Dalam rumahtangga ni..kena sentiasa ada perbincangan ! Bila tak puas hati kat pasangan lagi elok kita cerita @ bagitau dia. Tak perlu simpan dalam hati kerana lama kelaman rasa itu menjadi benci, dendam yang satu hari nanti kalau meletus lagi buruk kesannya !
Bila dah berterus terang kena la bersedia terima kata² pasangan kita kan. Takkan kita aje nak betul ?
So..andai ada sayang, ada cinta kat dia..cari jalan perbaiki ! Ingat satu..maruah pasangan kita di tangan kita ! Bila kita bercerita keburukan pasangan kita pada orang lain, sedar atau tidak kita turut bercerita keburukan kita !
Lagi sekali..peringatan ini untuk saya jugak ! Terlintas entry ni lepas baca kisah rumahtangga di forum² tadi ;)

0 comments:
Post a Comment