Monday, April 18, 2011

MAMI ..RINDU INI TERUBAT AKHIRNYA!!


semalam aku mimpikan arwah mami... aku dengan dia sibuk mengemas barang² untuk pindah rumah. tapi dalam mimpi tu dia langsung diam tak bersuara. terubat rindu yang tersangat dalam untuk dia. walau sekadar mimpi..tapi terasa kehangatan tangan yang menyentuh tanganku. masih terasa bahang air panas yang di siapkan untuk aku mandi ketika aku mengadu kesejukan. sungguh..itulah yang mami lakukan ketika hayatnya bila aku mengeluh kesejukan.

Mami..andai mami mampu dengar semua ini, andai mami dapat mendengar rindu ini..ila tau mami tak akan sesekali biarkan ila sendiri kan....ALFATIHAH mami!!!

**telinga kiri aku berdengung...perasaan takut mula menghantui diri sebab sebelum ni bila telinga berdengung je mulalah selepas itu aku mendengar berita tentang kematian. paling tak boleh lupa bila pernah aku update status di facebook " telinga kerap berdengung tapi tak tau kenapa" dan ada seorang sahabat yang reply "kalau telinga berdengung biasanya akak nak dengar pasal kematian!"...dan seminggu selepas itu memang aku dengar ada kematian..dia yang reply komen aku itu yang pergi buat selama²nya. ALFATIHAH untuk Ina dan semua yang dah pergi tinggalkan kita buat selama²nya.

3 comments:

.:princess arisya:.

Alh-fatihah untuk arwah Ibu K.shila...dan semua umat nabi muhammad yang telah meninggalkan kita..moga roh mereka dicucui rahmat...amin..

risa

dah 3thn arwah ayah meninggal kak..baru sekali je saye mimpi dia..alfatihah untuk mami akak:(

Ibu Darwisy

al fatihah..semoga roh mami kak sheila tenang disana..dan ditempatkan di tempt2 org yg beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket