Thursday, December 22, 2011

Tarikh Itu Semakin Hampir !!

Hari ni 22 December 2011
Ada lagi 9 hari nak Tahun Baru
Ingat 3 tahun yang lalu .. 31 December 2008
Aku, suami & anak² plan nak keluar makan
Tetiba mami cakap nak ikut ..pelikkk !
Biasa dia tak suka nak mengikut kalau dah malam gitu
Tak sempat bagi jawapan aku tengok dia dah berlari balik umah dia
Tak sampai 5 minit dia datang semula
Dah bersiap² dengan selendang di kepala
Dan ku ingat lagi dia pakai blouse dengan seluar panjang warna krim !
Tapi sebab takut kena tinggal baju kedut seribu tak bergosok!
Ku geleng kepala tengok gelagat dia tapi terus ajak dia masuk kereta

Singgah kat MacDonald kat Highway berdekatan dengan Sri Gombak
Terus dia ajak anak aku masuk 7Eleven ..bila tanya nak beli apa
Dia jawab "Beli barang dapur kejap!"
Huhuhuhu..kena bebel dengan aku..
Ye la nak beli gula, minyak semua tunggu la kedai mamak kan !!
Ada ke kat 7E..tapi mami, kalau nak buat dia akan buat jugak
Lepas beli dia duduk kat meja makan
Ku tengok dia sentuh sikit aje burger McChicken tu
Dia sibuk duk bergurau dengan Zafry...**mami..air mata ila mengalir skrg!**
Terbayang gembira dia dapat luang masa dengan kami

2009 kami sambut dengan rasa gembira tanpa aku duga DIA hantar ujian seberat itu
9hb mami jatuh pengsan padahal tengahari tu elok aje dia call mintak nak walllet
Dan akhirnya ..10 January 2009 mami tinggalkan aku selamanya
Tanpa sempat ku curahkan sepenuh kasih sayang
Tanpa sempat ku tunaikan hasrat dia nak pakai wallet baru warna merah


Mami,
Ila nak mami tau ila sunyi tanpa mami
Ila rindu nak makan ikan singgang yang mami masak
Mami tauu..3 tahun mami tinggalkan ila
3 tahun ila tak pernah lagi makan lauk tu
Hari tu ila demam..ila rindukan tangan mami yang urut badan ila
Makan ubat pon tak nak sembuh
Ila tau demam itu sebab rindukan mami
Mamii..ila dah tak boleh teruskan kata lagi mi
Ila doakan mami tenang, aman kat sana
Alfatihah mami :'(

WAN SABARIAH BINTI WAN ISHAK
Dalam kenangan 2 Mac 1954 - 10 Jan 2009



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket