Dia melangkah kaki masuk dalam kereta. Masing-masing mendiamkan diri. Tapi dia sedar lelaki itu kadangkala mencuri pandang wajahnya.
"Ya allah..kuatkan hati aku !" doanya dalam hati.
Dia tak akan sesekali cuba untuk mengeruhkan keadaan kerana dia tahu andai tersilap langkah mungkin hubungan ini semakin kusut. Dia tidak mahu membiarkan ada ruang untuk orang lain mengambil kesempatan atas perkara yang sedang terjadi ini.
Tiba-tiba tangannya di genggam perlahan. Tidak mahu melawan di biarkan lelaki itu terus menggenggam.
"Abang nak ke mana ni ?" di tanya pada si suami bila kereta mula membelok pada jalan lain. Jam sudah menunjukkan pukul 8am, pasti lambat lagi hari ini . Malas pulak dia nak beralasan dengan majikan nanti.
"Kita perlu berbincang. Abang tahu sayang sedih ! Abang tak boleh buat kerja kalau biarkan sayang macam ni!" ujar lelaki itu.
"Tak perlu. Sayang tak mintak apa² tapi abang boleh pikir sendiri! Hantar sayang tempat kerja sekarang!" bantahnya.
"Tak . Kita cuti aje hari ni. Biar abang perjelaskan segalanya !"
Kereta terus menuju ke arah tasik. Sebaik sahaja enjin di matikan suasana mula sunyi. Masing-masing diam tidak bersuara. Lemas dengan keadaan itu dia mula bersuara.
"Apa yang nak di jelaskan ? Sms itu cukup membuktikan. Abang dah sia-siakan segala janji abang. Abang balas macam ni lepas sayang korbankan segalanya termasuk melahirkan anak² abang? Abang dah lupa macam mana kita sama-sama tak makan nak cari duit untuk anak² ?" bertalu soalan di ajukan. Ada getaran di hujung suara itu.
Biarlah dia luahkan segalanya. Dia percaya pada takdir. Kalau DIA sudah menetapkan lelaki itu juga jodoh untuk wanita lain, apa daya dia untuk menghalang.
"Abang tahu abang silap ! Abang tak maksudkan nak tinggalkan sayang ! Abang sayang kan sayang tapi entah kenapa semua ni jadi. Dia tak silap..dia tak tau abang dah berkahwin !"
"Apa ?? Dia tak tau ? Dia tak tau atau abang menafikan yang sayang ada dalam hidup abang? Apa abang buat ni ? " . Air mata mula deras mengalir di pipi.
Ya Allah..pedihnya hati bagai di siat-siat. Sedang dia membawa nama lelaki itu kemana saja dia pergi, mengingati dia di setiap hela nafasnya sendiri..ini balasan yang harus di terima ? Dugaan apakah ini ?
"Maafkan abang sayang ! Maafkan abang ! Kita selesaikan menda ni dengan baik ye!" rayu lelaki itu.
"Abang jujur dengan sayang. Abang cintakan dia ?" sekadar menguji. Dia cukup mengharapkan yang lelaki itu akan menafikan. Akan di beri peluang kali ke dua untuk lelaki itu membetulkan kesilapan.
Tiada jawapan. Di ulang tanya dan nafas bagai terhenti bila lelaki itu menganggukkan kepala sambil mengakui cintakan wanita itu.
"Abang, sayang tak tau nak cakap apa. Jom kita balik. Keputusan kat tangan abang. Tapi andai abang memilih dia , izinkan sayang terus menyintai abang. Bagi masa sayang melupakan abang. Biar dalam senyap ..sayang sanggup jadi perempuan simpanan abang !"tuturnya perlahan.
Dia tidak tahu dari mana kekuatan itu datang untuk berkata begitu. Tapi ya..itu datang dari hati dia yang suci mencintai lelaki itu. Mana mungkin dia dapat melupakan sedangkan lelaki itu cukup melengkapi kehidupan dia. Memberi kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk dia hingga terasa dunia ini hanya ada cinta dia berdua sahaja.
"Sayang cakap apa ni ? Kenapa sampai macam tu sekali ?" pipinya di pegang. Terkejut bila isterinya sanggup melukakan hati sendiri hingga ke tahap itu.
"Maafkan sayang. Sayang tak rasa perempuan itu sanggup berkongsi ! Biar sayang yang mengalah. Abang jangan mainkan hati dia. Abang ingat..kita ada Ayu. Bagaimana nanti bila dia besar ada lelaki yang mempermainkan hati dia macam apa yang abang lakukan sekarang? Abang sanggup tengok Ayu menderita nanti ? Hidup ini umpama roda abang ! Satu masa nanti kita akan ke bawah ! Tak selama mana kita boleh berada di atas! Sudahlah, hantar sayang balik !" sambil berlalu menuju dalam kereta. Air mata yang mengalir di kesat. Tidak mahu lagi memikirkan. Biar masa menentukan . Dia tidak akan sesekali memaksa lelaki itu membuat keputusan..tidak akan!
Di toleh kebelakang. Lelaki itu masih tidak berganjak ! Masih berdiri di situ sambil tangan meraup muka.
"Sayang cintakan abang ! Cinta abang sangat-sangat" bisiknya perlahan dan dia pasti lelaki itu tidak mendengar bisikannya kali ini.
BERSAMBUNG.
4 comments:
ADA SAMBUNGAN LAGI KE?
adehhhhhhh caps locklah plak....wakakakakak
salam kenal. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D
ada masa ye dok tulis2 cerita ni..time mana idea datang ni? :)
kak shiela sayaaaang, sikitnye sambungan ni. Cepat lah sikit. Wuwuuu.
Post a Comment