Monday, March 7, 2011

Bisikkan cinta pada mereka ~!!

Tadi jumpa dengan guru kaunseling anak tiri
Banyak yang kami bincangkan
Semuanya nak cari jln nak elokkan anak yg seorg itu

Habis kami berbincang cikgu tu ada cakap, nak lg elok malam2 time anak sudah tidur cuba usap kepalanya..bisik padanya apa yang kita harapkan darinya. Katakan padanya betapa kita terlalu menyayangi mereka dan mengharapkan agar mereka menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Cikgu tu sambung lagi "seorang isteri sebenarnya boleh lakukan yang sama pada suaminya..bla.bla.bla!" aku tak dapat dengar apa kesudahan kata2 cikgu itu sebab dlm hatiku sdg ketawakan cikgu tu..mujur dpt ku selindung di sebalik muka yang serius. Andainya mampu, ingin sekali ku ceritakan pada cikgu itu yang aku pernah cuba mengusap kepala suami dgn niat yang sama,ingin ku bisikkan padanya perasaan seorang isteri..baru je ku usap dia tersedar dari lenanya dan usapan itu telah menjadi permulaan usapan seorang suami pada isterinya. Tak sempat ku ucapkan apa2..aku telah di bawa belayar jauh ke awan biru!!!

Hahahah..moral: sebenarnya cara itu sesuai di gunakan pada anak2!! Tapi bukan pada seorang suami!!!
Published with Blogger-droid v1.6.7

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket