pada mama
Cinta boleh kita kecapi bila tiba masanya
Jgn sesekali sia²kan kepandaian yang kamu ada !!


Mama nak kamu tahu..apa pon terjadi
Mama selalu berbangga di kurniakan anak yang sebaik kamu !
Jangan sia²kan semua kepercayaan itu ye sayang !



Thursday, April 5, 2012

Pssstt ! Ingat Saya Lagi Tak ?

Fuuhhhh ! Fuhhhhh ! Last entry 22 Mac'12 !
Dah 14 hari takde update ..banggakan ?
Hahahaha...pemalas ! takde mood ! takde cerita semua bersatu menjadi satu !

Fuhhh ! Fuhhhh ! Jappppp !

Ada sarang lelabahhhhh laaaaa ! Hehehehehe..Semak !!

Nak dengar cerita apa ehhh ?
Ku memang takde menda nak cerita
Semua Mark Zuckerberg dah sedut !!

Kalau nak baca himpunan status kat FB tu nanti ku buat !
Pagi tadi ku upload gambar ini..gambar atas tika mereka kecik
Yang bawah tu gambar terbaru derangg ..ehh ! Zafry tak la baru tapi bulan dah kot !

Sebijik seiras mereka berdua dari kecik kannnn ?
Heheheh..alhamdullillah di kurniakan dgn anak² yg sudah melengkapi perhubungan kami ini !
Lagi 2 org dah besar takde gambar la pulakkk..hihihihihi !

Okeyyy ..nak cerita tentang bisikan syaitan Mark Zuckerberg ni pulak !
Semakin hari semakin macam dah ..ehhhh ! tak memasal kannnn !
Cuma tu laaa ..kadang takde kena mengena ngn kita pon dia tu
Tapi sebab status aje boleh jadik gaduh...aku seyes tak paham !
Tak paham smpai keluar status begini kat wall aku jap tadi !:
OK ! Status ni ku tak mintak org komen "sy suka baca status akak" .Tidak tagih itu tapi cuma nak bagitau "aku tak penah serabut dgn org yg asik update status tp aku paling serabut dgn org yg asik serabut dgn status org lain!"

Kdg status serabut tu ku tatau pon tuju kat aku ke tak tapi secara tak langsung bila di sebut "asik update aje!" mesti la sikit sebyk aku terasa kannn ! So ..Mark Zuckerberg cakap jgn gaduh² ! Jalan paling selamat walau tak tau dia tepek kat sapa kita hide aje stories org² yg mudah serabut tu! Nak remove nmpk jahat sgt sbb kita tak tau dia tuju kat sapa ..kita hide aje ! Senangg kan ! Nak jadi senang byk cara..nak susah pon byk gak cara dia ! Tepuk dada tanya size !!!!!!
Okeyyy laaa !
Tak mau gaduh²..tak tau hidup berapa lama pon
Mati bawak permusuhan itu tidak beshhh !
Dah hide / remove kita taruk fullstop ..okey ??

Bai !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket