Tuesday, October 2, 2012

Cerita Kita..Sudah 11 Tahun Awak !

Awak,

Awak ingat tak kali pertama kita bertentang mata ?Masa tu saya ingat lagi tahun 1997 ..masa tu bila nampak awak saya rasa macam happy sangat. Tak tau sebab apa tapi wajah awak menenangkan hati ! Saya suka sangat tengok mata awak ! Renungan awak memang boleh buat orang cair kan ! hehehe..saya la yang cair tu kannn !

Tapi rasa suka tu saya simpan dalam hati ! Saya tak bagitau sebab saya tau kedudukan awak siapa. Saya tahu batas antara kita berdua dan tak mungkin kita boleh menjalinkan hubungan. Tahun ke tahun ..bila jumpa kita hanya cakap dan bergurau senda macam tu aje kan. tapi saya pon rasa ada sesuatu perasaan yang sukar nak tafsir ! Renungan mata awak juga bercerita tapi saya tak berani nak tanya ! Gila ..mau di pelangkung oleh mereka² yang berkenaan !

Saya ingat lagi saya kerja KFC masa tu. Hahaha..minah KFC yang ranggi ! Pakai skirt pendek atas peha kan wak kan ? Awak ingat tak masa tu awak pon kerja biasa jugak kat Medan Mara jugak ? Setiap kali saya parking kereta, cross jalan sure saya nampak awak berdiri kat tepi bangunan tu. Setiap kali bertentang mata, awak hadiahkan senyuman paling manis untuk saya..Phewwwww ! Pingsan ! Berangan dalam hati " owhhh..bila la putera raja ni boleh ku poluk² " ..lawakkan ! Suka kat awak punya pasal, awak keje jaga bangunan pon saya anggap putera raja ! Hahahah..tapi ye la, saya masih ingat keterbatasan yang ada antara kita !

Awal 2001 saya ingat lagi kisah masalah awak dengan pasangan awak. Entah laaa..saya malas campur. Nanti orang kata amek kesempatan. Hubungan awak dengan dia dah jumpa noktah ! Saya dengar jugak kisah macam² tentang awak dan dia tapi saya tak peduli kerana awak dengan saya tak punya apa pon ikatan kan ? Lepas tu ..segala²nya seperti biasa hinggalah February 2001, kita sama² pergi Pasar Malam kat Jalan Kuching tu. Pergi dengan adik awak yang tika itu jadi sahabat yang paling saya sayang dengan sorang lagi abang awak kan ? Masa tu saya ingat lagi..hujan renyai² ! Dengan gaya machonya awak memayungi saya ! Owhh..bau perfume yang awak pakai buat hati tak keruan ! Senyuman awak tika itu buat saya macam org tak betol ! Gila kannn...teringat sebelum tu awak repair keta Satria saya..hahahahh ! sambil tgk tangan awak duk betul²kan enjin tu saya boleh berangan "bestnya kalau tangan lelaki ini nanti yang memanjakan aku !"...gedik ! gatal ! alaaa...masa tu umur saya baru 20 lebih..memang gatal la kannnn..nak buat caner ..heheheh ! Tapi gatal dan kuat berangan saya macam Ain Hawani dalam Adam Hawa tu tau..suka cakap sorang², simpan sorang² !

Balik dari pasar malam, saya singgah rumah mak awak sekali ! Kita sama² makan dengan family awak kan ? Dah selesai makan saya ke dapur nak basuh tangan. Saya ingat lagi takde siapa kat dapur masa tu. Baru nak toleh tiba² awak kat belakang hadiahkan saya satu ciuman ! Erkkkk...besday saya lambat lagi tapi kenapa saya dapat hadiah tu ?? Suka ? Suka rasanya tapi...TERKEJUT yang lebih ! Saya ingat lagi lepas awak cium pipi saya , awak cakap " Saya nak kawan serious dengan awak ! Terima saya yer !"....perghhhh ! Baru nak kawan dah cium pipi..rasanya gedik awak lebih dari saya ! Saya toleh ke belakang rupanya adik dengan anak buah awak tengah "uikkkkk" tutup mulut saksikan kejadian tadi ! Hahahahah..mati laaa !Mati laaaa kena canang satu kampung ! Nasib baik diaorang sporting !

Saya kaber rasa hati ! Saya ingat saya tak bagi jawapan. Awak renung muka saya harapkan jawapan. Hahaha..malu ! malu ! Terus mintak izin nak balik ! Sampai rumah terus "Mamiiii..ada mamat hensem takel Ila mi ! ". mami tersenyum ! Mungkin dia ingat doa dia supaya saya jumpa lelaki yang mampu menjaga saya dengan baik dah tercapai !

Lepas tu kompom kita jadi pesangan kekasih ! 25 February 2011 dengan rasminya saya chop dahi awak  "Pakwe Shilla !" . Saya penah gagal sebelum tu. Saya ada seorang anak dengan dia. So saya harap pilihan saya kali ni tak silap ! Awak ingat kan..saya uji awak macam² ! Sengaja saya suruh awak bayar duit kereta saya, saya suruh awak bayar duit rumah saya ! Selain memang saya agak mata duitan tapi saya nak tengok awak ada tanggungjawab ke tidak. Perkahwinan saya dulu gagal sebab itu lahhh..sebab lelaki tu taknak sama² bersusah payah dengan saya ! Dan awak saya tengok dengan rela hatinya melakukan ! Saya uji kesetiaan awak dengan berpatah semula menyintai bekas kekasih..awak cool aje ! Menasihatkan saya  !

Akhirnya setelah lebih kurang 6 bulan cinta kita mekar, awak buktikan yang awak serious nak kan saya bila awak melamar saya menjadi isteri yang sah ! ye...masa tu saya gembira sangat² ! 22 Oct 2011 tarikh kita di nikahkan ! Awak ingat lagi tak..tok kadi tersalah sebut nama awak. Dia pegi sebut nama bapak tiri awak..hahahah, tak memasal saya jadik mak tiri awak pulak ! Bermula dari saat itu saya sah menjadi isteri awak !

Bila kita dapat sorang anak, awak ingat tak awak bawak saya pindah rumah setinggan ? Kewangan kita tak berapa nak stabil. Saya turutkan jua padahal tak penah pon duduk rumah macam tu. Takpe..demi cinta pada awak. Awak ingat tak rumah kita tu bila hujan lebat je air masuk dari celah bumbung macam air terjun ?? Kita duduk kat sofa pandang aje kan sambil tunggu hujan berenti sebab awak nak mop lantai ! Tapi betul awak..saya bahagia dengan awak ! Biar saya selalu bergaduh berebut air paip ngn jiran setinggan sebelah..saya tetap bahagia !

Dan awak ingat tak lagi kita pergi kerja bawak berapa ringgit ? Awak 5 ringgit saya pulak 2 ringgit ! Uishhhh...kena bajet betul sebab kita kerja yang tak seberapa ! Saya masa tu kerani cabuk, awak pak guard jaga bangunan !! Tapi kita ada keta kancil kan...keta saya tu ! Tapi awak yang bayar bulanan kan ? Takpe laaaaa..korban je segalanya demi kebahagiaan kita !

Macam² lagi yang kita tempuh bersama ! Sampai saat ini saya dah keje jadi executive, awak plak pegawai kanan. Ekonomi kita walau tak mewah tapi rasanya dah stabil dah. Ada umah sendiri kat Bandar Tasik Puteri nun..ada keta iswara sebiji nak habis bayar, ye la kena pakai tu aje la sbb kita p jadi gerantor org tak bayar loan, dah nama kita berdua blacklist kan ?

Syukur kan awak ! Kita tempuh segalanya berdua bersama anak² ! dan kalau awak tak lupa hari ni 2 Oct 2012..maksudnya lagi 20 hari kita bakal sambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke 11. Saya tak mintak banyak awak,saya tak perlukan hadiah pon. Saya cuma berharap awak sanggup berjanji untuk terus menjaga hanya saya dan anak²..tiada org lain selain kami ! Saya cuma berharap awak sanggup juga berjanji mencintai saya hingga akhir nafas awak ! Andai itu dapat di penuhi..saya rasa saya wanita yang cukup bertuah di lahirkan di dunia ini dan di anugerahkan dengan lelaki seperti awak !Saya cinta awak tapi untuk berebut kasih awak dgn orang lain yang tak sepatutnya hadir dalam hidup kita..SUMPAH saya tak akan lakukan !

Terima kasih awak kerana menjadikan hidup saya sempurna selama ini ! Kasih sayang awak tanpa batasan, cinta awak tanpa had tapi saya tak tau kenapa semua itu masih terjadi ! Cinta kita terlalu manis..saya tanak awak lupa dan kerana itu saya coretkan semua itu di sini. Moga awak tak marah..saya sanggup lakukan apa saja untuk terus kekal di hati awak, uji lah apa saja tapi bukan dengan cara mencurangi saya. Sya harap awak faham :'(

1 comments:

Unknown

Stiap pasangan ada cerita sndr kn kak...bl dkenang sejarah tu la yg membuat manis y perkahwinan kita..hope akak tabah mnembuh hari mendatang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket