Saturday, August 27, 2011

CEPAT SEMBUH SARAH!!

Pagi ni bgn penuh semangat. Kuat hati cakap hari ni dpt discharge. Celik mata je ku telek wajah Sarah. Bila terpandang dada dia hati ini tak sedap. Turun naik nafas dia mcm tunjuk ada yg tak kena. Tp nak sedapkan hati aku buang rasa gelisah. Bawak dia pegi mandi, buatkan susu, pakaikan baju lawa2! Ye laaa. .kan nak balik, jumpa abg zafry, jumpa kak yun.

Lepas siap nak suap dia breakfast tp dia tanak. So turunkan dari katil biar dia main2 kat bawah. Tak smpai sejam dia cakap nak naik katil " mamaa..nayikkk!!tidorrr" sambil tunjuk arah katil. Dukung je naik katil tak sampai 5 minit terus tidor. So aku duk pandang dada..masih laju. Huh!! di hati terasa dia mmg belum sembuh.

Tggu doctor dtg check. Smpai je doctor terus tnya " ibu, knp Qaisarah mcm penat sgt ni!" Aku terdiam tak jawap! Mana aku tau..kalau aku tau dah tentu aku tak akan biarkan anak aku jadi mcm tu. Bila dia check terus dia ckp " paru2 semakin kuat bunyi la ibu, mcm kena jangkitan baru, sy tak bole bg dia balik!" Air mata bagai nak menitis tapi aku tahan. Terbayang terus muka Zafry yg jgk demam rindukan aku di rumah. Hampir 4 hari aku tinggalkan dia, tak dpt manjakan dia.

Ntahlah..sepatutnya aku mmg harus utamakan Sarah. Korbankan yang lain dulu tapi sungguh rasa sayu. Terasa seolah tak berguna bila anak di timpa kesakitan. Kenapa bkn aku je yg terus sakit? Biarkan anak2 aku terus sihat, terus gembira meniti hidup! Tapi aku tau DIA menguji aku di saat ini kerana dia tau aku kuat. Aku sendiri sebnrnya tau aku mmg kuat utk anak2! Hatta suruh aku korbankan nyawa utk mereka pon aku sanggup!!

Ya Allah, bagilah kesihatan utk anak2 aku. Aku tau dugaan ini sebenarnya sgt kecil nak banding dgn dugaan org lain tp adakalanya aku juga tidak mampu kawal diri. Entry ini juga sebenarnya ku taip dgn iringan air mata! Air mata seorang ibu utk anaknya!!

Published with Blogger-droid v1.7.2

3 comments:

ika

semoga dia cepat sembuh ye

risa

alahai kakak...lupa kan benda lain ye...let sarah baik dan betul2 sembuh kak...raya2 nanti di lagi aktif dn kesana sini takut dia sakit je balik tau nanti...ape2 pon saye doakan yg terbaik pada dak sarah...mamarisa harap sarah sihat dan kuat macam selalu..alahai kak...doa saye dari jauh je ni...moga2 takde pape berlaku pada sicomel sarah!!!!

DiDie RedWan

Sarah..cepat baik yer..esok kita nak raya..
to mama.. kuatkan semangatk?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket