Thursday, March 8, 2012

Kerana Kamu Sumber Inspirasi !

Semalam macam biasa borak² dgn hasben masa otw balik rumah
Borak borak borak terbukak pasal Sarah Irdina
"Dah besar dia kan baaa...comel, bijak plak tu !"
Hasben tersenyum mengangguk setuju
Tapi dia terdiam sebaik aje aku ungkapkan ini
"Dulu kalau ikut cakap doktor suruh gugurkan dia masa mula² pregnant mesti kita takde dia!"
Terharu ..dia memang terdiam seribu bahasa
"Baba pon desak sygkan suh gugurkan..suh ikut cakap doktor, nasib baik syg degil!"

Dan hari ini kebetulan HARI WANITA SEDUNIA
Kerana kamu wanita sumber inspirasi ..terus ku teringatkan dia
Bukan anak lain tidak memberi makna
Tapi kehadiran dia yang memberi seribu cerita dlm hidup
Lahirkan dia cuma 27 minggu dalam kandungan
Kehilangan rahim akibat pecah & tidak mungkin lagi mampu melahirkan
Tapi itu tidak ku kesali..tidak sesekali kerana hadirnya dia sungguh membahagiakan !

Moga lepas ni dia terus sihat ..jadi anak yang bijak pandai & di sayangi semua..amin !


Dia di awal kelahiran & terkini !
Alhamdullilah..sungguh membuatku rasa bangga menjadi seorang ibu !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket