Wednesday, April 18, 2012

Cinta Semestinya Memiliki III

**Bahagian II di sini **

Telefon tangannya berbunyi. Di lihat skrin. Nombor tidak di kenali. Terasa malas untuk melayan. Di biarkan terus berdering begitu sahaja. Entah..terasa tak berdaya untuk melakukan apa sahaja. Terngiang-ngiang kejadian semalam. Pengakuan lelaki itu yang menyintai wanita lain cukup meragut segala kebahagiaan yang ada. Bagi dia..lelaki itu boleh melakukan apa sahaja, akan ada maaf yang di hulurkan tapi bila melibatkan sebuah kecurangan terasa bagai maruah di pijak-pijak !

Lamunannya tiba-tiba terhenti. Telefon berbunyi lagi dan masih nombor yang sama. 

"Ishhh..sapa sajalah nih!" sambil mengambil telefon untuk di jawab.

"Assalammuallaikum Kak ! Maafkan saya kalau ganggu. Boleh saya jumpa akak ?" merdu suara wanita di hujung sana. 

"Jumpa ? Siapa ni ?" sungguh dia langsung tidak kenal empunya suara itu.

"Ini Zea kak ! Abang dah cerita kat saya yang akak dah tahu semua cerita ! Akak jangan marah ! Saya berani bersumpah saya memang tak tahu abang dah kahwin. Kalau saya tau saya takkan kacau kak. Saya tau perit dia sebab kakak saya jugak bermadu. Maafkan saya kak!"

"Owhhh..dia cerita pada kamu ? Kamu tak tau dia dah kahwin ? Jumpa untuk apa ? Ada akak bagitau akak marahkan kamu ? Takpe dik ! Akak tak letakkan kesalahan kat bahu kamu ! Akak tak kenal kamu ! " hiba ! Sungguh hiba hatinya bila memikirkan yang lelaki itu masih menghubungi wanita itu untuk mengadu kesedihan di hati.

"Akak..kita jumpa ye ! Jangan sebab saya akak dengan abang terpisah !' rayu wanita itu lagi.

"Sebab kamu ? Kalau kami berpisah pon bukan sebab siapa-siapa tapi takdir dah tulis setakat itu saja!" balasnya ! Cuba di tahan dari menagis. Dia tak ingin wanita itu tahu dia sedang bersedih kerana semua ini.

"Akak..tolong kak ! Sekali aje ! Kita jumpa ye !"

"Entahla dik ! Tengok la malam karang. Balik kerja karang memang akak jemput abang. Tunggulah kalau akak ada depan opis dia nanti yer. Asallammuallaikum!" terus di matikan talian.

Tak tertahan menanggung sedih di hati. Mujur semua rakan sekerja dah keluar rehat. Kalau tidak tak tahu bagaimana ingin di sembunyikan kesedihan ini. Seboleh mungkin ingin di jaga maruah lelaki itu dari tercemar. Selama ini di agungkan lelaki itu sungguh-sungguh ! Lelaki itu penyayang, lelaki itu penyabar dan segala yang baik-baik tentang lelaki itu di cerita kan ! Dan mana nak di letakkan muka andai semua sudah tahu siapa lelaki itu sebenarnya ?

Tepat 9 malam dia sampai di depan pejabat lelaki itu. Dari jauh sudah kelihatan lelaki itu menyandar penuh sabar menanti . Darah tiba-tiba terasa menyerbu ke kepala. Ada wanita di sebelahnya ! Mungkinkah ?

Kereta di berhentikan betul-betul di sebelah lelaki itu. Segera dia ingin mengalihkan kedudukan ke sebelah penumpang tapi belum sempat apa-apa lelaki itu sudah dekat menghampirinya.

"Sayang, keluar kejap. Zea nak jumpa !" lembut lelaki itu bersuara. Renungan matanya seolah mengharapkan dia bersetuju.

Tadi tengahari dia ingat lagi, dia tidak bercerita langsung tentang panggilan dari wanita itu kepada lelaki itu. Malas bercerita. Dan malam ini bila melihat kedua-dua manusia itu dia tahu, mereka saling berhubung lagi.

Berat kaki ingin keluar dari kereta. Dia risau akan ada air mata yang mengalir. Teringat lagi kata-kata ibu semalam . "Ingat satu..hidup kita tak gagal kerana seorang lelaki ! Tak akan gagal !"

"Sayang !" seolah ada arahan untuk dia keluar dari kereta.
Tak mahu tunjukkan keras kepala , perlahan dia keluar dari kereta menghampiri wanita tersebut.

"Akak..saya Zea !" dia memperkenalkan diri.

Cantik orangnya, manis bertudung . Tapi di lihat senyuman di wajah wanita itu seolah sedang mengejek kegagalan dia menjaga sebuah kesetiaan. Mahu aje dia berpatah semula masuk ke dalam kereta tapi di tahankan demi maruah dia seorang isteri.

Tangan di hulur. Seketika suasana sunyi. Lelaki itu juga sudah berdiri di antara mereka berdua.

"Akak..sungguh-sungguh saya mohon kemaafaan akak. Saya tak tau abang dah berkahwin ! Kalau saya tau takkan semua ini jadi ! Akak maafkan abang yer !" 

Maaf ! Maaf ! Maaf ! itu saja yang mereka tahu ! Seolah kata maaf cukup membalut luka hati ini. Cukup membuatkan semuanya pulih seperti sediakala ! Andai hati ini dapat di lihat oleh mereka dia yakin mereka juga turut bersedih melihat luka itu !

Dia terus membisu tidak menjawab ! Biarlah wanita itu ingin bersuara. Biar dia jelaskan. Dia tak akan lakukan apa-apa lagi ! Hati dia sudah remuk dari saat dia terbaca sms itu lagi.

"Abang, lepas ni jaga akak yer ! Macam kita bincang tadi..walau abang kata abang sayangkan Zea, abang cintakan Zea..Zea tak nak jadi perampas ! Ni baju abang yang Zea basuhkan dulu ! Maafkan Zea" 

Ya Allah ! Makin berdarah hati ini ! Lakonan apa sedang mereka buat ini. Perlu apa wanita itu berkata begitu di depan dia ? Di paling muka lihat wajah lelaki itu yang tertunduk memandang ke bawah ! Dan hati ini bertambah sakit bila melihat wanita itu lembut mencapai tangan lelaki itu untuk mengambil baju yang di hulur !

"Akak tak tau nak cakap apa ! Akak mintak diri dulu yer !"

Tak ada jawapan dari wanita itu. Bergegas dia menuju ke kereta. Baru ingin masuk lelaki itu terlebih dahulu mendahului. 

"Biar abang drive !"

Enjin di hidupkan . Terus dia berlalu tapi dia tahu..lelaki itu menoleh lagi memandang ke belakang !

Hati tak mampu lagi bersabar ! Dia menangis teresak-esak ketika itu juga.

"Sayang ! Jangan macam ni !". Kereta di berhentikan di tepi jalan.

"Abang jangan sentuh sayang !! Sayang geli sayang jijik dengan abang ! Sampai mana hubungan abang hinggakan baju abang pon dia basuh? Sayang ni apa kat rumah tu ? Abang gila ! Abang memang gila ! Abang ceraikan sayang ! Sayang tak ingin tengok muka abang !" meronta menangis dia luahkan ! Biarlah kali ini di lepaskan semua rasa. 

Terdiam lelaki itu tapi masih tidak melepaskan tangan dia. Ada air mata yang juga menitis dari kelopak matanya!

"Sayang ! Bagi peluang kat abang sekali lagi ! Sekali lagi ! Abang janji abang akan jaga sayang ! Tolong abang sayang !" bersungguh lelaki itu merayu.

"Sayang tak nak ! Sayang benci abang ! Lepaskan sayang kalau abang tak nak tengok anak-anak kita hilang mak dia !" jeritnya.

**BERSAMBUNG






1 comments:

Nurfaizah M Nor

apa perlunya si zea tu berkata begitu... nmpk sgt ada agenda yg tertentu....:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket