Tuesday, November 8, 2011

Syurga Di bawah Tapak Kaki Ibu.

Ye...entry kali ini terlintas bila aku baca status Alanna Qish kat facebook semalam. 
Quran tak sebut, Allah tak suruh... Tapi siapa pernah cium tapak kaki ibu? - Dr. Fadzilah kamsah.
Sebaik baca aje status itu terimbau kembali kenangan dulu. Tak silap masa tu aku masih belasan tahun. Masa tu lebih kurang pukul 3 @ 4 am. Tersedar dari tidur rasa sayu sangat. Ku jenguk mami masa tu sedang lena. Di pikiran cuma terbayang "Sunyinya hidup kalau mami dah tak ada nanti !"

Perlahan² aku hampiri kaki dia . Ku cium tapak kaki dia . Bukan semata² kerana kata "surga di bawah tapak kaki ibu" tapi kerana sayang aku pada dia. Aku pula jenis yang sukar untuk lafazkan direct pada mami . Rasa takut kehilangan dia sangat² menghantui masa tu.Aku juga ingat sangat..sebaik aje aku cium tapak kaki mami aku terus hadap cermin. Airmata mengalir sambil merenung muka sendiri. Entah apa yang buat aku sayu sgt malam tu pon aku tak tau. Aku rasa sampai mami tinggalkan aku untuk selama²nya dia tak tau yang aku penah lakukan itu padanya. Tak pernah aku bercerita..ku diamkan saja menjadi rahsia diri sendiri.

Sekarang ye..rindu sangat mendalam !!Hidup sunyi tanpa mami di sisi. Dulu setiap hari kalau datang lepak rumah dia dah terhidang ikan singgang dengan nasi panas faveret aku, bila tengah tengok tv dengan dia pasti dia tanya "ila nak teh tarik ?? mami buat kat kedai mamak jap!"..heheheh, ku gelak aje. Mami sangat kelakar..kata² dia memang buat aku kadang pecah perut ! Bebelan dia juga kadang agak kasar...sebab itu dulu kalau dia membebel aku suka melawan. Pitching dia sungguh menikam kalbu dan saat ini aku harus akui..aku rindukan suara itu !! Aku rindukan usapan dari tangan dia..tangan yang memujuk ketika rajuk melanda !! Kalaulah mami dengar pasti mami takkan biarkan aku pilu begini kan !!


Alfatihah mami.Moga mami tenang di sana :'(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket