Monday, November 21, 2011

Tabah..kerana kita kuat~!

Salam ! Wahhh..serious lama ku tidak menulis. Tak tau nape sangat malas ! Tapi yang sangat pelik tu aku terlalu rajin kat FB ! Setiap jam tak pernah lupa nak update. Ada aje cerita yang nak di kongsi. Ada je menda nak sakat kawan² !!

Lately ni aku sendiri pon tak tau nape status kat FB tu bertukar banyak tentang isu rumahtangga. Sampai ada yang tanya "kenapa hebahkan masalah dengan hasben kat wall?"..huhuhuhu, meh la ku terangkan sekali lagi, segala kisah itu tiada kaitan dengan kehidupan aku sekarang. Sangat bahagia dengan apa yang aku lalui sekarang. Status itu banyak yang aku kongsi hasil dari pengalaman kawan² juga dari tulisan² orang lain.


Ada juga yang kawan yang inbox mintak pandangan. Biasanya aku amek kata² itu di letak untuk pengajaran. Ada juga yang bertujuan mintak pandangan since kawan sendiri yang suruh. DAN..satu yang paling aku nyampah, ada yang menyound "tak payah masuk campur!". Your head masuk campur !! Kau kalau dah tak boleh nak menolong baik DIAM !! Orang bukan tak sekolah tak tau beza mana satu nak menolong mana satu masuk campur !!

Terlalu "jaga tepi kain sendiri" tanpa sesekali menolong orang pon tak elok !! Bukan aku suh pegi pot pett pot pet kisah orang tapi takkan nak tunggu menda tu jadi teruk baru la nak rasa kesian !! Dah nasi jadik bubur baru laa "kesiaaannnnya dia!"..your head sekalikk lagik! Orang dah mintak tolong...hulurkan walaupon sikit !!

Pastu lagi satu..time orang bercerita mintak pendapat laju aje guna agama nak hentam orang. Cakap orang bukak pekung kat dada ! Ni nak bagi "your head" lagi ke ??..amek la..Your Headdd!! Tengok situasi, tengok cara dia bercerita, cara dia meluahkan..kalau ye nak menegur, tegur dengan cara yang elok bukan menegur dengan cara yang menambah sedih yang sedia ada ! Aduhhhh...come on laa !! Belajar sikit nak bersimpati..bukan semua orang bernasib baik macam kita ! Tayah nak mendabik dada sangat laaaaaa...huh!

Ehhh...lama tak update, sekali update dah membebel kan ?? hehehehe..okey !okeyy! fulstop !!

Pada kawan² yang sedang di uji itu..tabahla ye ! DIA tahu kita kuat tu pasal DIA bagi ujian macam tu ! Tau hak, tau apa yang harus korang buat insyaallah semua tu mudah je nak tempuh ! Ye ..aku boleh mendengar, hulurkan pandangan tapi still korang sendiri yang kena bangun dari derita tu kan! Cakap macam mana pon tapi kalau bukan korang sendiri yang mulakan langkah nak hentikan derita tu..takde sapa pon yang boleh buat !

Apa aje keputusan yang korang buat...fikir masak² ! Jangan ingat "cerai" tu penutup segala masalah ! Banyak lagi yang korang harus tempuh bila memilih jalan itu ! Tapi kalau masih perlu tempat untuk mengadu..anytime ! Macam biasa inbox aku terbukak luas !! Okeyy..jaga diri ! Akan ada bahagia di kemudian hari nanti !!

Ini aku share status kat wall aku ..heehehehe, pikir sendiri maksud di sebalik itu yer!

☻Cerekarama malam ni "Payung Emas"..Mark Zuckerberg, sampaikan pesan ini pada lelaki itu--> sebelum sempat dia bagi ku payung emas,ku bagi dia dulu "Batu Nesan"!...lallalalalalalla!
☻Syurga di bawah tapak kaki suami !!** Tapi sikap mereka kadang yang mengubah syurga itu menjadi neraka dalam hidup isteri...kan!
☻Ampun maaf kalau status ini menggores hati. Since kita bersahabat ku rasa tak salah utk menegur. " Bila ada sengketa dgn suami JGN la canang kat wall lg. Terang2 sebut sikap suami, malukan suami. Dia kan suami kita, ayah pd anak2 kita..maruah dia pon maruah kita kan? Boleh nak mengadu atau minta pandangan tp jgn BUAT STATUS MENGHINA si suami!"
Daku takdela nak ckp dah sempurna 100%, ada jg kdg bersengketa tp tak tergamak nak GELARkan suami mcm tu. Kalau suami terbaca mesti dia rasa malu kan? Dan jangan salahkan dia andai terjadi "PAYUNG EMAS" sbb kdg sikap kita sendiri yg sgt mendukacitakan.
Oraitssss...andai ada terkasar bahasa, terguris hati dalam berbalas komen selama ni..mintak ampun, mintak maaf yer !! Tiada niat selain niat untuk menasihati..tidak jugak la cakap dah cukup sempurna nak nasihat orang tapi kurangnya apa yang kita tau kita share sama² !

Tuesday, November 8, 2011

Syurga Di bawah Tapak Kaki Ibu.

Ye...entry kali ini terlintas bila aku baca status Alanna Qish kat facebook semalam. 
Quran tak sebut, Allah tak suruh... Tapi siapa pernah cium tapak kaki ibu? - Dr. Fadzilah kamsah.
Sebaik baca aje status itu terimbau kembali kenangan dulu. Tak silap masa tu aku masih belasan tahun. Masa tu lebih kurang pukul 3 @ 4 am. Tersedar dari tidur rasa sayu sangat. Ku jenguk mami masa tu sedang lena. Di pikiran cuma terbayang "Sunyinya hidup kalau mami dah tak ada nanti !"

Perlahan² aku hampiri kaki dia . Ku cium tapak kaki dia . Bukan semata² kerana kata "surga di bawah tapak kaki ibu" tapi kerana sayang aku pada dia. Aku pula jenis yang sukar untuk lafazkan direct pada mami . Rasa takut kehilangan dia sangat² menghantui masa tu.Aku juga ingat sangat..sebaik aje aku cium tapak kaki mami aku terus hadap cermin. Airmata mengalir sambil merenung muka sendiri. Entah apa yang buat aku sayu sgt malam tu pon aku tak tau. Aku rasa sampai mami tinggalkan aku untuk selama²nya dia tak tau yang aku penah lakukan itu padanya. Tak pernah aku bercerita..ku diamkan saja menjadi rahsia diri sendiri.

Sekarang ye..rindu sangat mendalam !!Hidup sunyi tanpa mami di sisi. Dulu setiap hari kalau datang lepak rumah dia dah terhidang ikan singgang dengan nasi panas faveret aku, bila tengah tengok tv dengan dia pasti dia tanya "ila nak teh tarik ?? mami buat kat kedai mamak jap!"..heheheh, ku gelak aje. Mami sangat kelakar..kata² dia memang buat aku kadang pecah perut ! Bebelan dia juga kadang agak kasar...sebab itu dulu kalau dia membebel aku suka melawan. Pitching dia sungguh menikam kalbu dan saat ini aku harus akui..aku rindukan suara itu !! Aku rindukan usapan dari tangan dia..tangan yang memujuk ketika rajuk melanda !! Kalaulah mami dengar pasti mami takkan biarkan aku pilu begini kan !!


Alfatihah mami.Moga mami tenang di sana :'(


Thursday, November 3, 2011

Salahkah Wanita Memilih ?? Tidakk!!

Uitsssss...hujan hampir setiap hari kan ?? Kalau dapat tidor beshh ni..bukak ekon no 16 pastu selubung dengan toto ! Huhh.memang lena !! Jangannn buat kat opis..kena buang ku tak tanggung @_@

Korang dengar tak topik HotFM pagi tadi ?? "salahkah wanita memilih?" ..hahahahha ! bagi aku sangatlah TIDAK salah !! Entahh caner nak explain lebih detail tapi maybe yang pernah melaluinya akan faham. Aku sendiri pernah gagal dalam sebuah perkahwinan. Dan terus terang aku kata..duit juga menjadi punca. Bayangkan susah payah kumpul duit tapi di habiskan begitu aje !!


Bukanlah mengajar untuk mengejar kemewahan semata² tapi CUKUP SEKADAR yang menjadi tanggungjawab dia boleh laksanakan . Mula perkahwinan kali kedua ini yang menjadi benda pertama aku perhatikan. Sikap ingin berubah, rajin kerja & tau tanggungjawab sangat aku titik beratkan dalam perhubungan. Ye laaa...penah melalui kegagalan so seboleh mungkin tak ingin lagi nak mengulanginya !!

Lagi sekali..tidak sama sekali mengajar jadi mata duitan tapi korang harus ingat ada mahligai yang di bina roboh di pertengahan jalan semata² sebab DUIT !! Padahal mahligai itu terbina dari rasa cinta yang sangat mendalam, dari kata "I love U so much..Everything I Do I Do It For U !" . Yea...duit bukan segala²nya tapi segala²nya adalah duit..BETUL kan ??



Hisaplah selagi boleh !!

Tau itu ↑ gambar apa ?? Hehehehhee... ku ada terbaca keluhan kawan² yang suami sangat susah nak berenti merokok !! Owhhh sebelum itu ini status FB yang aku update pasal menda ni :: 
Tips suami nak berenti rokok..carikkan awek gedik utk beliau yang tak suka bau asap !! lalalallalalalallaal @_@
Hahahaah..kalau berani sila gunakan tips ini ! Aku ?? Sumpah takmoh guna..wahahahah!! Tapi memang kenyataan apa lelaki masa bercinta la banyak menurut..kannnn! Ater belum dapat memang la patuh..cer dah jadi hak milik masa tu baru nampak kaler sebenar dia kan!

Kalau tak silap hasben aku merokok since beliau baru aje bergelar teruna..dalam umur 14 tahun kot ! Itu dia citer la kan . Mana dia amek duit pon aku tak tau tapi ku rasa waktu tu rokok murah lagi kottt ! Takat guna duit sekolah dia boleh la beli lagi.

Bila di takdirkan kami bercinta dia memang stop merokok nih !! Memang ikut sangat permintaan aku tu kannnn...cakap apa aje dia boleh buat @_@ Uwahahaha..muka memang siyes tak sentuh rokok itu tapi rupa²nya lepas kawen ku tengok dia start merokok semula. Bila ku marah ku cakap masa bercinta boleh aje tak merokok dia jawab "Ehhh..sayang mana tau balik dari datinggg jam² tu jugak baba lepas gian abeskan sekotak !!" hahahahah..jawapan yang sangat lurus. Even ku rasa nak ketuk ketampi dengar jawapan itu tapi terima aje lah seadanya !! Setiap hari ku rasa hampir RM10 hanya semata² utk rokok..gila membazir !!

So memang aku tak boleh nak kata apa sampailah satu saat..si bongsu kami koma ! Salah satu punca dia doktor cakap "kemungkinan asap rokok!". Huhuhuhu..memang sedih time tu kan. Rasa bersalah sgt kat si anak & bermula saat itulah dia berhenti merokok. Dah hampir 2 tahun rasanya.

So kat sini ku boleh simpulkan..menda macam ni kena ada kesedaran dalam diri derang sendiri. Nak paksa sangat pon tak guna. Dari buat gaduh baik diam kan ?? & aku kini sangat bersyukur kerana dia sanggup hentikan tabiat itu demi untuk anak² dia.

& korang pelan² pujuk ehhh ! Cakap slow² , manja² & romantik sikit insyaallah lelama terbukak la hati dia nak berenti rokok tu :=)


Wednesday, November 2, 2011

Andai aku pergi dulu !

Memula nak mintak sori ! Entah nape hati ini rasa sungguh tidak sedap ! Rasa macam bakal kehilangan segala²nya. Bakal berpisah "terus" dari mereka² yang sangat aku sayang ! Ini yang ku update di status tadi :
Apasal ehh hari ni rasa mcm "nak tinggalkan sume ??" rasa sedih..rasa ntahhh! rasa mengada nak makan pelempang jugak barangkali !! nanti kalau saya dah takde kat dunia ni jangan lupa doakan saya, jenguk² anak saya tapi suami saya takyah la yerr..dia dah besar, dia pandai jaga diri sendiri !!


Maybe entry ini akan menjadi pengubat rindu pada anak²..pada mereka yang menyayangi aku andai aku sudah tiada lagi di dunia ini ! "Ajal maut ketentuan Dia"..tidak lambat walau seminit tidak tunggu hingga kita selesai melakukan segala urusan kita ! Tidak juga akan tertunda kerana simpati pada air mata anak² !

Untuk anak² terutamanya aku titipkan kata² ini :

Yuyun : Mama sayangkan Yun sangat² . Maafkan mama kerana dari kecik Yun dah kena berdikari..dah kena jaga diri sendiri.Bukan sengaja sayang tapi  Yun kan tau..kita di tinggalkan tanpa nafkah sesen pon & kerana itu mama terpaksa lalukan semua itu. Tinggalkan Yun seawal pagi sebelum Yun bangun..pulang pula ketika Yun dah lena bersama bantal peluk !! Tak ada ucapan selamat malam, tiada ciuman sebelum tidor dari mama kan sayang ! Seawal umur 6 tahun Yun dah lakukan segalanya ! Andai mama tak ada nanti Yun jaga adik² yer. Mama sayangkan Yun..tak pernah sekali pon mama bezakan Yun dgn adik² lain even ayah Yun dengan derang tak sama. Mama halalkan setiap titik susu pada Yun..mama maafkan sume dosa yang Yun dah lakukan. Jangan risau..kemaafan memang sentiasa ada setiap kali Yun ada buat kesalahan. Moga Yun besar nanti jadi kebanggaan mama..kebanggaan family kita ye sayang. Moga juga Yun jadi anak yang berjaya dalam apa juga yang Yun lakukan ! Doa mama sentiasa mengiringi !!

Qistina : Lahir kamu melengkapkan cinta mama dan baba ! Kamu cinta hati pertama antara mama dengan baba ! hadirmu di tatang bagai minyak yang penuh ! Hingga saat ini biarpon kamu sudah besar tapi sayang pada kamu tetap tidak berbelah bagi. Kerana itu andai ada yang membuat kamu sakit di marahi, di pukul mama cepat terasa hati biarpon kesalahan berpunca dari kamu. Kamu juga sayang...kemaafan tetap ada ! Restu & doa mama sentiasa ada untuk kamu ! Terharu kadang bila ingatkan kini mama tak perlu untuk memukul kamu..rajuk saja sudah cukup menghentikan kenakalan kamu !! Terusik hati bila kamu datang pada mama sambil memeluk seraya berkata "mama jangan la majuk..adik kan sayang mama !" Belajar pandai²..kamu kan dah janji dengan mama nak jadi orang berjaya, nak jaga adik², nak jaga kak Yun jugak kan ??? Sayang kamu Qistina Batrisya !!

Zafry Imran : 6 tahun mama nantikan kehadiran abang !! Setiap kali lewat period mama mesti beli test kit tu !! Terlalu mengharap kehadiran seorang lagi anak & alhamdullillah 23 March 2008 abang hadir melengkapkan segala kebahagiaan hidup mama. Baba lagi hepi sebab hasrat nak ada anak lelaki dengan mama tertunai ! Abang..janji bila dah besar nanti abang jaga family kita yer ! Abang janji abang takkan lukakan hati mereka yang sayangkan abang yer ! Fobia barangkali mengenangkan kata "bijak pandai " yang konon meramalkan abang bkn² tapi mama percaya abang akan jadi kebanggaan mama, baba & semua kan !! Mama sayang abang sangat² ! Doa restu jugak untuk abang ! Kenakalan abang sekarang ni sebenarnya membuat mama bahagia ! Hahahaha..susahnya nak explain kat abang pink itu utk girl, make up itu untuk girl jugak ! Takpe..abang skrg baru 3 tahun..apa la yang abang paham kan :=) Sayang abang..sayang sangat² !

Sarah Irdina : adikkkkkkk...uwaaaa ! sebut nama adik mama pasti mengalir airmata !! Banyak kesakitan yang adik kena tempuh kan ! Untuk adik terus menikmati hidup di dunia kan ?? Mama tak boleh lupa adikk ayat pertama lahir dari mulut doktor sebaik dapat tahu adik ada dalam rahim mama .."Puan..gugurkan lah kandungan ini, merbahaya untuk diteruskan, risau samada Puan yang hilang nyawa atau anak itu nanti !" . Mengalir air mata. Mama tengok wajah baba..baba yang mengharap mama ikut kata doktor kerana risau terjadi yang bukan² pada mama ! Jangan salahkan baba adik..sapa pon mesti takut kan ! Tapi naluri ibu ini sangat kuat..kuat tapi redha apa aje akan jadi. Mama sanggup teruskan biarpon terpaksa gadai nyawa sendiri. Cukup 28 minggu adik ada dalam rahim mama...mama tumpah darah ! Segar lagi di ingatan..kelam kabut uwan panggil orang nak hantar mama ke hospital . Lepas tu 3 hari mama koma dalam ICU. Sedar aje tengok baba dah bengkak mata. Rupanya doktor cakap jgn letak harapan . Tapi alhamdullillah adik..mama terus bernyawa hingga ke hari ini even skrg dah takde rahim dah tak mungkin lagi melahirkan. Mama nak adik tau mama bangga dengan keputusan yg mama lakukan & kerana itu adik kini ada menyinari kebahagiaan kita sekeluarga !! Besar nanti jadik orang berjaya yer ! Mama nak adik tau..cinta & sayang mama pada adik, pada anak² lain tak ada tolok bandingnya ! Nyawa mama sanggup korbankan andai dapat membahagiakan kamu semua !

Jefry : Tak ada ada yang mampu di cakap...terima kasih tak terhingga kerana sanggup terima diri ini menjadi suri hati baba ! Terima kasih kerana baba menjaga sayang ! Terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang tak berbelah bagi ! Terima kasih kerana buatkan sayang bangga di lahirkan sebagai seorang wanita ! Terima kasih juga kerana melengkapi segala kekurangan diri sayang ba ! Sayang nak baba tau..selain anak² baba anugerah dari DIA yang tak ternilai. Sayang cintakan baba..cinta sesungguh hati ini. Sayang nak baba juga tau...setiap detik, setiap hela nafas ini sayang sentiasa ingatkan baba ! Halalkan segala yang dah baba berikan pada sayang yer !! Ampunkan segala kesalahan yang sayang dah buat !!

Huhuhu..panjang entry kali ini kannn ! Moga ini boleh jadi kenangan terakhir untuk mereka yang tersayang. Doa aku moga aku terus di beri kesempatan untuk membahagiakan mereka..untuk melihat mereka semua membesar depan mata ..Amin !



selamat pagi !

Selamat Pagi Sayanggg! Dah breakfast ?? Aku awal² dah lepak kedai sorang² aje makan mee hoon dengan teh tarik ! Lapar sangat tapi sebelum tu sempat lah satu das update status kat FB kan !! Kata addict so memang takde ubat dah peel tu!

Dengan topik kat HotFM ?? "Perhubungan Singkat"! Heheheheh..aku pernah ada hubungan sebegitu..sangat singkat semata² kerana dia pandai mintak duit !! Hahahahaha...dia ingat dia terer nak mengikis aku tanpa dia sedar aku lagi terer bab kikis mengikis kasi licin nih !! Adeiiii..kalau baru bercinta dah pandai mintak duit memang serious otomatik cinta aku boleh pudar walaupon rupa hensem seiras Brad Pitt !

Pernah gak ada kawan yang boyfren nak isap rokok pon dia kena belikan. Bila aku tanya "napa beli?" dia jawab "kesian!"...kesian menda kalau tiap hari begitu. Kan lebih elok kesian kat diri sendiri..kan ! kan ! kan !

Senang cerita..aku memang sangat tak boleh nak teruskan hubungan dengan lelaki yang mintak duit ini sebab bagi aku "duit kamu kadang duit aku tapi duit aku adalah duit aku!"...kuikuikuikui ! Sangat jaat kan daku nih!!

Okeyyylah ! mekaseyyy..sekian laporan betulis dari saya !


Tuesday, November 1, 2011

Mesti la marah !!!

Semalam masa mula² sampai Tesco ku dah cakap kat suami yang ku ada voucher nak guna. Dia diam aje so considered dia dengar la aku cakap apa kan !! Jalan² capai menda nak beli ku remindkan sekali lagi pastu aku pegi kat bahagian kanak²..itukan spot kegemaran . Tak lama ku dengar dia panggil "sayanggg..jom!"

Tapi takla ku terus pegi sebab tengah syok belek dress budak. Lama tu aku tengok dia senyap, dah tak nampak kelibat dia. Jalan depan sikit tengok dia baru je selesai bayar barang² yang dia dah amek tu. Mula aku membebel..aku cakap kat dia "kan tadi dah cakap nak guna voucher yang baba tak tunggu nape ??..blablablablablabaa " pastu dia tanya la voucer tu mana. Time ku tunjuk dia bantai gelak. Dia tanya semula "pasal voucher ni sayang nak marah baba?"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ehhh..Mesti la marah !!! RM2 tu bukan duit ke ???? kan ! kan ! kan !


Bila Dia Sakit !

Semalam aku ada bagitau dok Jam Tangan Brand Police Encik Suami sakit ??
Aduyaiiii ....terhempas tang mana aku tatau , nak pukul udah besor
So balik semalam kitaorang singgah Klinik Jam kat Tesco Selayang nih

ni depan kedai dia..gambar dia dalam banner sama dgn keadaan dia dalam kedai tu :=)
Ni perkakas dia nak membedah / memplastic surgerykan jam² customer beliau
Oraitssss..bersedia untuk di periksa...dalam hati dia mesti cakap "ayaaaaa..ini olang aaaa!manyakkk cuai!"

"Confirm ini jam sakit..lu kasik tinggal aaaa...amek "MC" esok datang semula"..**dialog rekaan aku!!
check lagi sekali..nak betul² tulis sakit apa kannnnn @_@ ! tu lalink dah bayor dah tu ! nasib baik RM50..kalau tidak !!

So...malam karang dah boleyy amekk, hopefully elok la kan
Sayang sangat kalau rosak kannn..baru 2 bulan aje pakai pon ^_^

Okeyyy ! Sekian Mekaseyyy ! Mood berblog sedang mari sikit² ! Doakan ku rajin update eh!

Tenkiu Lulu Caldina ! Vokal Bukan Sekadar Rupa !!

Siapa Lulu Caldina ??? Hehehee..kalau korang biasa kat blog ni mesti kenal dia kan ...
Dulu ku memang selalu masuk blog dia..tak berani nak tegur sbb takut beliau sombong
Tapi lama kelamaan persahabatan kami semakin rapat
Lagi² dia dah bukak FB..dulu kalau masuk blog nak komen kena log in dulu
So agak malas la nak tinggal jejak..tapi skrg, heheheh..tak sempat kat blog
Ku kacau beliau kat FB @_@

Kalau korang nak tau blog dia banyak share cerita kat paper
Ku anggap dia harian metro..so kalau tak sempat nak baca paper memang bukak aje la blog dia


Korang try klik kat gambar ehhhh..nanti boleh sampai kat blog beliau !

To Lulu..tenkiu kerana anggap daku sebagai kakak !! Terasa kerdil aje WALAUPON hakikatnya daku XL kamu yang size S !! Kalau korang nak tau dia panggil daku "kakak busyukk!"..ntah bila dia datang shiyum pon tatauuu..noti nehhhh! Hopefully persahabatan kita ke jinjang pelamin...ehhh! ehhhhhh! tak moh ! hingga ke akhir hayat kannn ! Thankssss dear !!

Hehehehe..Tajuk entry tenkiu dah sesuai..yang Vokal Bukan Sekadar Rupa aku sendiri tatau apa kaitan dia !!

Okbai !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket