Friday, April 29, 2011

AKU DAN CUCU²KU~!!

terdengar seorang kakak bercerita tentang si anak yang bakal berkahwin. mula² cerita tentang persiapan untuk majlis itu, lama² terbukak pasal bakal anak pada pasangan itu. dengan selamba dia berkata "hahh! kalau dah ada anak nanti jangan pandai² nak hantar kat aku ye, aku tak ingin nak jaga!"...erksssss, aku toleh  pandang muka anak dia. uwaaa..sudah bertukar merah pink tahan malu.

rasa tak patut kan seorang ibu keluarkan statement macam tu. kat mana nilai kasih sayang antara dia dengan si anak. mungkin tak tau samada si ibu sekadar ingin bergurau tapi kena jugak pikir guruan tu di tengah² ramai orang..dalam sedar tak sedar buatkan si anak terasa hati.

tapi..lepas tu aku mula berangan jauh.hahaha..biasalah! RATU BERANGAN...anak aku kan ada 3 orang pompuan.. siap plan kalau dapat cucu nanti nak serah diri, serah jiwa raga nak menjaga bakal cucu nanti. dah tentu aku akan jadi nanny yang paling penyayang di abad itu. akan aku curahkan sepenuh kasih sayang yang ada..akan ku tatang bagai minyak yang penuh...INSYAALLAH bakal² cucuku!!


EH!! ni dialog sape pulak bawah ni??

"Nanny..cepatlahhh!! saya nak susu la! nanny ni tak abes² main facebook!"
hahahaha..dialog ini akan keluar 15 tahun akan datang kalau aku dengan facebook masih umpama ISI DENGAN KUKU...SEKIAN!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket