Monday, January 16, 2012

INI..DOA YANG DI TINGGALKAN :'(

Mami,
Semalam Rizal buat kenduri arwah untuk mami
Buat simple aje..panggil orang masjid datang baca Yassin
Ila duk dengan adik dalam bilik time orang masjid tu baca mi
Ye laaa..kebanyakan yg datang orang lelaki dari surau
Lagipon takut Sarah mengacau tu yg bawak dia masuk bilik Rizal

Mami,
Tiba² adik hulur kat Ila yassin tu mi
Terkedu Ila tengok..Ila kenal itu tulisan tangan mami
Membaca tulisan tu bukan setakat baca dengan mata mi
Ila terasa mami sedang bisik kat tinge ila kata² tu
Adik dah menangis..mesti dia rindu kuat sgt kat mami :'(


Ila tulis semula doa mami kat bawah ni yer mi :
MUMMY PUNYA 
Ya Allah Ya Tuhan ku
Kuatkanlah diriku utk beribadat pd mu.
Ampunilah dosaku
Berilah aku,anak²ku, menantu²ku , cucu²ku kebahgiaan ddunia dan akhirat
Jauhilah kami dari segala masalah dan hazad dengki sesama manusia
Satukanlah kami dlm ikatan kasih syg sebuah keluarga
Amin Ya Rabil Alamin
Sekarang Ila paham sangat mi
Ila dah tau dari mana kekuatan diri Ila datang
Dari mami yang tak berenti doakan anak² mami bahagia
Dan Ila ingat sangat mami penah cakap
"Hubungan dgn suami boleh terputus tapi tidak dgn anak² !"

Alfatihah mami ! Ila pon rindu sangat kat mami !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket