Thursday, April 21, 2011

JOM BUAT WASIAT !!


NAMPAK TAK TAJUK KAT ATAS???  paper lama nie..ku cedok dari pak google lagik. hurmmm..paper lama tapi isinya sampai bila² sangat berguna. benda² nie bukan sebab kita pentingkan harta yang ada tapi demi nak melangsungkan kehidupan, untuk membesarkan anak² yang tinggal..harta yang di tinggalkan oleh pasangan mungkin boleh di gunakan kelak.

sekarang sementara kita masih hidup...perkara ni kita anggap remeh. tapi sedar tak kita HARTA buleh menyebabkan sengketa di atara keluarga? so sementara masih ada hayat nie..jom kita letakkan penama kat semua harta yang ada. kurang² mengelakkan terjadinya pembekuan harta. membela nasib anak² yang kita tinggalkan nanti.


JOM BACA PASAL WASIAT NIH..COPY TERUS DARI AMANAHRAYA WEBSITE :


Apa itu Wasiat
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.


Syarat-syarat

Wasiat Islam
  • Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  • Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.
Mudah, Cepat dan Berpatutan


AmanahRaya menyediakan perkhidmatan secara profesional dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas atau bagi negeri Sabah, 21 tahun ke atas dan waras pemikiran boleh membuat Wasiat dengan kos perkhidmatan yang berpatutan.


So..nak tau detail korang boleh direct pegi kat website Amanahraya yer. buatlaa wasiat ..kesian kat mereka² yang tersayang nanti..kannnnnn!!
 

4 comments:

risa

nama saya ada dalam wasiat akak tak?

azma

ada yg lagi latest pasal wasiat ni sis...carik berita 31mac klu x salah..RM4.2Billion harta dibekukan sbb pertikaian harta!....rugi jerk kannn....saya pun x tau mcmn nak advice my FIL(skrg tggl dgn kami-anak dia 9 orang) buat wasiat?nnt taggapannya lain..tu le pemikiran org kita buat wasiat mcm nk soh mati cepat tp kesannya?RM4.2Bilion dibekukan!

azma

tahun ni Amanah Raya Berhad namakan Tahun kempen buat wasiat

Salsabila

nice..btw..dah follow u..follow back ya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket