Tuesday, January 25, 2011

anak² ibarat layang²..ku biar terbang bebas tp adakalanya talinya ku tarik agar tidak terbang jauh dan terus terputus.

sebagai mama pada Yuyun dgn Qistina, sy rasa sy dapat pelajaran dari membesarkan mereka. bagi saya anak² perlu kita dekati biarpon mereka semakin meningkat dewasa! luangkan masa utk selalu memeluk,selalu bermanja dan selalu mendengar cerita dari mereka.

sy dapat lihat perbezaan yg sangat jelas antara duaorg anak sy ini. Yuyun sy biarkan membesar dgn cara sendiri, sy cuma mengawal dan memberitahu mana yg baik, mana yang buruk untuk dirinya. hasilnya, dia mmg mendengar kata tapi agak jauh dari sy! seolah² ada gap antara kami berdua!! dia ternyata agak takut² utk bercerita dgn sy. berbeza dgn Qistina..setiap kali balik dari kerja dia akan menerpa, memeluk untuk bermanja. hingga kini walau sudah berusia 9 tahun dia sgt manja..dia sering meluahkan perasaan syg dan cinta seorg anak pada mamanya..yg mana sy tak penah dgr dari mulut Yuyun.

kini sy sedar...walau sibuk mana pon,sy cuba utk memeluk mereka², luangkan masa untuk mendengar cerita dari mereka..sbb bg sy kini, biar pon mereka telah besar..mereka adalah anak² kita..anugerah dari Ilahi untuk kita jaga dgn sebaik yang mungkin!jgn biarkan kesibukan mencari rezeki menjadi punca kenapa bila besar nnt mereka akan semakin jauh dari kita!!

kredit pic to masyarakat.dunyahalal.com

sbg ibu bapa..Jgn Lepaskan Tgn anak² hilang terus dari genggaman krn takut kita tak mungkin lg dapat mengenggam dgn seerat²nya. sy pegang pd kata² ini "anak² ibarat layang²..ku biarkan dia terbang bebas tapi adakalanya talinya ku tarik agar tidak terbang jauh dan terus terputus!"

moga sy mampu membesarkan mereka dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna....insyaallah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket