Monday, February 28, 2011

BERMULA DARI BAWAH

sedang dengar radio topik pasal "BERMULA DARI BAWAH"
hurmmmm...aku juga bermula dari bawah
habis je SPM terus kerja KFC..lama kat situ
lebih kurang 7 tahun even sebenarnya keputusan SPM aku tidak mengecewakan
tak tau apasal buleh stay lama..yg pasti mungkin kerana happening
mungkin juga kerana segala cerita hidupku bermula dari situ
nasib baik terbergaduh dgn Manager kat situ
kalo tak bergaduh mau makan 17tahun kot keje kat situ..hehehe

berenti dari situ aku amek kelas komputer
sepanjang masa nak tggu dpt apa yg aku impikan mcm² kerja yang aku buat
lagi² lepas tu dah bergelar ibu tunggal dan punya seorang anak utk di besarkan
tak lama lepas tu dapat offer keje kat Hong Leong
kerani ngan gred paling bawah..dgn gaji 700 je..huhuhu
offer tetap ku terima tapi di hati bertekad utk menjadi seseorang
hampir 7 tahun jugak kat situ..alhamdullilah di awal 5 tahun keje setiap tahun promote gred
setiap tahun aku dapat apa yg aku impikan
smpai la tetiba di offer kat sini
dah selesa sgt dgn kerja skrg..ALHAMDULLILLAH

yang aku nak share sekarang..sume sebenarnya terletak kat diri sendiri. even aku gagal dalam perkahwinan bukan bermakna aku perlu gagalkan kehidupan aku jugak. takde orang yang buat sesuatu terus berjaya tanpa perlu melalui ujian yang datang menduga. SUSAH UNTUK MENJADI SENANG,SENANG UNTUK MENJADI SUSAH.

aku bukan kata aku dah berjaya..tapi sekurang²nya anak² aku tidak lagi mengulangi kenangan di mana aku masa kecik dulu pernah makan nasi dgn minyak sisa goreng ikan, pernah makan bubur kosong dan pernah melalui kesusahan untuk membesar bersama adik beradik yang lain. dari dah masuk sekolah menengah aku sering katakan pada diri sendiri "aku akan pastikan kehidupan aku lebih baik dari apa yang mami terpaksa tanggung!" alhamdullillah..apa yang ada sekarang cukup membahagiakan. walau tak semewah mana, anak² tak perlu menangis menunggu baju raya, anak² tak perlu berduka untuk memiliki apa yang di inginkan...ALHAMDULLILLAH sangat²!

ihsan pak google



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket