Tuesday, August 16, 2011

RINDU SANGAT !!

Salam korang...selamat pagi !!hurmmm..dah berapa hari tak update ek??
Hehehehe..dah terasa macam HOT HOT CHICKEN SHIT dah aku ni
Berkobar kobar masa memula pastu drop terus di pertengahan jalan
Jangan tak tau..Galaxy Tab aku pon duk terperuk je dalam handbag ni
Buat tukun..kang bila anak nak pinjam tak kasi pulakkk
Laju je aku cakap "NO..PI MAIN LAPTOP!"

Hurmmm..selain dari malas sebenarnya aku jugak dah kekeringan idea
Kalau ikutkan banyak jugak menda yang nak share..tapi yang NEGATIVE!
Tapi prinsip aku sebenarnya agak mudah kalau orang paham
Aku sangat tau ini blog aku & aku sepatutnya bebas untuk berkata apa pon kannnnn..
Tapi selagi aku bole bertahan & bole kawal keadaan
Aku tak rasa aku perlu luahkan kat blog ini kan
Lelagi aku tau aku dah punya pembaca setia yang tak jemu masuk kat sini <---THANKS !
Jangan tak tau "CARA KITA MENULIS MENCERMIN PERIBADI"
Juga sikit sebanyak "CERMIN PERIBADI PASANGAN KITA"
So..aku rasa aku perlu jaga maruah aku sendiri juga maruah pasangan aku

Itulahhhh..aku kurang paham orang yang suka memaki hamun mencarut menggelar macam²
Sume kata di luah kat dalam blog padahal kadang takde kena mengena pon dgn dia
Cuma jadi kawan pada kawan dia yang sedang menghadapi sengketa
PALING SADIS...nak tunjuk heroin punya pasal, tak selidik apa menda terus MEROYAN
Aisehman..klu jd Manager aku X bole bayang brp org staff sbrnya kena tekanan perasaan kan!!
Relax relax sudahhhh...banyak menda berfaedah bole di buat laaaa
Lagipon malu nanti bila anak dah besar & bila baca blog mak pak ada tulisan sebegitu..ishhhh!

Erkkkk...entry aku dah lari dari tajuk laaaa..hehhehehhee
Aku sebenarnya nak cerita tentang kerinduan aku pada arwah mami
Dah 16 Ramadhan kan..biasanya kalau mami ada masa ni dia paling sibuk
Sibuk duk kemas umah, duk pasang lampu kelip kelip..duk call anak² nk pastikan beraya ngn dia
Rindu nak makan ikan singgang dia tengahari raya tu..hehehe, pelik kan!
Orang beraya nak rendang aku nak makan menda tu (",)

Semalam pon masa jalan kat Bazar Ramadhan bila ternampak lampu kelip kelip tu
Aduhaiii..sayunya hati ! lagi lagi lagu raya dah berkumandang
Teringat segalanya tentang dia.. :'(
Moga mami aman kat Sana ....ALFATIHAH MAMI !!!

Untuk korang semua..ampun maaf andai aku ada buat kesalahan kat korang ekkkkk!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari aku sekeluarga !!!


ASSALLAMMUALAIKUM !


9 comments:

Nurfaizah M Nor

salam kak sela ku sayammm.
saya sgt setuju dgn pendpt akk tu, blog kita adalah sebuah diari yg bakal kita tinggalkan kenangan2 yg manis utk anak2 kita. jd tak perlulah nak gila meroyan dlm tu atau memaki hamun org. nanti bila anak2 kita dah besar dan dah faham baca isi kandungan blog tu, hilang plak respect anak kat kita kannn!

kak sela, iza pun nak minta maaf byk2 kat akk kalo ada kata2 atau sikap iza yg terlanjur tu. 0-0 ek!
selamat hari raya dr iza sekeluarga!

chenta ku'in

selamat hari raya kak sela...!!maaf zahir batin dari in n ank²!!semoga kak sela tabah dan terus tabah!!

pinky

selamat hari kak.....mintak maaf zahir dan batin ya....

pinky

***selamat hari raya *** kihkihkuhkuh...

oshin-jamel

selamat hari raya kak sela ~~

Lulu Caldina

salam aidilfitri kak.. :)

Tina Othman

alfatihah, semoga mereka tenang di sana

Ibu Darwisy

nak ketupat setongkol..hehehehe

DiDie RedWan

selamat hari raya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket