Friday, December 23, 2011

Cinta Semestinya Memiliki !

Pagi tu seperti biasa jam loceng berbunyi. Segera dia bangkit dari tidor. Risau lambat sebab suami sudah pesan ada mesyuarat penting nak kena hadir pagi tu.

"Abang ! Abang..bangun. Dah pukul 5 ni !" di goncang badan suami berkali kali. Menggeliat kemalasan suami sambil terus tarik selimut menutupi tubuh.

"Bangunlah ! nanti lambat pegi kerja abang jugak yang bising !" ditarik terus selimut sambil capai tuala mandi dan di hulur pada suami.

"Abang mandi dulu la ye..sayang nak gosok baju kejap!" lelaki itu tak menjawab cuma mengangguk tanda akur dengan arahan itu. Sambil melangkah malas menuju ke bilik air sempat di hadiahkan satu ciuman ke pipi isteri kesayangan.

Senyum bahagia dengan kasih sayang itu.Terasa sungguh bertuah bila dia berjaya menjadi suri dalam hidup lelaki yang baginya sudah cukup untuk melengkapi hidup dia selama ini.

"Ehh..lambat pulak nanti!" sepantas kilat dia mencapai baju yang ingin di gosok . Di letakkan di penjuru katil sebelum mula mengemas tempat tidur.


Tiba-tiba mata terpaku pada beg sandang si suami yang terbuka sikit. Entah kenapa hati meronta ingin melihat isi kandungan. Di jenguk ke arah bilik air .."lambat lagi dia keluar dari bilik mandi kot!".

Perlahan-lahan di buka dan jantung bagai terhenti bila di lihat ada handphone yang dia pasti bukan kepunyaan suami.

"Ehh..siapa punya ?" sambil tangan terus menekan ON pada telefon itu. Tak sampai berapa saat di buka terus berbunyi tanda ada sms masuk.

"B..u dah tidor ke, nape tak balas sms i ni?". Mata di gosok-gosok bagai tak percaya apa yang di baca. Cuba di buka isi kandungan sms lain dan hampir semuanya kata cinta yang dia yakin kepunyaan sang suami. Sungguh..tika itu hati dia hancur sehancurnya. Punah segala harapan. Bagai terputus nyawa bila lelaki yang di sayangi sanggup melukakan hati sampai begitu sekali.

Pintu bilik air terdengar di buka. Dengan pantas dia terus simpan kembali handphone. Buat-buat tiada apa yang berlaku. Baju tadi tak jadi di gosok. Di capai tuala mandi dan terus melangkah ke bilik air. Tapi mata sempat menjenguk ke bilik sebelah. Ibu sedang lena bersama anaknya.

Selesai mandi, dia cuba untuk berlagak biasa. Bersiap menyarung baju kerja walau dalam hati sakit tak terhingga ! Dia juga perasan yang suami dari tadi tak berhenti mencuri pandang. Mungkin dia tahu yang rahsianya telah di ketahui. "Aku tak kan tanya kalau bukan kau sendiri yang mulakan !"

Sebelum melangkah keluar dari rumah, dia masuk ke bilik tidor ibunya. Di capai tangan untuk bersalam. Tiba tiba ibu bersuara "Sabarlah Ina. Dari tadi ibu tak tidor. Ibu tahu dan nampak apa yang Ina nampak tadi. Ingat satu..hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki ! Tak akan gagal !". Sebaik ibu habis bersuara air mata tak mampu lagi di bendung.

Di peluk ibu sambil berkata "Ibu tak payah risau. Ina tau untuk hadapi semua dugaan ini. Memang Ina sayangkan abang tapi kalau ini takdirnya!". Dia cuba mengelap air mata dari terus mengalir. Dia tahu dia kuat untuk di uji sebegini. Dia yakin andai Tuhan kata itu jodoh dia, insyaallah suaminya tetap milik dia hingga akhir nanti . Dia sudah bertekad tidak akan di tanya siapa perempuan itu pada suaminya.

"Ina pergi kerja dulu Ibu..jaga Zharif baik baik ye!" di kucup pipi ibu bertalu-talu. Berat sungguh hati ingin melangkah tapi apakan daya dia masih punya tanggungjawab yang harus di selesaikan. Sebaik saja di toleh ke belakang,terperanjat dia bila di lihat si suami ada berdiri tercegat di tepi pintu.Di sangka lelaki itu sudah menunggu dia di dalam kereta. Lelaki itu terus merenungnya dengan wajah yang sungguh sedih. Ada air jernih bertakung di kelopak mata lelaki itu.

"Ina !!" lelaki itu cuba memeluknya.

"Abang jangan risau, Ina tak akan mengamuk. Tak akan buat macam yang Ina selalu cakap kononnya kalau abang ada yang lain Ina nak musnahkan hidup abang! Abang boleh pilih mana yang lebih membahagiakan hidup abang. Betul Ina cintakan abang sepenuh hati tapi itu bukan tiket untuk Ina paksa abang teruskan hidup dengan Ina" bagai ada batu di kerongkong ! Sukarnya untuk menghabiskan kata kata itu.

"Maafkan abang Ina..abang janji. Bagi peluang kat abang. Abang akan buktikan kasih sayang abang untuk Ina seorang" lelaki itu merayu. Merayu sesungguh hati. Memang dia tahu dia bersalah melukakan hati seorang isteri. Dia tak sengaja. Dia terlalai dengan godaan nafsu. Dia terlupa pada janji dia sebaik akad di lafazkan dulu. Dia harus berusaha untuk meyakinkan isteri betapa dia sendiri tak ingin cinta itu musnah begitu sahaja. Bagi dia cinta semestinya memiliki. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali cinta dari isterinya itu.

**BERSAMBUNG**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket