Tuesday, June 19, 2012

Bertepuk sebelah tgnnn..takkan bunyik !

Ku dapat komen ini  
"Akak..akak tak lalu, senang cakap ! Saya pon tak tau nak elak caner !"
Komen di beri pada status yang berunsur rumahtangga
Oh yee...sebelum itu nak bagitau aku bukan kaunselor
Takde banyak mana pon pengajaran boleh di beri
Tapi pengalaman itu lagi mahal sebenarnya
Bercerita dari apa yang pernah di lalui lebih membuat kita merasa duduk perkara sebenar !

Komen itu pasal hubungan orang ke 3
Hahaha..dengan beraninya ku menulis di blog ini
Ku menasihat kerana pernah melalui !
Bukan nasihat kosong !
Bukan nasihat manis mulut !
Tapi semua itu dah di tempuh !!


Bila suami cakap "Abang tak tahu caner boleh terlayan dia.,abang tak nak pon!"
Itu alasan seorang penipu !
Bila isteri cakap "Sayang tak buat ! Dia yang dtg tiba²"
Itu juga alasan seorang penipu !
Buat la macam mana pon
Bertepuk sebelah tangan TAK AKAN BERBUNYI !
Sebelah tangan pada angin yee..bukan pada objek lain !
Cerita pada aku ..mana ada orang boleh paksa kita buat menda yg kita tak suka !!
So bila dah buat hubungan terlarang tak perlu lah salahkan sebelah pihak !

kredit pic to google
Ingat lagi ..pernah satu ketika
Gara² orang yang ku hubungi tak ada di tempatnya
Panggilan di sambut oleh lelaki itu
Mesra...dari nak cari kawan boleh berborak dengan dia !
Dan ku tinggalkan no henpon dgn harapan org yg di cari itu akan menghubungi semula

Selang sehari dua aje
Dapat panggilan dari lelaki itu
Tak tau caner boleh layan
Memang boleh hanyut ..sangat mengambil berat !
Pagi tengahari petang akan telepon
Dah macam suami sendiri

Tapi tak lama !
Tak sampai berapa hari pon tiba² perasaan GELI menguasai diri
Terpikir "Kenapa dia ni lebih sgt ? "
"Kenapa dia ni nak ambik berat sangat?"
"Kenapa dia panggil aku sayang sedangkan hak itu untuk suami sendiri !"
"Kenapa aku bagi ruang sedangkan dia tak layak pon untuk keistemewaan itu ! Keistemewaan yang sepatutnya hanya milik suami aku sendiri !"

Tiba² mcam sedar dari lamunan
Dan ingat lagi bila dia call aku cepat² cakap "Suami saya dah tau pasal awak ! Jgn call lagi !"
Padahal suami aku tak tau apa pon masa tu !
Aku ingat lagi di hantar dgn sms yang merayu
Tapi itulahhh ..bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi !

Sedangkan suami kita nak kat kita pon terketar nak salam tangan tok kadi
Menggigil kepala lutut nak mintak izin dengan ayah kandung kita
So kenapa aku nak bagi sesenang itu untuk orang yang takde kena mengena kan ???

Kesimpulannya..selain dari Bertepuk sebelah tgnnn takkan bunyik !
Isteri² kena ingat ...suami boleh akhiri kecurangan dengan sebuah ikatan
Tapi kita seorang wanita selagi talak tidak di lafazkan
Sampai bila² kita menanggung dosa
Dosa kerana menyintai lelaki lain selain dari suami sendiri !




6 comments:

InaYusoff

like!!

pena rozie

jgn saling tunjuk jari... Memang betul kalau tak de respon dari dua2 pihak semua tak akan menjadi...

Chekgu Azrine

setuju sis..mintak dijauhkan dalam hidup saya..huhu

SURIA AMANDA

contoh paling dekat jadi kat kawan opis..mmg ada scandal..tp dia dah kahwin..ingatkan dah xde dah..rupanya ada lagi...ntah la..masing2 dah besar..pandai2 la bezakan mana baik mana yg tak baik...

Nor Ain

Betul..tu suami kalo curang bole kawen lain tapi wat pompuan yg curang muka tak tahu nak letak mana kan.. boleh ada tu buat muka tebal je macam rasa x bersalah pulak ...susah kalo dah tak ada perasaan malu...muka selambe je...sgt menakutkan pompuan diakahir zaman nie...

Nor Ain

Betul tu shila.. saya sdri pernah alami camne suami di ganggu rakan sendiri ..yg pelik tu dia ada laki... dunia memang nak kiamat dah dimana isteri tidak tahu menjaga maruah diri sebgi seorg isteri AKA wanita... dan tidak tahu malu mengganggu rumahtangga org...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket