Wednesday, February 15, 2012

Erti Sebuah Perkahwinan !

Sape dengar HotFM pagi tadi ? Huhuhu..topik sgt menarik ! Ku ada buat status kat FB pagi tadi :
Topik HTFM..wanita lebih suka lelaki kulit licin dari maskulin ?? Huahahaha ...aku secara jujurnya lebih menyukai lelaki yang tahu tanggungjawab ! Licin maskulin tak boleh bawak ke mana ! Bila dah bergelar suami terutamanya, andai dia tahu utk menghargai amanah Allah utk dia..tahu taklik yg di lafazkan ketika akad, insyaallah dia lelaki yg cukup HEBAT tak kira di mata wanita mana sekali pon ! Syukur padaNya...ku memiliki !!
Kannn..cer kalau berkesempatan korang dgr ulangan dia. HotFM kan kadang berapa kali duk ulang masa iklan tu !( tambah kalau Resepi Fifi..aku rasa semlm lebih dari 6 kali ulang kot). Yang menelepon tu kebykan yg belum kawen (ke aku salah dgr?). Hahaha..takde sape kata salah untuk mementingkan kecantikan diri ! Memang haruslah nak pasangan kita sedap mata memandang. Nak peluk nak cium mulut pon tak terasa nak:bofu_41: kannnn ???

Hahaha..cuba masuk dalam sebuah perkahwinan ! Baca balik status daku kat FB tu..tepuk dada tanya kebenaran dia. Dan jangan tak tau kat luar sana tu berapa banyak yang menggunakan kelebihan fizikal untuk menyakiti pasangan kan ? Ehhh..yg tak hensem tak cantik pon ada jugak tapi sgt kecil la kalau nak nisbah dgn yg mmg perfect tip top tu !!

Cakap banyak kata ku memandai ! Tapi fikir sendiri ! Mana yg lebih penting sebenarnya ! Paras rupa itu ciptaan DIA..kita takde hak untuk mempertikai ! Cuma itulaaaa..kalau rupa pon dah jauh panggang dari api & peel pon memang tak semenggah..complete la huduhnya...kan ??

Ni plak status kat FB aku lagi satu. hahaha...aku kan kaya dgn akaun FB !!
Bila seorang suami menolong melakukan kerja² rumah..DAYUS ke beliau ? Then kalau begitu..isteri yang menolong suami keluar bekerja mencari pendapatan tambahan ni..DAYUS jugak ke ?? Huhuhuhu ... suami bukan boss, isteri bukan kuli ! Saling menolong melengkapi memberi & menerima boleh membuah bahagia !!**setakat makan nasi pinggan pon nak tunggu isteri basuhkan..ohmaiii !
Okeylah ! Sama sama perbetulkan diri. Bahagia tak datang bergolek kalau tidak mencari!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket