Thursday, April 7, 2011

LESEN AUTO

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menggunakan kereta transmisi gear automatik sebagai kereta ujian memandu seperti digunakan di kebanyakan negara lain seperti United Kingdom, Jepun dan Singapura.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata cadangan itu dijangka dilaksanakan hujung tahun ini.
ADA baca berita kat atas?? tak ingat dah bila..tapi memang penah dengar kat radio. Yang buatkan aku teringat berita nie sebab semalam rasa ketensionan melanda diri ketika memandu dalam jalan yang sangat jem.

Aku penah sound boss lama "elehhh..tak rock la bawak keta auto!" dia jawab balik " tak rock tapi pandai..sebab nak bawak keta kat KL nie mesti pandai pikirkan cara untuk tak menyakitkan hati & memeningkan diri sendiri!, tangan takde la lenguh asyik nak  masuk gear aje!" ..CISKEDISS..korang tengok berapa patah aku cakap, betapa patah pulak dia menjawab??huhuhu..nasib baik dia boss aku, kalau tidak mmg aku ajak berdebat lagi.

tapi serious..kenangan masa nak amek lesen dulu. sangat SCARY. aku ingat lagi test aku dgn JPJ hari Jumaat. walau berbelas tahun telah berlalu kenangan itu masih segar sebab kalau ikut betul² aku memang GAGAL amek lesen ari tu. gagal masa test kat bukit...bukan ke depan tapi asyik merudum ke belakang. tapi sebab Pak JPJ nak pegi solat Jumaat dia luluskan jugak. TQ Encik!!

now..manual sangat kacang~!! kadang sebab terlalu kacang, patut guna gear 1 aku dah guna gear 3. saman??hahahhaa...buleh la nak buat album!! dah terlebih terer kannnnnn! tapi terus the very terang..walaupon kacang jangan suruh aku masuk parking secara SISI. kalau terpaksa jugak jangan marah kalau keta depan dan belakang aku tinggalkan jejak!! JEJAK KEMEK MENGEMEK!!

TENKIU PAK GOOGLE~!!



3 comments:

risa

haipppp...nak kena neh:)

Anonymous

silap petak komen le pulokkk, g komen kat petak bawah...just nak bagitau, kita ni adooo lesen dari umoq 19 tapi umoq dah nak masuk 40 baru ada brani bwk kreta...sebab skg pakai kreta auto....sadissss kan...

Shiela Firdaus

risa..:-))

Lily...hehehe,takpe..sadis pon masih buuleh smpai ke tempat yg nak tuju kan! :-))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket