Monday, October 29, 2012

Tragedi Raya Korban

Pukul 7.15pm 25hb aku masih kat opis !
Baru je siap buat report, fax kat Bernama, upload masuk web
Then henpon berdering, keluar nama "My Lalink"
Erkkkk..macam biasa laju je angkat

"Syg amek baba kat opis"
Aku heran sbb ikutkan minggu ni dia balik naik motor
Minggu seterusnya baru naik keta
Kita org dah setuju untuk gilir² balik
Seminggu motor, seminggu naik keta ngn aku
"Cepat laaa..baba eksiden, ibu jari dah kebas nih !"
Terkejut...terus kelam kabut siapkan semua kerja
Tinggalkan sorang kawan kat opis
Kesian dia tapi ye laaaa..kena dulukan hasben la kan

Masuk kereta tak tunggu enjin panas...vroommmm terus !
Sambil drive call dia lagi sekali
Katanya kat klinik dah tapi doktor tak boleh buat apa
Refer pegi hospital
Aku pelik "Ehhh..jari kebas je kan, nape pulak susah sgt doktor nak bg ubat ?"
Dia jawab "Ibu jari kanan baba putus sikit..darah dah melimpah dah ni !"
"Hahhhhh ? " seyesly terkejut
Suara dia cukup tenang menyampaikan
Aku rasa nak nanges dah

Nasib baik jalan tak jem
Biasanya kalau hujan mmg jem teruk
Tapi macam di permudahkan
Tak smpai 20minit aku dah smpai kat area opis dia
Dia tgh tunggu dalam kereta kawan baik dia

Ingat nak bawak pegi Tawakal je
Check² dalam bag , medical kad tertinggal kat opis
Tanya dia boleh tahan ke tak, dia angguk
So ckp kat dia ke Hospital Selayang aje la
Kalau kena tahan dekat ngn rumah kannn
Muka dia masa tu mmg cool sgt, sekejap² je nmpak berkerut
Sebenarnya dia tanak aku risau tu
Tu yang dia kaber sakit

Smpai hospital, doktor tnya jari yg terputus tu bawak ke tak
Dia jawab "Dah tak jumpa doktor..dlm hujan lebat !"
Tapi sementara tggu masuk bilik doktor, darah dah turun makin byk
Dia pon aku tgk dah mcm nak lemah dahh

Tak lama doktor bagi injection kat lengan 2 kali
Aku dah lupa injection untuk apa
Pastu pegi xray ..alhamdullillah takde kecederaan lain
Sebelum pegi Xray tu dia tanggalkan cincin yg dia pakai
Aku plak terpandang...adoiiiii..isi jari ikut bergerak dgn cincin
Kepala rasa pening, rasa macam nak rebah !
Cepat² aku duk diam kat kerusi tu !
Kesian dia...usap² belakang dia
Tenangkan dia :'(

Dah habis check,kompom takde kecederaan lain
Cuma ibu jari yg terputus sikit, jari lain yang terkoyak
Lutut kanan membengkak, kaki kiri jugak bengkak
Doktor bagi ubat² dan MC 7 hari
Smpai umah mak dia terus terlena..kejutkan pon tak bangun
Kesan ubat kottt
Besok tu terus tak boleh bangun, sakit akibat terhentak di jalan

Aku tnya jugak mcm mana smpai jari boleh putus
Dia cakap masa jatuh tu dia tak lepas handle
So jari tergesel kat jalan
Adoiiii...sakitnyaaaaaa !
Cakap kat dia takpelahh..anggap ini dugaan
Asal dia sihat, ada depan mata dah seribu syukur dah!
Tapi lepas ni dah sihat aku cakap "JANGAN MIMPI NAK NAIK MOTOR LAGI !"
Dia cuma tersenyum sambil angguk² kepala !

Tu makan nak kena suap, mandi pon kena mandikan
Boleh lagi bergurau tu "Besttt apaaa...semua syg kena buatkan !"
Nak tengok gambar ? Aku ada 2 keping aje
Yang dekat dan lebih jelas aku tak berani snap
Even ibu jari dia tu pon aku tak tengok
Aku takut darah kannnnn....huhuhuhu
Tunggulaaa dia dah baik betul nanti kan :)





Moga dia cepat sembuh !
Hari ni aku dah start kerja tinggalkan dia kat umah mak
Dia kena jalan bertongkat lagi sbb bengkak yang belum surut !

Oklahhh...lain kali cerita lagi !
Bye !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket