Thursday, April 19, 2012

Cinta Semestinya Memiliki IV

**Bahagian III di sini *

Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Peritnya masih ada. Sukar untuk melupakan. Setiap masa setiap saat dia terbayang. Hanya zahir yang seolah menunjukkan yang dia sudah redha dengan sikap lelaki itu tapi dia berani bersumpah Dengan Nama ALLAH yang dia tak kan lupakan apa yang telah terjadi.

"Abang !" keluhnya sendiri.

Sunyi rumah dia hari ni. Anak-anak dah ikut ibu pulang ke kampung. Biasanya dia memang tak mengizinkan tapi ibu yang bersungguh meminta. Demi tak ingin menghampakan..di izinkan jua walau berat hati. Lelaki itu pula seawal pagi sudah keluar bekerja.

Perlahan-lahan dia menghampiri almari baju. Tiba-tiba dia teringat yang telefon tangan lelaki itu ada di simpan di situ. Telefon yang di gunakan untuk menghubungi wanita itu.

Di buka almari. Di alihkan baju dan telefon itu memang masih di situ. Owhhh ..semakin berdarah hati ini. 

"Kenapa aku yang Kau pilih Ya Allah ?" ada air mata yang mula menitis.

Di ambil telefon itu dan sengaja di hidupkan semula. Dia yang mematikan telefon masa mula-mula membaca sms itu tempohari. Tak sampai beberapa saat ada sms yang masuk.

"huhh..ada lagi !"

"Abang..Zea rindu abang. Tak ada siapa lagi kejutkan Zea bangun pagi. Tak ada siapa lagi yang telefon Zea tanya dah makan ke belum. Tiada siapa lagi yang sudi manjakan Zea"

Menyirap darah ! Sms itu di baca berulangkali. Di lihat tarikh sms di hantar. Sehari selepas segalanya terbongkar. Ikutkan hati ingin sahaja di pecahkan telefon itu ketika itu juga tapi akal warasnya masih menghalang ! Dia sendiri tidak tau dari mana kekuatan itu datang. Dia tak tau bagaimana dia mampu bertahan dengan sebuah kecurangan.

Malu atas apa yang telah terjadi. Malu kerana gagal menjaga sebuah kesetiaan. Terasa seolah diri tidak berguna bila di permainkan sebegitu rupa !

Sedang melayan kesedihan,terdengar pintu depan di buka. Lelaki itu sudah balik. Terus dia pura-pura tidor. Tak ingin di tunjuk wajah sedihnya lagi pada lelaki itu. Selama seminggu ini dia cuba bersikap biasa. Menyerah semua pada keadaan. Lelaki itu juga tidak jemu memujuk. Bagi dia..biarlah segalanya mengikut arus masa.

Pintu bilik di buka.

"Sayang" panggilnya lembut.

Saja tidak menyahut. Biarkan lelaki itu fikir yang dia sedang tidor.

Tak sampai 5 minit lelaki itu sudah duduk di sebelah. Badannya di tarik mengadap lelaki itu.

"Apa ni ? kenapa sayang simpan lagi telefon ni ? Kenapa tak buang lagi ? Sayang baca lagi sms dalam ni ke ?" bertalu lelaki itu mengaju soalan.

"Kenapa ? Kenapa tak boleh baca?"

"Kan abang cakap abang dah mintak maaf. Sampai bila sayang nak macam ni? Semua orang buat silap sayang..bagilah peluang abang berubah !" 

"Memang semua orang buat silap tapi abang kena tahu tak semua perempuan boleh terima kesilapan macam ni ! Sampai sayang mati sayang ingat abang buat apa! Abang dah hancurkan segalanya!"

Banggg ! Berderai telefon di baling ke dinding. Di tenung muka lelaki itu. Jelas ada kemarahan di wajahnya.

"Sekarang sayang nak abang buat apa ? Sayang nak abang buktikan macam mana yang abang betul-betul nak berubah? Bagitau abang sekarang!" keras bahu di pegang.

Air mata mula menitis. Ini saat yang paling dia tak suka. Dia tak suka di herdik sebegitu. Dia tidak suka di marah sedangkan kesilapan bermula dari lelaki itu sendiri.

"Ceraikan sayang ! Sayang tak boleh lupakan semua tu selagi abang tetap ada kat sisi !" Owhhh..dia tak tahu kenapa dia tergamak berkata begitu. Dia yakin dia tak inginkan pada perpisahan itu tetapi ...rasa kecewa sudah membuatkan dia benar-benar hilang arah.

Terbayang bagaimana mesranya lelaki itu melayan perempuan lain. Betapa romantisnya lelaki itu memujuk wanita itu. Arghhh...dia yakin wanita itu juga merasa kasih sayang seperti yang dia rasa. Kasih sayang yang akhirnya membuat dia merasa sungguh-sungguh kecewa.

" Kalau betul jodoh kita tak ada lagi..abang redha ! Sekarang abang tak akan lepaskan sayang ! Biar abang keluar dari rumah ini untuk sementara. Kalau ini nanti boleh meredakan hati sayang..abang sanggup berjauhan. Nanti kalau sayang dah boleh terima semua kesilapan abang..sayang telefon abang. Abang nak sayang tahu, abang sentiasa ada untuk sayang ! Abang tak bermaksud melukakan hati sayang. Semua ini tanpa sedar !" menangis lelaki itu menjelaskan. Sedang dia ..luka semakin parah !

Perlahan di lihat lelaki itu menghampiri almari. Di keluarkan baju-baju untuk di masukkan ke dalam bag. Satu persatu di susun kemas.

"Ya Allah...apakah aku akan betul-betul kehilangan ?"

BERSAMBUNG





1 comments:

Asyifa Mustaffa

smpi bila nak bersambung nie kak....

apa pun...sy tggu smbungannya...hehe...leh wat novel dah cmnie....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket