Sunday, January 30, 2011

zalimkah daku sbg seorg mama???

dah masuk 3 hari sebenarnya aku dlm keadaan mcm ni
dah 3 hari jugak tak lena nak tidor..tp masih lalu utk makan :-))
semuanya bermula bila Qistina cakap "mama, kakak dh ada pakwe..panggil syg2 lg!"
mulanya mmg aku xamek peduli sbb diaorg bila bertekak mulala ckp bukan2
tapi tgk muka si kakak dah merah2 pipi menahan malu
senyum terukir lebar di pipi...ARAMAKKKK!! aku terus terpikir nk buat spot check

no wonder lately ni sgt menjaga makan
walhal sebelum ni bila suh diet dia buat mcm angin lalu menyapa di telinga
muka pon dah bersih..jerawat tetiba mengecut tak moh duduk kat muka dia
dah pandai pakai seluar legging,kat umah pon bkn main melawa

hurmmm..me pon plan2 amek hp dia time dia tdor
mak aiiii!!budak lelaki tu panggil dia "sayang" & bahasakan diri dia "B"
masalahnya sms dari budak lelaki tu yg sgt jiwang2
tgk kat sent item mmg dia pggil bdk tu "B" tp xplak bahasakan diri dia sdiri "syg"

owhhh!!darah tetiba menyirap
entah kenapa aku tak buleh terima kenyataan
setan dh bisik kat tinge "marah je dia,xpadan ngn bdk sklh nk menggatal!"
tp bila nk bersuara tetiba terpikir plak "dulu aku xsuka di kongkong..xsuka dihalang selagi apa yg aku buat xmelebihi dr yg sepatutnya!" takkan aku nk halang anak plak
so mula2 ngadu kat baba dia
baba tak sempat apa2 pon dah menyinga hingga memaksa aku juga bersuara

ku kata pada dia aku bkn nak menghalang
tapi dia perlukan selesaikan tanggungjawab dia dlm pelajaran terlebih dahulu
dia perlu berjaya sebelom mula memikirkan menda yg bukan2 mcm tu
aku sebenarnya takut dia akan mengabaikan pelajaran
sbb aku sgt takut dia akan mengulang sejarah aku dulu
belajar pandai2 tapi hanyut ngan cinta yg akhirnya menjadikan aku seorg JANDA!
pergi form 6 pon separuh jalan sbb terlalu mengikut rasa cinta pd lelaki itu :-((

tadi baru lepas tgk profile budak tu
kat about me dia tulis "for girl only  (horny!")...<--APA TU??
terpaksalah aku menghalang sekeras2nya
aku akan bagi amaran kat anak aku sendiri
kalau dia tetap berkeras akan ku ambil semula segala kemudahan yg aku bagi
akan ku adu pada pakcik yg sgt dia takuti

sori Yun..mama terpaksa bertindak zalim
bukan sengaja menghalang cinta tapi kat hati ni terdetik "ITU BKN LELAKI YG BAIK!"
lelaki yg mungkin mampu halang dia dr menjadi seorang yg bjaya dlm hidup
yang mungkin mampu membuat dia melupakan aku sbg seorg mama  :((

huargghhhh..yang sebenarnya, aku juga teralu sukar menerima kenyataan anak yg ku lahirkan, yg membesar bersama aku tanpa ayahnya yg sebenar, yang ku didik utk menjadi seorg yang berjaya MULA MENYIMPAN RASA KASIH pada org lain..zalimkah aku????

kalo Yun baca coretan mama ni..ingat, mama lakukan sbb mama terlalu sayang kat Yun,mama nak tgk anak mama berjaya dulu...BERCINTALAH bila tiba saatnya nanti! bila Yun dah selesaikan tanggungjawab Yun dalam pelajaran..dah berjaya mencapai cita2..mama BERSUMPAH mama takkan menghalang!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket