Thursday, January 5, 2012

Selamat Hari Khamis Malam Jumaat Pertama Di 2012 !

Pagi tadi tersedar dari tidor 6.16 am ! Ishhhh ..lambat lagi ! Aku tatau la caner nak buat ! Alarm dah pakai sampai 4 5 biji , takkan nak beli bom pasang tiap pagi kannnn ! Tapi tadi aku bangun lambat memang harus persalahkan Jeff ! Dia la balik keje kul 12 lebih ! Aku pulak tak boleh nak tidor kalau dia takde kat sebelah ! Bukan buat apa pon tapi memang tidor tak boleh nak mimpi..kejap kejap sedar ! So dia sampai tu aku bangun layan dia borak seminit dua, makan dulu berger daging dia beli kat aku * bila gemuk merungut * pastu minum sebotol Blisttt..baru tidor ! Dia ? Aku tatau tidor pukul bape..lambat la kot tu pasal dia pon tak sedar pagi tadi !

So bangun tadi aku dah terjerit² suh anak bersiap nak ke sekolah ! Derang pon dah terlepas bas sekolah , memang aku la kena hantar nih ! Ni lagi satu masalah..kerap sgt terlepas bas tapi bayar tambang penuh ! Dah rupa mak pak cop duit kan dema nih ! Kul 6.40 Jeff nak keluar g kerja naik motor ! Dah kiss pipi salam tangan dia pastu aku sambung bersiap ! Pastu 5 minit lepas tu aku ngan anak² plak turun !

Sambil jinjing handbag beli kat Sogo 70 % tu, tangan kiri plak pegang Samsung Tab ngan novel , ku melangkah menuju ke kereta. Elok aje nak turun ke jalan tar tu..gedebekkkkkk ! Hok alohhhh..terpeleotttt ! Jatuh melutut ! Dah rupa orang melutut mintak maaf pulak ! Yun cepat² pegang aku, si Qistina pulak "Mama ni..lain kali jalan la elok² !" sambil tangan dia keluarkan plaster dari beg ! Wahh..budak ni advance wessss..ada stok plaster lagi dalam beg ! Aku pon tadak ! Huhuhuhu..pedihhh wesss ! Kaber aje depan anak tu ! Kalau depan suami aku ada 2 pilihan nak buat..samada pingsankan diri sebab malu atau nanges mengada !! Tengok gambar nih ↓

Sakit wesss ! Tu sebelah kiri..sebelah kanan pon sama ! Dah sopak ! tak boleh nak pakai suar pendek di Khamis malam Jumaat pertama di 2012 ni tau ! Luka kecikkk tapi denyut dia...adesssssss !! Pastu tadi sempat la singgah umah mak mertua..tunjuk la luka ni. Korang tau dia cakap apa ? Baca ni..aku dah tepek kat facebook aku tadi : 
Mak Mertuaku, 
Tika org tunjuk pale lutut org yg berdarah, org harapkan mak cakap "kesiannn ..caner boleh jatuh ?" tapi rupanya mak cakap "padan muka, daulat melawan aku..caner boleh jatuh ?" huhuhu mak ! nasib baik "caner boleh jatuh" tu tetap ada di soklan mak itu !! Kalau tidakkkkk...erkkkk ! kalau tidak pon tak boleh buat apa mak oiiii ! Even mak cuma mak mertua tapi orang tetap sayang kat mak ! So mak cakap la pemenda pon.. orang buat "masuk tinge kiri keluar tinge kanan" mcm yg anak mak ajar ! OKbai mak ! Mau sapu ubat kejap ! 

Pale Lutut Dah Takde Bulu Roma, 
Hahahaha..zalimkannn ! Takpe laaa..ku tau itu cuma di mulut tapi hati dia tetap sayang kat menantu merangkap hantu dalam hidup dia kannn! So aku Redha itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah aje !! Oklaaaaa ..nak buat kerja kejap ! Babai ! Lain kali jumpa lagi !!

Oh yeeee ! Aku ada ubat laaaa ! Tak tau kalau makan ubat ni sembuh tak luka aku ni..korang rasa ??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sekian Mekaseyyyy ~!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket