Wednesday, February 22, 2012

Andai Itu Takdirnya !


semlm Blackout dari 11.24pm ! tapi entah nape kami anak beranak cukup lena tidor, biasanya si anak pasti bangun merengek kepanasan ! celik mata pukul 5am tgk tingkap semua terbuka luas ! mata suami ku tgk kuyu, mengantuk barangkali. so saja tanya "mengantuk ye?" dan hati terus sayu sebaik dia jawab "baba tak tidor..kipaskan syg dgn anak² takut kepanasan! pening jugak ni!"

huhuhuhu ! Ya Allah..kekalkanlah hubungan ini hingga ke akhir hayat ! "kunci kebahagiaan seorang wanita atau lebih tepat lagi seorang isteri adalah apabila dia di cintai dengan sepenuh hati oleh suaminya "

Tadi ini ku update kat akaun facebook personal lagi satu ! Malas sebenarnya nak update kat akaun yang memang suka berkontroversi tu sebab orang punya pandangan ni bermacam² ! Kang ada plak yang kata aku suka menunjuk² tapi bila fikir balik selagi bernama manusia selagi itu kita takkan mampu memuaskan hati semua orang ! Orang lain punya kebebasan untuk menuduh apa pon tapi selagi aku tau apa yang aku buat, masih waras & sedar..so ku buat ehhh !

Harapan hanya satu..moga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat ! Moga dia terus sudi untuk memimpin tangan ini untuk terus menempuh hidup bersama dia & anak² ! Moga kami berdua panjang umur pula untuk melihat anak² juga temui kebahagiaan dalam hidup mereka !

Amin !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket