Monday, February 28, 2011

SAY NO TO SECOND HAND!!

encik suami keluarkan lagi hasrat di hati. nak tukar kereta baru tapi kereta second hand..so terpaksalah ai ulang cakap kat dia "syg tak percaya barang-barang second hand,kalau nak beli yang baru. dalam hidup nie cuma orang second hand je yang syg percaya...itupon sebab u tu DUDA!!kalau tidakkkk..reject jugak!!" huhuhuhu... statement orang berlagak nih tapi tu laaaa...sebenarnya barang second hand lagi perlukan belanja yang banyak..SETUJU?? tekan LIKE je okehhh!






BERMULA DARI BAWAH

sedang dengar radio topik pasal "BERMULA DARI BAWAH"
hurmmmm...aku juga bermula dari bawah
habis je SPM terus kerja KFC..lama kat situ
lebih kurang 7 tahun even sebenarnya keputusan SPM aku tidak mengecewakan
tak tau apasal buleh stay lama..yg pasti mungkin kerana happening
mungkin juga kerana segala cerita hidupku bermula dari situ
nasib baik terbergaduh dgn Manager kat situ
kalo tak bergaduh mau makan 17tahun kot keje kat situ..hehehe

berenti dari situ aku amek kelas komputer
sepanjang masa nak tggu dpt apa yg aku impikan mcm² kerja yang aku buat
lagi² lepas tu dah bergelar ibu tunggal dan punya seorang anak utk di besarkan
tak lama lepas tu dapat offer keje kat Hong Leong
kerani ngan gred paling bawah..dgn gaji 700 je..huhuhu
offer tetap ku terima tapi di hati bertekad utk menjadi seseorang
hampir 7 tahun jugak kat situ..alhamdullilah di awal 5 tahun keje setiap tahun promote gred
setiap tahun aku dapat apa yg aku impikan
smpai la tetiba di offer kat sini
dah selesa sgt dgn kerja skrg..ALHAMDULLILLAH

yang aku nak share sekarang..sume sebenarnya terletak kat diri sendiri. even aku gagal dalam perkahwinan bukan bermakna aku perlu gagalkan kehidupan aku jugak. takde orang yang buat sesuatu terus berjaya tanpa perlu melalui ujian yang datang menduga. SUSAH UNTUK MENJADI SENANG,SENANG UNTUK MENJADI SUSAH.

aku bukan kata aku dah berjaya..tapi sekurang²nya anak² aku tidak lagi mengulangi kenangan di mana aku masa kecik dulu pernah makan nasi dgn minyak sisa goreng ikan, pernah makan bubur kosong dan pernah melalui kesusahan untuk membesar bersama adik beradik yang lain. dari dah masuk sekolah menengah aku sering katakan pada diri sendiri "aku akan pastikan kehidupan aku lebih baik dari apa yang mami terpaksa tanggung!" alhamdullillah..apa yang ada sekarang cukup membahagiakan. walau tak semewah mana, anak² tak perlu menangis menunggu baju raya, anak² tak perlu berduka untuk memiliki apa yang di inginkan...ALHAMDULLILLAH sangat²!

ihsan pak google



Saturday, February 26, 2011

Lipat Melipat Terlipat



cuba teka dari mana kain2 ini dtg? huhu..ini bukan kain2 yang baru aku beli sempena baru dapat kenaikan gaji semalam, bukan jugak dari bangla yang teraburkan beg bunjut nak suh pilih kain yang dia jual..tapi ini adalah kain baju yang tak terlipat seminggu lamanya! aku tak tau apa masalah aku sampai nak lipat kain pon tak sempat..tapi yang sangat pasti dari anak dara sampai dah jadi mak dara,lipat kain adalah aktiviti yang paling aku nyampah..huh!

**lalink ada nih..agak2 buat muka manja gedik mesti dia tolong lipat kannnnn! (",)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, February 25, 2011

AKHIRNYA

dapat kenaikan gaji dah. tak moh bagitau berapa tapi cukupla aku kata "IM SORI POLIS TRAFFIC..tak mampu nak bayar saman!"..huhuhuhu, apa pon aku bersyukur. sungguh..bukan nak tunjuk baik tapi kalau meroyan sekali pon memang boss nak bagi banyak tu je. kalau menangis guling² mampu buatkan boss UPkan % increment tu..SUMPAH aku akan buat ....kannnnn!

credit pic to dkosonglapan.blogspot

huh!!balik nie mau singgah shopping complex jap..mau tenangkan fikiran,mau rehatkan minda..JOM!!

KENCING MALAM

ahaaaa..sebelom teruskan entry ni nak mintak maaf dulu kat Qistina, bukan nak bukak aib cuma nak cari petua untuk hentikan penyakit kencing malam dia tu! ada petua untuk stopkan dia dari kencing malam tak?? penat dah ni..pantang minum sikit mesti kencing even dah kejut tengah malam suh g tandas dulu. susah laaa..takut nanti g mana² pon melekat peel mcm tu. kalau ada petua di alu² kan sgt komen ye..me ucap THANKS.

tapi aku terpikir ni..mesti dia mengikut perangai aku masa kecik dulu kannnn!! shhhhhh...sebelom tu lagi sekali nak mintak maaf kat adik aku!hahahah..kesian ko kan dik!masa kecik² dulu aku pon kerap kencing malam, kerap kena bebel ngan mami so bila kerap kena bebel aku carik idea untuk ilangkan bebelan tu. nak tahan pundi kencing time waktu malam masih tak punye kekuatan. nasib baik setiap kali lepas terkencing aku akan tersedar...so bila sedar tu aku akan tarik adik aku duk kat atas tilam yang dah basah kena kencing tu dan aku g tukar seluar ngan baju yang lain. mmg takde perasaan bersalah bila tgk adik plak kena bebel..apa ada hal masa tu kannn?? asal aku selamat....hahhaha, im sori dik. bila dah besar aku citer kat mami..dia cakap dia dah lama tau..aikkk?? how come u know mami? mami cakap "ila keluar dari perut mami..dari bawah ni, mami tau tahap penipu ila tu"..hahhaha...sweet kan mami aku.


owhhhh ye laaaa..baru teringat mami amik pepatung pastu taruk kat pusat aku nih, terjerit² tahan geli tapi rasanya lepas tu ok laaaaa. nak carik jugak laaaaa... masalahnya wujud lagi ke pepatung tu?? macam tak penah nampak dah spesis² itu :-))

PEMANDU WANITA YG SEMAKIN BERANI

semalam masa balik keje nampak satu accident kat Bulatan Batu Caves..kat MRR2 tu. hehe..macam biasa pemandu² kan suka memperlahankan keta bila ada accident termasuk la aku. then kebetulan masa lalu sebelah dia lampu bertukar warna merah. apalagi, ku capangkan la tinge nak mendengar cerita kejadian. siap bukak luas lagi tingkap (hahaha...mak joyah in da house~!) pic tak buleh nak amek sbb aku takut flash kamera aku menambah lagi parah kat mamat yang sedang menahan marah tu. (",)

terkejut badak aku bila dengar yang melanggar motor lelaki tu adalah seorang wanita. accident yang disengajakan bilamana wanita itu tidak berpuas hati apabila di hon oleh motor tersebut. hon sebab nak tackle atau apa..<--tak dapat di pastikan. tapi perempuan tu mmg berani..dia kejar dan terus langgar motor tu tanpa sikit pon ada perasaan takut.mmg HOT lahhhh!

yang aku nak share nie..kalo korang perasan lately ni pemandu wanita semakin daring. kebanyakan susah nak bagi lane dia orang lain masuk even korang dah angkat tangan mahupon bagi signal. dah banyak yang berani bawak lebih dari kelajuan, kalah lelaki !! aku confident cakap macam tu sebab aku selalu kena, siap senyum nak masuk lane takde di baginya. lagi nak tenyeh rapat² supaya kita takut nak masuk. aku confident jugak bukan sebab apa..sebab aku pon SELALU buat kat orang macam tu.huahahaha..sori laaa, tak tau nape bila pegang je stereng perasaan bongkak dan berlagak menguasai diri..padahal bawak PROTON je tu...huhuhuhu.


Thursday, February 24, 2011

ELAUN COLA UTK KAKITGN SWASTA

Terima kasih kerajaan…rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Elaun Cola untuk kaki tangan swasta 1 February 2011
PENGUMUMAN BARU OLEH PM (Elaun Sara Hidup)

NAJIB menanam pokok di tapak pembinaan kompleks putrajaya
Putra Jaya - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa
mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak
RM500.00 sebulan berkuatkuasa February 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan
barang-barang.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai
jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta
hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk
mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang
lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. SuratPerlantikan Kerja - Original
2. SuratPengesahan Kerja- Original
3. SuratAkuan Majikan - (Tempat terakhir masih bertugas)

dan...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk......

Whuawhuawhuawhuaaaa??.. aku takmo terkono sorang2?.. so aku share ler dgn korang.... huhu

just for fun... :) 


**TAK INGAT MANA DAPAT EMAIL NIE..AKU SHARE SEMPENA KENAIKAN GAJI AKU YANG BAKAL DI UMUMKAN BESOK~!! BERAPA PON DERANG BAGI AKU BERSYUKUR..TAPI KALAU NANGES² HENTAK KAKI RASA BOSS TAMBAH LAGI TAK??? 

CORDLESS MOUSE

nak beli cordless mouse nie tapi mau check buleh guna dari berapa jarak jauh yek?? bukan apa..kalau dari jauh pon berfungsi buleh la ai kacau boss ai yang memang dah guna cordless nie..hehhe, tetiba je fail dia ai tutupkan,bagi dia rest skettt...hehehe, IM SORI PUAN ♥♥

**sebelum korang tnye baik ai bagitau yer..jarak meja ai ngan bilik boss lebih kurang seminit perjalanan kalau melangkah malas²..kalau jalan laju², dia letak je tepon lepas intercom, ai dah ada depan pintu bilik dia (",) 



LUNCH weh! sudah² la "bekerja" tu (",)

ihsan pak google
sudah waktu makan tengahari..so jom stop sume keje. jom keluar makan..tayah susah² beratkan pale pasal keje okey sebab sampai bila² pon keje tak akan abes melainkan kalau company korang bangkrap ataupon di tutup tak bersebab..tak caya g tanye big boss korang! dia sendiri pon tak penah abes keje tauuuuuu......\"/ menggeliat dulu...JOM!!

**aku yg masih terkejut bila Summer Valley tag gambar kat FB aku..ku sangkakan Sammy Vellu rupanya telahan ku salah belaka .hahahhaa...terkejut sbb ingat Sammy Vellu dah tukar karier..im sori lagi frenzzz..salah baca nih!!


FRUST WEH!!



huhuhu..semalam balik je keje singgah umah mak mertua sebab Sarah ada kat sana. terkejut bila tengok rambut depan ngan belakang dah jadi macam Abu Bakar Ellah. cik Peah g potong rambut anak aku tanpa izin..kalau cantik takpe jugak :-(

mula timbul gak perasaan nak marah kat lalink tapi pikir balik kalau aku marah pon bukan rambut tu boleh tetiba panjang kan..buat sakit hati ada! so aku amek keputusan untuk terima je dengan hati yang terbuka. anggap je sebab dia sayangkan anak aku tu pasal dia buat.

tapi tu la..bila perkara macam ni terjadi aku terpikir bila kita punyai mertua sebenarnya banyak benda yang kita terpaksa bertolak ansur. perlu bijak untuk mengawal keadaan kerana silap langkah dari title "menantu" boleh bertukar menjadi "hantu" di pandangan dia.bersyukur sebenarnya punyai dia sebagai ibu walau sangat pasti dia tidak akan dapat mengganti tempat mami aku sendiri.

Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, February 23, 2011

mereka juga makhluk Allah kannn (",)

ihsan pak google

semalam kat depan umah cik peah..berapa ekor makhluk ni di kejar dan di pijak sampai pecah perut oeh Zafry. aku tak tau dia mewarisi kezaliman siapa..kesian anak² pada makhluk ni kehilangan mak bapak mereka...kan! tapi takpe laaa..kurang²nya Zafry tak nak sekeliling dia kotor!! (padahal lepas pijak dia biarkan je kat situ!!) ishhhh...nak suh aku bersihkan?? tak payah..muntah ijau kat situ nanti!

ihsan pak google

hah!! aku ada kenangan dengan mami..(maaflaaa..lately ni entry aku banyak kenangan dengan dia, tak sampai 2 minggu lagi besday dia..aku rindu dia sangat ²!) masa tu aku tinggal kat Gombak..baru ada anak sorang je. macam biasa mami selalu lepak umah sebab nak tengok cucu kesayangan dia. tengahari tu lepas dia mandi entah camne buleh sekor tikus nie  melintas depan dia. dari mana masuknya aku tak tau tapi mami terjerit terlompat sampai terpijak mati tikus tu. kesian mami..sampai demam dia ketakutan. mami mmg sangat² gelikan tikus..nampak bangkai pon tak buleh..mesti dia terjerit² ketakutan padahal bangkai tikus yang dia nampak tu jarak 50meter dari dia. aku mengaku la masa dia pijak mati tikus tu aku gelakkan dia macam tak hengat. tertunduk² aku tekan perut (",) kesian mami kannn! huhuhu..tapi kira okeylaaa, aku tak mewarisi sikap geli mami nih..tgk tikus ngan lipas aku cuma angkat kaki bagi depa lalu dulu.tadek hal..tapi jgn bagi ular, tunjuk gambar je pon sume bulu kat badan buleh meremang. GILA GELI!!

** lagi satu pesanan bekas mak mertua aku dulu..bila tikus gigit pakaian kita jgn marah² dia, cakap elok² ..cakap mcm ni "CIK TI..MAIN JAUH² YER!JGN MASUK UMAH AKU LAGI". (sape nama CT maaf la yer, aku tak tau sbb bekas mak mertua aku yg suh panggil nama tu!)..hehhe, insyaallah dia dah tak masuk. dia ajar camnie sbb aku cerita kat dia spender bekas laki aku kena geget, bila aku membebel marah esok tgk lagi banyak gegetan yang dia bagi..huh!! kalo tau aku nak bercerai ngan dia dulu...baik aku biarkan je tikus tu geget sume spender dia kann..dengan dia sekali aku relakan tikus tu geget!!wekkkkkk!


BILA CEMBURU MENGUASAI DIRI


uishh!!agak terkejut baca paper Metro ari ni walaupon kejadian ni dah kerap kali terjadi. bercakap dari pengalaman sendiri..bila cemburu mula menguasai diri jangan selesaikan dengan cara yang keras, jangan menjerit menangis memaki dia.percayalah semua itu tidak menyelesaikan masalah malah menambah lagi yang sedia ada. sampai kini aku masih ingat kata mami " lelaki ni ambik masa bertahun untuk kita kenali,perlukan sehari je untuk jadi lelaki yang paling kita tak kenali! Usia perkahwinan juga bukan janji dia akan jadi milik kita selamanya" itu kata2 dari seorg mami yang dah berkahwin lebih dari 20 tahun tapi tetap dikhianati!! kerana itu aku tidak pernah menggunakan kekerasan bila berhadapan dengan semua masalah ini, aku percaya andai cinta yang aku beri pada dia dengan penuh ikhlas..dia juga akan ikhlas mencintai aku walau kadangkala aku akui dia tergelincir dengan kenakalan dia.

Published with Blogger-droid v1.6.7

NILAI CINTA


anyone tengok cerita NILAI CINTA kat TV2 semalam?? aku tgk dah kat tengah² tapi masih dapat tangkap la citer dia. kisah seorang bapa angkat yang jaga anak perempuan yang cacat (lakonan Nabila anak Amy Search)and kerana dia bukan muhrim dia kawin ngan Nabila. aku yang tengok pon rasa macam tak boleh nak terima kenyataan bila orang yang kita anggap dah macam bapak jadi suami kita. demi kasih syg utk menjaga dia sanggup jgk kahwin ngn Nabila. bila Nabila dah boleh berjalan semula,dah boleh hidup macam biasa, Nabila jatuh cinta ngan dia tapi dia tolak walaupon dalam hati mmg ada perasaan cinta. last² dia ceraikan Nabila ngan talak 3 demi kerana tetap ingin anggap dan kasih kan Nabila tu mcm anak sendiri..citer agak best..sanggup aku berjaga sampai 12.30 malam semata² nak tengok kesudahan. paling best bila smpai nak abes rupa²nya lelaki itu bermimpi!! Nabila masih cacat dan dia bermimpi time dia tertidor di sebelah Nabila yang masih sakit!! Dia terjaga dari tidor pon sbb ada orang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat datang ketuk pintu umah nak hulurkan bantuan.

ihsan pak google

wuaaaaaaaa...aku sungguh tak paham nape lately ni cerita kat TV cukup suka tipu aku!! bersengkang mata aku tengok sbb nak tau kesudahan cerita yang sedih tu..last² MIMPI je?? sadis..citer abes 12.30, tak tau ke aku kena bangun pukul 5 pagi?? sian akukannn..tu pasal kebanyakan masanya bila tengok apa² citer kat TV, biasanya TV yang akan tgk aku berdengkur...inilah salah satu penyebabnya!! rugi aku kesat air mata aku tauuuuuuu!!


Tuesday, February 22, 2011

KEMAAFAN YG BELUM TERUCAP~~

bila ye aku mampu memohon maaf pada dia?? rasa bersalah bila teringat kata² arwah "buruk mana pon dia ayah ila sendiri!" mungkin ini yang membuatkan aku serba tak tenang sekarang. mungkin aku perlu mengalah dari membiarkan sengketa ini semakin berpanjangan. terngiang juga kata sahabat "jangan sampai dia pergi untuk selama²nya baru timbul penyesalan yang tak sudah"..ermmmm!!sungguh aku mengakui kebenaran kata² itu tapi di mana aku boleh mendapatkan kekuatan untuk berhadapan dengan seorang lelaki yang tergamak membiarkan mami menderita?? yang tergamak membiarkan mami menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang suami sedangkan talak belum di lafazkan?? 

Ya Allah..berilah aku kekuatan untuk memohon maaf dari dia. .


Jom Tukar Setting FB

Wondering why you’re only seeing updates from the same people? Your Facebook News Feed settings might be set to just showing posts from 'Friends and pages you interact with the most'!
Go to your news feed/wall
Click on the arrow next to ‘Most Recent’
Click on ‘Edit Options’
Choose ‘All your friends and pages’ & Click Save
......That’ll work the magic! 
ini sy dapat dari kawan facebook..try la tukar setting kat facebook korang..mmg menjadi! status dari orang yang tak pernah nampak pon dah nampak sekarang..sudah di post kat FB, tak ramai lagi perasan kot.hehehe..makin ligat la jari nak mengLIKE dan mengCOMMENT status orang lain kan....(",)


KENANGAN BERDARAH



pagi tadi nak amek birth certificate Qistina, ternampak surat hospital ni..huhuhuhu, lihat darah di hujung kertas itu. itu darah ketika aku melahirkan sarah. saat itu aku bergelumang darah yang tak berhenti² mengalir sepanjang perjalanan dari rumah ke hospital.  saat di mana  aku bergadai nyawa utk melahirkan dia, di mana air mata mula menitis sepanjang membesarkan dia..alhamdullilah hingga kini aku terus di beri kekuatan utk menempuh segalanya.

Published with Blogger-droid v1.6.7

MERISIK KHABAR ~~ ALFATIHAH UTK DIA.


hari ni genap 19 tahun pemergian Sudirman Haji Arshad ni kan. ermmm..aku tak punya kenangan apa² dgn Sudirman sendiri tapi cukup suka dgn lagu ♫ MILIK SIAPAKAH GADIS INI ♪ lagu yang cikgu lelaki aku nyanyikan untuk aku time dia antar aku balik dari sekolah. berbunga² hati aku masa tu padahal masa tu baru darjah 6..aku tak tau masa tu aku yang gatal ke atau cikgu lelaki itu yang gatal...huh!windu plak kat cikgu tu, sampai kini masih ingat nama dia, masih kenal sgt muka dia walau sudah berbelas tahun berlalu.
 
hurmmm..AlFatihah untuk arwah Sudirman, moga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman..amin! Alfatihah juga untuk mami dan semua yang dah pergi.


Monday, February 21, 2011

Tak moh ikut!!

Lalink ajak g jalan umah kawan dia,excited gila nak ikut sbb ai kan jenis suka mengekor je ke mana dia pergi (dah ala2 org kuning DIGI kannnn). Tapi bila dia sebut je nama kwn itu terus je hatiku menjerit "TIDAKKKKKKK!"..uishh!giler ke mau ikut?? Masih segar kat ingatan anak2 kawan dia gelakkan aku gara2 aku tak perasan masa bertandang kat umah dia dulu seluar kat celah peha aku terkoyak begitu luas!! sungguh aku tak perasan size koyak tu dah buleh lepas sorang budak yg cukup 40 minggu dlm kandungan mak dia!! Terbayang lagi caner anak2 org itu gelak tutup mulut dan bisik2 kat tinge bapak dia sambil pandang kat aku!! aku tak buleh pastikan samada bapak dia ada tgk jgk ke tak!!takpela lalink,untuk pertama kalinya sepanjang hampir 10 tahun kita kawin,ai bg u keluar jenjalan ke rumah kawan u sorang2..yg penting jaga diri baik2 & jgn lupa jalan balik ke umah yer!!

MOTIF??

MOTIF kita suka ada follower yg banyak??
aku pon xtau pasai apa tp seriously aku suka bila tgk follower aku bertambah dari hari ke hari
mmg akan terukir senyuman di wajah aku bila setiap kali nombor itu berganjak

ni..motif taruk org DIGI pon aku tak tau pasai apa..sukahati aku la kannnn

ntah laa..tapi mmg aku suka la
walau aku sedar bukan semua follower tu betul² memfollow kita..AKU TETAP SUKA!!
entah² sekali klik follow dia terus di telan oleh blog² yg lebih glamer
yang lebih meriah nak banding ngan blog aku ni..kannnnnnnnn!

hahah..kalau nak ikutkan aku lebih suka tgk jumlah PAGEVIEW tu
hari ni je dah lebih 245 295 357kali di skodeng..MEKASEH MUAH² dari aku
tapi sejak ada blog sendiri ni masa mmg cukup terbatas
pegi toilet pon sekali sehari
lunch pon kadang tak keluar
pastu punggung ni buleh lekat kat kusi 3 4 jam tak bangun²
ye laaa..time koje sah² kena buat koje kan
tu yang bila ada masa tak sampai 5 minit pon aku sempat lg buat entry baru...kannnn!!
sungguh CAYA dgn aku...so nak ucapkan Gong Xi Fat Choi terima kasih pada sume yang sudi menjadi follower aku ..SAYANG KORANG SANGAT²!!

**p/s: MOTIF aku buat entry ni pon tak tau pasai apa..tapi aku sedang terasa loya² tak bersebab..MUNGKINKAH????

JOM TIMBANG MENIMBANG



nak timbang berat badan buleh timbang kat sini, nak timbang berat blog??? hehehe..tenkiu to Tina sbb bagi link utk timbang berat blog !klik sini utk tahu berat yek! huhuhu..sudah tau berat, apa yg me nak remove yek?? bukan ke setiap hari ada entry baru?? kan itu bermakna berat dia semakin hari semakin bertambah? anyone yang sudi ajar me???


ehhhh! baca tak habis laaa..kat link tu dah ajar caner nak ringankan blog..okehh! chaloo dulu..ai nak mentelaah!




Published with Blogger-droid v1.6.7

AKU YG PENUH KEYAKINAN :-))

sedang merenung wajah sendiri di cermin kecil ini..terperasan sudah banyak rambut yang bertukar warna putih!! (huhuhu..tak tergamak aku nak menyebut UBAN!) teringat cakap orang² bila kita punya banyak rambut putih di kepala, kenal pasti kita dalam golongan mana. 

sama ada mmg dalam golongan ini : (mereka yg mmg sudah berusia)


atau dalam golongan ini: (mereka yang bijak pandai dan banyak berfikir)


hahahah...aku sgt yakin aku ada dalam golongan ke dua itu!! tiada paksaan utk korang setuju atau tidak..tepuk dada tanye selera!!

**P/S : NASIB BAEKK AKU MASUKKAN GADJET "LIKE" JE..KALAU TARUK GADJET DISLIKE MESTI DAPAT LEBIH DARI 50 NIH!!

MAAF SAHABAT!!

percaya tidak,hanya dgn menaip tak kira di Facebook mahupun Blog..kita buleh mendapat kawan yang ramai atau musuh yang tak di duga~!! sy sangat percaya kerana hanya dgn kata² sy telah mempunya sahabat yang telah menjauhkan diri! Mungkin bagi kita itu sekadar teguran tapi harus kita ingat..rambut sama hitam hati lain²! Untuk dia..sy pohon maaf atas segalanya, sy tau kamu masih mengikuti sy di blog ini..sungguh, walaupon kita bersahabat hanya di alam maya, sy menyayangi sume sahabat² sy!!Maaf sekali lagi!!






Ini salah satu penyebabnya~!!

Ya!! makhluk inilah salah satu penyumbang kepada kesakitan Sarah yang memang sedia sakit tu. Biar terpaksa melukakan hati Qistina, aku terpaksa mengambil keputusan untuk menghalau sume makhluk ini keluar dari umah!! Maafkan mama ye Qistina..lepas nie kita bela ular sawa pulakkkkkk! (ayarkkk..time taip "ular" pon bulu roma aku meremang, ni kan plak nak membela...huhuhu)


anyone yg berminat?? ada lebih 20 ekor kat umah tu!! pening pale aku menengoknya !! tadi bagitau sekali lagi kat Qistina..dua suh jual 10 hengget sekor and duit bagi kat dia...huahaha,suka ati beliau je kannnnn!

Terima kasih dari Sarah ♥♥


Jutaan terima kasih dari Sarah atas semua doa dan ingatan utk Sarah. Walau sy tidak berkesempatan membalas satu persatu doa itu..percayalah sy terlalu menghargainya. Doa dari semua menguatkan sy dan syukur Allah sy punya teman yang bukan sekadar hadir di kala sy bergelak ketawa tapi juga hadir di kala airmata deras mengalir di pipi..

TERIMA KASIH SEMUA..MOGA IKATAN PERSAHABATAN INI MAMPU BERKEKALAN HINGGA KE AKHIRNYA.

Published with Blogger-droid v1.6.7

Sunday, February 20, 2011

Lihat kasih syg itu ♥♥


Lihat..aku curi2 snap pic kat depan katil Sarah! Terpancar kasih syg yg menebal dlm diri mereka demi melihat permata hati mereka sembuh! Menitis air mata tatkala di ceritakan si kecil di sebelah kanan menderita sakit kanser! Baru 3 tahun tp di uji dgn kesakitan sebegitu rupa!! Yg sebelah kiri pula demam yg sgt panas hingga ku lihat ayahnya mengalirkan air mata kesedihan!

Ya Allah,tabahkan hati mereka..mereka antara insan yang terpilih utk melalui semua ujian dari DIA. Dlm kesedihan aku terfikir..bagaimana pula mereka yg sanggup membuang dan membunuh anak2 sendiri!! Tiada langsungkah kasih syg??? Binatangkah mereka yg tega melakukan perbuatan itu???
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, February 19, 2011

Hari ke 4 dia di sini



Sekejap je kan,pejam celik pejam celik dah 4 hari Sarah duk kat wad ni! Mmg langsung tak terasa..hahha,itulah kelebihan bila internet di ujung jari,sambil jaga dia sambil buleh beFB dan berBLoG.

Tadi doktor dtg check,dia cakap paru2 Sarah still ada bunyi. Dia suruh sambung antibiotik tapi dia tak cakap pon bila buleh keluar. Takpe laaa..as long dia sihat dan buleh buat org yg menyayangi dia tersenyum gembira, duk lama skett pon tak kisah..kannnnn!

Huahaha..kalau lama duk sini aku risau satu perkara je, risau pasal ketakutan bila malam dtg menjelma!! Serious aku rasa seram sejuk beku bila nak masuk toilet, time nak gosok gigi waktu malam aku gosok gigi depan je,gigi geraham nnt bila dah balik umah aku promise aku gosok puas2 neh!! Lagi satu..lagi lama duk sini kemungkinan utk aku kena batu karang sgt cerah, bila rasa nk kencing aku tahan perasaan tu smpai la sinar mentari pagi memancarkan sinarnya..:-P

Teruk kannn tahap ketakutan aku nih..tp aku dah explain kat lalink orang yang lemah lembut dan bersifat manja memang peel macam ni..syukur dia sgt memahami ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, February 18, 2011

Aku Seorg Blogger

Untuk apa sebnrnya aku menulis di blog?
Kepuasan bercerita?
Mengejar glamer?
Mengejar wang ringgit??
Wuaaa..aku meletakkan kepuasan bercerita di tempat teratas, bila aku bercerita dan ada yg sudi membaca, glemer itu akn dtg dgn sendirinya (aku tidak glemer mana pon ok!) Wang ringgit?? Itu satu bonus..aku tidak mengharap tp bila semlm aku menjenguk nuffnang (tujuan asal nk tgk traffic ok!)dan melihat ada jumlah di situ,aku tersenyum! Itu ku anggap rezeki yg dtg tiba2 & aku sgt bersyukur!! Korang pon mesti fikir mcm aku kannn..belum sampai 2 bulan mana mungkin blog aku buleh menjana wang ringgit kan! Ehh..jgn la tnye nilai dia, sgt sikit. Tp mmg terkejut..sgt tak sangka!! Terima kasih Ya Allah.

Hohoho..itu pandangan aku!!kepuasan utk aku bercerita paling utama!! disini aku mampu menzahirkan rasa, disini aku dpt melepaskan segala kesedihan yg menimpa,disini jua aku dapat berkongsi kegembiraan yg ada!! terima kasih kawan..terima kasih kerana terus menemani aku bercerita.


Published with Blogger-droid v1.6.7

my lovely Qaisarah Irdina <3


Td doktor pakar dtg check Sarah,mama terdgr dia ckp Sarah sgt kecil. Nak lebih kepastian mama tnya semula kat doktor,dia cakap "ye Puan,kalo ikut dia mmg kecil nak di bandingkan dgn usia dia!". Mama angguk je tp dlm hati berkata "biarlah kecil pon,asal dia sihat & dpt bersama hingga ke akhir nyawa..itu sudah memadai!"

biar siapa pon kamu,mcm mana pon kamu..kamu adalah anugerah dari Ilahi, anugerah terbaik yg pernah hadir dlm hidup mama,melengkapkan kehidupan mama,baba,kakak dan abang kamu. Syg kamu Sarah..syg sangat2!!!
Published with Blogger-droid v1.6.7

sabar ye syg!


Kesian Sarah
Lenanya sering terganggu
Tapi dia anak yg cukup baik
Diam merelakan apa saja ubat dimasukkan dlm bdnnya
Cuma sesekali menangis bila kerap di ambil darah

Sabarlah syg
Mama yakin mereka cuba utk melakukan yg terbaik
Memberi ubat yg sgt mujarab walau pahit tekakmu utk menelan
Melakukan segala yg perlu krn mereka tahu mama terlalu menyayangimu
Mereka tahu bahawa kamu satu2nya anak kecil yg sgt istemewa
Yg kuat dan tabah utk terus menikmati manisnya kehidupan

Sabar ye syg
Mama janji tak akan sekali pon mama biar kamu sendiri menempuh semua itu
Mama janji mama akn sentiasa ada utk memujuk dan menyeka airmatamu dr terus menitis
Mama janji mama akan pastikan bkn selamanya kamu perlu mengharungi kesakitan itu
Mama janji syg & mama ingin kamu berjanji kamu akn terus bersabar <3<3

Thursday, February 17, 2011

bila kata itu satu doa :-(

Mungkinkah ini cuma satu kebetulan??
Dulu terdetik di hatiku "rindu nk jg org sakit dlm hospital" keesokan harinya suamiku di tahan di hospital kerana sakit batu karang!! ku cerita pd temanku,di katanya aku yg bermulut gatal!! mana ku tau rasa itu tiba2 muncul di fikiran :-(
Hari Selasa lepas tatkala baru melepasi Hospital Selayang terdetik pula "hurmmm,dah lama tak g hospital ni!" keesokkan harinya Sarah pula di tahan. kali ni aku menanigs tanpa henti sepanjang memandu menuju ke hospital!! di fikiranku cuma satu,aku takut Sarah tinggalkan aku!!
Mungkinkah ini memang satu kebetulan atau DIA mendengar kata hatiku? kata2 itu satu doa dan kini aku merasa sungguh tidak berguna mendoakan mereka2 yg tersayang menanggung semua kesakitan itu?? andai benar juga Ya Allah..kenapa bukan aku sendiri yg merasa kesakitan itu? :-(

RAHSIA DI SEBALIK NAMA

sape tengok citer "Yang Terpuji" kat TV3 semlm
huahaha..citer mmg sempot tapi berjaya menyampaikan seribu mesej pd penonton dia
jgn kata aku hnye pandai tgk citer² jiwang yer
citer yg penuh pengajaran pn klu best cara penyampaian dia...aku mesti tahan xg toilet dpn TV tu






lepas abes je citer tu terus aku praktikkan kat anak²
ku panggil nama penuh mereka..biar mereka jd seperti rahsia di sebalik nama mereka itu.
tgk nama mereka dan nama yang aku dan suami panggil sebelum ni:

              NurulShahira                 = Yuyun
               Qistina Batrisya              = Eisya
               Muhammad Zafry Imran = Api (yg ni baru aku terpikir knp selama ni dia sgt baran!)
               Qaisarah Irdina               = Ara Rira

hehehee..terkulat2 anak2 ku menyahut,biasa laaaa..bila dah sekian lama terbiasa ngn cara itu mmg sukar nk terima pembaharuan kannn..xpe la,lama2 nnt sure bolehkannn!!**ermmmm..korang tak perlu panggil nama pnuh kita YANTI YUSHILLA ye, sbb kalo korang panggil penuh pon still tak ada makna :-(

**entry ni siap di draft semlm,belom sempat nak publish aku dpt call cakap Sarah sakit..so publish je ari ni,hehehhee

HARI KE 2 DIA DI SINI!



Hari ke 2 Sarah di sini
Hari ni jg baru ku ingat doktor yg merawat Sarah ini adalah doktor yg sama merawat ketika dia pernah koma dulu..doktor yg pernah meramalkan Sarah tak mungkin dpt melepasi saat kritikal dia dulu!! Doktor yg pernah menyatakan yg aku perlu berhenti berharap utk melihat Sarah kembali sihat. Doktor yg pernah melihat betapa aku meronta menangis di kabarkan dgn berita yg sgt merobek hati aku sbg seorang ibu!! Doktor yg berjaya membuktikan yg dia hanya seorang doktor yg meramalkan tapi kuasa DIA mengatasi segalanya!!

Ku lihat kesungguhan di wajah doktor itu merawat Sarah kerana mungkin di hati dia berkata "anak ini dtg lagi..aku harus menyelamatkan dia kerana dia seorang anak yg kuat,seorang anak yg cukup istemewa di mata mereka yg mengenalinya!" Terima Kasih doktor, terima kasih atas kesungguhanmu merawat permata hatiku itu!

**hati sayu mendengar tangisan pesakit kecil di sebelah katil Sarah ni :-(

DIA sdg mengujiku!

Hampir 2 pagi,aku masih belum dpt melelapkan mata
sedang merenung sarah yg tidornya di ganggu oleh kesakitan
Ya Allah..apakah ini semua balasan atas segala dosaku padaMU
lantas aku di uji dgn memberi kesakitan pd anakku??
Aku tak punyai kuasa utk menolak dugaan ini
Cuma aku pohon agar terus diberi kekuatan utk tempuhi segala yg telah Engkau tentukan ini!!

Hati..tabahlah dikau terima semua ini kerana bukan semua org di duga sebegini rupa! DIA tahu aku kuat,dia tahu aku wanita tabah dan kerana itu aku di pilih untuk menerima dugaan ini!! Ya Allah, andai ini cara utk menyedarkan aku yg terleka..sungguh aku bersyukur!!

Wednesday, February 16, 2011

genggamlah tgn aku anak!!


Sarah menggenggam tgnku seeratnya! Genggamlah syg..mama janji mama tak akan sesekali lepaskn genggaman itu!!


Published with Blogger-droid v1.6.7

dia..si kecil yg sdg menahan sakit.


Sebak hati melihat dia..entah sampai bila dia akan terus di uji sebegini!! Aku wanita biasa..yg tidak punya kekuatan andai terpaksa melihat dia menderita sebegini. Ya Allah.. kuatkan dia utk tempuhi segalanya! Andai di beri peluang aku rela mengganti tempatnya..biar dia terus bahagia menikmati manisnya kehidupan!!!
Published with Blogger-droid v1.6.7

PERLU ke???

dah hampir setahun setengah sy aktif kat FB
hampir setahun setengah jugak sy tak pernah lupa nak update status
hampir setahun setengah jgk sy dah ada kawan yg sgt ramai
yang bukan sekadar duk diam² dlm list
tapi rajin juga menegur & mengomen status sy <---THANKS ALL

tapi lately ni mcm bengang pulak
bengang bila ada yg menyound "tak ada keje ke update status je?" "org tau la ko siapa sebnrnya!"
huhuhu..sy terdiam sebenarnya..terdiam bukan sbb rasa bersalah
tp terdiam sebab dah letih nak jawab!!

yg part kerap update status tu, bkn setiap kali lepas update sy kena keraskn jari² nk reply komen
menaip status pon bukan amek masa lama pon..tak lebih dari 5 minit laaaaa!!
byk kali dah cakap..sape yg tak suka sy tu masih ada 2 pilihan
HIDE status sy atau DELETE je sy keluar dari list..simple kannnnnn!!

yg part "org tau la ko siapa sebnrnya!" <---ini kata² dari kwn yg mengenali sy dari dulu² lg
tapi kenapa perlu di samakan cerita dulu dan sekarang???
org yg jahat tak buleh berubah menjadi baik ke???
perlu ke sy bercerita yg sy pernah merampas kekasih org??
perlu ke sy bercerita yg sy pernah melukakan hati ramai org??
perlu ke sy bercerita sy yg menyebabkan kegagalan perkahwinan pertama dulu??
perlu ke sy bercerita panas baran sy pd org??

semua org pernah melalui kenangan silam, pernah melalui kisah hitam dalam hidup ! itu tak penting sebenarnya, yang PENTING org itu cuba utk berubah..cuba utk menjadikan diri lebih baik dari hari semalam. sy bengang bila di kata berpura² menunjuk baik di FB..haish!! sy tidak berpura²...lagipon sy rasa status sy masih ada juga yang menunjukkan kebengangan sy pd kehidupan. huh!! belom glamer mana pon dah ada yg tak suka kannnn..sy bukan nak menegakkan benang yang basah, cuma kadang mmg geram bila ada yg berkata² tanpa memikirkan perasaan org lain!!

**ishhh!! cukup la sekali ini explaination dari sy yer..malas lagi cakap byk,lepas nie kalau kamu tak delete sy, sy yang akan delete..dont worry!


Monday, February 14, 2011

♫ ♪ CANTIKKAN!


cantik tak gelang basikal silver ni?? ini sebenarnya gelang encik zafry..baba dia simpan dalam drawer sbb rasa syg nak g potong. macam biasa..ai kan kreative..ai g amek gelang ni ..bawak g kedai silver, pasang loceng ngan bentuk ♥ tu...TARAAAA! siap cantik di lengan ai!!

hehehe..nak tunggu lengan Zafry besar ai rasa memakan masa 15 tahun lagi..so baik ai yg pakai kan!! nak pakai barang emas takut kena ragut!! betul kannnn!

**ps : En Lalink..beli sesuatu barang tapi di simpan dalam drawer itu di kira satu PEMBAZIRAN yer!! ♫ ♪

SY & FB ♥♥

huahahah...sy tak tau caner nak buang addict kat FB
tapi kalo Mark Zuckerberg kenal sy mesti dia banggakan
bangga sbb sy gunakan FB sebaik mungkin
bangga sbb tak pernah sehari pon sy terlupa nak update status....hahahaha.

cuba tgk nie..notification nie dari kul 10 smpai lebey kurang 11.30..sejam setengah je
ni sume penyumbang nape sy suka sgt duk beronggeng kat FB
tak makan pon tak pe, tak sopping pon dah tak kisah asal buleh berFB ♥♥


mmg best duk kat FB nih..best bila baca status org & sama² balas membalas komen. kat FB ni jgkla sy dapat ramai kawan..yang sgt² baik even kami tak pernah bersua muka...heheh,luv uols lah!


Saturday, February 12, 2011

PERLU KU BALING KE BROADBAND INI????

tak tau lagi caner mau cakap
tak tau lagi lama mana harus bersabar ngn broadband ni
bayar lambat sehari dah sibuk call tanye
tapi line...masyaallah!! sebiji macam siput sedut
siput sedut yang cuba lari besen sbb takut kena potong montot!

uwaaaa...caner mau BLOGWALKING??
caner mau tambah kawan mcm ni??
caner nak balas kunjungan kawan2 nie kan???
yang penting caner mau buat entry baru nih??

GRRRRR..untuk kawan2 yang dah follow blog ai ni...ai promise ai akan follow jugak blog uols walau apa pon terjadi yek!! thankss sbb sudi membaca..sudi memfollow! SAYANG korang sgt2...muahhhhhhhhh!!


Friday, February 11, 2011

wuaaaaaaaaaa :,-(

saat di beritahu "Puan...rahim dan uri puan pecah di saat baby dilahirkan, kami dah buang utk selamatkan Puan dan selepas ini puan dah tak boleh lagi melahirkan ye!"..aku cuma mengangguk kepala tanpa punya apa² perasaan pon.

tapi kini kata² itu sangat menyakitkan bilamana memikirkan aku tidak lagi mampu melahirkan cinta hati aku dan dia...wuaaaaaaa, aku rindu saat itu!! rindu sangat² untuk membelai perut tatkala si kecil menendang² dari dalam...huhuhuhuhu...windunyaaaa!!

ini Sarah..tak silap dah 2 bulan lebih masa nih....huhu
lahirkan dia lah aku di beri rasa kenangan yang sangat istemewa
yang bukan semua ibu dapat merasainya.
Alhamdullillah dia kini sgt sihat...sgt² menghiburkan ♥♥

10Jan'11-10Feb'11..one month oledi♥♥

yuhuuuu..dari semlm mau post entry nie
tp ada je yg menghalang
dgn line kat umah yg sgt slow mcm siput sedut...(wekkkk!)

kredit pic to dchero.wordpress

hehhee..semlm cukup sebulan ai jd blogger tauu
bangga nie...nak ulang lagik sekali "BLOGGER"
wahaha..im sori laaaa..excited nih walau ai sedar ai xlayak lg utk di gelar sebegitu
takpe..ai will slowly belajar dgn sume yg dah otai
akan selalu juga BW and tengok caner cara nak jd blogger yg berjaya ♥♥

to all..tenkiu so much sbb sudi bg sokongan utk sy terus bercerita
walaupon takde ramai mana follower tapi yg sikit ni cukup memberi makna
membuat sy tersenyum riang dan gembira

lagi sekali..tegur jika nmpk sy tersilap berbicara
krn sy manusia biasa yg kadang xterlepas bercerita mengikut emosi.

LOVE UOLS SO MUCH...MUAHHHHHHHH ♥♥


Thursday, February 10, 2011

lagi sekali..sharing is caring.TIPS dari SHIELA FIRDAUS ♥♥

Tips untuk turunkan berat badan tanpa perlu mengambil suntikan atau ubatan. Tanpa mengeluarkan modal juga kalau bill di bayar sepenuhnya oleh syarikat anda bekerja.Sediakan bahan² di bawah :

♥ ) satu akaun FACEBOOK dari Mark Zuckerberg
♥ ) jari-jemari yang sihat dan sangat "MESRA ORANG"

campurkan dua bahan di atas dengan sebati, guna jari anda untuk add kawan². tak perlu sukat²..add sebanyak mungkin (err...limit 5K je kann?) tapi risiko atas diri sendiri yer kalau anda dapat kawan yang tak menepati selera (tapi ini anda masih buleh guna button Hide kalo tak suka setiap status dia..kalo dia terlalu kerek buleh tekan DELETE pulak..okeh!). oraitsss..bila dah punye kawan yang ramai,rajin² singgah wall dia..jgn kedekut bagi jari LIKE & komen setiap status yg kwn update. nasib anda mmg baik kalo anda punye kawan yg rajin update (hehhe..ai ada ramai tau!).

so bila anda dah buat macam tips kat atas ai berani jamin anda tak akan punye byk masa untuk memirkan tentang makanan. tapi HARUS DI INGATKAN..kalau nafsu anda memang besar, anda sama sekali tidak di galakkan utk guna pakai tips ini...so kalau guna jgk & tak berjaya jgn pepandai saman ai kat Tribunal Tuntuntan Pengguna pulak yer!!


errr...nak lagi pantas turun????? jadik blogger...lagi lah cepat turun! TAK PERCAYA..tanye ai!!mmg dah turun 2 kg tau sejak ada blog nih!! tapi kalo tak turun² jgk baiklah korang pegi Slimming World yek!! abaikan semua tips² ai ini okeh!!



Rambut Oh Rambut~!!

dah puas ku bertahan..balik je keje bukan dia sambut daku ngan peluk cium macam biasa..tapi ngan isu rambut perang dia. & semalam baru 1st time terdengar baba dia marah smbil cakap kat Qistina "cakap kat cikgu..baba paling menyampah orang kalerkan rambut, so takkan baba nak biar anak kalerkan rambut!" (gulppppp!!)

aku pelik la ngan cikgu nieee..takde menda lain ke dia nak check..jap, korang tgk pic ni..nmpk dia kaler rambut ke????

perang ke??? cikgu tu buta warna ke atau sengaja buat² buta?? atau memang dah takde keje smpai saje nak membangkitkan isu nie?? last sekali kemarahan aku memuncak bila Qistina cakap "cikgu cakap kalau susah sgt tukar je sekolah!".owhhhh no..cikgu tu tersilap berkata². dia terlupa bukan semua orang buleh menerima semua kata² dia..& aku harus bagitau dia aku sebenarnya salah seorang ibu yang tidak malu untuk melenting kalau di provoke dgn menda yang remeh temeh macam ni.

so tadi call sekolah..cikgu tu tak de tapi aku dapat bercakap sendiri dgn penyelia pagi..dia tanye untuk kepastian "rambut anak puan originally mcm tu ke?" and aku explain "cikgu..kalo u nak tau org tu perangkan rambut dia ke tak..u tgk akar rambut dia ngn rambut kat tengah pale tu!! kalo akar mmg itam melekat tetiba kat tengah perang..yes!! itu dia kalerkan rambut!"...huhuhu, mungkin sbb suara aku dah semakin garang dia cakap "takpelah Puan..nnt sy diskuss ngn cikgu dia dulu dan sy akan call Puan!"

sebelom letak tepon dia tanye nama penuh Qistina..bila aku cakap QISTINA BATRISYA JEFRY dia sempat plak menyound aku "nama pon dah macam org putih!!"...cessss!! aku sempat jugak menjawab "nama itu ada maksud yg sgt baik CIKGUUU!" kannnnn. susah la kalo dah terlalu takde keje ni..macamlah kat sekolah anak aku menulis guna rambut!! hahaha..rasanye cikgu ni jeles kot sbb rambut Qistina ni "PAKAI JARI PUN BULEH!"

jappp..berbalik kat statement baba dia kat atas sekali tu...betulke dia paling nyampah ngan org yang kalerkan rambut ni?? huhuhuhu..balik nnt mau tanye dia betul²..dia cakap semua tu dalam sedar ke atau tak..atau dia memang tak perasan yang selama ni isteri dia memang kalerkan rambut jadik perang??????? kannn..terguris hati ai la ba..u lain kali CAKAP SIANG PANDANG²,CAKAP MALAM DENGAR² okeh!!


Wednesday, February 9, 2011

"INVITE 10 FRENZ TO FOLLOW" CONTEST..

oraits...me nak anjurkan small contest utk kawan² yang tersayang.mau buat contest  "INVITE 10 FRENZ TO FOLLOW"...hehehe, syarat cukup simple..inipon sempena cukup sebulan me jadi seorang blogger besok- 10 Feb'11 (bangga tauuu!). oraitss..jom baca syarat² dia yek:

) u sendiri mmg dah follow blog ai
) invite sekurang²nya 10 orang kawan untuk follow blog ni..caner ai nak tau u bwk 10 org tu??hehehe..simple, lepas dia follow blog ni suh dia komen kat entry ni..bgtau dia follow lepas u yg invite.
) make sure jgk frenz yg u ajak follow tu punya daya tahan yg tinggi & bgtau dia awal² blog ai nie kerap sgt di update,lebih dari sekali & kalau dia senang kena muntah ijau..jgn invite!! <-----hahahah..ini syarat tambahan je..buleh je kalo tak nak guna pakai yek!!

itu je syarat dia..simple kannnn!! ini jugak percubaan utk me anjurkan contest baby comel nanti. tarikh contest ni bermula start ari nie & berakhir bila ai dapat sekurang²nya 10 orang yang terawal berjaya invite 10 frenz dia. hadiah dia??? owhhh..tidak semewah mana cuma ada cenderahati yang ai tempah sendiri & sangat pasti sudah tentulah cantik kannnnnn!

** bukan frenz yg u invite je komen tau...u yang invite pon komen laaa..sekurang²nya ai tau u join contest nih. THANKS with LOVE from me....SHIELA FIRDAUS ♥♥.



Tuesday, February 8, 2011

KELAJUAN ITU MEMBUNUH~!!

saya nak citer ni...citer tentang perasaan sy yang semakin tertekan!! sy tak tau caner nak bagitau lalink suh bawak keta slow², caner nak bagitau dia jgn mengekor rapat kat belakang keta lain. kalau sy merajuk dia akan bawak slow..tapi tak smpai 10 saat dia speed balik..abes tu pikirlaaa..kalau perjalanan balik umah makan masa 45minit bape kali sy nak kena majuk????adeii..puas ingatkan dia nyawa tak buleh di jual beli, puas ingatkan dia ada anak² yang menanti kepulangan kami di rumah, dia still bawak laju. penah gak cakap kat dia "baba bawak la laju²..kalo jadik apa² kat baba biar syg kawen lain!!"..huhuhuhu, jam tu jugak dia tambah lagik speed keta tu...huh!


hahahah...tapi kadang sy nie over jgk. baru bawak 80km pon sy cakap laju. time tu mesti dalam hati dia cakap "pompuan ni aku tolak jugak keluar kang!" bukan apa, sy fobia. salah dia jugak..tengah jem  ngn  kelajuan 20km sejam pon dia buleh sondol keta depan tak semena²...tak pasal² kena bayar RM300 kat traficc Jalan Bandar tu..kannn!! nmpk sgt sy tak buleh jadi tenaga pengajar memandu kannn...kalau jadik jugak sure student sy takkan ada lesen smpai bila² pon!!

lepas nie kalau degil jugak..sy nak tarik handbrake...bukan handbrake keta tapi handbrake kat badan dia (waaaaaaa..sy malu nak tulis yg benar²nya, korang tafsir sendiri ye!) kannnn..lepas nie kalau terjumpa WLW kat KL bawak slow² tu keta sy la tu..pemandu dia tgh stimmmmm...tetttttttttttttttttttttt!! 18sx..AMPUN (",) <--jgn tiru aksi ini okehhh..sebarang risiko adalah di bawah tanggungan sendiri.

SEPOSEN DARI SHIELA FIRDAUS (",)

ai ada dapat message kat inbox FB..message berkenaan nak jadi blogger yang berjaya ni. thanks for the info sebab banyak bantu ai mencantikkan lagi blog ini. banyak yang dia utarakan memang berguna untuk ai yang baru jadi blogger nie...belom pon cukup sebulan tau!! (walau bilangan entry dah macam setahun ada blog kannn!) tapi ada satu yang sangat ai tak setuju bilamana dia cakap nak jadi blogger nie mesti punye wajah yang cantik dan menarik utk di pandang. masing² punye pandangan dan tak bermakna semua pandangan kita tu betulkan??? kita di lahirkan sebagai insan yang punya pandangan yang berbeza...yes!! ai mengaku ai sangat baru dan tak layak untuk bagi pendapat dalam hal ini..tapi amek kata² ini sbg satu pandangan seposen dari ai ok!!

ahaaaaa..ini bukan wajah ai tau, ini kredit pic to terselubung.blogspot.com (kalau ini wajah ai..insyaallah lalink takkan punye impian naik pelamin lagi kotttt <--baca entri di bawah!!)

kecantikan wajah kan anugerah dari ilahi. ada ke orang yang mintak di lahirkan tidak mempunyai wajah yang cantik?? ada ke orang yang minta di lahirkan cacat ke dunia ini? ada ke orang yang minta di lahirkan serba kekurangan??? tidak bukan...semua telah di tentukan oleh DIA...DIA yang mempunyai kuasa atas segala yang kita ada. so...bila tips untuk punya wajah yang cantik di letakkan sebagai syarat untuk jadi blogger yang berjaya..ai memang tak setuju.

wajah yang cantik akan di mamah usia..yang lebih penting HATI. punye wajah yang cantik tapi rosak hati tak membawa apa² makna. bersyukur kalau di kurniakan wajah yang cantik kerana itu satu anugerah dari ILAHI..bukan untuk bermegah² memandang orang lain yang serba kekurangan. wajah yang cantik akan bertambah cantik kalau di hiasi dgn peribadi yang mulia.

ai tulis luahan nie bukan sebab ai terasa wajah ai tak cantik, tak menarik..tapi ai rasa ini memang fakta!! tapi still terpulang pada individu...ai tak paksa u terima pandangan ni...tepuk dada tanya selera. maaf yer kalau pandangan ini mengecilkan hati sesapa pon..kalau salah buleh je bagi teguran..ai masih baru belajar dan akan belajar sampai bila² pon.terima kasih pada yang bagi sokongan dan tak jemu² membaca cerita hati ai di sini ♥♥

**SAPE CAKAP ME TAK CANTIK??? HUAHAHAH..KALO TAK CANTIK TAKKAN ME PUNYE LALINK YANG HENSEM DAN ANAK² YANG COMEL² BELAKA KANNNNNNNN???...hehehehe, im sori..ai tahu Tuhan marah orang yang bongkak tapi nak harapkan sape lagi yang puji ai kalau bukan diri ai sendiri kannnn??? kata² "masuk bangkul golek sendiri" dah tak buleh di pakai di zaman millenium ini tauuuuu!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket