Tuesday, December 27, 2011

"Ajal takkan tunggu walau seminit"

Khamis malam lepas ikut hasben ziarah kawan dia yang meninggal kat PPUM
Huhuhuhu..sudah la hari tu ingatan aku kuat kat mami
Lagi la terasa pilu diaaaa...
Masa tengok anak² dia menangis memang fikiran automatik ingat mami
Sedihhh..pilu tapi apakan daya, takde sapa boleh menghalangkannnn !

Ingat lagi hari tu aku sakit perut yang amat sangat
Ingat nak g aje toilet dekat bilik mayat tu
Ntah kenapa teringat orang² tua pernah kata
"kalau kita memerut kat tempat yang kita pegi insyaallah kita akan datang semula kat situ!"
Aku tatau sejauh mana kebenaran tapi sungguh memang aku tahan
Aku tak ingin datang lagi kat situ
Aku tak ingin menangis kehilangan lagi
Walau aku tau setiap yang hidup pasti mati !

Ntahlaaaa..hati masih belum bersedia untuk kehilangan lagi
Sedangkan hakikat "Ajal takkan tunggu walau seminit"
Tapi...kehilangan itu sangat memeritkan !
Sungguh aku tak kuat untuk tempuhi sekali lagi !!

**27 December..kurang lagi 2 minggu tarikh itu menghampiri !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket