Monday, May 7, 2012

DIET ATKINS - DAY 1

Lambat bagitau ..hari ni 7 May aku start diet atkins. Dah macam² produk cuba tapi tak berjaya so nak try diet cara ni plak ! Korang tau ke apa itu diet atkins ni ? Kalau tatau meh ku copy ..ni ada kawan² yg inbox. Sumber dari pelbagai okey :
Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa,spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau & yg sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun,roti canai, roti jala, roti bakar & apa² yg sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula & apa² yg bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jgn lupa mkn sarapan, tengahari & mkn mlm. Mkn mlm sebelum jam 9 mlm. Jgn ponteng mkn.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Okey ! Ini aje la ku copy ehhhh ! Nak lebih detail korang google aje guna key word DIET ATKINS . Sure boleh jumpa pelbagai info ! Org kata diet ni tak sesuai sgt tapi dari komen rakan² yg dah buat..derang ckp okey ! 2 minggu aje pon !! Takpelaaa..cuba aje dulu ! Kalau tak tahan aku stop !

So nak tau pagi tadi aku breakfast apa ? Hahahaha..aku dah update kat wall FB ! Aku kan suka tulis² kat sana !! Ni :

Pagi tadi hujan lebat ! Pintu dah kunci baru teringat nak start Diet Atkins, so dgn selamba sound kat kak ipar "Bak telor 2biji..nnt org ganti!" Rumah dia kan sebelah aje ngn rumah daku ! Sape suh dia berdiri menyerah diri depan pintu pepagi..kan dah kena poww ! So smpai opis menda pertama masukkan telor dlm microwave 10 minit ! Sementara tggu dia masak baca Beautifulnara dulu !"tettt tettt tettt !" bunyi dah masak ! Bkk microwave rupanya sebiji meletup ! Abes sepah dlm microwave tu ! Takpelahhh..ada sebiji lagi ! So lepas lap² kemas semua amek mangkuk kecik, pecahkan yg lg sebiji "Pommmmm!"...adehhhh ! meletup di tgn !!! Abes baju kerja, pemerah pipi terlepek telur ! Kat sinki tu mmg kesan mcm gempa bumi..cuma tak pecah pinggan mangkuk. Rupa mcm kena rusuhan kena baling telur di mana² !!!GRRRRR..cabaran hari pertama diet atkins !! Rasa mcm nak turun kedai mamak bawah aje oder roti canai ! Utk kwn² opis..maafkan saya yehhh ! Tak sengaja buat satu opis bau telor ! Dont wori..telor tadi sebelum masuk microwave kulit dia dah ku basuh bersih² ! Sekian Cerita Tentang Shiela Firdaus ! Morning !!
Gila sadiskan cabaran hari pertama aku !! Takpelaaa..nak berjaya sure la byk rintangan kan !!

So tengahari tadi aku makan ini :

Heheheheh..kental wessss ! Ni kalau tidak turun jugak kita buat sedutan guna vacumn cleaner aje ! Suh akak cleaner kat opis sedutkan !!

Pastu diet tu malam kena makan before 9pm kan ?? Aisehhh..kena skip la yg itu ! Ni dah pukul 8pm ! Aku takde menda nak makan kat opis nih ! Tahan aje laaa ! balik karang nak rebus telur siap², nak buat coleslaw ngn nak rebus ayam !!  Esok bawak bekal kat opis !

Oh yeee..untuk info 7 May 2012 ni berat aku 66kg ! Kita tggu 21hb ehhh..ada pengurangan atau penambahan !! **opkos nak kurang la kan** Lepas ni ku update daily la dalam blog ini ! So sepanjang 2 minggu ni bawak bertabah eh asik baca kisah ini aje !! Alaaaaa...kat sini okey lagi ! Korang nak tengok hari pertama diet ni aku update apa kat wall ? Jom baca :

Update terbaru dari Atkins Diet :: Pale lutut ada gigil² di skala 2.4 , pale pening sikit & perut mengeluarkan gelombang bunyi sayup² yang kalau di biarkan mungkin memusnahkan Atkins tersebut ! Tapi saya tahu saya wanita kuat..bukan sekadar kuat shopping tapi juga kuat daya tahan makan....CHAYOKKKK !!! **adeh laaaaa**

Kesian kat artis tu ! Betul laaaa..kebanyakan org akan sanggup menerima segala kekurangan sebelum ikatan di satukan tapi mula menjadikan ia sbg satu masalah bila sudah menjadi milik yg sah ! Erkkkk...korang nak tau artis mana ? Google la sendiri...gue nak baca pon carik sendiri tauuu !Jgn marah ! Simptom org tgh diet atkins mmg cenggini...ehh !bkn org lain ! Simptom itu pada saya...celaru sudah ! Tgk skrin FB pon rasa mcm pizza hut yg ada sotong ngn udang lebih...nyummm nyummm nyummmmm !

Atkins Diet : Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)Sekian ! Habesla korang ! 2 minggu asik duk baca pasal Diet Atkins aje ! Okbai !
Lagi kesian kawan fb aku kannnn ! Harus membaca segala celoteh tanpa henti !!


So..babai ! Update menggunakan henpon sgt menyusahkan jari jemari tak berapa runcing daku ! Zasssss...gud nite !!




1 comments:

Miss Jessy G

Aik? Kerang dgn sotong x blh? Tgk website atkins all types of shellfish boleh je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket