Friday, June 15, 2012

Himpunan Cerita Tentang Shiela Firdaus ...Lagi !

kaitan gambar dgn status ?? entahhh .....

Tiada apa yg cukup menggembirakan bila berjaya menjadi tempat utk sahabat meluahkan ! Menitis air mata bila di kabarkan kata² telah menyatukan semula ikatan yg terputus ! Semua manusia tidak sempurna tapi kita masing² boleh melengkapi kan ? Tak ada apa yg di beri sebenarnya..hanya tanggungjawab sbg kawan, walau hakikat persahabatan ini hnya terjalin di laman muka buku !! **Kat sekolah dulu aku ada 2 3 org aje adik angkat ! Tapi kat sini ..uwaaa ! Terharu ! Di sayangi oleh kamu, kamu membuat diri cukup di hargai ! Terima kasih krn meletakkan kepercayaan itu ! Tenkiyu also to Mark ..bagi aku adik badik sepusat sepusing mak bapak asing² yg banyak !!
Byk sgt org jahat skrg ! Nk senang atas keringat org lain ! Lpas ni rasanya dtg keja handbag nak masuk bonet ! Masa drive tu cuma bawak satu wallet lain yg dlmnya cuma ada lesen , IC ngn sekeping duit soploh hinggit ! Oh yeee ..hp pon pegang Nokia 3310 pnya ! Baling peragut pon dia boleh jatuh motor pakej koma skali !!
Umur persaraan kakitangan swasta wajib 60 tahun ? Ohmaiii ..bagi can main ngn cucu la pulakkk !! Tapi ..skrg upkan pada 60, nanti tak lama lagi tak tau up lagi ke tak ! Cuma yg menjadi kerisauan aku nih ..BILANYA boleh merasa EPF tu ?? Haiyoooo ! Takpelaaa !! Darling ! I dah taruk 50% EPF I atas nama U ..lagi 50% di bahagi antara anak² ! Pesan byk tak guna sbb kalau dah mati I dah tak tau apa U akan buatkan ?? Cuma ingat ..itu amanah ! Duit itu untuk U besarkan anak²..kalau U buat kenduri kawen ..kita jumpa aje kat akhirat nanti ! Siapkan jawapan bila di tanya di SANA nanti ye darling !!! Okbai !
Seyes kenot go dgn wanita yg memandang ikatan perkahwinan itu satu menda yg menyusahkan sedangkan dia sendiri masih bergelar seorang isteri!! Tak perlu sgt kot labelkan lelaki itu mcm2..negara kita ada undang2, klu dah benci sgt cakap betul2. Ni takkkk..blkg burukkan tapi besok rambut basah!! Sahaja aku angkat cetong la pulakkkk!! Selamat Khamiss!!
Tahukah anda kemarahan seorang pemandu di jalan raya terhadap pemandu lain boleh di redakan hanya dgn cara mengangkat tgn pd dia? Pastikan juga bukan hanya jari tengah yang tegak ke atas yer!! Ingat tau..angkat tgn, tegakkan SEMUA jari dan ukirkan senyum pada dia, sy jamin dia tak jadi marah..confirm!!!
Lagi satu ! Juga komen pd status sy semlm ! Sbg isteri kena letak kepercayaan pd seorg suami ! Tp bila sahabat nasihat utk tidak terlalu mengharap @ meletakkan sepenuh kepercayaan & simpan sedikit utk diri sendiri.. sy ada jawapan utk itu: "Sy ada 100% kepercayaan utk dia..takde sy simpan sikit pon untuk sy ! Kalau di takdirkan kepecayaan itu di khianati..sy tak tau dia amek % tu kat mana ! Dah serahkan semua pada dia..dan dia tahu semua tu " ** Phewww ! Status tentang rasa hati aje hari ini !! **
Awk nak sgt kan ! Sy cuba beralah ! Bagi masa kat awk ! Bagi ruang kat awk untuk fikir masak² ! Awk desak sy buat keputusan yg awk tahu sy tak boleh lakukannya ! Dan sekarang bila sy buat kenapa awak jadi macam ni ?? Sy cuba bahagiakan awk dgn bermacam cara ! Setiap org buat silap dan setiap org ada hak utk di maafkan tp awk nafikan hak sy ! Walau terluka sy cuba jg selindung dari org lain ! Sy nak org tau kita bahagia ! Habis daya sy ..sy cintakan awk sgt² tapi ..... Cut ! Sambungan cerpen dari blog ! Rasanya ada 3 episod dah kat sana ! Episod seterusnya terbantut ! Idea tak datang !! Eheeeeee... terimalah sy sbg kwn kamu yg suka menulis ini yer ! Sekian Terima Kasih Love U Deep Deep !!
Baca komen yg saya reply pada status semalam :

Komen itu mengingatkan sy pada hari pertama sy menitiskan air mata ! Dia tak tau ...mungkin smpai hari ni dia tak tau kesedihan sy ! Belum berkahwin..baru bercinta terasa separuh jiwa dah di bawa pergi oleh anak² !! Sungguh ! Di khabarkan dia sudah ada cinta dlm diri, hati sorg mama bagai hilang arah sekejap ! Masih tak hilang rasanya sakit bersalinkan dia ! Tau² sudah remaja, sudah boleh membuat keputusan sendiri ! Tapi dia harus ingat ...ke mana pon dia pergi dia masih seorang ANAK ! Ada perkara yg dia masih perlu mendpt kebenaran dari family sendiri ! Teringat pula kata² ini : Setiap titisan air mata hatta air mata kerinduan ibu, si anak akan berdosa ! Dan kerana itu sebagai seorang ibu..sentiasa cuba maafkan anak² ! Restukan mereka ..insyaallah mudah utk mereka melalui kehidupan ini ! Terima kasih pada yg menasihati !!
Terbawak² dlm mimpi cerita Ameera ! Bezanya dlm cerita tu suami Ameera cuma menerima offer kahwin kerana anak dan tidak pernah gembira dgn perkahwinan itu tapi dlm mimpi daku semalam hasben melonjak gembira bila di beri keizinan menikah satu lagi ! Senyum gembira riang ketawa dia dlm mimpi itu ! Ngeeeeee ...dan harus dia akui , semua lelaki pon hakikatnya tetap sama seperti dalam mimpi ku ! Dalam cerita Ameera itu hanyalah lakonan yg di arah oleh seorg pengarah !! Mana lelaki tolak rezeki macam tu ..cuba sakap ! cuba sakap ! ( Cakap dah jadi macam anak aku masa kecik sebut..SAKAP !)
Isteri (termasuk utk saya pesanan ini!),

Kekerasan tak akan mampu mengubah ! Kita cukup selesa bergelar isteri dan dgn selamba menjerit melawan bila suami berkata² tanpa kita sedar kesabaran setiap orang ada hadnya ! Melenting, menengking dan terlupa mungkin ada yang lain di luar memujuk dan memanjai dia sepenuh hati !! Lelaki ...lumrah mereka suka pada ketenangan & kecantikan !! Kecantikan yg bukan hnya dari paras rupa tapi dari sikap dan peribadi kita seorang wanita !!! Jgn di cabar suami atas perkara yg tidak di sukai ! Jgn di mintak menda yg kita sendiri tak inginkan sebenarnya kerana selain risau keegoan dia tercabar, kata² juga satu doa ! Pada dia ..bersabarlah ! Ini takdirNYA & ingat ...PENCERAIAN bukan pengakhiran sebuah kehidupan ! Berubahlah andai benar masih sayang !!! :'(
"Jgn terlalu berbangga dgn pasangan kerana dia bukan hak kita smpai bila² ! Ajal maut jodoh ketentuan DIA " Entah kenapa sy tak berapa bersetuju ! Yup mmg betul kita tak tau apa akan jadi esok hari, kita tak tau samada kita di uji dgn kematian @ pon dia yg mungkin berpaling arah tapi sy masih memegang prinsip "HARGAI SEMENTARA ADA" Sy tak nak menyesal kerana tidak menzahirkan sedangkan sy berpeluang untuk berbuat begitu ! Lain org lain caranya...dan ini cara sy ! Darling ...ILYSM ! LUDD !!
Terbaca ini di hp dia "Ada top up ?" Phewwww..darah menyerbu ke kepala ! Ku sejukkan diri dgn mandi di malam hari ! Selesai mandi,selesai pakai baju, tepek bedak sikit terus tuju kat bilik dia. "BF ada mintak top up ke?" Dia geleng pale tapi ku bagi amaran KERAS "Jgn sekali pon mama tahu bf Yun mintak walau seposen pon kat Yun yer kalau tanak mama pecahkan hp ngn muka dia sekali!! Jgn jadi bodoh ..lelaki yg mintak duit kat pompuan lelaki tak boleh pakai !!" Ye ! Kepantangan aku lelaki mintak duit kat pompuan ! Baru jadi bf dah ada hati mintak itu ini yer!! Dlm isu ini aku takde kompromi ..bole jadi lg ganas dari Zed mengeluarkan kata, boleh jadi zalim macam Ibu Mertua Kassim Selamat jugak !
Panjang²kan status facebook saya ? Ahaaaaaa...jangan tak tau saya telah menjadikan facebbok saya mini blog saya !
Sekian Terima Kasih !

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket