Friday, December 30, 2011

Sedikit Nasihat Untuk Dia !!

Ada kawan hantar personal inbox kat aku. Cerita tentang masalah dia dan cuba mintak pendapat ! Kata dia "akak..saya sayangkan boyfriend saya tapi gaji dia saya rasa tak cukup la kak ! macam mana nak kawen nanti?" ..Hurmmmm, memang dikk..duit sangat penting untuk meneruskan sebuah kehidupan tambah lagi lepas kawen belanja semakin besar, nanti bila dah ada anak nak beli susu dan pampers lagi. Akak tak tau macam mana nak nasihat tapi meh akak cerita satu kisah !

"Dia kenal dengan suami ketika si suami punya gaji yang tak sampai pon seribu ! Lelaki tu dah ada 2 orang anak dengan perkahwinan terdahulu. Gaji dia sendiri pon tak sampai seribu tika tu dengan anak seorang jugak dari perkahwinan lalu. Sebelum bersetuju nak kawen dgn lelaki tu dia cuba perhatikan cara lelaki tu uruskan kehidupan. Nekad..perkahwinan di teruskan apatah lagi cinta dah tak boleh di pisahkan lagi ! Awal perkahwinan, dapat aje anak dia ikut suami yang ajak pindah pegi rumah setinggan ! Takpe ..di ikutkan lagi sebab cinta ! Hidup di teruskan walau memang serba kekurangan. Bayangkan..duit belanja suami ke tempat kerja cuma RM5 sehari dan dia sendiri tak lebih dari RM3. Cukupla nak beli teh tarik dengan meehoon goreng buat breakfast ..alas perut kan? Bila kawan ajak makan dia cakap dia diet tapi yang betul langsung tak punya duit lebih. Tapi alhamdullillah suami dia jenis yang rajin bekerja. rajin berusaha walau hanya sekadar makan gaji ! Tahun demi tahun rezeki makin bertambah ! Hidup dah ada wang..dah boleh soping macam orang lain ! Dah boleh menyimpan. Dah boleh beli apa aje yang anak dia nak sekarang!"

So adikk..dari cerita itu boleh bagitau kan duit memang penting tapi itu bukan tiket untuk kita menolak dia dari kehidupan kita ! Asalkan ada usaha, ada rasa tanggungjawab pada sebuah kehidupan..insyaallah kehidupan mampu di teruskan ! Jangan ada sikap MALAS sudah ! Memang tak ke mana !

Dia kat cerita kat atas korang boleh tau siapa..kalau korang dah lama kenal orang itu !!! Owhhh..ada payslip suami dia dulu..time ni lagi teruk, tgk aje berapa gaji dia tapi masa tu dia masih belum kenal suami dia cuma kat situ boleh membuktikan si suami memang rajin berusaha !!..Alhamdullilah..Cinta sebenarnya membuat kita bahagia..bukan duit semata² !







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket