Wednesday, August 1, 2012

Aiskrim Vanilla Dgn Buah Secotet Di Atasnya ♥♥

Salam 12 Ramadhan uols !
Heheheh..akhirnya kembali setelah sekali lagi menyepi !
Takde menda la nak cerita tu pasl aku jarang dah bukak blog nih !

Ni nak bagitau lately ni nafsu aku dah beralih arah
Dari suka beli henpon kepada suka beli alat memasak
Hahaha...naluri sejati seorang ibu mengalir dalam badan !!

Tambah skrg bulan Ramadhan mcm² aku nak try
Kalau nak tahu aku ZERO pasal masak nih
Pastu tambah pulak dgn malas kuasa 2
Mmg susah nak nampak aku kat dapur
Tapi okey laaa bila skrg dah ada minat kan !

Ramadhan ni jugak pertama kali aku masak rendang
Buat kerabu tauge,Masak Paceri nenas
Macam² lagi la nak cuba... :)

Skrg ni tengah berangan nak beli Ice Cream ngn Bread Maker
Ada duit nanti mmg nak beli jugak...tak kira dah !

Oklahhh..tajuk dah lari jalan cerita !
Ni semalam aku mcm teringin nak buat aiskrim tu
Belum ada maker, aku guna hand mixer aje
Dan hasilnya...PERGHHHH ! Sedap gila wess !
Cer tgk gambar !


Nampak sedap kan ?? Rasa pon sedap sgttt !!
Lepas ni nak belajar buat macam² aiskrim lagik !
Dah tanak beli kat apek bawak motor bunyi "kecing kecing " tu lagi !

Ada yang tanya resepi kat facebook aku tadi !
Ni dia resepinya :

2 1/2 cawan serbuk coffemate
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar gula

Cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan,pukul dgn mixer hingga kembang, berbuih & ringan.
2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
3. Bila beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dgn mixer sekali lagi smpai lembut. 
4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
Senang kan ?? Aku pon google dari merata nih !
So selamat mencuba !

Memasak itu sgt besttt..lagi² untuk di hidangkan pada mereka yang tersayang !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket