Friday, February 25, 2011

PEMANDU WANITA YG SEMAKIN BERANI

semalam masa balik keje nampak satu accident kat Bulatan Batu Caves..kat MRR2 tu. hehe..macam biasa pemandu² kan suka memperlahankan keta bila ada accident termasuk la aku. then kebetulan masa lalu sebelah dia lampu bertukar warna merah. apalagi, ku capangkan la tinge nak mendengar cerita kejadian. siap bukak luas lagi tingkap (hahaha...mak joyah in da house~!) pic tak buleh nak amek sbb aku takut flash kamera aku menambah lagi parah kat mamat yang sedang menahan marah tu. (",)

terkejut badak aku bila dengar yang melanggar motor lelaki tu adalah seorang wanita. accident yang disengajakan bilamana wanita itu tidak berpuas hati apabila di hon oleh motor tersebut. hon sebab nak tackle atau apa..<--tak dapat di pastikan. tapi perempuan tu mmg berani..dia kejar dan terus langgar motor tu tanpa sikit pon ada perasaan takut.mmg HOT lahhhh!

yang aku nak share nie..kalo korang perasan lately ni pemandu wanita semakin daring. kebanyakan susah nak bagi lane dia orang lain masuk even korang dah angkat tangan mahupon bagi signal. dah banyak yang berani bawak lebih dari kelajuan, kalah lelaki !! aku confident cakap macam tu sebab aku selalu kena, siap senyum nak masuk lane takde di baginya. lagi nak tenyeh rapat² supaya kita takut nak masuk. aku confident jugak bukan sebab apa..sebab aku pon SELALU buat kat orang macam tu.huahahaha..sori laaa, tak tau nape bila pegang je stereng perasaan bongkak dan berlagak menguasai diri..padahal bawak PROTON je tu...huhuhuhu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket