Wednesday, March 7, 2012

Tanda Aras Shilla Firdaus


Ahakssss!! Kalau korang pakai penimbang berat badan untuk nak tau gemuk atau tidak, aku plak guna tiang belakang opis ni untuk menilai kenaikan berat ini.

Ini tiang yg ada untuk ke laluan dari opis ke tempat parking. Dah lepas tiang ni langkahan kaki boleh membawa hingga ke pintu Sogo :)

Tengok tiang besi tu ada 3 lubang boleh lalukan? Dulu yg tengah pon aku terpaksa mengiring untuk melepasi. Sekarang tak perlu lagi! Jalan straight tegak menegak pon lepas. Dan sasaran terbaru aku untuk melepasi lubang kiri ataupon kanan tanpa perlu mengiring jugak.

Huhuhu..rasanya untuk mendapat begitu pasti mustahil tapi insyaallah..andai ada usaha pasti berjaya walau ku terpaksa menunggu hingga saat ku pencen nanti!

Okbai! Ehhhh ye..ini entry pertama dari Samsung Note! Best jugak hapdet dari hp yer!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket