Tuesday, December 11, 2012

Iklan Tidak Berbayar !

 ** klik untuk tujuan PEMBESARAN okey **
Ok ..dah lama tak hapdet blog, sekali hapdet terus ajek korang shopping yer ! Hahaha..aku busy skrg, mmg tak sempat dah nak menulis. Idea ada byk dah ni..nanti ada masa kita story-mory lagi eh !

Ni nak bgtau ..brg² kat atas tu salah satu punca nape aku agak busy skrg ni ! Alhamdullillah rezeki tak putus ! Ni meh nak cerita detail :

Smart Tab - Ni kamera depan blkg . Waranti setahun. Adroid 4.0 . Skrin smooth mcm tab mahal².

Perfume EL7 - Ni seyes wangi ! Murah aje . Aku dah jual berbotol² dan ramai yg repeat order . Sgt² wangi tauu..RM43 je, tak rugi korang cuba !

Yoobao Power Bank 11200mAh -  Ni kita dah try charge henpon Samsung note kita..boleh 4 kali charge .

Yoobao Power Bank 13000mAh - Ni lagi best ! Body lebih solid !

So boleh booking dulu yer ! Nanti dapat gaji next week boleh buat payment terus okey ! ..ngehngehngeh..minggu dpn gomen bonus kan :p


Thursday, November 29, 2012

CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU

Pagi tu seperti biasa jam loceng berbunyi. Segera dia bangkit dari tidor. Risau lambat sebab lelaki itu sudah berpesan ada mesyuarat penting nak kena hadir pagi tu.

"Abang ! Abang..bangun. Dah pukul 5 ni !" di goncang badan suami berkali kali. Lelaki itu menggeliat kemalasan sambil terus tarik selimut menutupi tubuh.

"Bangunlah ! nanti lambat pegi kerja abang jugak yang bising !" ditarik terus selimut sambil capai tuala mandi dan di hulur pada suami.

"Abang mandi dulu la ye..sayang nak gosok baju kejap!" lelaki itu tak menjawab cuma mengangguk tanda akur dengan arahan itu. Sambil melangkah malas menuju ke bilik air sempat di hadiahkan satu ciuman ke pipi isteri kesayangan. Senyum bahagia dia dengan kasih sayang itu.Terasa sungguh bertuah bila dia berjaya menjadi suri dalam hidup lelaki yang baginya sudah cukup untuk melengkapi hidup dia selama ini.

"Ehh berangan je kerja..lambat pulak nanti!" sepantas kilat dia mencapai baju yang ingin di gosok . Di letakkan di penjuru katil sebelum mula mengemas tempat tidur. Tiba-tiba mata terpaku pada beg sandang si suami yang terbuka sikit. Entah kenapa hati meronta ingin melihat isi kandungan. Di jenguk ke arah bilik air .."lambat lagi dia keluar dari bilik mandi kot!".

Perlahan-lahan di buka dan jantung bagai terhenti bila di lihat ada handphone yang dia pasti bukan kepunyaan suami. "Ehh..siapa punya ?" sambil tangan terus menekan ON pada telefon itu. Tak sampai berapa saat di buka terus berbunyi tanda ada sms masuk. "B..u dah tidor ke, nape tak balas sms i ni?". Mata di gosok-gosok bagai tak percaya apa yang di baca. Cuba di buka isi kandungan sms lain dan hampir semuanya kata cinta yang dia yakin kepunyaan sang suami.

Sungguh..tika itu hati dia hancur sehancurnya. Punah segala harapan. Bagai terputus nyawa bila lelaki yang di sayangi sanggup melukakan hati sampai begitu sekali. Pintu bilik air terdengar di buka. Dengan pantas dia terus simpan kembali handphone. Buat-buat tiada apa yang berlaku. Baju tadi tak jadi di gosok. Di capai tuala mandi dan terus melangkah ke bilik air. Tapi mata sempat menjenguk ke bilik sebelah. Ibu sedang lena bersama anaknya. Selesai mandi, dia cuba untuk berlagak biasa. Bersiap menyarung baju kerja walau dalam hati sakit tak terhingga ! Dia juga perasan yang suami dari tadi tak berhenti mencuri pandang. Mungkin dia tahu yang rahsianya telah di ketahui.

"Aku tak kan tanya kalau bukan kau sendiri yang mulakan !"

Sebelum melangkah keluar dari rumah, dia masuk ke bilik tidor ibunya. Di capai tangan untuk bersalam. Tiba tiba ibu bersuara "Sabarlah Ina. Dari tadi ibu tak tidor. Ibu tahu dan nampak apa yang Ina nampak tadi. Ingat satu..hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki ! Tak akan gagal !". Sebaik ibu habis bersuara air mata tak mampu lagi di bendung. Di peluk ibu sambil berkata "Ibu tak payah risau. Ina tau untuk hadapi semua dugaan ini. Memang Ina sayangkan abang tapi kalau ini takdirnya!". Dia cuba mengelap air mata dari terus mengalir. Dia tahu dia kuat untuk di uji sebegini. Dia yakin andai Tuhan kata itu jodoh dia, insyaallah suaminya tetap milik dia hingga akhir nanti . Dia sudah bertekad tidak akan di tanya siapa perempuan itu pada suaminya.

"Ina pergi kerja dulu Ibu..jaga Zharif baik baik ye!" di kucup pipi ibu bertalu-talu. Berat sungguh hati ingin melangkah tapi apakan daya dia masih punya tanggungjawab yang harus di selesaikan. Sebaik saja di toleh ke belakang,terperanjat dia bila di lihat lelaki itu ada berdiri tercegat di tepi pintu.Di sangka lelaki itu sudah menunggu dia di dalam kereta. Lelaki itu terus merenungnya dengan wajah yang sungguh sedih. Ada air jernih bertakung di kelopak mata lelaki itu.

"Ina !!" lelaki itu cuba memeluknya. "Abang jangan risau, Ina tak akan mengamuk. Tak akan buat macam yang Ina selalu cakap kononnya kalau abang ada yang lain Ina nak musnahkan hidup abang! Abang boleh pilih mana yang lebih membahagiakan hidup abang. Betul Ina cintakan abang sepenuh hati tapi itu bukan tiket untuk Ina paksa abang teruskan hidup dengan Ina" bagai ada batu di kerongkong ! Sukarnya untuk menghabiskan kata kata itu.

"Maafkan abang Ina..abang janji. Bagi peluang kat abang. Abang akan buktikan kasih sayang abang untuk Ina seorang" lelaki itu merayu. Merayu sesungguh hati. Memang dia tahu dia bersalah melukakan hati seorang isteri. Dia tak sengaja. Dia terlalai dengan godaan nafsu. Dia terlupa pada janji dia sebaik akad di lafazkan dulu. Dia harus berusaha untuk meyakinkan isteri betapa dia sendiri tak ingin cinta itu musnah begitu sahaja. Bagi dia cinta semestinya memiliki. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali cinta dari isterinya itu.

Dia melangkah kaki masuk dalam kereta. Masing-masing mendiamkan diri. Tapi dia sedar lelaki itu kadangkala mencuri pandang wajahnya.

"Ya allah..kuatkan hati aku !" doanya dalam hati. Dia tak akan sesekali cuba untuk mengeruhkan keadaan kerana dia tahu andai tersilap langkah mungkin hubungan ini semakin kusut. Dia tidak mahu membiarkan ada ruang untuk orang lain mengambil kesempatan atas perkara yang sedang terjadi ini.

Tiba-tiba tangannya di genggam perlahan. Tidak mahu melawan di biarkan lelaki itu terus menggenggam.

"Abang nak ke mana ni ?" di tanya pada si suami bila kereta mula membelok pada jalan lain. Jam sudah menunjukkan pukul 8am, pasti lambat lagi hari ini . Malas pulak dia nak beralasan dengan majikan nanti.

"Kita perlu berbincang. Abang tahu sayang sedih ! Abang tak boleh buat kerja kalau biarkan sayang macam ni!" ujar lelaki itu.

"Tak perlu. Sayang tak mintak apa² tapi abang boleh pikir sendiri! Hantar sayang tempat kerja sekarang!" bantahnya.

"Tak . Kita cuti aje hari ni. Biar abang perjelaskan segalanya !" Kereta terus menuju ke arah tasik. Sebaik sahaja enjin di matikan suasana mula sunyi. Masing-masing diam tidak bersuara. Lemas dengan keadaan itu dia mula bersuara.

"Apa yang nak di jelaskan ? Sms itu cukup membuktikan. Abang dah sia-siakan segala janji abang. Abang balas macam ni lepas sayang korbankan segalanya termasuk melahirkan anak² abang? Abang dah lupa macam mana kita sama-sama tak makan nak cari duit untuk anak² ?" bertalu soalan di ajukan. Ada getaran di hujung suara itu. Biarlah dia luahkan segalanya. Dia percaya pada takdir. Kalau DIA sudah menetapkan lelaki itu juga jodoh untuk wanita lain, apa daya dia untuk menghalang.

"Abang tahu abang silap ! Abang tak maksudkan nak tinggalkan sayang ! Abang sayang kan sayang tapi entah kenapa semua ni jadi. Dia tak silap..dia tak tau abang dah berkahwin !"

"Apa ?? Dia tak tau ? Dia tak tau atau abang menafikan yang sayang ada dalam hidup abang? Apa abang buat ni ? " . Air mata mula deras mengalir di pipi. Ya Allah..pedihnya hati bagai di siat-siat. Sedang dia membawa nama lelaki itu kemana saja dia pergi, mengingati dia di setiap hela nafasnya sendiri..ini balasan yang harus di terima ? Dugaan apakah ini ?

"Maafkan abang sayang ! Maafkan abang ! Kita selesaikan semua ni dengan baik ye!" rayu lelaki itu.

"Abang jujur dengan sayang. Abang cintakan dia ?" sekadar menguji. Dia cukup mengharapkan yang lelaki itu akan menafikan. Akan di beri peluang kali ke dua untuk lelaki itu membetulkan kesilapan.

Tiada jawapan. Di ulang tanya dan nafas bagai terhenti bila lelaki itu menganggukkan kepala sambil mengakui cintakan wanita itu.

"Abang, sayang tak tau nak cakap apa. Jom kita balik. Keputusan kat tangan abang. Tapi andai abang memilih dia , izinkan sayang terus menyintai abang. Bagi masa sayang melupakan abang. Biar dalam senyap ..sayang sanggup jadi perempuan simpanan abang !"tuturnya perlahan. Dia tidak tahu dari mana kekuatan itu datang untuk berkata begitu. Tapi ya..itu datang dari hati dia yang suci mencintai lelaki itu. Mana mungkin dia dapat melupakan sedangkan lelaki itu cukup melengkapi kehidupan dia. Memberi kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk dia hingga terasa dunia ini hanya ada cinta dia berdua sahaja.

"Sayang cakap apa ni ? Kenapa sampai macam tu sekali ?" pipinya di pegang. Terkejut bila isterinya sanggup melukakan hati sendiri hingga ke tahap itu.

"Maafkan sayang. Sayang tak rasa perempuan itu sanggup berkongsi ! Biar sayang yang mengalah. Abang jangan mainkan hati dia. Abang ingat..kita ada Ayu. Bagaimana nanti bila dia besar ada lelaki yang mempermainkan hati dia macam apa yang abang lakukan sekarang? Abang sanggup tengok Ayu menderita nanti ? Hidup ini umpama roda abang ! Satu masa nanti kita akan ke bawah ! Tak selama mana kita boleh berada di atas! Sudahlah, hantar sayang balik !" sambil berlalu menuju dalam kereta. Air mata yang mengalir di kesat. Tidak mahu lagi memikirkan. Biar masa menentukan . Dia tidak akan sesekali memaksa lelaki itu membuat keputusan..tidak akan! Di toleh kebelakang. Lelaki itu masih tidak berganjak ! Masih berdiri di situ sambil tangan meraup muka.

"Sayang cintakan abang ! Cinta abang sangat-sangat" bisiknya perlahan dan dia pasti lelaki itu tidak mendengar bisikannya kali ini.

Telefon tangannya berbunyi. Di lihat skrin. Nombor tidak di kenali. Terasa malas untuk melayan. Di biarkan terus berdering begitu sahaja. Entah..terasa tak berdaya untuk melakukan apa sahaja. Terngiang-ngiang kejadian semalam. Pengakuan lelaki itu yang menyintai wanita lain cukup meragut segala kebahagiaan yang ada. Bagi dia..lelaki itu boleh melakukan apa sahaja, akan ada maaf yang di hulurkan tapi bila melibatkan sebuah kecurangan terasa bagai maruah di pijak-pijak ! Lamunannya tiba-tiba terhenti. Telefon berbunyi lagi dan masih nombor yang sama.

"Ishhh..sapa sajalah nih!" sambil mengambil telefon untuk di jawab.

"Assalammuallaikum Kak ! Maafkan saya kalau ganggu. Boleh saya jumpa akak ?" merdu suara wanita di hujung sana.

"Jumpa ? Siapa ni ?" sungguh dia langsung tidak kenal empunya suara itu.

"Ini Zea kak ! Abang dah cerita kat saya yang akak dah tahu semua cerita ! Akak jangan marah ! Saya berani bersumpah saya memang tak tahu abang dah kahwin. Kalau saya tau saya takkan kacau kak. Saya tau perit dia sebab kakak saya jugak bermadu. Maafkan saya kak!"

"Owhhh..dia cerita pada kamu ? Kamu tak tau dia dah kahwin ? Jumpa untuk apa ? Ada akak bagitau akak marahkan kamu ? Takpe dik ! Akak tak letakkan kesalahan kat bahu kamu ! Akak tak kenal kamu ! "

Sungguh hiba hatinya bila memikirkan yang lelaki itu masih menghubungi wanita itu untuk mengadu kesedihan di hati.

"Akak..kita jumpa ye ! Jangan sebab saya akak dengan abang terpisah !' rayu wanita itu lagi.

"Sebab kamu ? Kalau kami berpisah pon bukan sebab siapa-siapa tapi takdir dah tulis setakat itu saja!" balasnya ! Cuba di tahan dari menagis. Dia tak ingin wanita itu tahu dia sedang bersedih kerana semua ini.

"Akak..tolong kak ! Sekali aje ! Kita jumpa ye !"

"Entahla dik ! Tengok la malam karang. Balik kerja karang memang akak jemput abang. Tunggulah kalau akak ada depan opis dia nanti yer. Asallammuallaikum!" terus di matikan talian.

Tak tertahan menanggung sedih di hati. Mujur semua rakan sekerja dah keluar rehat. Kalau tidak tak tahu bagaimana ingin di sembunyikan kesedihan ini. Seboleh mungkin ingin di jaga maruah lelaki itu dari tercemar. Selama ini di agungkan lelaki itu sungguh-sungguh ! Lelaki itu penyayang, lelaki itu penyabar dan segala yang baik-baik tentang lelaki itu di cerita kan ! Dan mana nak di letakkan muka andai semua sudah tahu siapa lelaki itu sebenarnya ?

Tepat 9 malam dia sampai di depan pejabat lelaki itu. Dari jauh sudah kelihatan lelaki itu menyandar penuh sabar menanti . Darah tiba-tiba terasa menyerbu ke kepala. Ada wanita di sebelahnya ! Mungkinkah ? Kereta di berhentikan betul-betul di sebelah lelaki itu. Segera dia ingin mengalihkan kedudukan ke sebelah penumpang tapi belum sempat apa-apa lelaki itu sudah dekat menghampirinya.

"Sayang, keluar kejap. Zea nak jumpa !" lembut lelaki itu bersuara. Renungan matanya seolah mengharapkan dia bersetuju. Tadi tengahari dia ingat lagi, dia tidak bercerita langsung tentang panggilan dari wanita itu kepada lelaki itu. Malas bercerita. Dan malam ini bila melihat kedua-dua manusia itu dia tahu, mereka saling berhubung lagi. Berat kaki ingin keluar dari kereta. Dia risau akan ada air mata yang mengalir. Teringat lagi kata-kata ibu semalam . "Ingat satu..hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki ! Tak akan gagal !"

"Sayang !" seolah ada arahan untuk dia keluar dari kereta. Tak mahu tunjukkan keras kepala , perlahan dia keluar dari kereta menghampiri wanita tersebut.

"Akak..saya Zea !" dia memperkenalkan diri. Cantik orangnya, manis bertudung . Tapi di lihat senyuman di wajah wanita itu seolah sedang mengejek kegagalan dia menjaga sebuah kesetiaan. Mahu aje dia berpatah semula masuk ke dalam kereta tapi di tahankan demi maruah dia seorang isteri. Tangan di hulur. Seketika suasana sunyi. Lelaki itu juga sudah berdiri di antara mereka berdua.

"Akak..sungguh-sungguh saya mohon kemaafaan akak. Saya tak tau abang dah berkahwin ! Kalau saya tau takkan semua ini jadi ! Akak maafkan abang yer !"

Maaf ! Maaf ! Maaf ! itu saja yang mereka tahu ! Seolah kata maaf cukup membalut luka hati ini. Cukup membuatkan semuanya pulih seperti sediakala ! Andai hati ini dapat di lihat oleh mereka dia yakin mereka juga turut bersedih melihat luka itu ! Dia terus membisu tidak menjawab ! Biarlah wanita itu ingin bersuara. Biar dia jelaskan. Dia tak akan lakukan apa-apa lagi ! Hati dia sudah remuk dari saat dia terbaca sms itu lagi.

"Abang, lepas ni jaga akak yer ! Macam kita bincang tadi..walau abang kata abang sayangkan Zea, abang cintakan Zea..Zea tak nak jadi perampas ! Ni baju abang yang Zea basuhkan dulu ! Maafkan Zea"

Ya Allah ! Makin berdarah hati ini ! Lakonan apa sedang mereka buat ini. Perlu apa wanita itu berkata begitu di depan dia ? Di paling muka lihat wajah lelaki itu yang tertunduk memandang ke bawah ! Dan hati ini bertambah sakit bila melihat wanita itu lembut mencapai tangan lelaki itu untuk mengambil baju yang di hulur !

"Akak tak tau nak cakap apa ! Akak mintak diri dulu yer !" Tak ada jawapan dari wanita itu. Bergegas dia menuju ke kereta. Baru ingin masuk lelaki itu terlebih dahulu mendahului.

"Biar abang drive !" Enjin di hidupkan . Terus dia berlalu tapi dia tahu..lelaki itu menoleh lagi memandang ke belakang ! Hati tak mampu lagi bersabar ! Dia menangis teresak-esak ketika itu juga.

"Sayang ! Jangan macam ni !". Kereta di berhentikan di tepi jalan.

"Abang jangan sentuh sayang !! Sayang geli sayang jijik dengan abang ! Sampai mana hubungan abang hinggakan baju abang pon dia basuh? Sayang ni apa kat rumah tu ? Abang gila ! Abang memang gila ! Abang ceraikan sayang ! Sayang tak ingin tengok muka abang !" meronta menangis dia luahkan ! Biarlah kali ini di lepaskan semua rasa. Terdiam lelaki itu tapi masih tidak melepaskan tangan dia. Ada air mata yang juga menitis dari kelopak matanya!

"Sayang ! Bagi peluang kat abang sekali lagi ! Sekali lagi ! Abang janji abang akan jaga sayang ! Tolong abang sayang !" bersungguh lelaki itu merayu.

"Sayang tak nak ! Sayang benci abang ! Lepaskan sayang kalau abang tak nak tengok anak-anak kita hilang mak dia !" jeritnya.

Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Peritnya masih ada. Sukar untuk melupakan. Setiap masa setiap saat dia terbayang. Hanya zahir yang seolah menunjukkan yang dia sudah redha dengan sikap lelaki itu tapi dia berani bersumpah Dengan Nama ALLAH yang dia tak kan lupakan apa yang telah terjadi.

"Abang !" keluhnya sendiri. Sunyi rumah hari ni. Anak-anak dah ikut ibu pulang ke kampung. Biasanya dia memang tak mengizinkan tapi ibu yang bersungguh meminta. Demi tak ingin menghampakan..di izinkan jua walau berat hati. Lelaki itu pula seawal pagi sudah keluar bekerja. Perlahan-lahan dia menghampiri almari baju. Tiba-tiba dia teringat yang telefon tangan lelaki itu ada di simpan di situ. Telefon yang di gunakan untuk menghubungi wanita itu. Di buka almari. Di alihkan baju dan telefon itu memang masih di situ. Owhhh ..semakin berdarah hati ini.

"Kenapa aku yang Kau pilih Ya Allah ?" ada air mata yang mula menitis. Di ambil telefon itu dan sengaja di hidupkan semula. Dia yang mematikan telefon masa mula-mula membaca sms itu tempohari. Tak sampai beberapa saat ada sms yang masuk. "huhh..ada lagi !"

"Abang..Zea rindu abang. Tak ada siapa lagi kejutkan Zea bangun pagi. Tak ada siapa lagi yang telefon Zea tanya dah makan ke belum. Tiada siapa lagi yang sudi manjakan Zea" Menyirap darah ! Sms itu di baca berulangkali. Di lihat tarikh sms di hantar. Sehari selepas segalanya terbongkar.

Ikutkan hati ingin sahaja di pecahkan telefon itu ketika itu juga tapi akal warasnya masih menghalang ! Dia sendiri tidak tau dari mana kekuatan itu datang. Dia tak tau bagaimana dia mampu bertahan dengan sebuah kecurangan. Malu atas apa yang telah terjadi. Malu kerana gagal menjaga sebuah kesetiaan. Terasa seolah diri tidak berguna bila di permainkan sebegitu rupa ! Sedang melayan kesedihan,terdengar pintu depan di buka. Lelaki itu sudah balik. Terus dia pura-pura tidor. Tak ingin di tunjuk wajah sedihnya lagi pada lelaki itu. Selama seminggu ini dia cuba bersikap biasa. Menyerah semua pada keadaan. Lelaki itu juga tidak jemu memujuk. Bagi dia..biarlah segalanya mengikut arus masa. Pintu bilik di buka.

"Sayang" panggilnya lembut. Saja tidak menyahut. Biarkan lelaki itu fikir yang dia sedang tidor. Tak sampai 5 minit lelaki itu sudah duduk di sebelah. Badannya di tarik mengadap lelaki itu.

"Apa ni ? kenapa sayang simpan lagi telefon ni ? Kenapa tak buang lagi ? Sayang baca lagi sms dalam ni ke ?" bertalu lelaki itu mengaju soalan.

"Kenapa ? Kenapa tak boleh baca?"

"Kan abang cakap abang dah mintak maaf. Sampai bila sayang nak macam ni? Semua orang buat silap sayang..bagilah peluang abang berubah !"

"Memang semua orang buat silap tapi abang kena tahu tak semua perempuan boleh terima kesilapan macam ni ! Sampai sayang mati sayang ingat abang buat apa! Abang dah hancurkan segalanya!"

Banggg ! Berderai telefon di baling ke dinding. Di tenung muka lelaki itu. Jelas ada kemarahan di wajahnya.

"Sekarang sayang nak abang buat apa ? Sayang nak abang buktikan macam mana yang abang betul-betul nak berubah? Bagitau abang sekarang!" keras bahu di pegang.

Air mata mula menitis. Ini saat yang paling dia tak suka. Dia tak suka di herdik sebegitu. Dia tidak suka di marah sedangkan kesilapan bermula dari lelaki itu sendiri.

"Ceraikan sayang ! Sayang tak boleh lupakan semua tu selagi abang tetap ada kat sisi !" Owhhh..dia tak tahu kenapa dia tergamak berkata begitu. Dia yakin dia tak inginkan pada perpisahan itu tetapi ...rasa kecewa sudah membuatkan dia benar-benar hilang arah. Terbayang bagaimana mesranya lelaki itu melayan perempuan lain. Betapa romantisnya lelaki itu memujuk wanita itu. Arghhh...dia yakin wanita itu juga merasa kasih sayang seperti yang dia rasa. Kasih sayang yang akhirnya membuat dia merasa sungguh-sungguh kecewa.

" Kalau betul jodoh kita tak ada lagi..abang redha ! Sekarang abang tak akan lepaskan sayang ! Biar abang keluar dari rumah ini untuk sementara. Kalau ini nanti boleh meredakan hati sayang..abang sanggup berjauhan. Nanti kalau sayang dah boleh terima semua kesilapan abang..sayang telefon abang. Abang nak sayang tahu, abang sentiasa ada untuk sayang ! Abang tak bermaksud melukakan hati sayang. Semua ini tanpa sedar !" menangis lelaki itu menjelaskan. Sedang dia ..luka semakin parah ! Perlahan di lihat lelaki itu menghampiri almari. Di keluarkan baju-baju untuk di masukkan ke dalam bag. Satu persatu di susun kemas.

"Ya Allah...apakah aku akan betul-betul kehilangan ?" 

-- BERSAMBUNG --

Tuesday, November 20, 2012

Untuk Adik Adam !

Salam korang :)
Hari tu aku ada post kat facebook
Maybe belum ada rezeki
Ni kawan kita nak letgo DSLR D3100 dengan harga CUMA RM1,500
Baru sekali di gunakan, condition masih elok
Dan HASIL JUALAN NAK DI SERAHKAN PADA ADIK ADAM yg mengidap Brain Canser


Kawan aku baru lawat adik ni Jumaat lepas
Dia baru selesai Radioterapi yang pertama
Ada 29 sessi lagi untuk dia lalui
Selesai sesi pertama, Adam dah boleh terima susu melalui tiub


Moga Adam akan cepat sembuh
Dan pada siapa² yg berminat nak kamera tu bgtau kita yer

Aku tak amek apa² keuntungan
Just forwardkan info ini
Mana tau ada yang ingin membantu

Cuma satu je yang buat aku terharu
Kawan aku tu..sanggup jual brg peribadi kerana nak menolong kwn sendiri
Moga Allah berikan kamu kebahagiaan yang tak bertepi dan rezeki yg melimpah ruah Noor !
Amin !!!

Monday, November 19, 2012

29 Hari Sudah !

19hb November ! Diam tak diam dah 29 hari Jeff dapat MC ! 29 hari jugak aku balik keje je dia ada, dia ada je aku balik keje ! 29 hari jugak dia tau caner peel dan kenakalan anak² yang tak terkawal ! Kalau aku mengadu dia selalu akan cakap "Biarla ..anak² kan nak membesar ! Tak baik sayang mengeluh macam tu !". Huhh ..bukan mengeluh tapi nak mengadu ! Karang kalau tak bagi mengadu aku bedal ngan rotan je derang nanti..hahahahah !

Last week aku hampir² naik angin ribut dan taufan bila dia duk mengeluh bosan, boring ! Dah sakit habis nak buat caner lagi ! Cakap le kat dia lepas ni dah kerja..kerja la balik 24jam ! Tak kaya siapppp !! Kehkehkeh...dapat bini suka melawan cakap, gitu lew jadinya !!

Ni pagi tadi dia ada appointment lagi dengan doktor ! Aku kat umah kadang usik dia panggil dia si kudung. Hehehehe..saje je nak sakat. Dia cakap doktor kata jari dah nampak okey. Dah boleh kerja ..tu pasal dia nak melompat tak ingat tu ! Pastu tanya la aku dah siap tak peta lakaran tempat dia eksiden hari tu. Tengok ..nak jugak aku buatkan padahal takat nak lukis bangunan ala² lukis orang lidi tu sendiri pon boleh buat ! Tapi takpe..becoz I love U deep deep, aku buat aje la kannn !!

Pastu dia cakap "Baba tak harap sangat pon dapat duit Socso ni ! Kalau ada, ada laaa !" , cepat² aku jawab dengan penuh berhemah " Ye laaaa..tak kisah la ada ke tak ada, tapi kalau ada duit tu semua syg punye ! Baba tak boleh pegang duit² tu !"..miahahahahahah ! Terdiam dia seribu bahasa ! Aku tak tau la dia diam seketika tu sebab nak ketok kepala aku ke apa , tapi kot ye pon borak kat henpon caner nak ketok kannn ? Lepas tu dia sambung " Banyakkkk cantekkkk syg !" ...Ye lahh ! Tak la banyak cantik tapi wajah ni jugak jadi kegilaan baba dulu kan ? Tak cantik pon tapi baba sendiri cakap kan tak boleh takde sayang nih kannnnn?? ..hewhewhewhew !!

Opssss...dah over bercerita pasal laki nih ! Kang dapat lagi inbox cakap rimas ngn entry aku ! Hahahaha...hohohoho...hikhikhik...bengong terlebih ! Ada aku PAKSA baca kewwww ??

Bye ! See u later later, after i got many many free time...zassssssssssssssssss !!

Tuesday, November 6, 2012

SMART TAB Mampu Milik

Pssstttt !
Gila lama tak update
Ni update aje nak bisnes
Hehehehehe

Nak share menda nih
Smart Tab 7 inci
RM240
Boleh download game, movie
Boleh wifi, USB dan paling penting boleh broadband

Yg sebelum ni beli kat kedai ngok ngek
Skrg dah dpt stok kat kedai besttt !
WARANTI SETAHUN !
Ada kaler purple (paling cantik), putih, pink, hitam
Kalau nak sila komen, boleh jugak p inbox kat facebook kita eh !

Menda ni okey..kalau nak tau kita dah jual dekat 50 biji
Touch skrin yang sangat sangat soft !






Best giler..rugi tak beli tauuuu...heheheheheheh !

Okbye !


Monday, October 29, 2012

Tragedi Raya Korban

Pukul 7.15pm 25hb aku masih kat opis !
Baru je siap buat report, fax kat Bernama, upload masuk web
Then henpon berdering, keluar nama "My Lalink"
Erkkkk..macam biasa laju je angkat

"Syg amek baba kat opis"
Aku heran sbb ikutkan minggu ni dia balik naik motor
Minggu seterusnya baru naik keta
Kita org dah setuju untuk gilir² balik
Seminggu motor, seminggu naik keta ngn aku
"Cepat laaa..baba eksiden, ibu jari dah kebas nih !"
Terkejut...terus kelam kabut siapkan semua kerja
Tinggalkan sorang kawan kat opis
Kesian dia tapi ye laaaa..kena dulukan hasben la kan

Masuk kereta tak tunggu enjin panas...vroommmm terus !
Sambil drive call dia lagi sekali
Katanya kat klinik dah tapi doktor tak boleh buat apa
Refer pegi hospital
Aku pelik "Ehhh..jari kebas je kan, nape pulak susah sgt doktor nak bg ubat ?"
Dia jawab "Ibu jari kanan baba putus sikit..darah dah melimpah dah ni !"
"Hahhhhh ? " seyesly terkejut
Suara dia cukup tenang menyampaikan
Aku rasa nak nanges dah

Nasib baik jalan tak jem
Biasanya kalau hujan mmg jem teruk
Tapi macam di permudahkan
Tak smpai 20minit aku dah smpai kat area opis dia
Dia tgh tunggu dalam kereta kawan baik dia

Ingat nak bawak pegi Tawakal je
Check² dalam bag , medical kad tertinggal kat opis
Tanya dia boleh tahan ke tak, dia angguk
So ckp kat dia ke Hospital Selayang aje la
Kalau kena tahan dekat ngn rumah kannn
Muka dia masa tu mmg cool sgt, sekejap² je nmpak berkerut
Sebenarnya dia tanak aku risau tu
Tu yang dia kaber sakit

Smpai hospital, doktor tnya jari yg terputus tu bawak ke tak
Dia jawab "Dah tak jumpa doktor..dlm hujan lebat !"
Tapi sementara tggu masuk bilik doktor, darah dah turun makin byk
Dia pon aku tgk dah mcm nak lemah dahh

Tak lama doktor bagi injection kat lengan 2 kali
Aku dah lupa injection untuk apa
Pastu pegi xray ..alhamdullillah takde kecederaan lain
Sebelum pegi Xray tu dia tanggalkan cincin yg dia pakai
Aku plak terpandang...adoiiiii..isi jari ikut bergerak dgn cincin
Kepala rasa pening, rasa macam nak rebah !
Cepat² aku duk diam kat kerusi tu !
Kesian dia...usap² belakang dia
Tenangkan dia :'(

Dah habis check,kompom takde kecederaan lain
Cuma ibu jari yg terputus sikit, jari lain yang terkoyak
Lutut kanan membengkak, kaki kiri jugak bengkak
Doktor bagi ubat² dan MC 7 hari
Smpai umah mak dia terus terlena..kejutkan pon tak bangun
Kesan ubat kottt
Besok tu terus tak boleh bangun, sakit akibat terhentak di jalan

Aku tnya jugak mcm mana smpai jari boleh putus
Dia cakap masa jatuh tu dia tak lepas handle
So jari tergesel kat jalan
Adoiiii...sakitnyaaaaaa !
Cakap kat dia takpelahh..anggap ini dugaan
Asal dia sihat, ada depan mata dah seribu syukur dah!
Tapi lepas ni dah sihat aku cakap "JANGAN MIMPI NAK NAIK MOTOR LAGI !"
Dia cuma tersenyum sambil angguk² kepala !

Tu makan nak kena suap, mandi pon kena mandikan
Boleh lagi bergurau tu "Besttt apaaa...semua syg kena buatkan !"
Nak tengok gambar ? Aku ada 2 keping aje
Yang dekat dan lebih jelas aku tak berani snap
Even ibu jari dia tu pon aku tak tengok
Aku takut darah kannnnn....huhuhuhu
Tunggulaaa dia dah baik betul nanti kan :)





Moga dia cepat sembuh !
Hari ni aku dah start kerja tinggalkan dia kat umah mak
Dia kena jalan bertongkat lagi sbb bengkak yang belum surut !

Oklahhh...lain kali cerita lagi !
Bye !





Thursday, October 25, 2012

Ho Ho Ho Horlicks !

Sudah 4 hari berlalu episod cinta di saksikan sejuknya Cameron
Huhuhu..sekejap aje kannn..kan best kalau tetiap minggu mcm tu
Berangan laaaa Shilla..anak nak campak mana ? Ha Ha Ha

Ada menda² yang berlaku selama ini buat aku rasa "Hohhh..fade up !"
Ada juga yang buat aku ilang kawalan diri dan mula M E N I N G G I S U A R A ↑ ↑ ↑
Ada juga kata-kata yang aku tau mencabar telinga yang mendengar

Sumpah..bukan sengaja tapi bila kadang emosi tak terkawal
Terbuat la menda² yang tak sepatutnya
Nasib baik ada dia si penyejuk hati
Hadir bagaikan embun pagi yang menitis
Sejuknya mengalahkan salji kat negara omputih sana...huhuhuhuhu

Eh kejap..aku nak tulis entry menda ni ehh ?
Main tulis tapi tak tahu menda apa nak sampaikan
Hahahahah..layan aje lah !
Tengah boring nih..org dah balik kampung beraya
Aku masih kat opis ni..keras bekerja keras (?)

Oklahhh
Tapi jap..nak bagitau
Hari ini aku nak muktamadkan
Aku nak jadi penamak
Aku nak jadik kedekut
Penamak kasih syg dia
Kedekut cinta dia
Semua tentang dia hanya aku dan anak² yang punye
Langkah mayat aku dulu sebelum terpikir untk bukan²

Hahahaha..kannnnn !

Selamat Raya Korban !

Tuesday, October 23, 2012

Mimpi Itu!

Aku rasa aku tak bercerita pon lagi tentang ini
Di pagi anniversary kami yang ke 11 tempohari
Di datangi oleh mimpi yang buat aku menangis
Huhhh..kenapa la kuat bermimpi
Jelas hingga saat ini betapa hancurnya hati dlm mimpi itu

Lihat dia sedang bersiap
Bila tanya nak ke mana
"Ada holiday dgn kwn2 opis!" katanya
Aku membantah
"Kan baru balik..nape plak nak pergi lagi? "
"Yg ni terpaksa pergi la syg! "

Akur tapi tekad untuk mengekori
Tanya dgn kwn2 di pejabat
Semua nafikan holiday yg di kata
Memaksa untuk mengekori langkahnya

Dan air mata mengalir sebaik melihat ada wanita lain yg menghampiri
Begitu manja..lirikan mata dia membalas menyatakan wanita itu cukup istemewa
Aku mendekati
Tak ada riak terkejut
Apatah lagi bersalah
Cuma satu penjelasan
" Ini isteri baba..jgn halang! Baba sygkan dia!"

Tega menghancurkan
Tak peduli lg dgn airmata ini
Tak peduli lg dgn susah payah selama ini
Tak peduli lg segalanya ttg dia dan aku selama ini

Air mata mengalir
Tersedar bila dia mengalihkan badan
Dia sedang lena
Tapi mimpi itu membawa kesedihan hgga ke luar

Aku kadang mcm benci dgn diri sendiri
Terlalu menyintai hgga adakalanya lemas
Cuba utk tidak terlalu
Tapi seringkali gagal
Tetap nama dia yang bermain di fikiran
Tetap bayangan dirinya yang mengekori

Huhhh!

Cerita 19 Oct --> 21 Oct 2012

19 Oct 2012 - Plannya kitaorang nak bertolak ke Cameron seawal pagi. Konon nak menikmati udara nyaman di tepi highway . Nak bfast sama² ngn dia dulu . Tapi tu laa..plan musnah sebab Blackberry dia patah housing kat belakang ! Sebenarnya tangan aku yang punya angkara tapi takut dia marah aku cakap je "ntahh..tetiba patah !". So kitaorang tangguh perjalanan. Pegi kedai henpon tu dulu. Pot pet pot pet , cina tu terus bagi baru ! Aku bisik ngn dia "aikk..senang je kannnn dia tukar baru !" , alaaaaa..beli baru 5 hari je pon kannn ! Kalau dia tak bagi tukar pon aku dah plan nak haruk je kedai tu ! So bila settle pasal BB tu baru senang hati nak gerak !

Kitaorang mulakan perjalanan dalam pukul 11 lebih macam tu ! Baru separuh jalan mata aku dah kuyu sesangat ! Hahahah..biasa la ! Naik keta je nak lelap ! Lelap je naik keta ! pastu dia bosan agaknya, dia cuit aku sambil cakap "Sayang nihh asik nak tidor aje ! baik kita balik !"..hahaha !poyo la nak balik kannnn ! Pastu dia cakap lagi "Tgk la jalan nih..lain kali takde la kata tak tau jalan !"..hahah ! ko tunjuk la jalan mcm mana pon , daku saja tak nak hafal sbb takde niat pon nak pegi sendiri. Mmg akan bersama kamu aje cinta hati !

Tak lama lepas tu ..jeng jenggg ! dah sampai ke persimpangan dia :)


Hehehehe..berbunga hati ! Rasa teruja tu membuak² dalam diri ! Best giler ! Tak sabar nak sampai ! Kami terus borak² sambil dia memandu . Sedang syok tu tetiba kereta buat peel ! Kereta dia pinjam dari kawan ! Konon nak honeymoon cari la kereta best kan ! Aku dah pesan..baik pakai kereta sendiri tapi degil ! Kan dah tak memasal kejap² enjin mati ! Dia pujuk jangan marah. Ehh..aku tak marah tapi yang buat sengsara hati masa tu aku rasa nak terkencing sesangat ! Dah tak tahan !Dia terus jugak perjalanan. Dekat 3 4 kali enjin mati ! Sampai satu jalan tu aku nmpak orang asli jual madu, kat belakang tu ada tulis "toilet" tapi toilet tu even toilet batu tapi dah macam nak runtuh ! Suh jugak dia berenti sbb mmg tak tahan ! dah mintak izin orang tu, dia kata "Lalu ikut semak tuu..tapi takde air yer !" Ya Allah ..tak bernafas aku tgk semak tu ! Seram ! Terbayang anaconda tetiba muncul. Laki aku suh pegi aje. Agaknya tgk muka aku takut, org asli tu suh aku pegi masuk semak ujung sebelah kiri dia ! Mmg ada rumah kosong kat situ..tapi tinggal tiang aje ! Aku dah tak boleh pikir panjang ! Terus berlari ke situ di temani laki ! Dannn..baca kat status nih :

Akhirnya..honeymoon bermula!! Perghh..dugaan betol nk smpai. Kereta 2 3 kali mati enjin. Rasa mcm nak patah semula balik Selayang. Tgh risaukan itu, pundi kencing plak buat peel. Aku rasa last sekali aku kencing dlm semak masa belum dtg peyed lg & hari ni sejarah berulang. Lantakla org asli mana nk tgk !! Hahaha..hasben ckp "Percutian yg sgguh adventure !"

Hahahaha..mengong kannn ! Akhirnya dalam pukul 3 lebih kami smpai kat Brinchang. Tercari² mana hotel yang aku booking tu ! Aku bukan tau jalan pon. Hampir tak jumpa. Cari² akhirnya nampak "Hotel Guan Chin"...ahaaaaa ! Lega ! Hilang penat rasanya ! Masuk bayar balance deposit, amek kucni terus pegi kat bilik ! Phewwwwww...tgk bilik nih :


Cantikkan bilik nih ? Puas hati. RM206 untuk 3 hari 2 malam. Ada Astro, ada wifi ! Ngeeeee ..pandang muka dia, dia pandang muka aku, adegan seterusnya **SENSORED** ..hahahah ! Tapi seyesly puas hati ! Lepas mandi² kitaorg keluar berjalan berdua ! Baru jalan nmpk menda nih pulak ! Mengada kannn..suh dia beli :


Sedap jugak ! Rasa gedik tu yang buat tambah sedap ! Jalan² ngn dia kat pasar tu. Kita orang beli cenderahati untuk family. Habes jugak la beberapa koyan duit yang di bawak ! so..malam tu habiskan dgn honeymoon berdua aje laaa !

20 Oct 2012 -Pegi ladang stoberi ! Takde gambar sbb memori kad aku hilang ! Taktau mana letak ! Aku tak petik sendiri pon buah tu sbb tak berapa minat ! Then kitaorang terus pegi Bharat Teh ! View yang menarik !


Heheheh..lepak sini minum² ! Makan²  ! Sejuk ! Best giler ! Satu hari tu kami berjalan ! Bila petang nak masuk senja dah balik ke hotel ..nak tengok bola ATM ngn Kelantan katanya. Siap ajak aku bertaruh RM50 plak tu. Dia pilih ATM, aku Kelantan , last sekali dia kalah..padangggg muke ! hahahah !

21 Oct 2012 - Kita orang bangun pukul 10. Kemas² barang nak check out terus. Singgah bfast kat kedai kat situ sementara tunggu kedai jual Cik Ted bukak. Heheheh..tengokk , dia belikan Cik Ted untuk aku ! Macam gedik kannn ! Tapi..biarlaaa gedik pon ! Bukan kacau orang kan Cik Ted kan !


Besssttt !! Boleh ganti bantal pelok ! Pastu singgah beli stoberi nak bawak balik . Siap semuanya kitaorang pon bergerak nak balik. Baru 15 minit bergerak, sekali lagi keta rosak !! Aduhaiiii ...kali ni betol² tak boleh start ! Nasib baik dia call kawan dia. Tunggu kawan dia dtg, kita orang tersadai tepi hutan dari pukul 11 mcm tu smpai pukul 5pm ! Ni jap baca status aku tulis nih :

Ohoiii !! Masih kat sini ! Menahan usus yg kejap2 rasa nak terkucil...ku tahan Jebat !! 

Dia bersuara " syg marah ke tak pasal2 tersadai kat sini ?", aku ckp "klu marah then keta bole ok,syg marah. Klu tak..ok je ! Nak buat caner ?" ..hehe, dia senyum smbil genggam tgn ni ! Senyum manis sgt..ba ! jgn manis sgt, tepi kita ni hutan !! Tak sesuai tempat dia...hahahahahaha!! SENGAL SHILLA !!

Sementara tunggu tu macam² kami borak² ! Tengok nih..tgn gedik aku conteng kat cermin ! Dia tersenyum simpul aje memandang :


Hehehehe...banyak lagi cerita honeymoon sempena 11 tahun kami berkahwin. Tak tertaip ! Cuma doa aku ..moga cinta kami berdua kekal hingga ke akhir hayat nanti ! Aku nak dia tahu aku bahagia dengan cinta dan limpahan kasih sayang darinya itu ! Terima kasih Jefry..bangga bila dapat menjadi suri hidup kamu ! Izinkan aku untuk terus menyintai kamu selamanya !











Saturday, October 20, 2012

11 tahun Cinta Ini Milik Kami.

Ehhh..aniberseri kitaorg besok
Aku saje je testing update blog guna Note nih
Heheheh...kitaorg smpai Cameron 19hb..semlm
Sebelum nak smpai mcm2 jadi
Dgn enjin keta yang 2 3 kali mati
Dgn aku yg terpaksa redah semak tak tahan nak kencing
Hahahah..tak penah buat peel mcm tu
Tapi semlm mmg dh tak tahan
Aku berlari masuk kat satu pondok yg tinggal tiang aje
Bukak suar dan....perghhhh lega
Kalau ada org asli intai..aku doakan mata dia kena ketumbit
Ketumbit soploh bulan baru baik...amin! !

Okey laaaa
Takleh taip panjang2
Episod honeymoon belum berakhir
Sementara dia lelap ni boleh laaaa

Japppp..aku try taruk gambar ni
Rasa gambar terbalik nih
Halalkan aje laaaa
Nnt aku betolkan deh
Guna natang note mmg tak reti
Lagipon bkn gambar apa pon

Okbye! !
Moga cinta kami semakin bertambah
Moga aku ngn dia akan bahagia smpai ke akhirnya
Amin ♥♥♥♥♥




Tuesday, October 2, 2012

Cerita Kita..Sudah 11 Tahun Awak !

Awak,

Awak ingat tak kali pertama kita bertentang mata ?Masa tu saya ingat lagi tahun 1997 ..masa tu bila nampak awak saya rasa macam happy sangat. Tak tau sebab apa tapi wajah awak menenangkan hati ! Saya suka sangat tengok mata awak ! Renungan awak memang boleh buat orang cair kan ! hehehe..saya la yang cair tu kannn !

Tapi rasa suka tu saya simpan dalam hati ! Saya tak bagitau sebab saya tau kedudukan awak siapa. Saya tahu batas antara kita berdua dan tak mungkin kita boleh menjalinkan hubungan. Tahun ke tahun ..bila jumpa kita hanya cakap dan bergurau senda macam tu aje kan. tapi saya pon rasa ada sesuatu perasaan yang sukar nak tafsir ! Renungan mata awak juga bercerita tapi saya tak berani nak tanya ! Gila ..mau di pelangkung oleh mereka² yang berkenaan !

Saya ingat lagi saya kerja KFC masa tu. Hahaha..minah KFC yang ranggi ! Pakai skirt pendek atas peha kan wak kan ? Awak ingat tak masa tu awak pon kerja biasa jugak kat Medan Mara jugak ? Setiap kali saya parking kereta, cross jalan sure saya nampak awak berdiri kat tepi bangunan tu. Setiap kali bertentang mata, awak hadiahkan senyuman paling manis untuk saya..Phewwwww ! Pingsan ! Berangan dalam hati " owhhh..bila la putera raja ni boleh ku poluk² " ..lawakkan ! Suka kat awak punya pasal, awak keje jaga bangunan pon saya anggap putera raja ! Hahahah..tapi ye la, saya masih ingat keterbatasan yang ada antara kita !

Awal 2001 saya ingat lagi kisah masalah awak dengan pasangan awak. Entah laaa..saya malas campur. Nanti orang kata amek kesempatan. Hubungan awak dengan dia dah jumpa noktah ! Saya dengar jugak kisah macam² tentang awak dan dia tapi saya tak peduli kerana awak dengan saya tak punya apa pon ikatan kan ? Lepas tu ..segala²nya seperti biasa hinggalah February 2001, kita sama² pergi Pasar Malam kat Jalan Kuching tu. Pergi dengan adik awak yang tika itu jadi sahabat yang paling saya sayang dengan sorang lagi abang awak kan ? Masa tu saya ingat lagi..hujan renyai² ! Dengan gaya machonya awak memayungi saya ! Owhh..bau perfume yang awak pakai buat hati tak keruan ! Senyuman awak tika itu buat saya macam org tak betol ! Gila kannn...teringat sebelum tu awak repair keta Satria saya..hahahahh ! sambil tgk tangan awak duk betul²kan enjin tu saya boleh berangan "bestnya kalau tangan lelaki ini nanti yang memanjakan aku !"...gedik ! gatal ! alaaa...masa tu umur saya baru 20 lebih..memang gatal la kannnn..nak buat caner ..heheheh ! Tapi gatal dan kuat berangan saya macam Ain Hawani dalam Adam Hawa tu tau..suka cakap sorang², simpan sorang² !

Balik dari pasar malam, saya singgah rumah mak awak sekali ! Kita sama² makan dengan family awak kan ? Dah selesai makan saya ke dapur nak basuh tangan. Saya ingat lagi takde siapa kat dapur masa tu. Baru nak toleh tiba² awak kat belakang hadiahkan saya satu ciuman ! Erkkkk...besday saya lambat lagi tapi kenapa saya dapat hadiah tu ?? Suka ? Suka rasanya tapi...TERKEJUT yang lebih ! Saya ingat lagi lepas awak cium pipi saya , awak cakap " Saya nak kawan serious dengan awak ! Terima saya yer !"....perghhhh ! Baru nak kawan dah cium pipi..rasanya gedik awak lebih dari saya ! Saya toleh ke belakang rupanya adik dengan anak buah awak tengah "uikkkkk" tutup mulut saksikan kejadian tadi ! Hahahahah..mati laaa !Mati laaaa kena canang satu kampung ! Nasib baik diaorang sporting !

Saya kaber rasa hati ! Saya ingat saya tak bagi jawapan. Awak renung muka saya harapkan jawapan. Hahaha..malu ! malu ! Terus mintak izin nak balik ! Sampai rumah terus "Mamiiii..ada mamat hensem takel Ila mi ! ". mami tersenyum ! Mungkin dia ingat doa dia supaya saya jumpa lelaki yang mampu menjaga saya dengan baik dah tercapai !

Lepas tu kompom kita jadi pesangan kekasih ! 25 February 2011 dengan rasminya saya chop dahi awak  "Pakwe Shilla !" . Saya penah gagal sebelum tu. Saya ada seorang anak dengan dia. So saya harap pilihan saya kali ni tak silap ! Awak ingat kan..saya uji awak macam² ! Sengaja saya suruh awak bayar duit kereta saya, saya suruh awak bayar duit rumah saya ! Selain memang saya agak mata duitan tapi saya nak tengok awak ada tanggungjawab ke tidak. Perkahwinan saya dulu gagal sebab itu lahhh..sebab lelaki tu taknak sama² bersusah payah dengan saya ! Dan awak saya tengok dengan rela hatinya melakukan ! Saya uji kesetiaan awak dengan berpatah semula menyintai bekas kekasih..awak cool aje ! Menasihatkan saya  !

Akhirnya setelah lebih kurang 6 bulan cinta kita mekar, awak buktikan yang awak serious nak kan saya bila awak melamar saya menjadi isteri yang sah ! ye...masa tu saya gembira sangat² ! 22 Oct 2011 tarikh kita di nikahkan ! Awak ingat lagi tak..tok kadi tersalah sebut nama awak. Dia pegi sebut nama bapak tiri awak..hahahah, tak memasal saya jadik mak tiri awak pulak ! Bermula dari saat itu saya sah menjadi isteri awak !

Bila kita dapat sorang anak, awak ingat tak awak bawak saya pindah rumah setinggan ? Kewangan kita tak berapa nak stabil. Saya turutkan jua padahal tak penah pon duduk rumah macam tu. Takpe..demi cinta pada awak. Awak ingat tak rumah kita tu bila hujan lebat je air masuk dari celah bumbung macam air terjun ?? Kita duduk kat sofa pandang aje kan sambil tunggu hujan berenti sebab awak nak mop lantai ! Tapi betul awak..saya bahagia dengan awak ! Biar saya selalu bergaduh berebut air paip ngn jiran setinggan sebelah..saya tetap bahagia !

Dan awak ingat tak lagi kita pergi kerja bawak berapa ringgit ? Awak 5 ringgit saya pulak 2 ringgit ! Uishhhh...kena bajet betul sebab kita kerja yang tak seberapa ! Saya masa tu kerani cabuk, awak pak guard jaga bangunan !! Tapi kita ada keta kancil kan...keta saya tu ! Tapi awak yang bayar bulanan kan ? Takpe laaaaa..korban je segalanya demi kebahagiaan kita !

Macam² lagi yang kita tempuh bersama ! Sampai saat ini saya dah keje jadi executive, awak plak pegawai kanan. Ekonomi kita walau tak mewah tapi rasanya dah stabil dah. Ada umah sendiri kat Bandar Tasik Puteri nun..ada keta iswara sebiji nak habis bayar, ye la kena pakai tu aje la sbb kita p jadi gerantor org tak bayar loan, dah nama kita berdua blacklist kan ?

Syukur kan awak ! Kita tempuh segalanya berdua bersama anak² ! dan kalau awak tak lupa hari ni 2 Oct 2012..maksudnya lagi 20 hari kita bakal sambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke 11. Saya tak mintak banyak awak,saya tak perlukan hadiah pon. Saya cuma berharap awak sanggup berjanji untuk terus menjaga hanya saya dan anak²..tiada org lain selain kami ! Saya cuma berharap awak sanggup juga berjanji mencintai saya hingga akhir nafas awak ! Andai itu dapat di penuhi..saya rasa saya wanita yang cukup bertuah di lahirkan di dunia ini dan di anugerahkan dengan lelaki seperti awak !Saya cinta awak tapi untuk berebut kasih awak dgn orang lain yang tak sepatutnya hadir dalam hidup kita..SUMPAH saya tak akan lakukan !

Terima kasih awak kerana menjadikan hidup saya sempurna selama ini ! Kasih sayang awak tanpa batasan, cinta awak tanpa had tapi saya tak tau kenapa semua itu masih terjadi ! Cinta kita terlalu manis..saya tanak awak lupa dan kerana itu saya coretkan semua itu di sini. Moga awak tak marah..saya sanggup lakukan apa saja untuk terus kekal di hati awak, uji lah apa saja tapi bukan dengan cara mencurangi saya. Sya harap awak faham :'(

Friday, September 28, 2012

Aku & Shawl Part 2

Pon copy paste dari status sendiri tadi :

Arghh ! Aku dh rasa yakin hari ni !Kompiden bergaya dgn shawl hari ke 2 & semua perasaan itu hancur berkecai bila kwn tnya "Nape shawl ni pakai terbalik ?"

Mencik !! Huhuhuhuhuhu....



Aku Dan Shawl !

Selamat pagi !! Hehehe..entry paling pantas nak buat nih !Semalam aku try bershawl ! Hahahaha...teringin nak pakai ! Sungguh² melilit !Tak tau dah nak cerita mcm mana..mula² baca je status yang aku update kat facebook nih : 

Biasanya lambat sbb kena hantar anak ke sekolah dulu. Hari ni lambat sbb aku belajar pakai shawl. Dah setengah jam. Org lain lilit jadi wardina, aku lilit jadi mummia!! 

Binatang pon sayangkan anak ? Tipu ! Salah ! Tu korang nampak binatang yg baik ! Sama jgk ngn manusia ! Ada yg baik, ada yg jahat !

Pagi tadi lepas hantar anak ke sekolah, tgh drive tu aku nmpk anjing putih besar ngn kecik tgh jalan tepi jalan tu ! Sbb jalan jem so mmg aku peratikan aje la ! Sdg syiok depa berdua ekor mkn angin tetiba muncul sekor anjing hitam, besar ! Yg anjing putih besar tu tiba² lari ! Pecut 100 meter tinggalkan anjing kecik yg lari² anak kat blkg dia ! Aku tgk semula anjing hitam tu..dia tak buat apa pon ! Elok aje duk kat situ tapi yg anjing putih tu dah lari SELAMATKAN DIRI SENDIRI tinggalkan anak mcm tu je !

Tapi tu laaaa..APA YG KITA TGK SEBENARNYA TAK SAMA DGN APA YG TERJADI KAN ! Maybe anjing kecik tu cuma anak jiran, anak menakan ataupon anak tiri je kot..tu pasal dia tak syg ! Dia tggal mcm tu je kannnn....Pastu, bila keta bergerak sikit aku dah tak boleh nak toleh ke blkg tgk aksi anjing hitam tu lagi sbb aku pakai shawl KETAT ! Bila nak menoleh dah rupa mcm org yg sakit tengkuk salah bantal ! So boss..nak panggil, panggil depan² ! Blkg kalau..sy tak menyahut ! Okbye ! 

Perhatian untuk rakan opis yg sejantina: Pintu toilet tertutup lama bkn sbb ada org tgh berak di dlmnya tapi ada aku yg sdg cuba membetulkan lilitan shawl di kepala. Tadi mcm mumia, skrg dah rupa bungkusan nasik lemak RM3 lebih sambal taruk telor mata!! 

Hari ni hari Khamis. Balik karang tanggalkan shawl suh dia pegang ujung, aku pon pegang hujung..kita menari lagu Kuch Kuch Hota Hei okey dalim!! 

Hari ni kepala saya sesak!

★ Ada 4 auditor nak layan 
★ Nak buat bank recon
★ Nak filling
★ Tgh tunggu IT betulkan PC rosak

Dan tak lupe :

★ Shawl di kepala ni!! Tak sama pon ngn muke Wardina!!!

Hahahaha..habesla korang!! Hari ni asik jumpe kata kunci SHAWL di news feed.

Baba,
Sakitttttt ! Huhuhuhu ..syg nak pelbagaikan tudung yg di pakai ! Syg belajar pakai shawl hari ni ! Pastu pagi tadi kwn syg tolong taruk peniti kat atas ni sbb tanak bagi dia terlondeh ! Sblm taruk peniti baba tau terlondeh smpai nampak tali bra ! Huh ..nasib baik tali bra yg shantek !!

Pastu tadi g toilet ! Betulkan la shawl nih sbb mmg dah nak terbarai ! Masa nak cucuk jarum peniti kat shawl ni..aduhhhhh ! tercucuk ngn kulit pale hotak sekali ! Huhuhuhu...sedihkan cerita syg nih ? Tapi takpe kan baa..usaha tangga kejayaan ! Syg akan make sure terer pakai smpai tak cucuk kat kulit pale lagik !!!

Yang Bershawl ,
Isterimu !!

 Nak tengok rupa aku ? Hahahaha..dah edit ! Bagi black & white ! Kasik hilang jerawat ..kehkehkeh :

Sekian Terima Kasih !!

Thursday, September 20, 2012

ASTRO VS AARON

Wohooooo..sedangkan pantai lagi berubah inikan aku manusia yang kadang tak mampu kawal diri ni kann ! Beriya² aku kata aku tanak langgan Astro Mustika HD sebab service yang aku rasa macam siot tu ! Bayang laa ..aku bayar bukan nak tengok siaran ulangan ! Pon bukan nak tengok iklan ! Kalau nak tengok iklan baik aku bukak TV3..kannnnn ! So memang dah tetap pendirian even ko masukkan sape pon pelakon top dalam cerita kat channel Astro yg aku perlu tambah pakejnya..i will say No !!

Tapi tu laaaa..kesabaran aku makin hari makin di gugat oleh citer Adam Hawa ! Makin lama makin tak sabar ! Makin tak sabar makin lama ! Dan akhirnya Jumaat 14 Sep 2012 ..jari comel ini mengalah mendail no Astro dan bagitau hasrat hati nak tambah tu ! Huhhh..kalah ! kalah !

Lepas tambah tiba² sesal menerpa ! Ye laaa..semata² Aaron babe, monthly bil dari RM74 tukar jadi RM114 ! Different by RM43 tu ! Banyak kannnn ! Boleh beli selai blouse kat pasar malam tauuuu (",) . Tapi takpelah..asalkan puas hati ! Sabar eh hati..sabar banyak² !

Lepas tu Ahad tu aku suruh la somi aku pasang wayar HD tu ! Dia tenyeh berjuta kali tak lepas² ! Call Astro dia bagi arahan ikut telepon dekat 45minit still tak dpt ! Aku matikan line , call semula cakap "saya tanak bantuan dari hp ! Hantar technician ke rumah yer !"

So dia set la date hari Selasa..pukul 4pm ! Technician dtg kat umah masa aku takde ..aku keje ! Ada anak je..itu pon dah berpuluh kali aku pesan kat anak "Jgn tidor aje..nnt tak dgr org ketuk pintu !" . Yun kan kuat tidor macam aku jugak...hahahahha ! Risau nanti technician tu datang Yun tak bukak pintu rumah !!

Lepas tu ...tadaaaaaaaaaaaaaaa....


Yeahhh..dah boleh nengok ! Hepi gila dol takyah tunggu org donlod kat web lagi . Siap post kat facebook gambar ni tau..hahahahah ! Poyo kannnn !

Pastu kannn..eh penat la nak cerita ! Amek ni aku copy paste status kat FB nih..sila baca ! 
Customer service Astro call tnya pasal HD tu !Dia tnya jgk "Mcm mana service dia yer Puan ?" Aku laju mulut jwb "Ok la..tak ok bila baru mendung dah ujan ! Bila komplen kata "biasalaa"..mana boleh biasa, kita org bayar bil tiap bulan what !" .Dia terdiam utk beberapa saat ! Mesti terasa kena tikam ngn garfu kan ??? 

Haha..aku masih tak boleh lupa lagi trauma & tragedi bila bil bulanan dari RM71 jadi RM114 okey..smpai mati aku ingat ! Pedihnya lg sakit dari kena tikam dek garfu ok !
Korang tengok ayat yang aku bold tu ! Hahahahahah...salah tatabahasa ! Baru mendung dah hujan ! Padahal nak tulis baru mendung channel dah tak dapat ! Hahahaha...aku memang rasa mcm org customer service tu duk gelakkan aku semula..gelak kuat² kan ! Owhh dunia..kejam kejam !

Okbye !


Wednesday, September 19, 2012

Jam G U E S S Kesayangan ♥

Pssttt ! Morning aselehe !
Busy ke ? Aku boleh tahan tapi kejap... take a break
Lepas ni nak prepare dokumen untuk auditor masuk plak
2 auditor plak tu tapi takpe...buat dgn senang hati yg susah pon jadi senang
Lagi aku ni agak tinggi jgk sore ngn auditor nih
Mau tak tinggi ..yg dah audit 2 3 tahun lepas pon still mintak
Bila tanya "Dah audit kan? " Dia jawab "Tertinggal kat opis..manager lupa nak bagi"
Hahaha.. that is your problem !! Mak tak kose nak layan :p

Ehhh..dah laa ! Stop pasal keje
Nak borak pasal jam GUESS aku nih
Dulu penah buat entry pasal jam guess ni kan ?
Ingat tak ? Tak ingat pon buat² ingat sbb aku pon dah lupa entry bila
Tapi takpe ..jom tengok gambar
Mana tau boleh kembalikan ingatan tu kannn..hahahahah
Sebelum tu nak bagitau ini jam Ori okey..O R I G I N A L !

Mana cantik ? Jam ke tangan aku ? hahahaha..Shilla mengong !
Cantikkan bangle dia tu ? Seyes aku syg jam nih !
Ok ..dah tgk gambar ..ingat tak ?
Hahahah..aku nak citer satu menda nih
Korang nak tau tak kalau aku pakai jam ni
Bila nak tau jam pukul berapa aku rela tgk kat dinding opis
Tengok kat PC, tengok kat henpon
Lagi sadis tanya kawan opis "weii ..pukul berapa skrg ?"
Teruk kannn ? Nak tau apasal aku tak tgk jam ni sendiri ?
 Sebab ni haaaaaa..

Nak tengok nak kena bukak !
Aku malas ! Malas tahap maksima atau lebih tepat ibu segala pemalas
Nak bukak tu pon malas
Pemalas punye malas !
Malas nak layan !

Okbye !



Tuesday, September 18, 2012

Sejarah Iswara WLW !

Aku pakai Iswara nih dah 8 tahun . Tak silap 8 tahun..eh betol la dah 8 tahun sebab hari tu aku ada call bank tanya balance bayor insuran ..dia jawab ada lebih kurang RM5,000 lagi dan bulan July 2013 hutang aku ngn depa selesai !! Hahahaa..dulu aku kategori sangat susah. So kalau ada loan lajak 15 tahun untuk keta ni pon aku akan buat ! Hahaha..tak kisah la kan asal tak tertunggak bayaran dia , so berapa tahun pon aku buat loan bukan masalah untuk org lain...ngehngehngeh !

Hari tu hasben aku ada try buat loan nak tukar la konon ketea iswara nih. Ehhh..korang tau tak keta ni jugak di kenali sebagai keta kebal, aku tak tau apasal derang panggil macam tu tapi kalau ikut citer kitaorg, keta ni penah langgar orang mati kat Balakong dulu..ada p cross ngn mabuk² kat highway tu. Betul² bawah jejantas ..dah ajal dia ngn keta aku ni kann. So betol la kebal kann ? :p

Okey..balik semula pasal keta tu ! Kitaorang dah submit semua menda yang bank nak. Dah cantik dah dengan payslip dia yang riban² tu tiba² dapat call dari salesman "Hasben penah buat personal loan ke ? Sangkut kat situ laaaa !"..hurm ! aku pelik sebab setau aku la memang takde ! Lagik² prinsip hidup aku yang tak berapa suka nak kasik dia buat loan nih ! Penah cakap "nak buat loan boleh tapi yang tak payah bayar balik ..ada ?"..huhuhu, selagi mampu bertahan memang tak akan buat !

Check punya check punya check rupanya loan tahun 1994 ! Masa tu memang aku tak kenal dia lagik ! Loan menda korang tau ? Loan amek barang elektrik..amek radio tak silap ! Tak tau caner ada link ngn bank pulak ! Dari utang RM3,000 jadi RM17,000 !!! Gila kannnn..aku bebel bebel bebel kat dia non stop macam pop corn yang masak keluar dari periuk ! Tak memasal ! Bila tanya dia jawab "Tak ingat laaa..entah sape guna nama baba !"..itulah ! Asik tak ingat..mengorat awek ingat pulak !!!

So..kitaorang terpaksa batalkan niat nak tukar kereta tu ! Tunggulah kalau ada rezeki nanti . Aku call bank cakap nak settle utang tu. Dia suh datang diskas..maybe boleh turunkan below than RM10,000. Nak buat caner kan..utang still utang la, nak lari pon dah tak boleh..ye dop ! Kena la ikhtiar cari jalan selesaikan sikit² ! So skrg tunggu hasben pulak ada free time nak gi sana diskas ..hopefully semua settle nanti kannn..doakan eh !

Ok..selesai citer sejarah Iswara aku tu ! Ni aku nak sambung citer pasal dia hari nih ! Pagi tadi lepas hantar hasben aku kat Duke , aku sambung drive keta tu. Hasben nak pegi beronok-ronok 5 hari ke Jakarta ngan kawan² dia. Masuk ni dah 2 kali travel mcm tu..sesuka aje kan ! Dah bagi last warning..lepas ni setahun sekali cukup ! Mengada !

So masa drive tu dah start dengar bunyi "nyok nyek nyok nyekk" setiap kali kereta langgar lubang atau jalan tak rata ! Bunyi skru yang dah longgar di mana² ! Pintu belakang lock pon dah tak berfungsi ..kena manual ! Pintu penumpang kiri pon sama..kena hempas ala nak pecah baru rapat ! Bonet depan tu kalau nak bukak dia kena tenaga lelaki, kalau aku yang tarik nak bukak insyaallah buasir boleh keluar ! Bonet belakang pulak kalau dah bukak kena tahan ngn tangan tak boleh harap besi tu jadi penghadang sebab risiko dia jatuh hempap pale sangat cerah ! Huhuhuhu..uzurkan ?? Tapi tu laaa..seuzur² dia, dia tetap setia bawak aku pegi mana je aku nak pegi ! Alhamdullilah tak buat peel tengah jalan. Aku rasa pon pakai keta ni maybe smpai anak² aku besar kot. Nak buat caner..memang tadak rezeki dah nak menukar..terima aje dgn redha hati kannn !!

Aku takde gambar keta tapi aku ada gambar ketika ada menda yang jadik kat dia. Bukan gambar penuh tapi marilah layan :

Ini gambar dari depan ! Gambar menunjukkan dia menjadi mangsa vandalisme ! Di lekat dengan sticker oleh tangan anak buah..sampai la ni tak ilang ! Asparagos budak² tu kannnn !
Ini masa kena langgar ngan budak muda masa jalan tgh jem ! Mabuk kopi barangkali tu pasal tak semena main langgar tu ! Tapi masa nih aku ingat lagi..aku suh hasben sabar ! Nak mintak ganti pon rasa kesian. Sampai la ni jugak dia masih berkeadaan begitu ! Takpeee..budak tu pon tak sengaja kannn ! Moga murah rezeki kami bila boleh bertolak ansur begitu !!
Ini gambor minggu lepas kot ! Aku baru tukar sport rim ! Hahaha..pegi nak tukar tayar pancit tapi lain plak halanya ! Hasben tak bayar lagi kat aku RM500. Kena tuntut. Yg halal kena halal..yg consider utang kena kira utang..ye dop ! Hahahahah !
Oklahhhh...itu aje cerita tentang kereta kesayangan daku nih ! Jumpa tengah jalan jangan lupa hon yer ! Hon sekali aje..kalau hon berkali² takut aku angkat jari tengah pulak :p Aku ni bukan betul jugak kadang²nye pownnn !!

Okbye !






Wednesday, September 12, 2012

Adam & Hawa

Kalau korang kenal aku, aku ni peminat tegar Aaron Aziz tapi setegar mana pon aku minat dia , aku tak tampal poster muka dia dalam bilik aku okeyyy ! Baik aku tampal muka lelaki kesayangan aku tu !!

Dulu kena fenomena Ombak Rindu..now Adam & Hawa pulakkk tapi itu laaaaa...keluarnya lepas aku potong Astro HD kat umah tu ! Mana tak potongnya..citer berulang², pastu kat umah tak ujan kat tempat lain ujan pon still ada gangguan ! Aku tak potong terus sbb ingatkan cinta hati aku yang suka tengok bola tu ! Kalau tak dgn piring² Astro aku humban masuk Sungai Klang !



Hahahaha..even aku takde Astro HD, tapi jangan tak tau byk adik² yg sudi bagi link kat facebook aku ! Dulu masa Izah & Hariz, wall & inbox aku penuh dgn citer dia, now Am & Ain pon sama..kawan² facebook akan ingat kesengalan kawan mereka ini...hehehhhe..love it !!

Dah tengok smpai episod 9 kat internet ni baru aku tahu kakak ipar aku ada Astro HD ni..huhuhu ! Kalau tau awal , takde la aku meroyan cari sebelum ni ! Tenggek aje kat umah dia malam² kannnn ! Pastu pagi ni dah ada adik facebook bagi link untuk episod 10 !

Wahhhh..episod 10 ini sedih ! Am ngn Ain dah kena tangkap basah ! Ehh japp..Ain tu muka tak berapa lawa tapi berlakon beshhh kannn (macam la aku lawa kannn..kehkehkeh) Tapi dia pon penah menang award belakon dalam citer Cun kalau tak silap kannn ??

Ok..pasal Am ngn Ain semula ! Tengok episod 10, air mata aku turut ikut genang bila tgk air mata Am dah start bertakung ! Huhuhu...muka lelaki yang penuh kasih sayang & cinta dah mula keluar dol ! Aku bukan boleh tengok..ada lemah jiwa sikit !( Bismillah..mintak laki aku tak baca...kakakakaka!)

Tak sabar tengok episod seterusnya ! Mesti makin best bila tengok cerita lelaki yang nak buktikan kasih syg pada wanita yang sudah bergelar isteri ni kannn ! Tapi takpe..aku tak de la rasa jeles pon tgk adegan ni ! Dulu dia nak dapatkan aku pon nanges, dah kawen ni pon masih begitu cinta dia pada aku ..so apa lagi yang aku harapkan ? Huhuhu..harapkan dia tetap begitu..smpai bila² kannnn !

Ni aku duk sibuk tgk citer ni dia duk call ! Pastu merajuk sbb kata tak sayang dia sbb layan acuh tak acuh ! Hahahah..jangan tak tau..kuat merajuk tu ! Baru aku nak amek hp sms dia, dia dulu sms ..kannn ! Sms jiwang yg biarla aku aje yg baca tapi aku reply "Syg syg kat baba smpai mati..tak boleh takde baba !"..cerrrrrrr !! gedik !!

Kat episod malam ni ada dialog ni kannn --->"kau nak aku sepak muka kau ? kurang ajar ! jangan biar muka kau lalu depan mata aku, sampai mati aku benci kau !"

Huhuhuhu..jangan Ain ! Jangan..rugi lepaskan lelaki yang cintakan kita separuh mati hokeyyyy ! Baik tobat Ain !!

Okbye !Ini aje ulasan dari aku ..ngehngehngeh !



Monday, September 10, 2012

Status Terpendek Tapi Mohon Maksudnya Sampai !

Saya sms sorang kawan FB ni bila dah lama kami tak bertegur sapa ! Saya cakap kat dia nape semakin jauh & mintak maaf kalau saya ada menyakitkan hati ! Dia reply : "kita dgr lain pulak !"..pastu terus senyap tanpa jawab apa pon ! Dari situ saya duga dia sudah termakan hasutan org lain ! Tak kira siapa pon org itu..saya tak maafkan selagi tak datang kat saya dan bagitahu apa dosa saya hingga sanggup buat cerita supaya saya di benci ...TERIMA KASIH !!!



Tuesday, August 28, 2012

Dasar !

Pssst ! Salam ! A'ahhh..aku tau dah lama gila aku tak hapdet ! Dah banyak kali aku cakap menda yang sama kan ? Mood blog ke laut dalam..aku pancing² still tak dapat ! Entah laaaaa...rasanya tak lama lagi berkubur terus blog nih ! Jadi kenangan tinggal sejarah je la gamaknya...khennnnnn !

Ehh..apa² pon sebelum aku start melalut, nak ucap Salam Aidilfitri utk korang yer ! Maaf zahir dan batin atas segala ketelanjuran dan kepuakaan mulut aku yang memang buat hati korang calar balar ! Untuk haters pon tau.. selamat raya ! Jangan main mercun nanti terbakar jari ! Jangan makan banyak nanti gemokkk !!

Semalam 9Syawal..aku kena batuk² ! Sarah la pembawa nih ! Kebetulan sepanjang cuti raya tu asik bedal air gas aje kan sampai berat naik 800gram..tu pasal la jadi macam tu ! Pastu dah malam tu demam pulak dah ! Lepas basuh badan tukar baju sapu minyak panas kat peyut terus masuk dalam toto ! Sebelum tu aku p telan 3 sudu besar ubat batuk ! Mmg tiong tiong pale ! Anak² tidor pon ikut dan derang aje ! Dah tak sempat nak layan dah !

tenkiyuu google
Pukul 12 lebih tu rasa kepala di letak kain basah ! Owhhh my darling ! Dia tuam pale aku ! Hahaha..gedik kann ! Aku nak tulis kat status FB org kata gedik ! Abadikan aje kenangan manis itu kat sini kannnn ! Siap dia amek kain alas kat bantal ! Memang sebiji macam nurse peribadi ! Pastu pagi tadi aku rasa dah 5 kali kot dia call dari tempat kerja ! "Dah pegi klinik belum?" bila aku jawab belum mula la "Sayang ni kan bla bla bla sape susah bla bla bla baba risau bla bla bla !" non stop dia bebel ! Naik pening pale tapi rasa bangga la jugak sbb memang dia amek berat sungguh ! Suami la kannnn..lagipon dia cakap "Kang kalau sayang betul² sakit tak boleh bangun sape nak bebel ngn lawan cakap baba lagi kan ?"..huh ! mengong !

Pastu pukul 1pm tadi masa tengah lunch dia call lagi ! Tanya menda yang sama ! Hahaha ..dengan niat nak menyakat a.k.a menyakitkan hati dia aku jawab " Hahh..sayang tau apasal sayang tiba² demam ! Sebab dah lama kita tak balik kerja sama² ! Dah lama baba tak belikan apa² utk sayang ! Baba beli subang silver balik nanti bolehh?"..hahahahahah ! DASAR ! Dia gelak sambil jawab "Okeyy..nanti baba belikan !"..kannnn ! Mesti kalah punye ngn bini loklak dia ! Hehehehe..untuk baba --> Sayang lebiyu baba ketat² ! Beruntung sangat di jodohkan dengan baba..selalu sabar dgn peel sayang ! Selalu bertahan dengan karenah sayang ! Mekaseh cinta hati kuuuuu !

Hehehehe..okeylaaaa ! Gedik punya entry kannnn ! Jolok tekak berjemaah ! Anyway..blog daku, suka boleh like, tak suka pon boleh like jugak !Okbai !

Eh jappp..tengok gambar anak dara ku ini ! Ku cilok di facebbok dia..cantikkan !


Gambar gedik ! Pewaris gedik mama nih ! Hantaran nanti kena mintak satu dulang kunci keta, satu dulang kunci umah, satu cek kosong ...cukupppppp ! :p

Ok ! Byeeeee !


Thursday, August 2, 2012

PINK Itu Menawan ♥

Wahahahahah...semalam aku merajuk dengan orang itu !
Dan kerana rajuk itu ku bawak diri ke Tesco
Plan di hati saje nak berjalan²
Dan kaki ini terus melangkah ke bahagian perkakasan dapur !!

1st time aku buat menda macam tu
Berjalan kat tempat tu sbb biasanya suka jalan kat bahagian baju budak
Memang hilang stress tgk macam² peralatan dapur
Ikut hati mmg nak rembat terus bread maker tu tapi sabarkan hati
Rege RM249 aje ..ishhhh !! Dah menghantui minda pulak skrg !

Dekat 2 jam jalan dalam tu
Bila dah letih akhirnya aku sambar barang² nih aje


Total RM21.20 ..kikikikii..
Nasib baik rajuk kecik so kecik la barang ku rembat

Lepas ni nak jalan kat Sogo
Aku ada tgk hari tu cawan² plastik kaler pink hitam
Memang nak beli !

Seronok gila ngn hobi baru ni tauuu
Even tak semahal korang punya tapi aku SUKA !!

Okbai !




Wednesday, August 1, 2012

Aiskrim Vanilla Dgn Buah Secotet Di Atasnya ♥♥

Salam 12 Ramadhan uols !
Heheheh..akhirnya kembali setelah sekali lagi menyepi !
Takde menda la nak cerita tu pasl aku jarang dah bukak blog nih !

Ni nak bagitau lately ni nafsu aku dah beralih arah
Dari suka beli henpon kepada suka beli alat memasak
Hahaha...naluri sejati seorang ibu mengalir dalam badan !!

Tambah skrg bulan Ramadhan mcm² aku nak try
Kalau nak tahu aku ZERO pasal masak nih
Pastu tambah pulak dgn malas kuasa 2
Mmg susah nak nampak aku kat dapur
Tapi okey laaa bila skrg dah ada minat kan !

Ramadhan ni jugak pertama kali aku masak rendang
Buat kerabu tauge,Masak Paceri nenas
Macam² lagi la nak cuba... :)

Skrg ni tengah berangan nak beli Ice Cream ngn Bread Maker
Ada duit nanti mmg nak beli jugak...tak kira dah !

Oklahhh..tajuk dah lari jalan cerita !
Ni semalam aku mcm teringin nak buat aiskrim tu
Belum ada maker, aku guna hand mixer aje
Dan hasilnya...PERGHHHH ! Sedap gila wess !
Cer tgk gambar !


Nampak sedap kan ?? Rasa pon sedap sgttt !!
Lepas ni nak belajar buat macam² aiskrim lagik !
Dah tanak beli kat apek bawak motor bunyi "kecing kecing " tu lagi !

Ada yang tanya resepi kat facebook aku tadi !
Ni dia resepinya :

2 1/2 cawan serbuk coffemate
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar gula

Cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan,pukul dgn mixer hingga kembang, berbuih & ringan.
2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
3. Bila beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dgn mixer sekali lagi smpai lembut. 
4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
Senang kan ?? Aku pon google dari merata nih !
So selamat mencuba !

Memasak itu sgt besttt..lagi² untuk di hidangkan pada mereka yang tersayang !



Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADHAN ! Takziah untuk ..

credit to google
Insyaallah lagi 2 hari kita nak sambut Ramadhan ! Ramadhan yang di nanti². So di sini saya mohon maaf untuk segala kesilapan yang dah saya buat selama kita menjadi sahabat ! Mungkin komen² yang agak kasar yang dah menyakitkan hati korang yer ! Terima kasih kerana terima saya menjadi sahabat ! Terima kasih layan celoteh saya. Dedicated this untuk kawan² facebook saya terutamanya..yang redha, pasrah dan tabah membiarkan status saya aje lalu kat news feed memasing ! Terima kasih kerana jugak kerana tak jemu untuk like dan komen sama yer ! Sekali lagi ...SALAM RAMADHAN dari saya !

Di kesempatan ini jugak nak ucap takziah untuk family Ameera ! Wahahaha...masuk jugak Samarinda kat sini ! Aku tak puas hati bila pengarah matikan watak Amir ! Biarla pompuan terkejal si kaki lipstick tu aje yang mati !! Aku rasa Shamsul belakon babak romantik tak jadik sangat..rasa keras tapi bila sedih tu menjadi pulak ! Time dia mati ku nanges tauuuu...hahahahahh !! Hensem jugak bila tengok lama² muka mamat nih ! Pastu nak tergelak sebab ending citer tu berapa kali Ziela kena tampar..sure pening lalat dia kan..hahahahah ! Ehhh ..emo la aku ngn citer kali ni !! Sedih Amir mati tak ilang lagi nih !! Gileee !Hahahaha...

Ok..meh sini aku tepek status yang aku tulis kat facebook aku pasal citer nih ! Jom layan !
Aku dah tgk Ameera ! Semlm Astro buat peel bongok takde channel ! Shamsul Yusoff sbg pelakon kalau citer sedih² ni rasanya agak kurang ! Tak brp smpai ke jiwa..ada jgk yg smpai tapi keseluruhan dia agak keras !! Dia sesuai belakon mcm citer Bohsia Jalan Pulang Ke Rumah aje !! Tp dlm cerita Ameera ku anggap dia lelaki dayus ! Lelaki yg tak mampu utk kemudi rumahtangga smpai semua keputusan kalau bukan mami dia, Ameera yg tentukan ! Suami itu pemimpin yg sepatutnya lebih bersifat sbg ketua..yg boleh membuat keputusan atas apa jua keadaan & dlm masa yg sama tidak melukakan hati isteri @ mami dia sendiri ! Well...ini pandangan aku ! Tak bermakna betol tapi boleh kalau nak di persetujui ! Owhh yeee..dalam keras Shamsul berlakon, babak dia cerita kat mami dia kenapa Ameera mandul ada ayaq mata yang bertakung di mata ini ! Okbai !
Jom main teka teki. Yg kena tembak sebelum iklan itu adalah Ziela...kot!
Tak boleh terima kenyataan Amir mati wehhh..huwaaaaa!! Tadi masa mak mertua peluk Ameera tiba2 pikir..kalau kat realiti mak mertua Rita peluk mcm tu kan bagussss!!
Hahaha..masih berkisah tentang Amir yg mati di tembak oleh Farok dlm Ameera : Korang jgn marah Polis tu wehhh ..tu polis Gerak Khas Shamsul Yusof pinjam dari bapak dia !! Muahahahaha ! Geram ! Geram !
Status copy paste ulangan sempena cerita Ameera :
Kita boleh memilih perempuan yg beriman, bijak, bergaya & berjaya utk di jadikan menantu tapi tanya pada diri nak ke perempuan tu jadi menantu kita?? Wahahahaha. Manusia tadak yg sempurna tapi itu bukan alasan kita utk menghina & mengeji!!
Hahahah..ikutkan banyak lagi tau..tak larat nak copy ! Best berbalas keluarkan pendapat kat situ ! Yang penting..memang ketawa terbelahak baca komen korang ! Terbaikkkk wokkk...hehhehe !

Okbai..Jumpa Lagi !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket