Friday, February 10, 2012

Sejujurnya ku tak bisa Hidup tanpa ada kamu aku gila ♫ ♪


♫ ♪ Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila ♫ ♪


Aku dan dia nyata dua insan yang sangat berbeza
Ku suka tomyam dia suka masak lemak cili api
Ku wanita baran dia pula lelaki yang sangat cool
Ku suka menghabis duit dia pula suka menyimpan
Ehhh..banyak laaaa lagi smpai tak tau dah nak tulis mcm mana

Dan pagi tadi..ada satu lagi perbezaan pendapat yang sgt jelas
Dia menggesa anak² naik bas sekolah aje pagi² sbb kitaorg selalu lambat
Yg aku plakk..lambat tak lambat anak kena utama
Tak boleh marah anak kannn..
Patutnya kita parent la kena ikhtiar caner nak tepat waktu..dop ?
Tapi biasa laaa..dia sgt tak suka masuk keje lewat (tidor lambat mengapa ?)

Hhehehe..bertekak barang sedas dua suasana mula sunyi
Dan dia mula buat highway MRR2 tu macam trek lumba keta
Tapi sbb ku dah tau peel dia ..tangan ku hulur usap pipi
Konon buat sombong ..dia buat dek ajee tapi mengingatkan api harus di simbah dgn air
Ku letak tgn kat peha dia ..tak lama, keta mula bawak slow(haha..dia tkut tgn menjalar kot!)
Dan lepas tu terus okeyy ajeee..senang sungguh memujuk kannnn ♥ ♥

Ahaaaaakkss..cuma nak bagitau..perbezaan pendapat itu sebenarnya sgt membahagiakan
Andai tidak boleh melengkapi cukup sekadar menerima apa adanya
Insyaallah..hubungan itu akan semakin erat !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket