Friday, May 18, 2012

Itu Satu Perkongsian !

"Dalam bank suami ada duit isteri, dalam bank isteri takde duit suami "
Morning uols ! Wahhh..semangat hari ni nak update ! Idea dah datang dari petang semalam tapi dia punya tahap malas itu yg payah nak buang..ish ish ishhh !Okeyy..quote tu pernah dengar ada orang cakap kat korang ? Tak pernah sekarang aku cakap ! Hahaha...nampak macam zalim isteri tu kan tapi untuk aku selagi suami redha, tak marah, tak merungut dan tak mendatangkan kebangkrapan pada dia..itu adalah Okey !

Aku tak boleh nak cakap tentang orang lain..still kena cakap pasal diri sendiri jugak ! Memang nampak macam aku suka habiskan duit dia tapi hakikatnya kami mengamalkan konsep berkongsi ! Try buat...sikap begini membahagiakan ! Apa yang kami dapat..masing² akan tau dan ada habuan sendiri !

pic kredit to google
Dulu pernah orang tanya "Ehhh..duit bonus kau , kau bagi laki ke? Dia mintak ke?" masa tu dia nampak aku bank in RM1,000 kat akaun suami. "Takkk..memang saje nak bagi!" .kawan tu tak bertanya lanjut tapi kerut di kening dia menggambarkan dia pelik ! Ahahahah..biarkan ! Asalkan bukan cilok duit dia..tade hal !

Memang kitaorang akan berkongsi ! Even kalau dia dapat bonus pon dia akan asingkan untuk aku tanpa perlu di mintak ! Jangan cakap bonus..hari tu LHDN refund duit income tax RM663 kat dia...RM300 di hulurkan kat aku buat belanja !

Perkahwinan bukan sekadar berkongsi katil ! Bukan sekadar serahan hati ! Itu juga satu perkongsian ! Senang cerita..andai dia hepi, kita pasti hepi..kan ! kan ! kan !

Pastu kannn..semalam tengok la kat Tonton cerita HILANGNYA DOA SEORANG IBU ! Uwaaaaaa ...lagiklahhhh menambah rasa tak nak berkira dengan dia ! Citer tu banyak keinsafan ! Menyedarkan sangat yang duit tak boleh di bawak ke mati ! Tu pasal pagi tadi nak isi minyak keta tak mintak duit dia dahh !! Lepas ni nak "luaskan" sikap perkongsian dengan dia ! Mau buat dia gembira..mau senangkan hati dia, mau di sayangi juga oleh dia ..insyaallah !

Okey ! Babai ! Tapi baca dulu status yang aku tepek pagi tadi kat facebook ! Ini juga ada kaitan dgn perkongsian :

Morning ! Topik chat HotFm:Anda VS Pengawal Keselamatan.Nk dgr cerita ?Tanak pon aku tetap akn cerita! 11 tahun dulu hati ini jatuh cinta pd pngawal keselamatn yg jaga bngunan sbelah Medan Mara.Redup matanya ckup menenangkn ! Senyum di bibir mampu mencairkan !

Dan skrg..pengawal keselamatan itulah yg menjadi separuh dari nyawa ini ! Sudah 11 tahun dia tak pernah jemu dari mengawal hati ini untuk terus menyintai ! Biar serba kekurangan..kasih syg dari dia melengkapkan segalanya ! Chewahhh ..ku cintai dia deep deep tau !!

**alaaa syg ..malu apa nak mengaku suami i dulu pengawal keselamatan ? Rezeki halal kann?Ye lah..ye lah ! I kena bgtau U dah senior officer skrg kan ? hehhehe...

Moral :
☻ Cinta bkn semata² duit..kasih syg yg hadir mampu mengubah ! 
☻ Hidup tak selamanya di bawah..asal rajin semua kesusahan boleh di tangani !

Assallammuallaikum !



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket