Wednesday, September 21, 2011

SAMPAINYA HATI !!

Selama ni selalu aku tanya kat dia..ada apa yang aku lakukan kalau dia tak suka. Selalu cakap kat dia lebih baik dia berterus terang dari biarkan semua tu bersarang kat hati. Aku takut andai di pendam nanti lama lama jadi dendam. Tapi tak pernah sekali pon dia cerita sejujurnya. Habes² dia cakap "Syg jangan mengada !! kalau baba tak suka baba akan cakap depan², baba akan terus terang kalau ada pompuan lain dalam hidup baba!'

So aku terpaksa akur. Dengar aje la dan cuba yakinkan hati yang dia memang takde buat apa² walau hakikatnya hati di selubungi rasa curiga. Tapi akhirnya ..semalam sume terungkai. Persoalan semua terjawab. Yang memeranjatkan aku wanita itu aku sangt kenal. Menangis bila dapat tau telah lama dia menjalinkan perhubungan. Sering bertukar hadiah. Cinta dah tak boleh di pisahkan lagi !!

Aku?? Menangis sebab ku dah anggap dia nyawa hidupku. Tak tau macam mana nak teruskan kehidupan tanpa dia di sisi. Tanpa belaian dari dia yang memang selalu aku dambakan. Ajak dia berbincang..dia cuma terdiam sambil titiskan air mata . Dia mengaku terlalu sayangkan aku tapi dalam masa yang sama menyintai kawan itu ..yang juga merupakan kawan aku sendiri. Dia jugak tunjukkan di sebalik cincin yang dia pakai terukir nama kekasih gelapnya itu !! Owhhhh..dugaan apakah ini ??

Sedang menangis hiba tu tiba² dia tarik kaki aku ke bawah. Erkkkk...nasib baik tak tergolek !!Ku ingat diri dah nak di apa²kan dah ! Ye laaa..suami isteri ni kalau gaduh je mesti nak "bersama".."bersama" je mesti nak gaduh !! Sambil nyalakan lampu bilik dia cakap "bangunlaa sayangggg...dah pukul berapa ni!!karang lambat lagi masuk keje hari ni!!"

OHMAKKAUU...aku bermimpi rupanya!! Moga itu tak kan jadik kenyataan tapi balik keje karang aku nak suh dia tanggalkan cincin dia..nak tengok balik cincin tu terukir tak nama pompuan lain @_@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket