Monday, April 4, 2011

Misteri.

cerita ini tak ingat saya baca kat mana..tapi seingat saya dia majalah kecik...macam majalah Mastika tu. kalau ada yang dah baca...boleh je kalau nak baca sekali lagi ek..tiada bayaran di kenakan..its FREE!! tapi citer ni dah lama..majalah tu dah takde kat tangan saya..saya olah dgn ayat sendiri ye:

petang tu Ali tergopoh² nak balik ke kampung. sebab dah lambat dia risau kalau² tersampai lewat malam ke kampungnya. lagipon jalan nak ke kampungnya nanti kena melewati satu tempat yang dia sendiri selalu dengar cerita² seram yang terjadi kat situ.

masih jauh lagi nak sampai, dia tengok jam..waktu maghrib dah nak hampir habis. dia terpaksa berhenti kat sebuah surau..surau yang terletak kat tempat yang di katakan menakutkan itu. tapi sebab takut terlepas waktu..terus di parking motor, masuk terus solat. dia tak amek wuduk sebab dia yakin sangat air wuduk waktu asar belum terbatal lagi.

masa masuk surau tu dia memang tak perasan sapa² pon ada kat situ. tetiba bulu roma meremang. perasaan takut mula menguasai diri. di kuatkan hati nak teruskan solat. tapi setiap kali dia nak sujud kepala terasa sungguh berat. solat dia jadi tak kusyuk bila terdengar ada suara ketawa kecik di belakang dia. "owhhhh hantu..izinkan aku solat, jgn la kacau aku!" di teruskan jugak solat walaupun setiap kali memang terasa kepala sangat berat bila nak sujud.

abes je solat, bergegas dia keluar. takut memang betul² menguasai. kebetulan nak keluar tu ternampak sekelompok lelaki sedang memandang ke arah dia. pelik..sebab tadi masa dia tergopoh gapah memang takde sesiapa pon kat situ. tak pedulikan semua tu..dia berlari nak naik motor. nak tinggalkan surau tu secepat mungkin. baru nak start motor..dia terpandang kat cermin sisi motor. di pandang cermin tu berulang kali..di toleh pulak pada kumpulan lelaki yang ada kat pintu surau tadi.

bila salah sorang tunjuk kat kepala dia...tanpa balas apa² dia pecut motor selaju mungkin. sungguh..dia tak sangka rasa berat ketika sujud masa solat tadi sebab dia lupa nak tanggalkan helmet. malunya bila dia teringat² lagi suara ketawa kecil kat surau tadi. nasib baik dia bukan penduduk kat situ kalau tidak dia jamin dia takkan akan keluar rumah 5 hari 4 malam...paling tidak pon dia akan pindah kampung lain.
 THE END.

**Moral cerita : jangan buat kerja terburu². kalau betul² takut baik pandu dan terus balik umah..tayah singgah tempat tu. kelam kabut jugak boleh sebabkan solat tak kusyuk okey!! Tak tau ini cerita benar ke tak tapi pesan saya kat Ali..jangan bawak motor laju² weh..kang tanggal pulak helmet tu!! KITA BAKO! KITA BAKO!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket